"Ketahui Tiga Teknik Yang Amat Mudah Ditiru Tetapi Efektif Menarik Pembaca Yang Setia Tanpa Perlu Membelanjakan Satu Sen Pun Menggunakannya..."

Sambil menaikkan jenama, trafik dan kredibiliti blog anda.

Dari: Hasbul Aqill dan Aqif Azizan
Tim MajalahNiaga (majalahniaga@gmail.com)
31-4-2 Diamond Square Business Centre
Jalan 3/50, Off Jalan Gombak
53000 Setapak, Kuala Lumpur

Apabila menggesa anda untuk menggunakan teknik ini, usahawan-usahawan ini menggunakan teknik lain yang lebih berkesan dalam pemasaran mereka supaya mereka lebih berjaya daripada anda!

Didedahkan dalam:

  • Kenapa buat post, on-site SEO dan komen-komen sahaja tidak mencukupi.
  • Apa yang anda perlu lakukan untuk memastikan blog anda bukan hanya iklan bilis di lautan.
  • Peluang anda hanyalah 8 dalam 16,902,600 untuk berjaya menjadi bloggers.
  • Dan pelbagai lagi poin yang wajib anda tahu jika anda ingin menjadi fenomena Internet!


FAKTA: Blog anda akan mati kurang dari setahun.

Tidak ada orang akan dapat menyelamatkannya KECUALI anda.


Persoalannya adalah… adakah anda tahu caranya?

Di bawah bukan rahsia. Anda mungkin tahu, tetapi cara anda buat tidak betul. Disebabkan itu orang mencari alasan untuk tidak datang ke blog anda!

Anda seorang pemalas? Malangnya, mesej di bawah bukanlah untuk orang yang malas. Jika anda tidak mahu mempunyai blog superstar, sila jangan baca mesej ini.

Mesej ini khas untuk mereka yang mahu mengubah blog mereka daripada satu blog yang sunyi sepi tanpa sebarang komen kepada blog yang sibuk seperti bandar Kuala Lumpur dengan pelbagai kerenah, komen, gosip dan kehidupan.

Berminat? Jika ya. Ini perinciannya.


Anda mungkin tahu perkara ini.


Anda tahu, trafik itu raja di rimba siber. Tanpa trafik, blog anda akan mati. Anda tahu kalau blog anda tidak mempunyai rempah-rempah yang boleh menyajikan pembaca dengan bahan yang mereka mahukan, blog anda akan mati dan tiada siapa akan kisah kecuali anda.

Anda juga tahu bukan semua blog akan berjaya. Ada yang rajin mengemas kini blog mereka, tetapi hendak memperoleh 100 pelawat sehari pun susah. Kenapa perkara ini berlaku?

Itulah realiti yang perlu anda hadapi. Kalau anda bina blog, mereka tidak akan datang sendiri. Istilah bina dan mereka akan datang tidak wujud di Internet. Itu hanya wujud dalam dunia kedai konvensional. Apa yang berkesan di dunia nyata tidak semestinya berkesan di dunia maya.

Mereka TIDAK KISAH dengan kewujudan blog anda. Ya. Mereka tidak tahu pun kewujudan anda. Cuba bayangkan, di Malaysia sahaja ada ratusan ribu blog. Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata terdapat 2 juta blog di Malaysia. Semuanya mahu perhatian orang untuk membaca.

Jadi semua orang semangat hendak mendapatkan pembaca baru. Tetapi...


Hanya ada 16,902,600 pengguna internet di Malaysia!


Dengan kata lain, kalau betul ada 2 juta blog, kalau dibahagikan sama rata hanya akan ada 8 (lebih tepat: 8.4513) pembaca untuk setiap blog. Tetapi ingat, kebanyakan daripada pengguna internet lebih gemar membaca blog antarabangsa. Mereka membuka pelbagai blog dan laman web...

