Buat Duit Dengan PLR – 7 Panduan Praktikal oleh Abooain

April 15, 2011 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Menurut laman web Wikipedia, PLR bermaksud ‘Private Label Rights’. Konsep ini digunakan oleh kebanyakan usahawan internet, bagi menjual produk informasi, khususnya berbentuk digital seperti ebook, artikel, perisian, video dan audio.

Menerusi konsep ini, ia dapat memudahkan usahawan internet bermula tanpa memerlukan modal yang besar. Penggunaan produk yang mempunyai lesen PLR juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang bagi menghasilkan produk informasi untuk dijual.

Dalam satu entri penulis jemputan oleh Craig Michaels di blog Jonathan Volk, beliau menyatakan produk-produk PLR juga boleh digunakan sebagai medium untuk menjenamakan diri dan bisnes kita.

Kualiti dan Kuantiti – Mana Lebih Menguntungkan?

Hari ini produk-produk informasi yang mempunyai lesen PLR kian dijual secara meluas. Jika kita layari laman marketplace seperti Fiverr.com, terdapat ratusan produk PLR yang boleh didapati dengan harga yang rendah, yakni serendah RM15 (USD5).

Namun kualiti merupakan aspek yang perlu kita lihat, jika kita mahu mendapatkan produk yang mempunyai lesen PLR. Kualiti informasi sesebuah produk PLR boleh dinilai menerusi beberapa faktor, iaitu:

  • Siapa pemberi lesen produk PLR.
  • Sampel produk PLR.
  • Maklumat yang dihimpunkan dalam produk PLR.
  • Produk yang dihasilkan bukan menerusi copy paste, daripada laman-laman web lain.

7 Panduan Praktikal oleh Abooain

Tuan Ahmad Syaifuddeen, atau dikenali sebagai Abooain, merupakan penulis buku ‘Buat Duit Dengan PLR’ terbitan Truewealth Sdn Bhd. Dalam buku ini, beliau menghimpunkan maklumat-maklumat penting, untuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan lumayan di internet, meskipun kita tidak mempunyai pengalaman.

Terdapat 3 bahagian dan 21 bab dalam buku ini. Antara maklumat yang menarik perhatian pembaca adalah  penerangan langkah demi langkah, yang disertakan dengan pelan tindakan dan contoh yang jelas.

Buku ‘Buat Duit Dengan PLR’ ini juga mempunyai 7 panduan praktikal yang wajib dibaca oleh usahawan internet baru dan berpengalaman. 7 panduan praktikal yang dimaksudkan adalah.

#1 – Dua Jenis Produk PLR yang Popular

Menurut Abooain, terdapat dua jenis produk PLR yang popular dan akan sentiasa kekal mempunyai permintaan yang tinggi. Dalam buku ini, kita akan ditunjukkan dua jenis produk PLR yang popular, serta perkongsian pengalaman daripada beliau selepas menjual dua jenis produk ini.

#2 – Apakah Hak Kita, Apabila Memiliki Produk PLR?


Mengetahui hak dan tanggungjawab kita sebagai pemilik produk PLR adalah penting, bagi memastikan kita tidak melanggar sebarang terma dan syarat, yang telah ditetapkan oleh pemberi lesen atau tuan empunya produk.

Buku ini akan menerangkan secara terperinci mengenai maklumat-maklumat yang kita perlu tahu, jika kita mahu membeli dan menggunakan produk yang mempunyai lesen PLR.

#3 – 4 Jawapan Bagi Persoalan Khusus Mengenai Produk PLR

Ini merupakan isu yang perlu diambil perhatian dalam buku ini. Ini kerana Abooain menjawab persoalan-persoalan yang bermain di fikiran para usahawan internet, yang berminat untuk mendapatkan produk PLR.

Berdasarkan pengalaman beliau yang sudah berkecimpung dalam dunia PLR selama beberapa tahun, maka jawapan yang diberikan adalah bernas dan penuh dengan maklumat-maklumat yang sahih.

#4 – Masalah yang Dihadapi oleh Pemilik Produk PLR

Dalam dunia perniagaan internet berasaskan produk informasi, terdapat masalah yang bakal kita hadapi sekiranya menggunakan produk PLR. Masalah ini dikemukakan secara spesifik dalam buku setebal 311 muka surat ini.

