Restoran: Lubuk Rezeki Peniaga Makanan Ringan

April 16, 2014 — Penulis:

Kategori: Konvensional / Perniagaan

Pasti anda pernah terjumpa menu-menu ringan yang ‘menumpang’ di meja kaunter pembayaran restoran atau sekitar dengannya. Antara menu ringan yang dimaksudkan ialah:

  • Kek-kek bersaiz kecil dan comel
  • Kacang
  • Jeli dan dadih
  • Gula-gula
  • Lain-lain

Keropok Lekor

Makanan ringan ini kebanyakkannya bukan disediakan oleh tuan kedai, tetapi ditumpang oleh peniaga-peniaga lain. Biasanya dengan cara ‘tumpang letak’ dan bayaran akan hanya diperolehi apabila barang tersebut terjual. Pekedai tadi akan mengambil sebahagian keuntungan yang dipersetujui bersama dengan peniaga makanan ringan.

Cara pembahagian keuntungan adalah bergantung pada jenis makanan dan saiz pembungkusan. Antara kelebihan dan kebaikan sistem letak ini ialah:

  1. Membentuk jalinan saling melengkapi antara pekedai dan peniaga makanan ringan
  2. Sesiapa sahaja boleh menjadi peniaga makanan ringan, secara sepenuh masa mahupun secara sambilan
  3. Produk makanan boleh diusahakan sendiri atau diusahakan orang lain
  4. Kaedah pembayaran selalunya secara tunai, oleh itu tidak semestinya peniaga perlu mempunyai pendaftaran perniagaan dan akaun syarikat di bank
  5. Keuntungan yang kecil boleh menjadi banyak jika diusahakan secara konsisten dan berjadual

Macaron

6 perkara yang perlu dianalisa dan dirancang sebelum peniaga mula menggali lubuk rezeki ini adalah:

1) Jenis produk makanan

  • Yang memerlukan pendingin atau kering
  • Saiz pembungkusan dan kesesuaian harga

2) Margin keuntungan

  • Jika makanan yang mahu dijual boleh diberi keuntungan kepada pekedai sekitar 15% – 35% adalah yang terbaik
  • Namun jika tidak, boleh juga dirunding dalam bentuk harga, mungkin untuk 1 bekas kek keuntungan yang boleh diberi kepada pekedai adalah 50 sen – RM 1

3) 4 perkara perlu dipertimbangkan mengenai kekerapan penghantaran produk ke kedai-kedai:

  1. Peniaga perlu mempunyai jadual penghantaran produk makanan yang sesuai dengan jenis makanan
  2. Jika produk mempunyai jangka hayat yang pendek, maka lagi keraplah perlu berulang alik ke kedai tersebut untuk menganti dan menghantar yang baru
  3. Kelancaran penjualan produk tersebut juga perlu diperhatikan. Jika cepat ia habis dijual, maka mungkin boleh menambah bilangan setiap kali penghantaran atau perbanyakkan kekerapan penghantaran
  4. Peniaga perlu bertanggungjawab menjaga kualiti produk makanan yang dihantar dan ini termasuklah juga menjaga makanan yang telah rosak daripada terjual kepada pelanggan.

Kesesuaian Pasaran

4) Kesesuaian pasaran restoran dengan produk peniaga

  • Analisa dahulu potensi bilangan pelanggan restoran yang ada
  • Jenis-jenis pelanggan yang gemar bertandang ke restoran tersebut
  • Anggaran kemampuan dan kesesuaian harga untuk pelanggan restoran tersebut. Namun, boleh juga peniaga menggunakan kaedah cuba dahulu, dan lihat tindak balas sambutan pelanggan bagaimana untuk satu tempoh tertentu.

5) Sediakan bil ringkas atau invois setiap kali penghantaran

  • Setelah berjaya mendapatkan persetujuan tuan kedai untuk mula meletakkan produk ke kedai, perlu diingatkan untuk menyertakan satu bil atau invois setiap kali penghantaran produk dibuat.
  • Satu untuk pekedai dan salinannya untuk peniaga. Tujuannya supaya tidak terkeliru apabila tiba mase menuntut bayaran.

