Memulakan Bisnes Sendiri – Panduan Menakutkan Untuk Bakal Usahawan

December 16, 2011 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Kebanyakan buku-buku keusahawanan dan perniagaan yang ditulis oleh penulis-penulis profesional berkait rapat dengan keindahan bagi mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini.

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) - Ainon Mohd

Namun begitu, berbeza dengan buku yang akan kami ulas ini. Ia ditulis khas dan dijadikan bacaan wajib untuk para bakal usahawan, agar tidak terpengaruh dengan tipu daya dan realiti sebenar dunia perniagaan.

Dalam masa sama, ia akan membongkarkan kenapa 90% perniagaan gagal pada tahun pertama.

Memulakan Bisnes Sendiri

Buku ini mempunyai mesej khas untuk tatapan pandang pertama orang yang memandangnya iaitu:

“Panduan bagi individu yang berminat memasuki dunia bisnes hari ini dan menjadi usahawan berjaya.”

Apa yang menarik dalam buku ini, penulisnya tidak menceritakan tentang asas-asas keusahawanan dan perniagaan. Tetapi kisah hitam berkenaan dunia keusahawanan yang sering disorokkan oleh penulis-penulis profesional yang menulis tentang buku genre ini.

Antara poin-poin yang dapat kami sampaikan dalam bentuk maklumat selepas membaca buku ini adalah:

  • Kisah sebenar seorang jutawan.
  • Kepentingan bakat dalam perniagaan.
  • Halangan-halangan utama sebelum berniaga.
  • Rekod kewangan diri mencerminkan perniagaannya.
  • Perkara baik yang membunuh diri dan perniagaan.
  • Kepentingan imej dalam perniagaan.
  • Formula berjaya dalam bisnes.

#1 – Kisah Sebenar Seorang Jutawan

Penulis menyampaikan sebuah cerita mengenai seorang pekerja tempatan yang dahulunya makan gaji, kini menjadi seorang usahawan yang berjaya dan jutawan. Perjalanan beliau penuh dugaan sehingga menyebabkan kita sebagai pembaca, rasa takut untuk membuat keputusan bagi melepaskan jawatan sedia ada.

Namun mesej utamanya adalah menjelaskan betapa pentingnya untuk kita menguasai potensi diri dan gaya fikir sebagai seorang usahawan. Ia bertujuan mengelakkan diri kita daripada mengangkat bendera putih terlalu awal.

#2 – Kepentingan Bakat Dalam Perniagaan

Orang yang suka menyanyi tidak semestinya nyanyian mereka sedap. Orang yang mempunyai bakat menyanyi pula, tidak semestinya mereka minat untuk menyanyi. Begitu juga dalam dunia perniagaan.

bakat menyanyi

Antara ciri orang yang mempunyai bakat bisnes seperti yang digariskan dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri, mereka sudah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sejak usia muda.

Sebagai contoh, ketika masih kecil, mereka sudah belajar menjual kuih muih di sekitar kawasan rumah. Maka mereka boleh dikategorikan mempunyai bakat dalam bisnes.

Penulis juga menjelaskan dua jenis bakat keusahawanan iaitu entrepreneur dan intrapreneur. Di mana kedua-dua bakat ini menghasilkan input dan output yang berbeza dalam kehidupan mereka.

#3 -Halangan-halangan Utama Dalam Perniagaan

Antara halangan yang digariskan dalam buku ini adalah berkaitan dengan isu wang, keluarga, isteri dan juga rakan kongsi. Penulisnya menyampaikan maklumat dengan jelas tentang keburukan jika kita tidak melepasi halangan-halangan ini.

Salah satu daripadanya adalah calon isteri. Bagaimana untuk kita memilih calon isteri yang dapat memahami diri kita sebagai seorang peniaga?

Tip ini diterangkan dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri.

#4 – Rekod Kewangan Diri Mencerminkan Perniagaannya

“Pada masa ini, hanya individu-individu yang mempunyai rekod kewangan bersih sahaja yang dapat memulakan bisnes dengan bantuan institusi kewangan.” – Petikan buku Memulakan Bisnes Sendiri, Ainon Mohd.

Orang yang tidak pandai menguruskan wangnya dengan baik dinasihatkan untuk tidak memulakan perniagaan. Ini kerana mereka tidak mempunyai kemampuan untuk menguruskan aliran wang yang berlaku dalam syarikat.

kedudukan kewangan yang stabil

Apabila ingin berniaga, maka belajar untuk menangguhkan kepuasan. Bisnes-bisnes gagal biasanya berpunca daripada keghairahan untuk membeli sesuatu yang mewah, apabila melihat wang dalam akaun syarikatnya bertambah.

