Rahsia Social Sharing – Cara Mudah Dominasi Google Dengan SEO

April 04, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Kewujudan laman web social media seperti Facebook, Twitter, Linkedin dan pelbagai lagi merupakan satu bonus besar untuk penggemar pemasaran SEO.

Tip Pemasaran SEO - Social Sharing

Kerana laman web enjin carian seperti Google khususnya kini menumpukan sedikit demi sedikit, untuk mencari laman web berkualiti menerusi sistem algoritma yang dipanggil social sharing.

Apa Maksud Social Sharing?

Social sharing bermaksud signal-signal pautan laman web kita yang berlaku dalam laman web social media seperti Facebook dan Twitter. Ini termasuk aplikasi yang dibangunkan oleh Google sendiri iaitu Google Plus (Google +).

Contoh Strategi Social Sharing

Sebagai contoh, apabila kita berkongsi pautan laman web kita di Facebook, ia secara tidak langsung memberikan signal kepada Google. Selain daripada menggunakan fungsi ‘Shares’, terdapat beberapa fungsi lain. Antaranya adalah:

  • ‘Likes’ – Facebook.
  • ‘Tweets’ – Twitter.
  • ‘+1s’ – Google Plus.

Menurut Eric Enge, strategi social sharing ini memberikan signal ‘noisy‘ kepada enjin carian.

Bagi yang mempunyai bajet, strategi ini boleh diperhalusi dengan mengupah orang ramai yang menggunakan laman social media untuk melakukan tugasan mudah, seperti menekan butang ‘Likes’, ‘Tweets’ dan sebagainya untuk mendapatkan signal yang lebih banyak.

Namun begitu, melakukan spamming adalah perbuatan yang tidak beretika. Kebiasaannya aktiviti perkongsian di laman social media berlaku disebabkan fungsi atau isi kandungan menarik yang terdapat dalam laman web kita.

Social Sharing – Apa Kata Google dan Bing?

Bagi yang masih tertanya-tanya adakah berita mengenai teknik social sharing ini hanya diakui oleh pemasaran SEO tempatan, mari kita dengar kata-kata daripada dua syarikat gergasi enjin carian dunia:

Menurut Google, social sharing membantu mereka untuk mengenal pasti laman web yang memperoleh banyak undian daripada pengguna Internet di seluruh dunia.

“Ya, kami mengambil kira signal ‘Tweets dan Retweet’. Ia adalah signal yang memberitahu kami tentang berita terkini secara natural.”

Selain daripada berita, Google juga turut mengambil kira tentang signal social sharing terhadap artikel yang wujud dalam laman web seluruh dunia:

“Kami juga menggunakan signal ini untuk meletakkan laman web di enjin carian menerusi perkongsian artikel yang berkaitan dengan kata kunci. Social engagement yang tinggi akan membantu laman web kita berada dalam kedudukan tertinggi enjin carian.”

Manakala syarikat enjin carian Bing pula menyatakan,

“Kami menilai menerusi social authority. Semakin banyak kita berinteraksi dalam ruangan social media, semakin tinggi peluang untuk laman web kita menerima signal kenaikan kedudukan dalam enjin carian.”

Langkah Pertama Dominasi SEO – Social Sharing

Perkongsian daripada kedua-dua syarikat gergasi enjin carian (Google & Bing) ini memberikan satu nafas baru dalam strategi pemasaran SEO.

Plugin Digg Digg Sebagai Alat Social Sharing

Antara langkah pertama yang boleh kita lakukan terhadap optimasi social sharing adalah seperti berikut:

  1. Mempunyai button untuk pengguna Internet berkongsi dalam ruangan social media. (Bagi pengguna WordPress, boleh gunakan plugin Digg Digg).
  2. Menghasilkan isi kandungan laman web yang mudah dibaca, persuasif dan menarik perhatian pengguna.
  3. Menggalakkan pengguna Internet untuk berkongsi artikel kita di ruangan social media.

Ketiga-tiga langkah mudah ini boleh diaplikasikan dengan segera. Untuk menambat hati Google, gunakan plugin Google Plus yang sedia ada dan perbanyakkan perkongsian pautan laman web kita menerusi ruangan Google Plus.

Jemputan Ke Seminar SEO Majalah Niaga

Tim Majalah Niaga berbesar hati untuk menjemput para pembaca Majalah Niaga untuk menyertai Seminar SEO anjuran kami.

Seminar SEO Majalah Niaga

Ia adalah seminar yang akan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk meletakkan laman web kita dalam kedudukan pertama Google. Ini bermakna apabila setiap kali orang mencari maklumat di Internet, laman web kita akan dipaparkan pada hasil carian Google.

Penyertaan ini terhad untuk 7 orang sahaja lagi. Layari laman web di bawah untuk melakukan pendaftaran sekarang:

>> Daftar Seminar SEO (Klik Di Sini) <<


Tags: , , , , , , ,

Komen (19)

  1. Wow! perkongsian luarbiasa daripada tim Majalah Niaga!terima kasih kerana sharekan informasi ini kepada saya dan rakan-rakan.Tahniah!

  2. Terima kasih banyak2 atas panduan yang diberikan.Saya memang nak cuba masukkan social plug in ni tapi tak boleh juga.Terima kasih banyak2.Saya akan cuba dan harap menjadi.Terima kasih seklai lagi kerana amat-amat membantu saya sebagai orang baru dalam blogging.Semoga berjaya.

  3. Terima kasih team majalahniaga kongsikan tips ni.skrng sya gunakan teknik ni tuk tarik trfik ke blog say.Cma sy gunakan teknik ni pd fb je sbb akaun len sprti twitter x de lg..

  4. Saya baru jer berjinak2 dengan seo dan saya rasa banyak lagi perkara baru yang perlu saya terokai,..terima kasih dengan ilmu ini

  5. terima kasih tim majalahniaga kongsikan maklumat ni. saya dah praktikkan apa yang dicadangkan. Setiap kali taip keyword ‘pemborong tshirt’ di google, fanpage kami berada di tempat no.3 ..memang best

Pendapat anda?