Kajian Google mendapati, dalam masa dua tahun lagi iaitu pada tahun 2013, pengguna internet di seluruh dunia dijangka akan menggunakan telefon bimbit mereka, atau smart phone berbanding komputer.
Ini selaras dengan perkembangan penggunaan smart phone yang meningkat 4 kali ganda sejak tahun 2010. Bagi seorang peniaga, apakah peluang yang boleh diambil daripada situasi yang bakal berlaku ini?
Dari Komputer Menjadi Mobil
Pada tahun 2013, majoriti pengguna internet akan melawati laman web bisnes kita menggunakan smart phone yang berada dalam tangan mereka. Sekiranya laman web tidak dioptimasikan dengan laman mobil yang mesra pengguna, kita seperti membuang pelanggan secara sukarela.
Mereka akan beralih ke laman web lain, yang mempunyai fungsi mobile site. Kerana ia lebih mudah untuk:
- Proses navigasi.
- Melihat maklumat produk keperluan.
- Serta melakukan pembelian dengan beberapa klik sahaja.
Justeru itu, peluang ini dapat dilihat sebagai satu peluang keemasan untuk bisnes kita menjadi lebih maju dan unik berbanding pesaing. Memilih untuk beralih kepada mobile browsing sites bermula tahun 2012 merupakan satu tindakan yang bijak.
Fokus Utama Bisnes Untuk Terus Memikat Pelanggan
Pada zaman bisnes konvensional berkuat kuasa, ramai peniaga tidak mempercayai kemudahan teknologi dapat membantu mereka untuk mengembangkan bisnes dan mendominasi industri. Tetapi hari ini, bisnes yang rugi dan ketinggalan jauh ke belakang adalah bisnes-bisnes yang tidak menitik beratkan mengenai isu ini.
Asasnya, dalam mana-mana perniagaan, selagi mana kita berjaya membuat pelanggan kita gembira dari mana-mana aspek, ia akan membantu pertumbuhan ekonomi bisnes.
Apabila pelanggan gembira dengan produk dan sistem operasi bisnes (seperti cara untuk membeli barang secara online), maka peluang untuk bisnes kita lebih maju adalah tinggi.
Analisis-analisis dalam organisasi Google juga mendapati, dalam masa 4 tahun akan datang (tahun 2015), setiap seorang manusia di muka bumi ini akan mempunyai smart phone mereka sendiri.
Apa Itu GoMo?
GoMo adalah singkatan daripada ayat ‘Go Mobile’. Ia adalah projek inisiatif yang dibangunkan oleh syarikat Google. Tujuannya untuk membantu lebih ramai pemilik bisnes tempatan dan luar negara untuk mengambil kesempatan bagi menepati sasaran penggunaan internet menerusi mobile browsing sites menjelang tahun 2013.
Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk membuka satu lagi peluang baru kepada syarikat pengiklanan untuk menggunakan pengiklanan secara mobil (mobile ads). Google mensasarkan keuntungan akan meningkat sebanyak USD2.5 bilion sekiranya pengiklanan secara mobil ini diterima ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web GoMo hari ini dan ketahui bagaimana laman web bisnes kita boleh diselaraskan dengan perkembangan mobile browsing sites.
Kredit: O_G Richards , GoMo


Saya suka entri yang mempunyai video!
Diakui, pertumbuhan pesat teknologi banyak mempengaruhi keperluan harian manusia. Bijak, ringan, ringkas, mudah, pantas, interaktif, mesra guna dan di mana-mana. Antara spesifikasi yang menjadi pra-syarat mobil pintar dan tablet sesentuh; dekad ini. Pembangun perisian atau portal perlu mengorak langkah selangkah awal kehadapan. Aplikasi mobil diketahui mampu memberi pulangan lumayan berbillion dollar; trend ini disokong dan terbukti dengan permintaan dan jumlah muat-turun yang tinggi oleh konsumer secara globalnya. Aplikasi-aplikasi Blackberry, Apple, Android dan lain-lain perisian sumber terbuka/percuma telah cuba memenuhi dan menangani ledakan ini saban tahun. Tanpa kita sedari, para dominasi dan pemain ‘raksaksa’ dalam industri ICT telah membuka pintu dan peluang keemasan baru secara tidak langsung kepada usahawan-usahawan kecil maya. Kajian dan penilaian semasa platform/portal berasaskan struktur CMS dengan integrasinya bersama modul-modul atau plug-in rangkaian sosial perlu diberi pemerhatian serius dan terperinci. Maka rumusan dan solusinya, segala rangkaian Flarebiz Network perlu bersedia menghadapi perubahannya; mungkin akan terlaksana NiagaKit Mobile 1.0, Minisite Mobile, KomikNiaga Mobile, MajalahNiaga Mobile dan lain-lainnya. Punya antara-muka menarik yang mesra dengan semua platform mobil. Para blogger keseluruhannya perlu mengambil tindakan yang wajar dan bertepatan dengan kehendak pembaca atau konsumer atau pelanggan semasa. Mari kita mulakannya hari ini.
Nampaknya saya kena mengemas kini versi mobile blog saya
Nampaknya bisnes internet akan bertambah ramai pesaing nanti. Saya suka persaingan sihat ini..