Perodua Kuasai Kempen Pemasaran – Bersedia Untuk Capai 188 Ribu Unit Jualan

November 09, 2012 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

155,400 unit kereta berjaya dijual dalam tempoh 10 bulan pertama tahun 2012. Jenama kereta Perodua kini berusaha keras untuk mencapai matlamat jualannya, iaitu sebanyak 188,000 unit dalam tempoh masa 2 bulan.

perodua

Walaupun terdapat beberapa isu yang bakal membantutkan matlamat mereka seperti peraturan sewa beli kereta yang lebih ketat, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) tetap optimis.

Pengarah Urusan syarikat iaitu Datuk Aminar Rashid menyatakan, syarikat mereka optimis kerana beberapa kempen pemasaran yang dilaksanakan baru-baru ini, memberikan impak dan pulangan yang besar.

Antara kempen pemasaran yang dilakukan oleh syarikat untuk menarik masyarakat Malaysia memilih jenama Perodua adalah:

  • What’s Up Graduate! – Kempen pemasaran yang tertumpu pada golongan yang baru sahaja tamat pengajian.
  • Jik-Dak-Lo-Gi – Kempen pemasaran yang tertumpu pada masyarakat berbangsa Cina di Malaysia.

Selain aktif dalam kempen pemasaran bagi mencapai sasaran jualan, Perodua juga turut melabur sebanyak RM1.5 juta.

Tujuannya untuk menubuhkan pusat pembaikan kereta dan cat di Balakong, Selangor.

Kredit: Sinar Harian.


Tags: , ,

Komen (1)

Pendapat anda?