Intensive Advance Fesbuk Marketing Power – Kursus Intensif Pemasaran Facebook

June 12, 2012 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

“Facebook merupakan satu daripada senjata pemasaran yang efektif dan berkos rendah pada masa kini.”

Intensive Advance Fesbuk Marketing Power

Dengan mempunyai jumlah pengguna aktif yang mencecah lebih 845 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012, Facebook dianggap sebagai lubuk emas untuk kita membina empayar perrniagaan menggunakan medium online.

Pada 8hb hingga 10hb Jun 2012 (Jumaat sampai Ahad), tim Majalah Niaga menghadirkan diri ke satu program lanjutan, yang dianjurkan oleh syarikat Richworks iaitu Intensive Advance Fesbuk Marketing Power 2012.

Dua Minda Pakar Pemasaran Bersatu

“Facebook bukan tempat untuk menjual. Ia adalah tempat untuk kita membina komuniti yang dapat menarik lebih ramai pelanggan tanpa kos yang tinggi.” – Dr. Azizan Osman.

Program ini dikendalikan oleh dua orang pakar pemasaran iaitu Dr. Azizan Osman dan juga Bryan Gan. Dr. Azizan Osman cukup sinonim dengan kepakaran beliau sebagai jurulatih kekayaan dan pemasaran di Malaysia.

Advance Fesbuk Marketing Power

Sehingga kini, beliau telah membantu lebih 173,848 individu untuk membina empayar perniagaan di dalam dan luar negara. Bryan Gan pula adalah individu yang dikenali sebagai pakar pemasaran Internet dan Facebook.

Pengasas aplikasi Octopost ini merupakan satu daripada individu yang diberi peluang untuk mempersembahkan aplikasinya di Silicon Valley, pada akhir bulan Jun 2012 ini.

Program Intensive Advance Fesbuk Marketing Power ini dianjurkan dari pukul 8.30 pagi hingga 6 petang selama 3 hari. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, lebih 350 orang yang menyertai majlis ilmu ini.

Advance Fesbuk Marketing Power – 5 Input Penting

“Input-input bukan sekadar bermanfaat, malah jika dipraktikkan terus, ia dapat menunjukkan hasil dalam masa singkat.”

Berdasarkan pengalaman kami menghadiri program intensif pemasaran Facebook selama 3 hari ini, terdapat beberapa input baru yang dapat digunakan dalam kempen pemasaran social media.

Modul Intensive Advance Fesbuk Marketing Power

Kedua-dua jurulatih ini memberikan maklumat-maklumat penting berdasarkan hasil kajian dan pengalaman mereka.

Berikut adalah 5 daripada ratusan perkongsian yang diperoleh daripada Intensive Advance Fesbuk Power anjuran syarikat Richworks:

#1 – Senjata Pemasaran Facebook – Aplikasi Smartphone

Kami ditunjukkan dengan dua aplikasi telefon pintar (smart phone) yang dapat membantu meningkatkan keuntungan perniagaan menerusi Facebook. Satu daripadanya adalah Instagram.

Dr. Azizan dan Bryan Gan menunjukkan langkah demi langkah bagaimana menggunakan aplikasi ini bagi tujuan pemasaran. Secara tidak langsung memberikan idea kepada ramai pemilik bisnes untuk menggunakan aplikasi percuma ini.

Mereka juga menjelaskan betapa penting fungsi gambar profesional untuk memikat hati pelanggan di Facebook. Dengan Instagram, semuanya boleh dilakukan tanpa perlu mengeluarkan kos pembayaran jurugambar profesional.

#2 – Pikat Pelanggan Dengan Timeline

Satu daripada fungsi penting di Facebook bagi tujuan pemasaran adalah Facebook Timeline. Bryan Gan memberikan beberapa kajian kes Timeline yang digunakan oleh pemilik bisnes di Facebook, supaya dapat menjelaskan betapa pentingnya fungsi ini.

Beliau juga turut mencadangkan beberapa komponen supaya Facebook Timeline kita dapat memberikan penampilan yang menarik. Dalam masa sama, berkeupayaan untuk memikat hati lebih ramai pelanggan yang memasuki ruangan Facebook Pages kita.

#3 – Teknik Tingkatkan ‘Like’ Tanpa Kos

Bagi pemilik bisnes yang tidak mempunyai modal untuk meningkatkan jumlah ‘Like’ Facebook Pages mereka, satu daripada ilmu yang dikongsikan oleh dua pakar pemasaran ini amat membantu.

Dr. Azizan Osman dan Bryan Gan memberikan lebih daripada 10 idea bagaimana untuk meningkatkan jumlah ‘Like’ di Facebook, tanpa perlu keluarkan satu sen.

Lebih menarik, cara ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sesiap sahaja. Walaupun mereka baru memulakan kempen pemasaran di Facebook. Teknik ini berkaitan dengan formula 3C +1C yang dikongsikan dalam Intensive Advance Fesbuk Marketing Power.

#4 – Rahsia Disebalik Facebook

“Dengan memahami bagaimana sistem Facebook berfungsi, kita dapat menguasai pemasaran Facebook dengan lebih mudah. Satu strategi, untung berkali-kali.” – Bryan Gan.