Untitled-1

6) Jaga silaturahim

  • Dapat peluang bekerjasama dengan pekedai merupakan peluang rezeki yang amat baik
  • Oleh itu, peniaga diingatkan untuk menjaga hubungan yang baik dengan pekedai
  • Selain beramah mesra, mungkin boleh juga menghadiahkan sekali sekala produk percuma kepada pekedai sebagai tanda penghargaan

Akhir kata dari saya, pengalaman menghantar produk-produk ke restoran ini adalah langkah pertama yang sangat baik untuk belajar berniaga. Melalui medium ini, anda dapat mengasah bakat mencari pasaran, mengatur masa, berurusan dengan pekedai dan banyak lagi. Ia boleh dilakukan oleh sesiapa, termasuk pelajar, suri rumah mahupun yang sudah mempunyai pekerjaan tetap.

TIPS!

  1. Banyak yang dapat dipelajari dengan bertanya terus kepada pekedai
  2. Analisa dan pemerhatian daripada peniaga sebelumnya satu kaedah belajar yang bagus juga
  3. Pengalaman perlu digali dan kesilapan merupakan guru terbaik dalam proses pembelajaran.

Kredit foto: grapeyardkitchenguardianvasta7metersunderseasaitamarama

Facebook Comments

Tags: , , , , , , , , ,

Komen (17)

  1. Terima kasih di atas perkongsian info…. Hmmm… Dulu masa kecil-kecil ada juga tolong emak hantarkan kuih waktu pagi-pagi dekat peniaga warung kuih… kalau tak silap saya masa tu hasil jualan dibahaikan antara pembuat kuih dan penjual kuih dengan nisbah 80:20…

    1. Assalamualaikum,wm,wb
      Salam hormat.

      Artikel yang bagus..disini saya ingin sikit share cerita pengalaman saya dan beberapa peniaga melayu yang ingin menceburi perniagaan kecil2an seperti entry ini..

      Apa saja perniagaan yg diceburi sebenarnya bukan susah.sangat .jika ada tekad yang tangguh,sabar jimat dan modal dan kini di era internet,ilmu tambahan boleh dicari diiternet baik menghadiri kursus seperti anjuran majalahniaga ni atau belajar sendiri jika rajin.

      Namun dibalik syarat-syarat diatas ada yg begitu sangat penting dan perlu diambil iktibar.Saya bila ada orang kata melayu tak pandai berniaga ,malas dsbnya,saya sangat tak setuju dan marah sekali..

      Kenapa saya berkata begitu..melayu atau bangsa apa saja.didunia ini,sudah dibekali oleh Allah SWT sebuah asas perniagaan..yaitu “akal fikiran yang waras untuk berfikir”. .Apabila ada kewarasan berfikir soal nak berniaga kemudian itu hanya subjektif yang mengikut keperluan hidup dan cita-cita seseorang untuk maju meobah kehidupan.

      Ok apa syarat yang terpenting tsb?Atas pengalaman saya dan beberapa kawan peniaga melayu.”Adalah kurangnya sokongan dari bangsa melayu peniaga atau konsumer melayu terbesar di Malaysia.mari saya uraikan;

      i].Peniaga melayu yg ada kedai.restoran dll,begitu kurang rasa ‘bantu membantu’ sesama bangsa melayu..contohnya bila kita letak sampel barang ‘makanan ringan atau kue2’ contohnya..mereka memberi pelbagai alasan untuk menolak.
      Akhirnya saya dan kawan pergi kekedai warga Aceh atau mamak yg banyak bertebaran dimana saja,Namun bila warga Cina atau Mamak malah India Hindu ‘letak tompang’ barang dengan senang hati mereka terima..
      Dan perkara ini masih berlaku dimana saja negeri2 di Malaysia.

      ii].Konsumer-Pelanggan,Pembeli melayu sangat kurang mau berbelanja untuk membeli barangan dikedai bangsa melayu sendiri.Jika ada kedai2 Cina dan bangsa2 lain,mereka akan dengan senang hati berlenggang pinggul masuk berbelanja..heheee.

