Persediaan Letak Jawatan Untuk Berniaga Sepenuh Masa

November 16, 2013 — Penulis:

Kategori: Konvensional / Perniagaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca Majalah Niaga.

Sepanjang menjalankan program keusahawanan selama 3 tahun, kami mendapat banyak soalan daripada rakan-rakan usahawan mengenai persediaan yang harus diambil sebelum berhenti kerja dan fokus kepada bisnes sepenuh masa.

berhenti-kerja-makan-gaji-5

Rata-rata daripada mereka ini sudah memulakan bisnes  secara separuh masa selama 2 hingga 5 tahun. Pendapatan bulanan daripada hasil bisnes mereka kebanyakannya sudah melebihi gaji bulanan.

Kami sukar menjawab soalan ini kerana kami tidak pernah ada pengalaman makan gaji. Sejak dari zaman universiti kami sudah belajar berniaga secara kecil kecilan. Daripada bekerja, kami lebih senang berguru secara berdepan dengan orang bisnes dan aplikasikan ilmu diperoleh ke dalam bisnes kami.

Untuk menjawab soalan ini, kami pernah bertanyakan soalan serupa kepada salah seorang guru bisnes kami. Beliau mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selama 11 tahun sebelum berhenti kerja untuk menjalankan bisnes sepenuh masa. Sebelum berhenti, beliau telah mengusahakan bisnes sendiri secara separuh masa selama 3 tahun.

Ini antara persediaan yang beliau kongsikan kepada kami.

#1 – Tabung simpanan selama 6 bulan

Senaraikan dan kira jumlah perbelanjaan setiap bulan. Jika komitmen peribadi kita sebanyak RM 2,000 sebulan, kita mesti mempunyai simpanan sebanyak RM 12,000 di dalam akaun bank.

Duit itu adalah duit tabung khas untuk komitmen peribadi, bukannya komitmen bisnes. Perbelanjaan operasi bisnes mesti dibayar daripada hasil bisnes yang dijalankan sekarang.

Ada 2 sumber untuk memenuhkan tabung ini.

  • Guna sebahagian duit gaji yang diterima daripada hasil keuntungan bisnes.
  • Guna gaji bulanan daripada majikan tempat bekerja.

#2 – Pendapatan bisnes menyamai gaji

Pendapatan bulanan daripada hasil keuntungan bisnes sekurang-kurangnya menyamai gaji di tempat kerja. Ini membolehkan kita mengatur perbelanjaan peribadi sama dengan kita mengatur perbelanjaan ketika kita masih bekerja.

Konsistensi pendapatan bisnes pula tidak boleh diukur dengan pencapaian sebulan pertama. Itu belum cukup untuk menjamin pendapatan yang sama pada bulan seterusnya. Ia harus dicapai sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.

#3 – Mempunyai perancangan bisnes yang rapi

Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Seterusnya, senaraikan pelan tindakan yang perlu diambil oleh diri dan ahli pasukan untuk capai matlamat tersebut. Matlamat jangka pendek merangkumi apa yang perlu dicapai dalam fasa 3 bulan hingga 6 bulan pertama bisnes diusahakan secara sepenuh masa. Sudah tentu ia berbeza dengan pelan tindakan ketika kita mengusahakan bisnes secara separuh masa.

business plan

Taat kepada pelan tindakan tersebut. Maksudnya diri sendiri dan ahli pasukan sanggup memberikan komitmen untuk melaksanakannya. Paling mudah, rujuk mentor bisnes dan minta nasihat daripada mereka terlebih dahulu. Ia mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan mudah di dalam menguruskan bisnes.

#4 – Sanggup bekerja 12 jam hingga 14 jam sehari

Pada peringkat permulaan bisnes dijalankan sepenuh masa, pengorbanan yang harus dilakukan ialah kesanggupan untuk bekerja lebih masa daripada jumlah masa ketika bekerja makan gaji. Bekerja lebih masa ini hanya sementara sahaja sebelum kita serahkan sebahagian kerja kepada ahli pasukan yang lain.

Apabila sepenuh masa, disiplin datang dari dalam diri kita. Tiada lagi undang-undang yang mengawal kita. Segelintir pemilik bisnes ketika menjalankan bisnes separuh masa, bisnes berjalan dengan baik. Apabila sepenuh masa, bisnes jatuh. Lazimnya, ia ada kaitan dengan masalah disiplin diri.