Dalam masa yang sama, beliau juga menyenaraikan solusi bagi kita menangani masalah ini dengan efektif. Ini bermakna, kita akan bersedia menghadapi sebarang musibah apabila mula menjana pendapatan dengan produk PLR.

#5 – 3 Jenis Produk yang Menguntungkan

Memahami dan mengkaji pasaran yang berpotensi adalah satu tugas, yang akan mengambil masa yang lama. Dalam buku ‘Buat Duit Dengan PLR’, beliau menyenaraikan 3 jenis produk informasi yang sentiasa memberikan pendapatan yang lumayan.

Apa yang menarik, ia adalah berdasarkan pengalaman Abooain sendiri. Kita hanya perlu tahu ini, kemudian duplikasi sistem yang ditunjukkan oleh Abooain.

#6 – Bagaimana Mendapatkan Produk PLR yang Berkualiti


Terdapat lebih 3 juta carian akan dipaparkan di enjin carian Google, sekiranya kita mencari maklumat berkenaan ‘plr product’. Dalam buku ini, Abooain akan menunjukkan beberapa laman web yang boleh kita gunakan, bagi mendapatkan produk-produk PLR dengan harga yang berpatutan, dan berkualiti tinggi.

#7 – Bagaimana Membina Empayar Perniagaan Internet Dengan Produk PLR

Panduan yang terakhir ini adalah penting untuk para usahawan internet. Ini kerana dalam bahagian kedua buku ini, beliau akan menjelaskan 6 modul yang boleh kita duplikasi untuk membina empayar perniagaan internet yang lumayan, berasaskan produk PLR.

Buat Duit Dengan PLR – Dapatkan Panduan Praktikal Hari Ini

“Jika kita mahu berjaya dalam sesuatu bidang, maka cari mentor yang sudah berjaya melakukannya. Kemudian tiru dan kita akan berjaya.” – Anthony Robbins

Sekiranya kita mahu mengetahui cara sebenar untuk membina bisnes internet berasaskan produk PLR, maka buku ini wajar dimiliki untuk dijadikan panduan praktikal. Ini kerana Abooain merupakan seorang usahawan internet sepenuh masa, dan fokus beliau adalah produk PLR.

Jika kalian berminat, maka boleh dapatkan buku ‘Buat Duit Dengan PLR’ hari ini dengan harga serendah RM39.50 sahaja.

Kredit gambar :  (jonnyandanne) ,


Tags: , , , , , ,

Komen (6)

  1. Saudara Abooain merupakan individu yang tepat untuk dirujuk berkaitan PLR. Beliau telah menjana pendapatan yang konsisten dengan PLR semenjak beberapa tahun lepas. Semua rahsia bagaimana kita mampu menjana pendapaptan dengan PLR diceritakan di dalam buku ini. Syabas dengan penghasilan buku berkualiti ini!

    Saya benar-benar ikhlas apabila memberikan testimonial ini kerana isi kandungan buku ini adalah amat baik. 😉

  2. tips yang amat berguna bagi yang baru nak menceburkan diri dalam menghasilkan ebook

    salam adly…

    saya merupakan peserta seminar akademi usahawan yang lepas (16 April 2011). terima kasih atas ilmu yang anda kongsikan. banyak juga ilmu yang saya dapat di seminar tersebut. InsyaAllah saya akan cuba hadir seminar-seminar yang flarebiz.com anjurkan. seminar tips SEO ada ke?

  3. Bagi newbie yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet bolehlah membeli produk PLR , jenamakan dengan mengubahsuai nama ,ecover , minisite product dan buat promosi.

    Inilah antara cara paling cepat untuk mendapatkan produk digital sendiri untuk dijual di internet.

    Tahniah Abooain atas pelancaran produk ini. 🙂

  4. Alhamdulillah,

    Saya telah beli beberapa kali produk PLR dari saudara Abooin. Memang berkualiti dan selain dari kegunaan peribadi, boleh dijual semula dengan mengubah sedikit kandungan dan grafik. Saya mula berminat dengan produk-produk PLR sejak menjadi pelawat blog beliau. Terima kasih

Pendapat anda?