Reunion IMKK – 5 Rahsia Mencapai Kekayaan, Kejayaan dan Kebahagiaan Dalam Hidup

April 25, 2012 — Penulis:

Kategori: Pembangunan Diri

“Sebuah program yang berjaya membentuk mentaliti untuk lebih kaya, berjaya, dan mendapat rahmat dalam kehidupan.”

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Pendaftaran

Pada 23 April 2012, kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi rakan media dalam program Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan. Ini merupakan program menghimpunkan bekas-bekas peserta yang menyertai program berbayar Dr. Azizan Osman.

Peluang menjadi rakan media ini adalah satu peluang yang hebat. Di mana kami dapat menyaksikan orang ramai berhimpun untuk memajukan perniagaan satu sama lain. Dalam masa yang sama terus kekal berada dalam magnet positif.

Kenapa Kisah Dr. Azizan Osman Lagi?

Ini bagi menjawab persoalan para pembaca Majalah Niaga. Tim kami menerbitkan artikel berkaitan dengan program-program keusahawanan dan motivasi Dr. Azizan Osman kerana kami diberikan tanggungjawab untuk membuat liputan.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Dr Azizan Osman

Sebagai rakan media, ia adalah satu daripada tugas kami. Namun begitu, pihak kami sentiasa merancang dengan teliti, agar setiap terbitan artikel, walaupun sebagai jemputan media, dapat dimanfaatkan oleh para pembaca.

Usaha ini dibuktikan menerusi beberapa artikel yang diterbitkan mengenai Dr. Azizan Osman iaitu:

  1. Dr Azizan Osman – 3 Rahsia Menampal Kebocoran Wang.
  2. Seminar Wang Power – 3 Rahsia Kekayaan Wang Dr Azizan & Abang Abu.

Hadirnya kami sebagai rakan media adalah untuk mengambil ilmu yang baik-baik bagi disebarkan kepada semua.

Secara tidak langsung membantu para pembaca yang tercari-cari ilmu yang berkaitan, dan juga memberikan peluang kepada kita semua untuk menyegarkan kembali ilmu di dada.

5 Rahsia (The Power of) Untuk Kekal Positif dan Berjaya

Prinsip-prinsip kejayaan Dr. Azizan Osman sentiasa berjaya menghangatkan suasana dan memberikan impak kepada para ribuan peserta.

dr aizan

Dalam program Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (R-IMKK) ini, beliau berkongsi 5 rahsia yang berkonsepkan The Power of… kepada para peserta iaitu:

  1. The power of gratitude (Kuasa kesyukuran).
  2. The power of focus (Kuasa fokus).
  3. The power of dreams (Kuasa impian).
  4. The power of action (Kuasa tindakan).
  5. The power of giving (Kuasa memberi).

#1 – The Power of Gratitude (Kuasa Bersyukur)

“Setiap makhluk dalam alam kehidupan ini dikurniakan dengan prinsip bersyukur.”

Lebih banyak kita bersyukur, lebih banyak peluang kita untuk menghargai kehidupan yang dikurniakan Tuhan. Sebaik sahaja kita melafazkan kata-kata kesyukuran, ia membuka minda kita untuk mempercayai tentang kebesaranNya.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) -Kuasa Bersyukur

Bagi yang miskin harta, bersyukur kerana masih dikurniakan tangan, kaki dan akal untuk bergerak serta melakukan aktiviti harian. Kerana masih ramai lagi yang terlantar di katil akibat masalah kesihatan dan sebagainya.

Ketika mereka mahukan kehidupan normal, kita pula merungut dan melupakan keindahan yang Tuhan telah berikan. Langkah pertama untuk mempraktikkan kuasa kesyukuran adalah menerusi pengalaman kita merasai degupan jantung kita.

Tekapkan tangan di dada dan rasai setiap degupan jantung. Dari situ, akan timbul rasa kesyukuran kepada Tuhan, kerana masih mengurniakan kekuatan untuk kita meneruskan perjuangan mencapai impian dalam kehidupan.

#2 – The Power of Focus (Kuasa Fokus)

Fokus adalah satu daripada rahsia tersembunyi dalam setiap diri usahawan yang kaya dan berjaya.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Kuasa Fokus

Antara fokus yang ditekankan oleh Dr. Azizan Osman menerusi Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan, adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu perkara sehingga habis.

Dalam masa yang sama, manusia yang fokus dalam kehidupan mereka adalah manusia yang mempunyai visi yang jelas dalam hidupnya.

#3 – Power of Dreams (Kuasa Impian)

“Impian adalah langkah pertama dalam transformasi kehidupan yang lebih kaya, berjaya dan bahagia.”

Tidak ada seorang manusia yang berjaya di muka bumi ini hidup tanpa impian. Sebaik sahaja kita memiliki impian, ia menandakan kita sudah mempunyai motif untuk hidup di dunia ini.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Kuasa Impian

Justeru itu, ambil masa untuk memikirkan dan mendalami impian kita dalam hidup ini.

Bagi yang beragama Islam, impian itu lebih mulia apabila disinergikan dengan matlamat untuk membantu menyelesaikan masalah, dan menambah nilai dalam kehidupan manusia di muka bumi.