Tetapi malangnya blog anda bukan salah satu blog yang mereka buka. Malah menurut Wikipedia, terdapat 156 juta blog umum di dalam seluruh planet ini.

Ya, beratus juta blog berlawan untuk mendapatkan perhatian daripada jumlah pembaca yang sedikit. Macam mana kalau kita masukkan angka jumlah pengguna Internet di seluruh dunia?

Ah, selamat sedikit. Ada 2,095,006,005 pengguna Internet di dalam planet ini. Jadi kalau kita bahagikan dengan semua blog yang ada di planet ini, kita akan dapat...


13 orang pelawat untuk setiap satu blog!


Wah! 13 pelawat sahaja? Cukup banyak untuk anda? Kalau anda tanya, adakah mereka sanggup membayar RM50 sebulan untuk 13 pelawat sehari? Kami pasti jawapannya mudah.

TIDAK MUNGKIN WALAUPUN MATI HIDUP BALIK.

Tetapi kalau anda dapat 1,000 pelawat sehari? Lain ceritanya. Mereka hanya mahu membayar orang yang boleh mendapat ribuan pelawat sehari, berbanding blog yang hanya ada 13 pelawat sehari.

Tetapi bukankah itu yang berlaku sekarang? Ada terlalu banyak blog tetapi hanya ada beberapa blog sahaja yang popular. Mereka mendominasi semuanya. Mereka ambil semua duit.

Tetapi anda hanya bergantung pada nasib. Artikel yang mereka paparkan akan menjadi buah mulut semua orang. Dan anda tidak nampak perkara yang sama berlaku di dalam blog anda.

Dengan kata lain, apa yang anda buat sekarang tidak akan menjadikan anda superstar di internet. Anda perlukan lebih dari pada apa yang anda buat sekarang. Jika anda tak buat sesuatu, anda hanya sama seperti ikan bilis. Ikan yang kecil di dalam laut yang besar.

Itu yang terjadi sebenarnya pada anda. Anda tidak menggunakan teknik yang betul, dan menyebabkan bloggers lain mencuri pelawat anda. Dan hidup anda akan terus bosan dengan pelawat hanya seorang dua datang ke blog anda, itupun atas ehsan Google.


Biar kami beritahu anda apa yang sedang berlaku sekarang.


Menulis entri hanya salah satu cara untuk menarik trafik. Tetapi itu bukanlah perkara paling penting! Blogwalking? Itu tidak akan menjana trafik yang banyak untuk blog anda.

Bagaimana dengan komen? Sesuai kalau anda ada masa yang banyak. Bagaimana dengan spam? Jangan bermimpi bloggers lain akan suka dengan anda.

Lebih banyak post entri blog hanya akan menambahkan sedikit pelawat. Google mungkin suka, tetapi cuba anda buat sendiri. Berapa ribu post anda perlu buat untuk dapat trafik yang banyak? Seperti kami cakap sebelum ini, anda perlukan lebih daripada itu. Pembaca dahagakan sesuatu dan tugas anda untuk membuat blog superstar adalah memberikannya.


Fakta: 42.4% orang membeli berdasarkan kepercayaan terhadap pemilik blog.


Pernahkah anda cuba menjual melalui blog? Jika pernah, adakah anda melihat betapa berkesannya blog anda itu? Maksud kami, adakah blog anda cukup dipercayai? Apabila blog anda dipercayai orang ramai, mereka akan memberitahu kawan-kawan mereka mengenainya.

Mereka akan memberitahu blog anda mempunyai pendapat yang tidak berat sebelah, dan mereka menganggap anda sebagai penasihat kepada mereka. Itu yang akan berlaku.

Bagaimana? Dengan meningkatkan kredibiliti anda di dalam blog anda. Cuba anda lihat pakar-pakar ekonomi. Apa yang mereka cakap akan dipercayai oleh orang ramai. Apabila mereka membuat nasihat pelaburan, ribuan orang mengikutnya. Itulah yang akan terjadi kepada anda, apabila blog anda boleh meningkatkan kredibiliti anda.

