Teknik Pemasaran Online Dengan Kos Yang Rendah?

March 21, 2011 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Adakah anda tercari-cari cara untuk mendapatkan pelanggan ataupun pelawat di internet dengan kos yang rendah? Kami pasti ini merupakan persoalan majoriti daripada usahawan internet dan juga konvensional. Jika ya, teruskan membaca.

Salah satu cara yang terbukti berkesan adalah dengan menggunakan forum komuniti Online. Walaupun Facebook telah mengambil tempat di kebanyakan hati pengguna Internet, namun forum tetap satu platform terbaik untuk pemasaran produk dan perniagaan.

Apakah Maksud Forum Online?

Forum komuniti online adalah satu tempat perbincangan spesifik mengenai sesuatu topik. Contoh forum di Malaysia adalah seperti ForumNiaga.com, WangCyber.com, WanitaNiaga.com dan WanitaMelayu.com. Kebanyakan forum mempunyai satu bahagian khas untuk pengiklanan.

Disebabkan forum merupakan tempat berkumpulnya pelbagai latar belakang individu, maka pemasaran di forum perlu dilakukan dengan cara yang betul, beretika dan yang paling penting tidak menggunakan begitu banyak masa. Dengan formula yang terbukti berkesan dan boleh digunakan berkali-kali, usahawan mampu membuat jualan di forum dengan mudah.

Untuk itu, bagi membolehkan para usahawan dan peniaga melakukan pemasaran yang betul melalui forum, maka satu ebook panduan telah diterbitkan oleh Educattic Mind (penerbit ebook).

Memperkenalkan Ebook Kuasa Forum!

“Pemasaran di forum bergantung sepenuhnya pada cara kita menampilkan diri, ayat dan perkataan yang digunakan serta tawaran produk yang sesuai. Dan perkara yang lebih penting adalah matlamat dan perancangan awal sebelum mula melaksanakannya.”

Kuasa Forum Cover

Penulis ebook ini, Mohd Zulfadli berkata, ebook ini ditulis berdasarkan pengalamannya hampir 4 tahun beliau aktif di forum online dan membuat jualan di sana. Panduan ini umpama jalan pintas untuk usahawan belajar dan menguasai ilmu pemasaran cara ini dalam masa yang lebih singkat. Formulanya sudah ada di tangan mereka tanpa perlu ‘mengotorkan tangan’ untuk mencari sendiri strategi  yang berkesan.

Di antara isi kandungan dalam ebook panduan ini adalah:

  • Asas-asas forum online
  • Membina kredibiliti dan pengaruh tersendiri
  • Rahsia jualan yang “memukau”
  • Bagaimana bersaing tanpa perlu menjatuhkan pesaing.
  • Bagaimana mendapat kerjasama usahawan lain untuk menjana keuntungan.
  • Bagaimana melakukan promosi di forum tanpa perlu meluangkan banyak masa.
  • Strategi mudah menjual produk lain atau yang sama kepada pelanggan sedia ada.

dan banyak lagi…

Bonus Tambahan Yang Ditawarkan


Dengan pembelian ebook ini, beberapa bonus tambahan diberikan iaitu :

  1. Ebook Sihir Kredibiliti.
  2. Enam buah video penerangan Kuasa Forum.
  3. Temubual bersama 3 orang usahawan yang menggunakan forum sebagai salah satu cara promosi perniagaan mereka.

Siapa yang Patut Memiliki Panduan ini?

Ebook ini sesuai untuk semua usahawan online/offline, peniaga, Internet Marketer dan sesiapa sahaja, tidak kira bidang perniagaan yang dilakukan. Selagi mana anda memerlukan promosi/pemasaran, maka formula dalam panduan ini boleh digunakan.

Klik di sini untuk maklumat lanjut dan tempahan ebook.

Semoga panduan yang kami reviu ini dapat memberi manafaat kepada anda. Di sini, kami hanya reviu produk yang terbaik untuk para usahawan.


Tags: , , , , ,

Komen (7)

  1. Rahman Basri
    March 21, 2011

    Forum Marketing merupakan antara medium pemasaran yang sangat berkesan untuk jangka masa pendek dan panjang… Thanks Tim MajalahNiaga untuk Reviu yang mantoppp 🙂

  2. Reviu yg meletop… mmg pemasaran forum port terbaik utk bina prospect list.. dan satu kaedah pemasaran yg sgt2 berkesan… rugi klu tak guna

Pendapat anda?