      So,sokongan pembeli dan peniaga melayu sangat penting kini untuk menyokong peniaga2 melayu..kita bangsa melayu Islam tanpa kekuatan ekonomi dalam bidang perniagaan .nantinya akan tertinggal dan terbuang dinegara sendiri..

      Perniagaan rincit Mamak Maydin dan restoran2nya tidak akan maju besar tanpa sokongan melayu berbelanja diperniagaan mereka.

      Buktinya lihatlah restoran mamak2 dibulan puasa hanya nyamuk dan langau hijau yang singgah makan sebab semua melayu Islam Malaysia berpuasa.
      Diandaikan melayu tak sokong sudah gerenti mamak dan peniaga asing lainnya akan berenang/terbang balek negeri mereka..kerana melayu dah cerdik,boikot perniagaan mereka.

      Cobalah Anda bayangkan.!.bangla,myanmar menjual barangan yang busuk dibersihkan yang dikutip dipasar2borong kembali mereka jual dengan ‘laris manis’..Tahukan Anda siapa pembeli dan penyokong perniagaan mereka?…Kita Melayu Bodoh ler!!!

      Saya sangat sedih sewaktu perniagaan Halal diterajui perkumpulan AlArqam dimusnahkan oleh Mahathir dgn alasan ‘ajaran sesat’.Cukuplah aktiviti dakwahnya disekat jika kerajaan punya alasan absolut..Janganlah hancurkan perniagaan bangsa melayu Islam itu.

      AlArqam melalui rangkaian syarikat “Al Ikhwan”sangat mendidik dan membina minat melayu dalam perniagaan..Buktinya kanak-kanak kecil yang dulunya di tahun 90an menjaja buku2 agama kerumah-rumah kita yg kita marahi dan perlekehkan itu,,Kini telah berjaya membuka perniagaan sendiri diantaranya yang saya tahu ada di Central Pudu KL dan MidValley Bangsar KL

      Maaf..untuk makluman Anda saya tak pernah masuk AlArqam..saya dapat info ini disebabkan saya minat memerhati kehidupan manusia sekeliling saya juga sebagai penulis bebas yang mencari info dimana dan apa saja.

      Alhamdulillah Zafreena Zul Hilmi Yee sekiranya boleh berjaya dalam perniagaan yang diceburi.Opini saya ini bukan rasis anti bangsa lain,cernalah dengan berhemah tanpa prejudis.

      Inilah logika yang dihadapi melayu dari dulu hingga kini,Kita sedih sekali kerana semua peluang perniagaan atau apa saja akan ditunggangi oleh borjuis politikus.Memang kerajaan ada membantu para peniaga.Namun yang lebih penting adalah sokongan padu bangsa melayu yang majoriti besar sebagai pengguna.InsyaAllah.

      Lagi satu.kita berharap pihak kerajaan kena mengubah sikap dan memberi sikit kelonggaran kepada peniaga/pengusaha kecil melayu.maksud saya ..Jika kita buat usaha buat ciliboh atau sos cili atau kicap contohnya kena perlu pelbagai lesen ini-itu yang sangat merumitkan,padahal peniaga ini sudah ada sijil kursus dari MARDI..
      Lesen ini membuat masa terbuang menunggu..jika dibandingkan dgn Thailand dan Indonesia kerajaan mereka memberi kelonggaran besar kepada pengusaha kecil ini untuk soal lesen .Lesen ini-itu hanya perlu jika kita mula untuk ekspot ke luar negeri baru memohon.
      Ini sebabnya perniagaan kecil untuk apa saja produk di Thailand/Indonesia sangat berkembang pesat.dan akhirnya menjadi besar di Asean.
      Sekianlah sedikit share dari saya.moga ada manfaatnya.Jika ada tulisan saya ini yang tak berkenan dihati mohon maaf dan agae diabaikan saja.Terimakasih