Anda akan menjadi si penasihat kepada mereka. Orang yang mereka percayai


Blog anda ialah medium untuk meningkatkan kepercayaan, dan menyebarkan idea kepada beribu-ribu orang


Itulah fungsi blog anda sebenarnya. Blog akan menjadi juru cakap untuk anda. Anda tidak perlu berada di hadapan pembaca. Anda hanya perlu menulis dengan gaya penulisan yang cukup persuasif,sehinggakan mereka akan mengatakan ya, ya dan ya dalam setiap ayat yang anda tulis.

Walaupun mereka tidak bersetuju dengan pendapat anda, mereka menyukai anda. Dan apabila anda menyuruh mereka membuat sesuatu, sebahagian besar akan berkata ya.


Ini cara mudah untuk menarik orang ke blog anda. Dijamin.


Dengar. Berminatkah anda untuk meningkatkan trafik ke blog anda? Berminatkah anda untuk mengetahui cara mudah untuk mendapat trafik daripada sifar kepada 1,000 pelawat... sehari?

Ini merupakan cara yang sama yang digunakan untuk meningkatkan kebanyakan blog. Daripada tidak dikenali, menjadi blog-blog yang popular di Malaysia.

Teknik ini menyebabkan pesaing terpaksa mengaku kehebatan anda, dan menjadi sekutu anda kerana tidak mahu anda memusuhi mereka. Mereka juga akan menghantar pelawat ke blog anda kerana mereka tahu dengan berkawan dengan anda, mereka akan memperoleh keuntungan lebih mudah.

Pernah dengar nama Jason L. Baptiste? Beliau merupakan salah seorang pengasas dan CEO OnSwipe. Beliau menggunakan teknik yang kami ceritakan dalam panduan ini untuk membina kredibiliti beliau, dan baru-baru ini beliau baru sahaja memperoleh dana sebanyak 5 juta dolar untuk syarikat beliau iaitu OnSwipe.

5 juta dolar. Siapa tidak mahu duit sebanyak itu?


Jika hidup anda bergantung pada blog…
Apa yang akan anda lakukan?


Sekiranya anda kehilangan sumber pendapatan anda sekarang, dan hanya tinggal blog anda sahaja. Apa yang akan anda lakukan? Seperti yang kami katakan sebelum ini, maklumat yang diberikan di Internet terlalu banyak dan ada yang bercanggah.

Apabila maklumat tersebut bercanggah, apa yang anda boleh buat?

Cuba satu demi satu?

Malangnya, anda hanya ada dua bulan sahaja wang untuk hidup, dan ia semakin berkurang setiap hari. Kalau anda tidak boleh membuat duit dengan blog, anda terpaksa mencari kerja dan mungkin ia lebih teruk daripada kerja anda sebelum ini.

Contoh ini agak melampau, tetapi mudah-mudahan anda memahami niat kami. Anda perlukan sumber pendapatan tambahan. Blog anda adalah cara mudah untuk menjana pendapatan pasif, dan satu-satunya cara untuk menjana lebih banyak wang daripada blog adalah dengan mempunyai bilangan pelawat yang ramai.

 


Siapa kami mahu cerita mengenai teknik-teknik ini kepada anda?


Tim Majalah Niaga terdiri daripada Aqif Azizan dan juga Hasbul Aqill. Kami adalah editor merangkap admin untuk laman web ini. Majalah Niaga adalah blog yang mempunyai 1,516 fans di Facebook dan ia meningkat setiap hari.

Orang yang datang ke blog ini akan duduk di situ sekurang-kurangnya 3 minit. Mereka yang baru sahaja pertama kali datang melawat, akan datang lagi pada masa akan datang kerana mereka tahu apabila mereka membaca blog Majalah Niaga, mereka akan mendapat sesuatu yang bermanfaat daripada kami.

