Persamaan Karakter Elit Yang Ada Pada CEO Syarikat Gergasi Dunia | Majalah Niaga
ISI KANDUNGAN
Introduction Ruangan Komen

#1- Mereka Sentiasa Berada Di Luar Kotak.

Era Milenia sekarang adalah era teknologi. Susah nak capai sesuatu yang maju jika kita tidak arif tentang teknologi. Banyak startup-startup sekarang ini adalah berasaskan teknologi baik dalam dan luar negara.

Startup techno yang berjaya ini selalunya memperkenalkan sesuatu yang baru kepada orang ramai. Contoh syarikat gergasi teknologi yang berasal daripada startup kecil adalah  Nest, Dropcam, SkyBell,Google, Apple, Samsung dan banyak lagi.

Syarikat inilah yang mengawal inovasi dalam kehidupan manusia. Sememangnya untuk menjadi seperti mereka memerlukan idea yang lain daripada yang lain. Kreatif dan sentiasa di luar kota kebiasaan.

Pada Jun 2015, Jeff Bezos dan Amazon telah melancarkan Amazon Echo kepada orang ramai. Didatangkan dengan Amazon Elexa sebagai pembantu suara, Amazon Echo telah menjadi produk pertama yang menjadi rebutan dan terlaris di dalam kategori Smart Home Space.
Bezos menggunakan Amazon sebagai platformnya berniaga kerana reputasinya yang tidak disangkal daripada menjualnya sendiri di outlet-outlet.
Anda boleh guna platform seperti Go Shop di Malaysia untuk menjual barangan anda pada skala liputan yang besar.

#2-Mereka Tidak Pernah Berhenti Belajar.

Mark Zuckerberg, Oprah, Mark Cuban, Bill Gates, Sheryl Sandberg dan Warren Buffet sudah diketahui ramai dengan minat mereka yang suka membaca.

Mereka menghabiskan kira-kira 80% untuk membaca.Membaca adalah amalan terpuji dan tidak banyak melibatkan kos pun jika kita menyukainya dan melakukannya secara konsisten.

Sesetengah usahawan lain belajar secara manual seperti menghadiri kelas-kelas dan mengaplikasikan apa yang mereka belajar dalam bisnes.

Micheal Dubin, pengasas DollarShave Club contohnya, menggunakan hasil kajiannya dalam lakonan untuk viralkan perkhidmatan langganan pencukur dengan menggunakan unsur jenaka dan menarik 25 juta tontonan.

Dia berjaya membuat keuntungan berbillion ringgit dan pelabur kerap menyuntik wang kedalam syarikatnya. Hanya dalam masa sebulan, syarikatnya berjaya menguasai industri pencukur yang bernilai 13 billion.

#3-Mereka Menjadi Sumber Inspirasi.

Mereka ini bukan hidup sekadar membuat keuntungan. Mereka hidu dengan ada misi dan visi. Misi dan visi mereka jelas terlihat dalam budaya syarikat mereka.

Tanpa perlu memaksa, pekerja mereka, produk mereka, kesetiaan pelanggan mereka terbentuk dengan inspirasi falsahfah hidup dan perniagaan mereka.

Mereka bukan jenis yang mudah goyah dan berubah pendirian. Mereka snetiasa percaya dengan apa yang mereka fikirkan dan akan lakukan.

Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla contohnya, dia tidak takut dengan idea untuk menjadikan Mars sebagai satu hub pelancongan dan kemungkinan untuk jadi tempat tinggal baru manusia.

#4-Mereka Tidak Tahu Definisi Putus Asa

Arianna Huffington pernah ditolak oleh berpuluh-puluh penerbit sebelum berjaya menerbitkan buku dan melancarkan Huffington Post, web , satu portal berita online yang terkenal.

Golongan ini ada satu persamaan. Mereka tidak mudah berhenti daripada visi mereka dan konsisten untuk melakukannya tidak kira apa cabaran. Anda bagaimana?


Tags: , ,
Artikel Berkaitan
Komen & Lain-lain