Petua Untuk Menjadi ‘Billionaire’

July 31, 2017 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Dikatakan, golongan billionaire adalah golongan yang mewakili 1% populasi penduduk di bumi.

Baki 99% adalah terdiri daripada kebanyakkan kita. Apakah yang membolehkan golongan 1% yang kebanyakkannya berasal daripada orang biasa ini mengubah hidup mereka sendiri?

Ikut kajian, mereka ini ada kelakuan dan pemikian yang hampir sama. Ketahui petua untuk jadi salah seorang billionaire.

#1-Kuasai Bidang Baru & Berbeza Secara Monopoli. 

Billionaire selalunya dapat menjana kekayaan luar biasa apabila mereka memegang tampuk atau mengasaskan satu kepakaran yang tertentu dalam satu-satu bidang atau industri.

Dengan ini, mereka yang mewujudkan ruang dan peluang baru dalam perniagaan. Mreka juga menjadi penyebab kepada wujudnya pesaing baru yang ingin ikut sekali bermain dalam rentak yang sama.

Monopoli hanya dapat dilakukan jika kita menjadi teraju sesuatu yang baru dan menjadi sebahagian pilihan dan kehidupan orang lain.

Untuk berusaha kearah ini, apa yang anda perlu lakukan adalah anda harus fokus kepada kekuatan anda dan gunakannya untuk menjadi kelebihan anda, menjadi kelemahan pesaing anda.

Hanya fokus kepada perkara yang anda pandai dan mahir dan gunakan potensi yang ada semaksima yang mungkin.

Kebanyakkan daripada billionaire bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Cari dan tanya diri anda sendiri apakah kepakaran anda tukarkan ia menjadi wang .

#2-Kembangkan Bisnes Anda Dengan Cepat.

Apabila bisnes sudah maju, kadang-kadang kita sudah rasa selesa. Rutin kita yang sama sudah jadi habitat.

Ini adalah satu kesilapan, ibarat anda mendapat peluang kemudian anda hanya pegang sebentar dan kemudian serahkan kepada orang lain.

Kesilapan ini sudah jadi satu kerugian. Jangan biar diri terlalu selesa dengan keadaan bisnes semasa, jangan juga biar diri terlalu takut untuk keluar dari zon selesa.

Jangan tunggu peluang datang , anda harus pandai cari peluang yang ada dan guna. Kebanyakkan billionaire tahu yang jika mereka kembangkan lagi perniagaan, lebih besar ‘target market’ yang akan mereka capai.

Dengan ini mereka akan sentiasa mengubah strategi mereka untuk mengikuti perkembangan pasaran yang berubah-ubah.

Jangan teragak-agak untuk berubah ke arah yang lebih besar. Jika anda sanggup untuk mengambil risiko yang belum lagi diambil oleh pesaing anda, anda sudah menang kerana berada di hadapan mereka.

Jika perkara yang anda mulakan belum pernah dilakukan dan mereka menyukainya, ia akan jadi tular dan mereka akan lebih mudah juga lebih lama mengingati anda. Nah, ini kelebihan anda jika anda segera bertindak.

#3-Ambil Risiko Kewangan Yang Besar.

Tanyalah mana-mana billionaire pun, mereka tidak pernah buat sesuatu keputusan yang mudah dalam bisnes mereka.

Keputusan yang paling payah sudah tentu apabila melibatkan kewangan. Mereka sering ambil keputusan yang berisiko tinggi yang mereka sedia maklum mungkin belum tentu berani dilakukan oleh orang lain.

Tetapi mereka juga tahu yang keputusan yang besar akan menghasilkan pulangan yang besar juga.

Golongan ini tahu yang perniagaan semuanya adalah melibatkan risiko jadi anda harus bersedia bila-bila masa untuk membuat keputuan yang berani untuk bisnes anda, kehidupan anda, kehidupan orang lain di sekeliling anda.

Sedia berkorban  duit anda sebagai pelaburan.  Jika pelaburan kecil yang anda buat anda sudah terasa besar maka sampai bila-bila anda tidak akan jadi billionaire kerana anda tidak sanggup melabur wang anda yang betul-betul besar.

Tetapi ingat, jangan melaburkan wang secara semberono. Pastikan ada peluang cerah yang anda rasa anda akan dapat melalui pelaburan tersebut.

#4-Pastikan Anda Memiliki Segalanya.

Jika anda merancang untuk kaya, tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun, anda harus tahu bagaimana untuk melindungi rancangan anda.

Kerana apa yang mahal dalam sesuatu bisnes bukanlah aset dan nilai kewangan semata-mata tetapi idea. Tidak semua orang boleh mendapat idea bisnes yang sangat bagus.

Anda kena ambil tahu dan belajar nak lindungi harta intelek, patenkan produk dan sebagainya. Jangan sewenang-wenangnya biar orang ambil kesempatan terhadap idea dan peluang yang kita ada.

Kita yang menyemai, biarlah kita yang menuai dan mendapat hasil.

Kebanyakkan billionaire dan syarikat-syarikat besar mengambil masa yang agak lama sebelum melancarkan produk mereka kerana ingin mendapatkan kelulusan hak cipta dan milikan terlebih dahulu.

Ini adalah langkah bijak untuk menyelamatkan usaha dan pelaburan anda.

 #5-Bina Kekuatan Kepakaran Anda.

Setelah anda telah memasuki fasa orang kaya baru, anda harus berusaha untuk kukuhkan bisnes anda.

Jika anda sudah melepasi fasa ini, pendapatan anda telah benar-benar stabil dan tidak mudah diganggu-gugat, anda sudah bersedia untuk menjadi lebih kaya.

Fokus sekali lagi kepada kekuatan dan kemahiran anda. Gunakan 2 perkara ini untuk kembangkan perniagaan anda dalam skop bidang yang baru.

Contohnya, jika anda meraih pendapatan lumayan dalam industri makanan sebagai pengusaha banyak cawangan restoran maka anda boleh kembangkan lagi bisnes anda dalam bidang katering atau sebagai pembekal tender makanan institusi-institusi yang lebih besar dan eksklusif.

Anda sudah ada ilmu, kemahiran, wang, network dan sebagainya. Jangan takut untuk mencuba sekali lagi dan gunakan dengan sebaiknya untuk cipta kejayaan yang seterusnya dalam skala yang lebih besar dan besar tanpa sempadan dan sebarag ketakutan. Ini bukan sekadar angan-angan dan impian mana-mana usahawan tetapi ini cita-cita setiap billionaire.


Tags: , ,

Pendapat anda?