Kami juga mempunyai blog kami sendiri. AqifAzizan.com dan HasbulAqill.com. Aqif Azizan lebih kepada content (kandungan) manakala Hasbul Aqill lebih kepada SEO (search engine optimization).

Jika anda mencari di Google kata kunci 'perniagaan internet', laman web yang akan anda nampak adalah laman web HasbulAqill.com Dia mendominasi petak pertama dalam enjin carian Google. Jika anda pergi ke blog kami pula, anda akan mengetahui pelbagai teknik bagaimana untuk membuat kandungan yang mampu menarik pembaca datang berkali-kali ke blog anda.

Teknik ini juga telah membantu penulis-penulis di blog Majalah Niaga untuk mendapatkan pendedahan yang mereka mahukan. Orang mula mencari mereka dan bisnes mereka semakin baik.


Kami Pasti Anda Sudah Dapat Tangkap Apa Sebenarnya Teknik Ini!


Tahu apa yang kami maksudkan dengan teknik ini? Teknik ini terdiri daripada dua patah perkataan. Ia bermula dengan huruf G, dan diakhiri dengan huruf G juga. Walaupun anda rasa anda tahu tentang teknik ini, biar kami beri amaran:

Ramai orang gagal untuk menggunakannya!

Cuba anda hantar e-mel kepada bloggers lain. Adakah mereka mahu menerima jemputan anda? Adakah anda mengetahui adab yang anda perlu tahu semasa menghantar e-mel jemputan tersebut? Itulah antara beberapa persoalan yang anda perlu tempuhi.

Tetapi kini anda tidak perlu lagi risau mengenai persoalan itu, kerana sekarang kami telah mengumpulkan tip yang membolehkan anda memaksimakan potensi teknik ini sehingga tahap tertinggi yang anda boleh capai. Selain itu kami juga ada beberapa teknik kegemaran dan kami akan dedahkannya di dalam satu laporan yang dipanggil...


Siri Formula Blogging — Rahsia Trafik:
Bagaimana Untuk Mendapatkan 10,000 Pelawat Setiap Bulan Ke Blog Anda!


Panduan ini mempunyai 82 muka surat. Ia tidak padat seperti kebanyakan panduan-panduan lain. Kami membuang semua lemak dan hanya meninggalkan daging sahaja untuk anda. Anda tidak akan bosan dengan ayat yang panjang lebar. Anda akan diberi satu demi satu teknik.

Penerangan yang diberikan juga jelas. Penuh berisi. Tidak meleret-leret. Jadi anda boleh membacanya dengan sekali duduk sahaja.

Kami akan bertanyakan soalan kepada anda di dalam panduan tersebut. Anda jawab sahaja. Kemudian anda akan nampak kenapa blog anda masih lagi tidak mencapai tahap yang anda mahukan. Ada diagram di dalam yang akan menceritakan kepada anda konsep-konsep di dalamnya (ada 3).

Selain itu anda akan mempelajari:

  • Bagaimana untuk memulakan teknik pemasaran guest blogging.
  • Satu soalan penting yang anda perlu jawab pada muka surat 22 sebelum menulis entri blog.
  • Apa yang anda perlu tahu jika anda ingin menjadi “pakar bidang” dalam pasaran anda. Malah anda tidak perlu jadi pakar pun. Orang akan ingat anda pakar. Hanya perlu gunakan teknik pertama dalam panduan ini.
  • Bagaimana untuk membina hubungan baik dengan pemilik blog lain, supaya mereka akan gembira dengan tawaran yang anda berikan kepada mereka
  • 7 perkara penting yang akan membuatkan setiap entri blog anda berkualiti tinggi, serta menjadi senjata utama untuk mempengaruhi peningkatan trafik blog.
  • Cara mudah sehinggakan budak 14 tahun pun boleh membuat fan page yang ramai pengikut, dengan percuma tanpa perlu sebarang bayaran.
  • Tiga masa paling banyak orang buka Facebook. Apabila anda tahu, anda boleh menggunakannya untuk berkongsi sesuatu dan ramai orang akan klik pautan, serta ‘like’ perkongsian anda. Anda juga boleh menimbulkan isu hangat pada waktu ini (yang berkaitan) supaya anda boleh bawa mereka datang ke blog anda. Teknik penting.