  2. saya mengusahakan perusahaan membuat rempah instant (kering) untuk ayam goreng berempah. mmg betul spt komen di atas. agak susah utk masuk pasaran dlm kedai melayu…lebih senang hantar ke kedai bangsa acheh / bangla yg dah buka kedai runcit kat tempat saya…

    walaubagaimanapun, x dinafikan ada beberapa kedai Melayu yg agak terbuka.cuma,sales agak slow.

    Proses birokrasi & pelbagai procedure berkaitan lesen2 utk perniagaan berkaitan makanan ini juga mmg menyusahkan & merumitkan terutamanya utk pengusaha2 kecil spt sy. sy bergerak dari rumah (homemade), x punya premis khusus utk perusahaan. bila nak pergi kursus, byk yg tak bersesuaian. kalau sesuai pula, ada pulak yg mengenakan bayaran.

    Apapun, saya bergerak mengikut kemampuan & demand. InsyaAllah, produk semakin mendapat tempat di selera pelanggan setempat, pengunjung blog & followers grup FB.

    1. akm sy wan pembekal ayam kg segar dan frozen dan terbaru ayam kg berempah…berminat blh sms/hubungi sy di 01115671854

  3. Saya juga meniaga kecil, letak barang dekat kedai. Kedai dalam kampong agak susah jyga berkembang. Jika ada yang sudi terima congsigmnt area lmbah klang blh whatsapp sy 0149285412

  4. hi saya berniaga congo bars (sejenis cake ala2 brownies). Jika ade yg sudi utk terima produk sy area kl/selangor, boleh whatsapp sy 0139308304 😉

  5. Saya bottled air kangen untuk pesakit kronik dan keluarga kesedaran kesejahteraan hidup.Hubungi saya untuk sebarang tempahan tiga hari bekerja produk air minuman ionize alkali.

  6. Assalamualaikum
    Hi
    Saya berniaga sambal kentang ranggup kecil kecilan. Jika ada sesiapa yg sudi terima product saya,sila hubungan atau whatsapp: 0136527398 / 0193742279
    Terima kasih 😊

  7. Hi saye pengusaha kecik kecilan keuh siput…jika ADA yg berminat dengan product saya boleh la hubungi saya di no 0165707897 kawasan Kulim Kedah …kalau jauh kita boleh poskan…terima kasih

  8. Hi, Sy Su dr seremban. saya jual tapai pulut bungkus daun pisang dan rendang pucuk ubi. Kalau berminat boleh hubungi saya di no. 019-6501355. Ada penghantaran sekitar Putrajaya dan Bandar Baru Bangi.

  9. sedia menerima tempahan untuk sebarang event…
    cheeskut
    cup cake
    dadih
    sandwich
    biskut chocolate chip untuk doorgift dsbnya..
    whatsap 0172435139 rozi

    1. Dadih ice cream pilihan ramai, kami pembekal dadih ice cream lazat terus kepada pemilik restoran yang ingin menambahkan keuntungan.

      kami juga turut menerima tempahan untuk semua jenis majlis keramaian dengan harga yang menarik.

      hubungi kami di
      017- 6194892 : nuruddin

      cepat hubungi kami untuk mendapatkan harga borong yg menarik

  10. perkongsian yg menarik, sy ada supply chocolicious peppero 100% homemade…sesiapa yg berminat bleh contect sy utk supply di kedai2…
    0196246236 : azreen

  11. Saya jg seorng peniaga kecil, ap yg dikatakan diatas adl benar….
    Sy bercadang apa salah nya lau peniaga kecil ini ada sebuah persatuan, sprt yg telah dilaksanakan oleh peniaga2 kecil bangsa lain. … sama kita bangkit untk bangsa kita dan meperluan kita khususnya kaum melayu. ..

Pendapat anda?