Bengkel Rancang Wang Dari Sekarang – Penyertaan Kini Dibuka

October 17, 2011 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Pada 24 September 2011, tim Majalah Niaga, yang dikelolai oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill diberikan akses eksklusif, untuk menyertai Bengkel Rancang Wang Dari Sekarang.

bengkel rancang wang

Ia adalah sebuah bengkel khusus, yang disampaikan oleh penulis topik pengurusan kewangan di blog ini, iaitu Tuan Suzardi Maulan. Atau lebih mesra dipanggil Pakdi.

Setelah menghadirkan diri ke bengkel ini, kami berpendapat berita mengenai bengkel ini perlu disebarkan kepada para pembaca blog Majalah Niaga. Ini kerana ia melibatkan ilmu berkenaan topik pengurusan kewangan.

Iaitu topik yang begitu penting untuk dikuasai oleh kita yang ingin mencapai matlamat kebebasan kewangan, atau menjadi seorang jutawan.

Namun begitu, siapa yang sesuai untuk menyertai bengkel ini?

Individu yang Gagal Dalam Merancang Wang Secara Sistematik

Ramai orang yang mempunyai lebihan wang. Tetapi mereka sering gagal dalam menguruskan wang. Ini mengakibatkan wang perbelanjaan mereka keluar masuk tanpa disedari.

Keadaan ini membawa kepada situasi tidak cukup duit, sebelum tarikh penerimaan gaji daripada pihak majikan untuk bulan-bulan yang seterusnya.

Justeru itu, bagi individu yang mempunyai kes yang sama seperti ini. Maka sertai Bengkel Rancang Kewangan hari ini juga.

Individu Berjaya Dalam Bisnes dan Karier

Bagaimana pula dengan individu yang sudah berjaya dalam bisnes dan karier? Menyertai seminar ini akan memberikan bonus ilmu kepada kita, untuk mengukuhkan kedudukan kewangan.

Selain itu, Pakdi juga akan menunjukkan cara untuk menggandakan wang lebihan kita menerusi platfom yang halal, patuh syariah dan menguntungkan. Ini kerana nilai mata wang kita akan menurun sebanyak RM0.03 sen setiap tahun.

Untuk mengelakkan daripada kerugian setiap tahun, lebih baik kita gunakan duit yang sedia ada untuk melabur dan menggandakan wang berkali-kali setiap tahun. Pakdi akan tunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk melakukannya dalam Bengkel Rancang Wang Dari Sekarang.

Ingin Menguruskan Wang Dengan Cara Halal

Bagi yang beragama Islam, ini adalah peluang yang terbaik untuk kita mengetahui cara menggunakan wang dengan halal dan patuh syariah.

Pakdi merupakan Islamic Financial Planner (IFP) bertauliah dan penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang. Ia telah membantu pembaca untuk memahami cara yang betul menguruskan wang agar setiap transaksi kita tidak melanggar undang-undang Islam.

Dengan menyertai bengkel ini, Pakdi akan menerangkan secara spesifik mengenai pengurusan wang dengan cara yang halal dan patuh syariah.

Malah kita juga berpeluang untuk bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan dengan pengurusan wang berlandaskan hukum Islam kepada Pakdi menerusi bengkel ini.

Ingin Mencapai Status Bebas Hutang dan Bebas Kewangan

Ini adalah matlamat sebenar bengkel ini. Iaitu mengajar kita langkah demi langkah, dan cara yang berkesan serta mudah diaplikasikan untuk melangsaikan hutang-hutang kita yang sedia ada, dalam tempoh masa 3 tahun dari sekarang.

Pakdi juga akan membantu kita untuk merancang tindakan kewangan agar kita tidak perlu takut kepada wang. Selepas bengkel ini, kita akan tahu langkah demi langkah untuk mengawal kewangan.

Secara tidak langsung, menjamin masa depan kita dengan lebih cemerlang untuk mencapai status bebas kewangan.

5 Pengisian Ilmu Dalam Bengkel Rancang Wang Dari Sekarang

Di sini kami sertakan pendapat kami mengenai pengisian bengkel ini secara keseluruhannya, dan bagaimana ia dapat membantu tuan dan cikpuan mengenai pengurusan kewangan peribadi.

1 Formula penting untuk memastikan wang kita stabil dan melebihi keperluan setiap bulan

Formula ini adalah asas dalam pengurusan wang setiap manusia di muka bumi. Selagi kita tidak berjaya menguasai formula ini, maka jangan bermimpi untuk hidup bebas hutang dan bebas kewangan.

Formula yang ditunjukkan Pakdi ini juga mudah untuk dilakukan. Kerana beliau akan menunjukkan contoh, serta bagaimana untuk melakukannya langkah demi langkah.

7 Langkah mudah untuk menguasai kemahiran menguruskan wang peribadi

Kebanyakan buku atau ebook yang kita baca ada menerangkan bagaimana untuk menguruskan wang peribadi. Tetapi kita masih gagal untuk mematuhi segala ilmu yang dinasihatkan oleh penulis.