#4 – Power of Action (Kuasa Tindakan)

Kuasa bertindak adalah kuasa yang paling kuat apabila dikaitkan dengan topik kejayaan dan kekayaan dalam kehidupan.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Kuasa Tindakan

Orang yang berjaya dalam hidupnya adalah mereka yang percaya dengan kuasa bertindak. Menurut Dr. Azizan Osman, semakin banyak kita bertindak, semakin dekat kejayaan dengan diri kita.

Oleh yang demikian, mulakan dengan sekecil-kecil tindakan. Ibarat satu daripada prinsip samurai:

“Kami tidak takut bergerak dengan perlahan. Tetapi kami lebih takut berdiri dan tidak melakukan sebarang pergerakan.”

#5 – Power of Giving (Kuasa Memberi)

“Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah.” (Hadis riwayat At-tirmidzi)

Setiap kali kita memberi sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain, setiap kali itu akan terbukanya keajaiban pintu rezeki yang diturunkan Tuhan. Belajar untuk memberi walaupun sedikit.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Kuasa Memberi

Kerana memberi itu adalah jalan untuk membuka lebih banyak pintu rezeki. Kuasa memberi jelas dalam dunia perniagaan. Kita sebagai peniaga sebenarnya diletakkan sebagai pemberi.

Kerana seorang peniaga itu memberikan khidmat untuk para pelanggannya.

Gunakan Satu Rahsia – Rasai Keajaiban Dalam Hidup

Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman berada di program Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan di Menara PGRM pada hari Ahad lalu. Semoga sedikit cebisan ilmu yang dicoretkan ini membawa sejuta makna kepada para pembaca.

Reunion Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) - Abang Abu

Bagi para pembaca Majalah Niaga yang menghadiri program ini, mohon dapat kongsikan pengalaman dan ilmu yang kalian peroleh. Tuliskan perkongsian ini menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai program anjuran Richworks, sila klik di sini.

Insya Allah, artikel akan datang kami akan kongsikan beberapa tip emas daripada Abang Abu pula. 


Tags: , , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (4)

  1. Bermula tahun ini saya baru mendekati program DAO..saya dah sertai IMP 30/3-1/4/12 dan IMKK 10/5-13/5/12 ni…yg 4 jam byr sekali dan free 2 kali juga dalam tahun ini…memang apa yg diajarkan mengesankan..seorang anak melayu yg berani berkongsi ilmu kekayaan dan kejayaan tanpa berselindung.Mengaku sebagai seorang jutawan bagaimana menjadi jutawan bkn lah perkara mudah walau nampak senang.Cara penyampaian dia bagai seorang penghibur memang terpaksa menjadikan muridnya cepat tangkap.Bagi saya DAO telah mengubah fikiran muridnya 300% dari biasa2 shj.Saya hayati apa yg dia cakap,apa yang dia buat nampak keberkesanannya.
    Dia memang seorang mentor dan coach yg baik…lebih baik dari Jose Mourinho atau Alex Fergueson.

  2. Rozanah Ismail
    April 25, 2012

    Terima kasih. Tips yg diberikan boleh sy manfaatkan utk urusan perniagaan yg sy jlnkan skrg. Walaupun sy x berkesempatan utk mengikuti setiap program yg dilaksanakan tp sekurg2nya ia memberi motivasi utk sy supaya berusaha tanpa mengenal putus asa.

  3. masturah janjori
    April 26, 2012

    Saya baru saja mengikuti program DAO pd tahun ini bermula SKPD hingga ke RIMKK. Cuma saya tak dpt menyertai RKMJ yg lalu tapi InsyaALLAH julai nanti saya ikut serta. Apapun saya telah dapat banyak sgt2 ilmu dari DAO. Saya kagum dgn keupayaan DAO dapat menguasai bidang ini. Diawal SKPD saya dtg dgn bukan setakat poket yg kosong tapi semangat, minda, ilmu,impian kosong malah jiwa yang hampir kosong. Saya dtg dgn kekuatan inginkan perubahan hidup yg lebih kaya dan berjaya. Dulu saya sering menangis bila ditimpa masalah dan diselubungi ketiadaan wang ditangan, lebih2 lagi bila anak2 minta duit untuk belanja sekolah itu pun saya tak dapat beri saya amat2 sedih dan sayu…hati saya berkata “apalah nasib saya begini”.. Tapi ALLAH lebih mengerti dan bukakan jalan dgn mengikuti program DAO. Skrg saya dh punya kekuatan untuk tidak menangis lagi dgn menggunakan 5 kuasa yang DAO beri. kini saya memberanikan diri menggunakan kepakaran saya iaitu menyediakan program2 dan bengkel sumber manusia dan keusahawanan untuk sahabat AIM dan orang ramai. 14hb april bermulanya program pertama saya. Saya berjaya melakukan dgn sokongan dari sahabat dan kaki tangan. InsyaALLAH pd mei hingga disember program seterusnya akan berlangsung. Hasil dr usaha ini saya mula punya pendapatan walaupun kecil tapi saya bersyukur ALLAH beri peluang untuk hidup bersama anak2 saya.Saya nk ucapkan jutaan terima kasih pd DAO kerana memberi inspirasi kepada saya. walaupun jauh pandangan waktu seminar tapi apa yang saya dapat begitu melakat dalam jiwa saya. Apa pun saya perlukan ilmu yang banyak lagi selagi saya masih biasa2. Sebenarnya saya seorang yang luar biasa! Saya juga kaya & berjaya!

Pendapat anda?