Itu hanya sehingga muka surat 55. Ada 27 muka surat lagi yang belum kami ceritakan. Selain daripada maklumat atas, anda akan mengetahui teknik untuk menggunakan perisian yang ada di Facebook Developer Zone, bagaimana untuk memukau para pembaca (jangan bimbang, teknik ini adalah teknik yang beretika), bagaimana untuk mengetahui apa pembaca mahukan tanpa perlu mengugut mereka, bagaimana untuk mengekalkan trafik dan... Berbelas-belas lagi tip kecil yang anda akan ketahui.

Jika anda tidak baca, anda akan tertinggal banyak rahsia blogger yang hebat. Dalam 500 laman web popular di Malaysia, 40 daripadanya datang daripada blog. Peratusnya adalah 8% sahaja blog yang akan menjadi laman web paling hangat di Malaysia.

Hendak menjadi seorang blogger dengan blog hangat memang sukar. Malah ia menjadi lebih sukar apabila anda tidak menggunakan teknik-teknik yang berkesan ini. Kami ingin memberikan teknik-teknik ini kepada anda hari ini juga.


Ini peluang anda. Mungkin satu-satunya peluang anda.


Perlu kami ingatkan ini adalah peluang keemasan anda. Mungkin satu-satunya peluang yang anda ada. Walaupun anda mungkin terjumpa dengan teknik-teknik ini di luar, penjelasannya tidak sedalam yang anda akan baca di dalam panduan ini.

Anda mungkin akan tersilap langkah dalam melaksanakan teknik ini, sekiranya anda tidak membaca penjelasan mendalam yang kami berikan.

Panduan ini mungkin satu-satunya tiket untuk menjadikan blog anda, daripada satu rumah yang tidak ramai pengunjung kepada satu rumah yang sentiasa mempunyai pelawat, walaupun anda sedang tidur.


Sebab teknik ini merbahaya kepada pesaing anda: Ianya mudah, berkesan, tidak digunakan oleh orangramai.


Mereka akan cemburu dengan anda setelah anda menggunakan teknik ini. Kredibiliti anda akan meningkat. Kredibiliti mereka pula akan disoal. Apabila anda berkata, orang akan mendengar.

Anda akan menjadi orang pertama yang dicari kalau ada masalah. Anda adalah orang pertama yang akan menerima duit kerana memberikan jawapan yang mereka mahukan.


Apabila pesaing anda bermain Facebook,
anda membina pengaruh anda.


Dengan teknik-teknik ini, orang semakin memandang serius apa yang anda lakukan dan apa yang anda katakan. Membina pengaruh melalui blog menjadi mudah. Apabila kawan-kawan anda bermain Facebook, anda menggunakannya untuk membuatkan orang percaya kepada anda. Mereka tidak lagi menganggap pendapat anda sebagai pendapat. Mereka menganggapnya sebagai nasihat daripada seorang pakar.

Apabila anda dianggap pakar dalam pasaran anda, duit secara automatik akan mengikut anda. Anda menentukan berapa banyak yang anda perlu caj.


Apa yang akan terjadi selepas ini?


Seperti yang kami cakap sebelum ini, panduan ini mempunyai 82 muka surat. Mungkin pendek bagi anda tetapi ia direka supaya anda boleh ambil tindakan sejurus selepas anda membacanya. Nanti apabila anda membacanya, anda akan membuat satu post di blog anda. Dan ini yang akan terjadi.

Pembaca yang pasif akan membaca setiap satu perkataan yang anda tulis, kemudiannya mengikut segala arahan yang anda berikan kepada mereka.

