Rahsia Menjadi Blog Berpengaruh dan Popular

December 14, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

“Saya sudah mempunyai blog. Bagaimana untuk saya mula membina pengaruh dalam komuniti maya?”

Mempunyai ramai pengikut dan penyokong adalah salah satu impian seorang blogger. Mereka mahu blog mereka dijadikan sebagai wadah utama, untuk menyampaikan ilmu yang mereka rasakan bermanfaat.

seth godin

Persoalan seperti di atas mewujudkan satu tanda tanya, tentang kaedah yang efektif untuk membina pengaruh dalam komuniti maya menerusi blog.

Ramai orang yang mempunyai blog. Tetapi hanya segelintir sahaja blog yang menjadi tarikan pengguna Internet tempatan. Dalam apa jua niche blog yang diceburi, populariti menunjukkan betapa besarnya pengaruh blog kita.

Kita mempunyai pilihan untuk menjadi popular, yakni dengan cara yang bersih atau sebaliknya.

Cara yang bersih adalah menghasilkan artikel-artikel yang berkualiti, penuh dengan fakta dan rasional dan elemen yang paling penting adalah artikel itu dapat membantu pembaca, dalam mencapai apa yang diinginkan apabila mereka  melawat blog kita.

Persoalannya, bagaimana untuk menghasilkan artikel seperti ini?

Membaca Lebih Banyak Buku (50 Sekurang-kurangnya)

Dalam buku Get Rich Faster karya Azizi Ali, beliau menyatakan populariti yang beretika datang daripada kepakaran penulis dalam menyampaikan topik yang berkaitan dengan industrinya.

Menjadi pakar bidang adalah penting. Supaya kita dapat menjadi bahan rujukan orang ramai mengenai subjek atau industri. Ini yang menyebabkan blog Darren Rowse popular dalam subjek buat duit dengan blog.

Kerana beliau bukan sahaja fokus. Malah rajin membaca dan berkongsikan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan subjek ini menerusi buku-buku atau bahan ilmiah.

50 buku sekurang-kurangnya

Kata Azizi Ali, menjadi pakar memerlukan kita untuk membaca lebih 50 buah buku yang berkaitan dengan industri. Lebih banyak lebih bagus.

Kerana semakin banyak buku yang kita baca, maka semakin banyak skop ilmu mengenai industri yang dapat dikongsikan menerusi blog. Dari sini pembaca dapat lihat kepelbagaian ilmu yang kita sampaikan dalam setiap artikel baru.

Artikel ini bukan sahaja segar dengan idea baru, namun ia melambangkan kita sebagai seorang penulis blog yang beretika. Yakni melakukan kajian menerusi pembacaan bahan ilmiah, sebelum menyampaikan sesuatu ilmu.

Sinergikan Aktiviti Membaca dan Menulis

Orang yang suka membaca dianggap pasif kerana mereka hanya bertindak untuk mendalami ilmu pengetahuan. Manakala orang yang suka menulis dianggap aktif kerana mereka cenderung untuk menyampaikan sesuatu menerusi mana-mana medium (blog misalnya).

sinergikan aktiviti membaca

Justeru itu, untuk menjadikan blog kita blog yang berpengaruh, maka sinergikan kedua-dua aktiviti ini.

Ia bermakna, gabungkan aktiviti sambil membaca, sambil menulis. Dalam masa sama, aktiviti blogging akan menjadi lebih indah kerana kita dapat menyampaikan ilmu yang bermanfaat secara konsisten.

Cara Untuk Menghasilkan 30 Idea Artikel Dalam Masa 30 Minit

Dalam Seminar Blogging, para peserta ditunjukkan cara praktikal untuk menjana idea penulisan artikel blog dalam masa kurang 30 minit. Salah seorang peserta seminar yang berjaya mempraktikkan ilmu ini adalah Tuan Hazlam Anuar.

Pihak kami berbesar hati untuk mengajak tuan bersama-sama mendalami ilmu ini dalam Seminar Blogging yang akan diadakan dalam masa terdekat ini. Klik pautan di bawah untuk pendaftaran.

Pendaftaran Seminar Blogging (Terhad – 7 Peserta Sahaja Lagi)

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (applejantlaloc-web-marketingalexnormand)


Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Komen (7)

  1. Dr. Irfan Khairi juga mencadangkan agar kita sentiasa menambah nilai diri kita dengan membaca. Sekurang-kurang 2 buku sebulan. Sehari habiskan sedikit, lama-lama makin tinggi bukit kita. Insya-Allah. Saya suka penggunaan kata ‘sinergi’ di atas 😉

  2. Ini adalah satu kelemahan saya. Walaupun banyak juga buku yang dibaca tetapi tidak topik yang sama. Kadang-kadang satu idea kecil seseorang mampu mengembangkan nya menjadi sebuah artikel yang hebat.

  3. yap sokong 100% kenyataan diatas.

    jadikanlah buku sebagai kawan baik anda kerana ilmu yg ada boleh dimanfaatkan untuk kepentingan diri sendr dan juga untuk dikongsikan dengan yang lain untuk dimanfaatkan bersama atau dikongsikan juga dengan yang lain. free2 dpt pahala kan 🙂 tp biarlah ilmu yg disampaikan tu kearah kebaikkan

  4. Saya suka konsep sinergi itu. Konsep yang hebat. Ia secara tidak langsung mendidik penulis supaya menggunapakai semula sumber yang sediada untuk menerbiitkan artikel yang berkualiti.

  5. Baru bermula menulis blog. Terima kasih atas tips yang diberikan. Sememangnya membaca adalah satu hobi, cuma sekarang perlu lebih di’sinergi’ dengan menulis. Tips-tips yang membantu blogger baru seperti saya. ; )

Pendapat anda?