Berbeza dalam bengkel ini, Pakdi akan memberikan sebuah sistem, yang memberikan 7 langkah mudah untuk kita menguasai kemahiran menguruskan wang peribadi.

Bayangkan selepas ini kita tidak perlu takut kerana kita akan mempunyai lebihan wang tunai yang mengalir di dalam akaun bank setiap bulan.

3 Cara Menambahkan Pendapatan

Pengurusan wang peribadi melibatkan 3 aspek iaitu:

  • Simpan.
  • Buat duit.
  • Labur.

Pakdi akan menunjukkan 3 cara untuk buat duit dengan mudah. Iaitu dengan memfokuskan pada kekuatan kita. Apabila kita selesai dengan modul ini, maka kita sudah bersedia untuk menambahkan pendapatan.

Tanpa perlu rasa terseksa dan berat hati untuk bekerja secara part-time dan sebagainya.

3 Cara melangsaikan hutang dengan pantas

Kita mempunyai hutang rumah? Hutang kereta? Hutang pembiayaan pendidikan? Atau hutang kad kredit?

Dalam masa yang sama, kita pening kepala dan mengeluh setiap hari kerana sering menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya?

Boleh berhenti mengeluh kerana Bengkel Rancang Wang ini akan membantu kita secara terperinci. Dengan mempelajari 3 cara ini, hari esok kita akan lebih gembira, dan tidur pun lebih nyenyak.

Kerana kita sudah tahu bagaimana untuk menguruskan hutang dengan lebih baik dan efektif.

3 Cara untuk menggandakan wang dengan pelaburan

Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakan, untuk menjadi seorang yang bijak kewangan dan hidup kaya dengan wang, kita perlu berada dalam kuadran terakhir iaitu menjadi seorang pelabur (investor).

Apabila menyebut investor, ramai yang beranggapan ia perlu dilakukan secara sepenuh masa dan sukar untuk meletakkan fokus. Dalam masa sama, tidak ramai yang tahu bagaimana corak pelaburan yang dapat memberikan keuntungan melebihi 100%.

Dalam Bengkel Rancang Wang ini, Pakdi akan menunjukkan 3 kaedah pelaburan yang hanya memerlukan:

  • 10 hingga 15 minit daripada masa kita setiap minggu untuk melihat dan mengkaji potensi pasaran.
  • Formula yang simpel dan mudah untuk difahami dan diikuti.
  • Kaedah melihat potensi pelaburan gaya ‘Warren Buffet’ – Pelabur terkaya di dunia.

Bagaimana Pakdi Dapat Membantu Kita Mencapai Status Kaya dan Bebas Kewangan?

Pakdi, atau nama sebenar beliau Suzardi Maulan adalah Islamic Financial Planner (IFP) bertauliah, dan merupakan penulis buku bestseller mengenai topik pengurusan wang peribadi, iaitu Rancang  Wang Dari Sekarang.

suzardi maulan aka pakdi

Nama beliau cukup dikenali dalam bidang pengurusan kewangan termasuklah di blog Majalah Niaga. Di mana beliau merupakan kolumnis khas yang menulis artikel untuk membantu pembaca menguruskan duit dengan mudah dan bijak.

Beliau juga adalah pengasas forum BicaraJutawan.com. Sebuah forum yang telah membantu lebih 50,000 komuniti bumiputera untuk berjinak-jinak dalam perniagaan dan pelaburan.

Sertai Bengkel Rancang Wang Hari Ini – Nikmati Diskaun 50%

Penyertaan Bengkel Rancang Wang Dari Sekarang yang diadakan 1 hari (8 jam) ini sudah dibuka bagi individu yang berminat. Kami sarankan agar tuan dan cikpuan segera bertindak, sekiranya kita bersungguh-sungguh ingin:

  • Menyelesaikan hutang dalam tempoh kurang 5 tahun.
  • Mengetahui cara untuk menyimpan wang dengan efektif.
  • Mengetahui cara untuk menambahkan pendapatan dengan kaedah yang seronok dan mudah.
  • Mengetahui cara untuk melaburkan wang dan memperoleh keuntungan berlipat kali ganda.

Untuk maklumat lanjut (dan menikmati diskaun harga sebanyak 50%). Klik laman web atau imej di bawah sekarang.

Bengkel Rancang Wang Dari Sekarang (Daftar) – Diskaun 50% 

Kredit imej yang diambil dari Flickr (ourshours devbemstuartpilbrownicozapata) Facebook (Suzardi aka Pakdi)


Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Info menarik. =). terima kasih kerana berkongsi. teringin juga untuk join bengkel ni memandangkan, duit keluar masuk macam air jer sekaran..huhu. =(

    1. Memang disarankan agar menyertai bengkel ini. Banyak input menarik mengenai cara menguruskan kewangan yang akan ditunjukkan oleh Tuan Suzardi a.k.a Pakdi. :D

Pendapat anda?