#5 – Restu ibu bapa

Dari sudut kerohanian pula, minta restu ibu bapa dan mohon doa daripada mereka. Kejayaan lebih mudah dicapai apabila kita menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarga terdekat.

Seorang mentor kami pernah berkata, “Di saat ibu bapa menitiskan air mata mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita, Insya Allah rezeki kita tidak akan putus.”

Perancangan kabur punca tekanan

Membuat keputusan untuk berhenti kerja bukan satu keputusan yang remeh. Antara faktor berhenti kerja yang meletakkan pemilik bisnes itu di dalam tekanan apabila mengusahakan bisnes sepenuh masa ialah.

  • Berhenti sebab tidak suka kerja tersebut.
  • Berhenti sebab ghairah melihat kejayaan pengusaha bisnes sepenuh masa.
  • Berhenti sebab ingin menyelesaikan hutang menggunakan hasil keuntungan bisnes

Ketiga-tiga sebab di atas bukan alasan yang sesuai untuk berhenti kerja. Apabila keputusan bersandarkan sebab-sebab di atas, ia bakal mengundang banyak lagi keputusan dan peristiwa yang tidak sihat berlaku ke atas pemilik bisnes tersebut.

Kita berhenti kerana mempunyai perancangan lebih baik. Kita keluar daripada dunia makan gaji untuk memasuki dunia yang lebih baik. Baiknya dunia itu ialah hasil daripada perancangan yang telah disusun lebih awal.

Apabila perancangan rapi dibuat, kita tidak perlu memulakan bisnes sepenuh masa dengan duit pinjaman dari mana-mana pihak. Kita boleh bermula dengan apa yang ada di tangan.

Kita juga dapat menguruskan persepsi keluarga terdekat dengan baik. Sebahagian usahawan baru, mereka datang daripada keluarga yang tidak mempunyai jiwa bisnes. Apabila keputusan untuk berhenti kerja dibuat, keadaan menjadi tegang apabila pasangan atau keluarga terdekat tidak memahami.

berhenti-kerja-makan-gaji-3

Tekanan ini sebenarnya dapat dikawal. Rasa khuatir dan bimbang mereka dapat ‘dijinakkan’ apabila kita mempunyai perancangan rapi dan simpanan untuk masa depan mereka. Apabila kita dapat meyakinkan mereka dengan bukti-bukti yang kukuh, ia memberikan kita lebih fokus untuk mengembangkan bisnes. Tekanan-tekanan tidak sepatutnya ditanggung telah diuruskan lebih awal.

Akhir kata, usah didengar cerita-cerita asyik sahaja tentang dunia bisnes. Ia boleh mendorong kita membuat keputusan di luar logik bisnes. Hakikatnya, banyak kisah-kisah pilu dunia bisnes yang sembunyikan. Lambakan kisah pilu pemilik bisnes ini akibat daripada bertindak tanpa perancangan.

 

Sumber gambar dari Flickr: ( tychay,  getfrank.  TheenEddie-SV)

 


Tags: , , , , ,

Komen (36)

  1. Alhamdulillah, artikel yang baik.

    Memang betul. Kesemua tips yang disyorkan dalam artikel ni, itulah yang saya buat. Dah memang benar, bila cukup kesemua syarat tu, kita boleh berhenti kerja dengan tenang. Lepas saya hantar surat kepada bos untuk meletakkan jawatan, hati saya rasa tenang. Saya dah benar-benar bersedia untuk beralih ke dunia bisnes sepenuhnya.

    Tentang ukuran pendapatan bulanan bisnes melebihi gaji tu satu, yang paling penting ialah persediaan kita dengan ilmu dan kemahiran bisnes. Ilmu dah ada, kemahiran dah ada, pengalaman dah ada, tinggal lagi komitmen yang masih berbelah bagi itulah memaksa untuk berhenti kerjaya. Bukan sebab tak suka bos, bahkan hati saya berat meninggalkan kawan-kawan dan bos di pejabat. Saya sayang melepaskan persahabatan, bukan sayang lepaskan gaji.

    Bila berhenti kerja, bukan makna boleh rehat, tapi kita ada kerja lain untuk dibuat. Kita masih bekerja, tapi kerja kita lebih fleksible. Kalau makan gaji, kita kerja waktu pejabat jer, tapi bila bisnes, kita kerja tak kira masa, tapi masih dalam kawalan kita.