Itu yang akan berlaku. Mereka akan jatuh cinta dalam setiap entri blog anda. Mereka akan kongsikan bersama rakan-rakan lain.

Kenapa? Kerana anda menggunakan teknik spesifik yang kami ceritakan dalam panduan ini. Cuba bayangkan, dengan menjawab empat persoalan ini, anda boleh mengetahui siapa pembaca anda.

Mungkin anda ingat, pelawat itu pelawat, tetapi sebenarnya panduan ini lebih daripada itu. kami bukan berkata tentang demografik atau geografik.

Tetapi kami berkata tentang mereka yang akan membaca apa yang anda tulis daripada awal sehingga tamat, memberi komen, dan merupakan pembaca setia blog anda.

Itu hanya salah satu. Banyak lagi akan anda dapat. Dengar…


Untuk 149 orang pertama, ini hadiah kami untuk anda.


Berminat untuk mendapatkan laporan ini? Jika anda salah seorang 20 orang pertama yang mendapatkan laporan ini pada harga RM40 sahaja, RM40 kurang daripada harga asal iaitu RM60.

Tetapi itu hanya untuk 149 orang pertama sahaja. Jika anda lambat, anda terpaksa membayar pada harga penuh iaitu RM60.

Kini Blog Mencecah 1,000 Pelawat Sehari!


Isi kandungan yang sangat padat dan penuh input-input baru. Teknik penulisan yang sangat senang difahami.

Sebelum ini, blog saya sekarang hanya sekitar 500-800 pelawat sahaja sehari.

Tetapi selepas saya khatam ebook hebat ini, saya yakin blog saya akan melebihi 1,000 pelawat sehari.

Tahniah kepada Aqif dan Hasbul 'Aqill kerana menerbitkan ebook yang sangat hebat ini.

~ Hafizi Zain, Pengasas Idea Master Enterprise, www.hafizizain.com.


Teknik 'Up-to-date' dan Tidak Pernah Didedahkan oleh Pakar Pemasaran Internet Malaysia


Setiap kandungannya di sertai dengan pendapat daripada pakar dan itu yang membuatkan saya lebih yakin dalam usaha meningkatkan trafik laman web.

Setiap teknik juga dilihat up to date dan saya rasa masih belum dicuba oleh segelintir Internet Marketers di Malaysia.

~ Noor Azreen Ben Abon, International Usahawan Ebook, www.budakgemuksudahkurus.com.



Sehari selepas anda membaca e-book ini, anda akan bersungguh-sungguh membuat satu pelan unik, khas untuk blog anda.


Ini yang akan berlaku.

Cuba anda baca laporan ini daripada muka surat pertama hingga muka surat 82. Lihat poin-poin yang diberikan. Teliti diagram yang menjelaskan poin tersebut. Kemudian baca penerangannya. Setelah anda habis membaca, ambil kertas dan pen, anda akan menghasilkan pelan berdasarkan teknik-teknik yang diberi.

Kemudian anda akan ikut sahaja pelan yang anda buat itu. Selepas itu, anda memantau kesannya setiap hari. Jika dalam masa 180 hari anda tidak melihat sebarang kesan positif, kami menggesa anda untuk meminta wang anda kembali. Mungkin teknik yang kami tunjukkan ini tidak sesuai untuk anda.

Jadi apa yang kami berani janjikan, apabila anda lakukan daripada A sampai Z dalam laporan ini, cipta pelan dan melaksanakannya, tetapi masih lagi gagal, kami akan memberikan wang anda kembali. Hanya buktikan kepada kami yang anda sudah menggunakan segala teknik yang ditunjukkan di dalam laporan ini.

Jaminan ini adalah untuk tempoh 180 hari. Jadi anda ada masa yang cukup panjang untuk menggunakan semua tip yang kami berikan di dalamnya.