Di sini adalah kekuatan Bryan Gan. Beliau memberikan data-data penting yang perlu kita tahu sebelum melakukan pemasaran Facebook. Bryan Gan menyenaraikan bagaiamana algoritma Facebook berfungsi.

Maklumat ini dikongsikan supaya kita boleh faham bagaimana sistem Facebook berfungsi. Formula ini dipanggil Facebook Edgerank.

Apabila kita tahu formula ini, lebih mudah untuk kita merancang strategi pemasaran Facebook yang dapat mencipta banyak peluang supaya ramai pelanggan boleh tahu kehadiran bisnes kita di laman social media ini.

#5 – Iklan Murah, Kesan Luar Biasa

Ramai di antara kita yang sudah tahu kelebihan pengiklanan di Facebook Ads. Kita boleh memulakan kempen pengiklanan kita serendah RM10 sebulan.

Bryan Gan menunjukkan cara bagaimana untuk menguji iklan menggunakan Facebook Ads. Beliau mencadangkan beberapa strategi untuk melakukan kajian terhadap nilai conversion dan cara untuk melakukan kempen pengiklanan berkos rendah.

Bryan Gan juga menerangkan prinsip pengiraan supaya kita boleh kenal pasti untuk menggunakan kempen pengiklanan CPM (Cost per impression) dan juga CPC (Cost Per Click).

Advance Fesbuk Marketing Power – Berbaloi atau Sebaliknya?

Ia bergantung pada keperluan kita untuk mengetahui tentang pemasaran Facebook. Berdasarkan pengalaman kami, terdapat banyak juga perkara asas berbentuk teknikal yang ditunjukkan seperti:

  1. Cara mewujudkan Facebook Pages.
  2. Cara memulakan kempen pengiklanan.
  3. Cara melakukan kajian pemasaran menggunakan Google Keyword Tools dan eBay.

Dalam masa sama, terdapat beberapa input baru yang kami peroleh sepanjang menghadiri Intensive Advance Fesbuk Marketing Power 2012 ini. Antaranya adalah strategi-strategi pemasaran efektif berkos rendah.

Walaupun terdapat beberapa kelemahan ketara seperti paparan skrin yang tidak berapa jelas, dan kelajuan Internet yang sangat perlahan, kami berpuas hati dengan input-input yang disampaikan oleh kedua-dua jurulatih ini.

Dr. Azizan Osman dan Bryan Gan mempunyai ilmu mereka sendiri terhadap dunia pemasaran Facebook.

Terima Kasih Richworks – Harapan Kami

Harapan kami adalah program ini dapat diteruskan secara konsisten setiap tahun, supaya dapat mendidik masyarakat di Malaysia tentang potensi pemasaran Facebook.

Baju Intensive Advance Fesbuk Marketing Power

Penambahbaikan yang jelas ketara di sini adalah kelajuan Internet semasa berlangsungnya kursus.

Dari sudut yang lain, kami berpuas hati dan berterima kasih kepada seluruh warga kerja Richworks yang sentiasa ceria serta bekerja keras untuk memastikan semua peserta selesa sepanjang program berlangsung.

Antara seminar yang bakal berlangsung sepanjang bulan Jun 2012 yang dikendalikan oleh syarikat Richworks ini adalah Seminar Marketing Power.

Semoga ulasan kursus Intensive Advance Fesbuk Marketing Power ini dapat memberikan maklumat bermanfaat kepada usahawan khususnya, dalam mencari majlis ilmu berkenaan dengan strategi pemasaran Facebook.

Ingin Kami Promosikan Seminar Anda?

Tim Majalah Niaga juga berbesar hati untuk mempromosikan seminar-seminar keusahawanan yang dianjurkan di Malaysia, kepada lebih 30,000 pembaca kami.

Tujuannya supaya orang ramai dapat tahu tentang kewujudan majlis ilmu yang dapat meningkatkan keuntungan perniagaan mereka, yang dipelopori oleh individu atau organisasi yang pakar dalam bidang perniagaan yang diceburi.

Sebarang pertanyaan, boleh klik pada ruangan Hubungi Kami.

Kredit: Alumni Dr Azizan.


Tags: , , , , ,

Komen (5)

    1. Haha Karo
      June 17, 2012

      Betul. Kenapa anda sebagai Team business yang profesional menukar nama jenama Facebook yang banyak membantu kita dari segi marketing terutamanya kepada satu nama yang macam bahasa jawa tu? Ini website boleh diakatakan sebuah website rasmi yang profesional yang merangkumi usahawan Malaysia. Anda pula mempermainkan brand Facebook!

  1. Maklumat yang disampaikan amat berguna sebagai asas menghadiri seminar yang diperkatakan oleh orang ramai selama ini. Persediaan diri dengan mengetahui sedikit-sebanyak perkara-perkara yang akan diperbincangkan di dalam seminar yang bakal dianjurkan adalah suatu langkah positif. Semoga Majalah Niaga bertambah maju dengan menyebar-luaskan ilmu-ilmu berguna untuk tatapan bakal usahawan dan usahawan di mana sahaja mereka berada.

Pendapat anda?