Produk Informasi – Bagaimana Melakukan Transformasi ‘Next Level’?

September 19, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Melihat kembali pada pertengahan bulan Julai 2011, terdapat ramai individu yang mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan internet. Ini kerana medium ini menawarkan kos permulaan perniagaan yang rendah dan fleksibel.

buat duit dari rumah

Malah kita juga mempunyai kebebasan untuk bekerja di mana yang kita mahu, tanpa perlu menanggung risiko untuk membayar bil-bil berkos tinggi seperti sewa pejabat, staf dan sebagainya.

Seperti kata jutawan internet tempatan, Irfan Khairi, perniagaan internet adalah tempat yang sesuai untuk sesiapa sahaja memulakan perniagaan dengan kos serendah RM500, dan memperoleh margin keuntungan yang tinggi.

irfan khairi, jutawan internet

Beliau juga turut menyarankan agar seseorang itu sewajarnya bermula dengan menjual produk informasi seperti:

  • Ebook.
  • Video.
  • Audio
  • Blog.
  • Pakej multimedia.
  • Podcast.

Kesemua modul perniagaan produk informasi di atas mendatangkan keuntungan yang bagus. Namun persoalannya, adakah kita akan terus bergerak secara perseorangan dalam perniagaan internet? Seperti yang kita dapat lihat hari ini, majoriti usahawan internet tempatan yang menjual produk informasi bergerak secara perseorangan.

Apakah yang diperlukan untuk seorang usahawan melakukan transformasi, agar bisnes produk informasi mereka berada di tahap yang lebih tinggi?

Kajian Kes – Mindvalley dan Transformasi Bisnes Produk Informasi

Vishen Lakhiani dan Mike Reining, mereka merupakan pengasas bersama syarikat Mindvalley. Berdasarkan perkongsian Vishen Lakhiani menerusi video ‘Blisscipline’, bisnes mereka bermula dari sebuah bilik tidur. Kemudian dari sebuah bilik, modus operandi syarikat betukar kepada sebuah ofis yang begitu cantik pemandangannya, dan mempunyai lebih 40 staf dari 20 negara yang berbeza.

mindvalley - spreading enlightened ideas

Syarikat ini boleh dijadikan contoh terbaik untuk usahawan-usahawan produk informasi, bagi mencari jalan untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Berdasarkan perspektif kami melihat perkembangan syarikat Mindvalley, terdapat beberapa elemen penting yang perlu diubahsuai dalam diri setiap pemilik bisnes produk informasi, sebelum mereka bertindak meluaskan lagi empayar bisnes.

Mempunyai Visi – Dari Bisnes Kecil Menjadi Syarikat ‘Dot’ Com

“Keep your dreams alive. Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself, vision, hard work, determination, and dedication. Remember all things are possible for those who believe.” – Gail Devers

Hanya manusia yang mempunyai visi mampu untuk meluaskan empayar bisnes mereka. Ini kerana visi adalah matlamat akhir yang kita mahukan dalam proses membangunkan bisnes. Sebagai seorang usahawan, tanya pada diri, apakah perubahan yang kita inginkan dalam bisnes produk informasi kita, dalam tempoh 10 tahun dari sekarang?

Jawapan yang spesifik akan membawa kita kepada matlamat akhir yang kita impikan. Justeru itu, mulai hari ini, luangkan sedikit masa untuk duduk dan bertanya pada diri kita sendiri. Adakah kita mahu terus membina bisnes produk informasi seorang diri? Atau melakukan transformasi dengan meluaskan empayar bisnes ke seluruh dunia?

Apabila kita mempunyai visi yang jelas, kita akan mencipta rancangan dan tindakan yang akan membawa kita kepada visi itu. Ini adalah langkah pertama sebelum meluaskan empayar bisnes produk informasi.

Mempunyai Pasaran yang Fokus dan Spesifik

Mindvalley tidak bersikap tamak untuk mendominasi semua niche yang ada di dunia ini. Mereka menumpukkan 100% terhadap pasaran pembangunan diri (­self development). Keputusan untuk fokus pada pasaran ini juga membolehkan mereka untuk bergabung dengan nama-nama besar dalam industri seperti:

  • Bob Proctor.
  • Burt Goldman (The American Monk).
  • Sean Stephenson.
  • Jose Silva.
  • Dan ramai lagi.

Fokus pada satu pasaran

Justeru itu, pemilihan niche atau pasaran yang spesifik merupakan elemen kritikal sebelum kita membuat keputusan untuk berada di tahap yang lebih tinggi. Bagi yang sudah mempunyai produk dari pelbagai niche, mula rancang kembali  niche yang ingin kita fokuskan.

Dengan ini, kita akan dapat lihat potensi pasaran dengan lebih meluas. Dalam masa yang sama, ia membuka peluang untuk kita bekerjasama dengan individu-individu yang popular, dan dikenali sebagai pakar dalam industri kita.