Dengan kata lain, inilah jaminan tanpa syarat selama 180 hari untuk anda.


Jika dunia ini adil, mereka yang ajar cara buat duit hanya patut buat duit kalau anda buat duit. Jadi kami berikan anda tawaran ini.

Baca panduan ini. Gunakannya. Praktikannya. Kemudian lihat kesannya ke atas blog anda dan akaun bank anda. Jika anda mempraktikkannya, anda akan nampak kesan yang ketara dalam pelawat ke laman blog anda. Apabila anda lihat jumlah pelawat masih lagi sama, sila emel kami.

Anda perlu betul-betul yakin yang ebook Siri Formula Blogging - Rahsia Trafik ini akan membantu mendapatkan sekurang-kurangnya 100 orang pelawat tambahan – lebih daripada jumlah pelawat anda sekarang – jika tidak, anda boleh simpan laporan ini dan semua bonus yang kami beri dan kami akan kembalikan setiap sen wang anda.

Ambillah 6 bulan ini (180 hari).  Gunakan semua teknik yang telah kami kongsi di dalam panduan ini dan biarkan semua teknik ini bekerja untuk anda.

Kemudiannya anda tentukan: Anda mesti betul-betul yakin Formula Blog ini mampu memberi lebih banyak pelawat kepada anda dan menambahkan duit di dalam poket anda – atau kami akan memberi kembali wang anda.

Anda boleh simpan semua yang kami berikan ini tanpa sebarang kos tambahan atau obligasi.

Jika anda ingin membuat tempahan, sila klik butang tempahan di bawah.


Dapatkan Panduan Ini Hari Ini Juga Dan Dapatkan Bonus-Bonus Ini Untuk Mendominasi Pasaran Anda


Untuk memudahkan  anda menggunakan teknik ini, kami ingin memberikan kepada anda 2 bonus tambahan. Bonus pertama bernilai RM37 dan satu lagi bernilai RM15.

Bonus #1 – Adab E-mel Jemputan Guest Blogging (RM37) Percuma Jika Dapatkan Hari Ini

Cara paling mudah untuk gagal adalah menghantar jemputan yang tidak beradab. Salah satu langkah sahaja, anda akan memberi tanggapan negatif kepada pemilik blog.

Mereka akan menganggap anda seperti lintah yang terlekat di kaki mereka, dan menghisap darah mereka secara perlahan-lahan.

Jika perkara ini berlaku, peluang anda menulis untuk blog yang hebat semakin tipis. Jangan bimbang: anda tidak akan dibebankan dengan syarahan sepanjang 20 muka surat.

Dengan 5 muka surat sahaja anda akan faham apa yang anda perlu lakukan, untuk memulakan perjalanan menjadi penulis jemputan di blog popular.

Percuma apabila anda membuat pembelian ebook Formula Blogging - Rahsia Trafik.


Bonus #2 – Kalendar Editorial (RM15) Percuma Jika Dapatkan Hari Ini.

Jika anda tidak tahu mahu tulis apa, ini mungkin dapat membantu anda. Anda boleh menggunakan kalendar editorial ini untuk merancang jenis artikel yang anda boleh tulis untuk jangka masa panjang, dan membantu anda daripada masalah ketandusan idea, serta membina kredibiliti blog.

Kami memberikan kalendar ini untuk meningkatkan produktiviti anda, supaya walaupun anda mempunyai kekangan masa yang melampau, anda boleh menulis sekurang-kurangnya satu artikel untuk blog anda dalam masa seminggu.

Ada 3 elemen yang anda perlu tahu. Pertama H_____, kedua ialah B______, dan ketiga ialah T______  _____t (dua patah perkataan). Anda juga akan mendapat fail blueprint adab penghantaran e-mel guest blogging supaya anda boleh melihat dan meniru cara pakar melakukannya. Hanya tambah gaya anda sendiri untuk nampak unik daripada mata pemilik blog berkenaan.