#5 – Perkara Baik yang Membunuh Diri dan Perniagaan

Walaupun bisnes kita berjalan dengan baik, maka terdapat 3 perkara yang akan memberikan impak negatif terhadap diri dan perniagaan kita, apabila ia tidak berjaya dikawal dengan betul.

3 perkara yang dimaksudkan adalah:

  • Duit yang banyak.
  • Perkembangan bisnes terlalu baik.
  • Barang terlalu laku.

Ketiga-tiga perkara ini jelas menunjukkan satu poin positif untuk pengusahanya. Tetapi apabila kita gagal untuk menguruskannya dengan betul, maka ia akan makan diri kita dan perniagaan yang dibangunkan.

#6 – Kepentingan Imej Dalam Perniagaan

Antara pendekatan yang dipercayai oleh orang yang baru memulakan bisnes adalah menggunakan imej ‘usahawan berjaya’. Yakni melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membeli pejabat yang cantik, aksesori yang mahal dan sebagainya.

Tindakan-tindakan ini adalah tidak betul bagi pengusaha bisnes yang baru bertapak. Berdasarkan maklumat yang ditulis dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri, orang-orang bisnes yang berpengalaman sudah masak dengan dunia perniagaan.

Mereka hanya percaya pada cek-cek yang tidak melambung. Bukan pada simbol-simbol kejayaan semata-mata seperti yang diterangkan sebelum ini.

#7 – Formula Berjaya Dalam Bisnes

Apakah formula rahsia kejayaan dalam perniagaan?

Soalan ini sering diajukan oleh pemula kepada pemilik-pemilik bisnes yang sudah berjaya. Jawapannya subjektif kerana setiap industri menggunakan pendekatan yang berbeza.

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) - Ainon Mohd (1)

Namun begitu terdapat 4 prinsip umum dalam kejayaan perniagaan. Ia digariskan oleh Ainon Mohd. dalam buku Memulakan Bisnes Sendiri.

Apabila kita mengetahui 4 prinsip umum ini, maka kita boleh menilai diri kita sejenak. Sama ada kita mempunyai potensi untuk berjaya dalam perniagaan, atau meneruskan kerjaya sedia dan terus makan gaji.

Siapa Ainon Mohd.?

Ainon Mohd - Penulis Buku Memulakan Bisnes Sendiri

Penulis buku Memulakan Bisnes Sendiri, Ainon Mohd. merupakan pengerusi syarikat-syarikat Kumpulan PTS. Selain daripada itu, beliau berpengalaman menjadi konsultan aplikasi kemahiran berfikir dan kreativiti dalam organisasi.

Pendapat Kami Mengenai Buku Ini

Memulakan Bisnes Sendiri adalah bacaan menarik dan berinformasi bagi para bakal usahawan dan juga usahawan. Ia memberikan gambaran jelas tentang cara untuk mengatasi masalah yang berlaku dalam bisnes.

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) - Ainon Mohd (2)

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) - Ainon Mohd (3)

Memulakan Bisnes Sendiri (Edisi Kemas Kini) - Ainon Mohd (4)

Bagi tuan dan cikpuan yang mempunyai impian dan ingin memulakan perniagaan sendiri, maka buku ini boleh dijadikan panduan  dari semasa ke semasa, untuk memahami situasi dan menguruskan proses perkembangan perniagaan.

Beli Buku Memulakan Bisnes Sendiri

Buku ini dijual di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan kawasan rumah kita dengan harga RM29.00 sahaja. Bagi yang ingin membelinya secara online, sila layari laman web Bookcafe menerusi pautan di bawah:

Beli Buku Memulakan Bisnes Sendiri - Bookcafe

Beli Buku Memulakan Bisnes Sendiri – Ainon Mohd. (Klik Di Sini)

Ingin Kami Ulas Buku atau Produk Syarikat Anda?

Kami mengalu-alukan sebarang kerjasama untuk memberikan ulasan terhadap buku atau apa jua produk yang bisnes tuan dan cikpuan sediakan. Di mana ia dapat disampaikan kepada lebih 12,000+ orang pembaca blog Majalah Niaga.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami menerusi ruangan Hubungi.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (hogeschoolzeelandsidnid)


Tags: , , , , , , , , , , , , , ,
seo

Laporan Percuma Dominasi Google Dengan Kuasa SEO

Muat turun segera secara percuma 7 rahsia dominasi Google dengan kuasa SEO.

Muat Turun Sekarang

Komen (7)

  1. Merupakan salah satu buku bahasa melayu tentang mulakan bisnes sendiri yang saya miliki sebelum terjun ke dunia perniagaan. Buku yang mudah dihadam :)

Pendapat anda?