    Bagi yang ada matlamat berhenti kerja, letakkan matlamat dari sekarang. Kelebihan paling utama bekerja sendiri bagi saya ialah kita boleh sesuaikan waktu kerja dengan keluarga, bukan sesuaikan waktu keluarga dengan kerja. Keluarga lebih utama, kerjaya no. 2. Alhamdulillah…

    Terima kasih Tim Majalah Niaga atas artikel yang baik. Saya doakan Allah merahmati Tim Majalah Niaga. Amiin ya Allah.

  2. terima kasih atas panduan ini.bagi saya kalau 6 bulan tak cukup.kena setahun.dan alternative kalau bisnes kita ada masalah nanti.kena fikir apa titik noktah untuk berkerja semula.Kalau bisnes sama dengan gaji mungkin tak sesuai.Saya cadang 2-3 kali ganda daripada gaji sekarang baru buat keputusan untuk berhenti 🙂

  3. Salam maju jaya,,

    Saya setuju,,saya berpendapat bukan setakat 6 bulan simpanan ,,
    malah lebih dari itu,,wajib tambah satu bisnes offline yang kukuh
    dengan income lebih dari gaji makan gaji,,di samping bisnes maya ,,,

    kalau perempuan cari lelaki mampu kaya duit ,ilmu dunia seiring akhirat,,
    boleh pilih pencen awal untuk sambil buat bisnes maya atau offline,,

    Apa pun mesti di sertai semangat tinggi untuk berdaya saing,
    ,ilmu bisnes yang di kemaskini untuk langkah ke hadapan,,
    tidak berkira dengan masa kerja,,kerja kuat,,lebih dekat bersama keluarga
    sentiasa cari peluang baik halal untuk terus tambah income berganda,,

    Tidak lupa Allah gandakan solat dhuha untuk tambah rezeki berganda
    (di mana saat kerja makan gaji sangat sukar tunai solat sunat dhuha,,,
    dari pengalaman saya kerja makan gaji ,,income terhad,,tidak bebas,,)

    Sekian,,,Selamat Maju Jaya,,

    Terimakasih,,,

  4. Artikel yang menarik, untuk menarik lebih ramai usahawan!

    Alhamdulillah, saya yakin ramai yang ingin bebas kewangan.
    Seterusnya dapat membantu agama, bangsa, negara dan keluarga.
    Kebiasaanya, mereka ingin mencari pengalaman terlebih dahulu
    melalui majikan mereka dan syarikat. Sebelum terjun sepenuhnya
    kedalam bidang perniagaan ini.

    Semoga berjaya. Jika tiada idea perniagaan boleh rujuk web saya.

    1. salam.
      saya sekadar nak bertanya.. adakan bagus jika kita membuat loan di bank untuk memulakan perniagaan? mohon pendapat.

  5. Terima kasih kepada penulis artikel. Perkongsian yang menarik. Especially kepada usahawan sepenuh masa spt sy. Banyak yang boleh diambil sbgai guideline.

  6. Alhamdulillah saya diberi ‘Rezki MASA’ yang mengizinkan saya untuk menjalankan business secara sambilan.
    Tidak terfikir lagi untuk berhenti kerja, saya khuatir saya tak mampu disiplinkan diri bila jalankan business secara ‘Homebase’.

  7. Ya.. Saya juga mempunyai cita2 utk sepenuh masa dlm dunia bisnes. Dan saya ingin memikih bisnes di internet sbgai permulaan. Mmg bukan senang untuk dptkan income yg sama atau lebih dgn gaji kita sekarg. Tp melalui otai2 yg saya lihat.. Bisnes mereka mempunya income yg sgt baik.. Itu yg saya sgt harapkan dan akan teru belajar ilmu2 penting bila berbisnes.. Terima kasih majalah niaga kerana panduan yg naik ini.

  8. Bagi saya apa yg penting sebelum kita berhenti kerja ialah target kita di dlm bidang business ni.Keazaman yg tinggi,semangat juang yang tinggi,dan yg paling penting kerja kuat.Setiap usahwan perlu ada matlamat.Selepas berhenti kerja sy menghadapi pelbagai kesusahan,tetapi atas keazaman yg tinggi saya harungi juga.Satu prinsip sy pegang iaitu “aku mesti berjaya dan membuktikan pada mereka yg aku berhenti kerja kerana inging lebih berjaya” dengan prinsip ini alhamdulilah sy berjaya melalui saat2 pahit jerih di awl perniagaan baru bermula…Bagi saya mereka yg berhenti kerja dan mulakan perniagaan adalah mereka yg berani.