Kedua-dua bonus ini juga mungkin ditarik keluar daripada pasaran kerana mampu menyebabkan pasaran tepu. Sejurus selepas ada orang mula mengadu bahawa mereka terpaksa bersaing dengan penulis jemputan lain, kami akan menghentikan penyebaran percuma bonus-bonus ini.

Pada waktu itu anda terpaksa membelinya pada harga yang kami nyatakan di atas.


Apa kelebihannya apabila anda memperoleh 1,000 pelawat sehari?


  • Caj RM30 di sebelah kanan laman web anda (ada 5 slot bersaiz 125x125, atau lebih kalau anda mahu). Sama dengan RM150 sebulan masuk ke dalam akaun bank anda.
  • Satu iklan di atas sekali. Caj RM50 satu. Gunakan fungsi rotate 3 iklan. Jumlahnya RM150.
  • Daftar ke program buat duit seperti Innity. Minimum pelawat unik yang perlu anda ada: 1,000 pelawat. Jika anda masuk Innity, anda salah seorang yang diiktiraf sebagai blogger yang popular. Berkemungkinan besar akan memperoleh wang sekurang-kurangnya RM100 setiap bulan.
  • Duit pasif masuk poket: RM150 + RM150 + 100 = RM450. Boleh bayar bil.

Di atas hanyalah sebahagian kecil potensi yang anda boleh dapat kalau anda dapat 1,000 pelawat. Kami ingin membantu anda. Benarkan kami membantu anda dengan semua risiko anda ditanggung oleh kami. Anda hanya perlu baca, pelan dan implementasi pelan tersebut.

Sebelum kami berundur, kami ingin mengatakan terima kasih kerana membaca mesej ini. Mesej ini agak panjang tetapi kami harap anda mendapat sesuatu daripadanya.

Terima kasih.

Harga RM60 Ke Atas Masih Berbaloi!


Ebook yang sangat padat dengan info mengenai penjanaan trafik ke blog, dan juga meningkatkan reputasi blog serta penulisnya.

Walaupun harga ebook ini dinaikkan sehingga RM60 dan ke atas, ia tetap menjadi ebook yang wajib dimiliki oleh semua pemilik blog.

Jaminan awal selepas menggunakan teknik dalam ebook ini — 80 hingga 100 pelawat baru setiap hari.

~ Reza Mohyin, Blogger dan Webmaster, www.kbbheart.com.


Informasi Klimaks Dalam Blogging Dibongkarkan Dalam Ebook Ini.


Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri membangunkan blog Majalah Niaga. Ini bermakna kita tidak perlu risau mengenai kesahihan ilmu yang dikongsikan.

Perkongsian yang cukup padat dan mudah untuk diikuti. Apa yang penting, kita boleh gunakan ilmu ini mengikut kesesuaian, dan corak blogging kita tersendiri.

Dalam masa yang sama, klimaks dalam dunia blog iaitu trafik, telah mereka bongkarkan dalam ebook ini.

~ Rohaizad, Full-time Blogger, www.rohaizad.com.


Memang sah! Trafik akan meledak ke blog apabila kita mengaplikasikan 3 teknik yang dikongsikan dalam ebook ini!


Tiada trafik = tiada interaksi = motivasi turun = berputus asa!

Teknik pertama yang dikongsikan dalam ebook ini sebenarnya sudah cukup, untuk menggandakan pelawat blog kita dalam masa 30 hari.

Malah kedua-dua bonus iaitu 'Adab Emel Blogging' dan 'Kalendar Editorial' juga akan membantu meningkatkan ranking Alexa secara mendadak.

~ Sofian Che Isa, International Affiliate Marketer, www.sofiancheisa.com.


Aqif Azizan & Hasbul Aqill
majalahniaga@gmail.com
31-4-2 Diamond Square Business Centre
Jalan 3/50, Off Jalan Gombak
53000 Setapak, Kuala Lumpur