Kerjasama ini yang akan meledakkan lagi keuntungan bisnes, serta membina jenama yang lebih kukuh untuk jangka masa panjang.

Bergerak Secara Berkumpulan – Wujudkan Identiti Syarikat

Sebelum ini, majoriti usahawan produk informasi memfokuskan untuk bergerak secara seorang diri. Setiap pemasaran dan penjenamaan yang dilakukan, semuanya berfungsi untuk meningkatkan populariti diri sendiri, agar kita dilihat sebagai individu autoriti dalam industri.

Bergerak secara berkumpulan

Namun pengstrukturan semula perlu dilakukan, sekiranya kita mahu membina bisnes ke tahap yang lebih tinggi. Antara penambahbaikan yang boleh dilakukan adalah mempunyai bilangan pekerja yang dapat menguruskan kerja-kerja di sebalik tabir syarikat seperti:

  • Pengurusan.
  • Sokongan pelanggan.

Tugas kita pula adalah memfokuskan sepenuh masa, tenaga dan wang untuk melakukan pemasaran dan penjenamaan. Agar identiti syarikat menjadi lebih kukuh dan memperoleh kepercayaan yang tinggi di mata prospek.

Ini Perspektif Kami – Apa Pandangan Kalian?

Artikel ini diterbitkan berdasarkan perspektif kami melihat perkembangan bisnes produk informasi yang sedang meningkat naik, dalam industri perniagaan internet tempatan. Apa pendapat tuan dan puan mengenai keputusan yang perlu dilakukan, untuk berada di tahap ‘next level’?

Adakah cukup untuk seseorang usahawan itu bergerak secara bersendirian dalam tempoh 10 tahun dari sekarang?

Berikan pandangan dan pendapat kalian menerusi ruangan komen di bawah. Mohon sebarkan artikel ini di Facebook, untuk menghimpunkan pandangan rakan-rakan kita yang lain.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (nickygrahamfahdmurtaza, Facebook Irfan Khairi)


Tags: , , , , , , ,

Komen (11)

  1. Jika saya seorang pemasar ebook, saya melihat proses next level ini dengan menyerahkan tugas editing dan jualan ebook kepada syarikat seperti EducatticMind. Tugas saya ialah menerbitkan siri ebook yang berkaitan dari semasa ke semasa.

  2. Saya setuju dengan apa yang diperkatakn tuan Aqif. Ya, benar. Dalam masa 10 tahun akan datang, lebih ramai Usahawan Produk Digital akan hadir ke dalam industri ini meliputi pelbagai niche (yang sudah pasti).

    Apa yang diperkatakan mengenai ‘Projek Next Level’ dengan membentuk ‘team’ adalah satu idea yang baik. Kita perlu bergerak secara berkumpulan untuk terus maju ke hadapan dalam tempoh yang singkat (bergantung kepada komitmen setiap ahli juga).

    Insya-Allah, jika semua memberikan komitmen yang PADU, jenama syarikat akan di pandang tinggi di mata prospek.

    Ada siapa nak join saya tubuhkan team? ;D

    1. Benar, semuanya berkait rapat dengan komitmen dan kerja berkumpulan. Ada sesiapa yang mahu menyertai pasukan Tuan Zulhilmi? Dipersilakan hantar maklumat ke emel beliau. 😀

  3. Terima kasih atas panduan yang diberikan amat berguna kepada saya dan meningatkan saya supaya merancang semula perniagaan saya dengan lebih baik. Apa yang saya amalkan ialah saya senaraikan perancangan saya dgn 3 tahap iaitu jangka pendek iaitu tempoh masa sekarang dan 5 tahun akan datang. Sederhana 5-10 tahun. Dan last Jangka Panjang 10 tahun ke atas. Utk jangka masa sederhana dan panjang saya akan review sebulan sekali. Jangka pendek saya tulis dlm telefon saya utk saya review setiap hari semasa saya bersantai2. Next level 2 memang penting dgn penubuhan team yang seiringan dgn kita.

  4. Jika ingin bisnes berkembang, maju dan untung. Memang memerlukan sebuah pasukan. Seperti tim pemasaran, promosi, perakaunan dan sebagainya. Mana mampu membuat seorang diri.

    Saya tiada tim, cuma sudah ada idea bagaimana suasana interior ofis tersebut yang ingin saya miliki 🙂

    1. betul sangat tu.nak maju kan bisnes memang tak boleh buat sendiri.harus berkerjasama dengan orang lain juga…

      trimas ea.

  5. entri yang ringkas tp sempurna… betul apa yg diperkatakan… next level akan sampai bila tiba masanya.. apabila seseorang sudah melihat peluang dihadapan, mana mungkin ia boleh bekerja sendirian… Lagi besar periuk, maka lg besar keraknya… penjenamaan bisnes bg sesuatu niche memberi impak yg besar untuk jangka masa panjang… rancang dr sekarang… tuan zulhelmi cari team mcm mana?

Pendapat anda?