  9. Bagus tip2 utk letak jawatan ni, sy sendiri tak sabar nak jadi full timer businessman plak. doakan saya yer. apa2 pon kena merancang dan punyai exit plan yg mantap

  10. Saya ingin sangat berhenti keje makan gaji sebab nak menjaga anak anak sendiri. Sekarang anak hantar nursery ataupun yg besar Pandai2 sendiri kat rumah. Sangat kesian. Saya sudah ada online business dan sekarang hanya menggunakan duit dari hasil business utk bayar commitment rumah, rumah kedua, kereta dan segala2nya. Duit gaji tak sentuh pun.
    Duit simpanan pun dah banyak. Cuma takde plan business yg organized sebab tak pernah masuk mana2 bengkel business. And kena sembahyang istikharah jugak kan? And kena dpt restu suami utk berhenti keje? Hmm. Macam2

    1. Saya mencari business partner yg part time or full time. Berminat dgn membuka franchise?
      WA no ini 019-2379171

  11. saya setuju dengan pendapat tim majalahniaga. Pastikan ada simpanan yang mencukupi, dan buat perancangan perniagaan terlebih dahulu sebelum berhenti kerja. Bukan bila dah berhenti, baru nak merancang berniaga. Pada peringkat mula, lakukan dulu secara separuh masa. Sebab dalam tempoh bisnes baru dijalankan, pendapatan masih lagi dalam kerugian. Bila dah rugi, nak kena pinjam lagi duit kawan2/adikberadik/tekun untuk menampung kerugian tu supaya bisnes kekal beroperasi.

    Jadi ada baiknya berniaga dulu separuh masa. Dapat gaji, tampunglah mana-mana yang diperlukan dalam perniagaan. Kalau terus buat sepenuh masa, pastikan cukup simpanan

    1. betul tuan. bagi yang dah berniaga, tapi tak cukup modal..jangan sekadar mencari modal tambahan, tapi tambah juga ilmu perniagaan.

  12. sy rasa semua tips2 tersebut boleh diketepikan jika mempunyai semangat berani..adakala terlalu banyak perancangan membuatkan kita berhenti melangkah…bagi sy mulakan bisnes dan jalani seperti mana diwaktu kita makan gaji…

    1. En Skyfun, saya sangat setuju dengan pendapat anda….!!

      Jangan terlalu memikirkan sesuatu risiko sehingga membantutkan impian seseorang untuk memulakan langkah nya yang pertama..

      Jika ibubapa terlalu risau akan risiko anak kecil mereka terjatuh dan cedera serta boleh membawa maut,ketika mula belajar berjalan, pasti kita semua tidak mampu berdiri apatah lagi berlari seperti hari ini.

  13. Terima kasih di atas sharing yang baik..
    Mungkin side income 3-4 lebih tinggi daripada gaji pun dah boleh pertimbangan untuk berhenti kerja disampaing simpanan ada selama 6bulan..

    Apa2 nice sharing..

  14. azwanmiskin
    May 22, 2015

    Bagi saya kene lihat juga jenis perniagaan yg di jalankan.saya Pasti perniagaan tu Mesti gagal punya dua kometmen hendak di jaga makan gaji dan perniagaan Urusan perniagaan tidak Dapat di lakukan .bisnes online boleh la hanya di hujung jari… Sekiranya offline Perlu berjumpa pelanggan.
    bagi bagi saya ilmu cara nak uruskan berniagaan dengan baik sehingga Dapat keuntungan untuk bayar gaji pada diri sendiri supaya Dapat bayar hutang kereta Atau rumah.x perlu ada simpanan sampai 6 bulan atau setahun..3 bulan Pon dah cukup.

  15. Penjejak FX
    February 3, 2016

    Assalamualaikum. Info yg terbaek. Saya ada sialan untuk admin. Untuk makluman,saya seorang Part Time Forex Trader bermula tahun 2009. Jawatan sekarang yg saya pegang sebagai Pengurus.

    Mengikut rekod, saya konsisten dalam trading. Sebulan average boleh dapat 600-900 usd. Ada tergerak hati untuk berhenti kerja dan fokus kepada full time trader tetapi masih ragu2.

    Apa perlu sy buat? Tq

Pendapat anda?