Pengasas Sendayu Tinggi Dekati Pengguna Melalui Seminar

January 30, 2014 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Kisah beg tangan Guang Zho berharga RM250 menjadi topik bualan hangat di internet sehingga kini. Bukan itu saja, isu Puan Rozita Ibrahim berpurdah juga sebenarnya menjadi isu sensasi yang menyukarkan beliau mempromosi produk.

Pihak stesen TV tidak membenarkan beliau menjual produk dengan berpurdah atas alasan menghormati bangsa lain yang bukan beragama Islam.

Puan Rozita Ibrahim berfikir panjang dan terpaksa membuat keputusan untuk membuka purdah kerana tidak mahu isu tersebut menjadi panjang dan setelah mendapat nasihat dari beberapa orang yang arif dalam agama.

Jika sebelum ini Puan Rozita Ibrahim menyepikan diri, kini beliau membuat kejutan dan semakin aktif dalam membuat seminar keusahawanan, kesihatan dan menulis blog peribadinya.  Ketika ditemui baru-baru ini, beliau berkata;

“Ketika umur mencecah 50 tahun, saya rasa semakin dekat dengan kematian dan saya mahu meninggalkan sejarah dan pengalaman yang saya rasa sesuai untuk membangunkan ummah, saya juga ingin meninggalkan petua-petua lama melalui pengalaman saya dalam ilmu perbidanan dan pembuatan herba.

Mungkin dengan ilmu itu dapat membantu wanita lain yang menghadapi tekanan kehidupan, bagaimana membina diri sebagai usahawan. Diharap ilmu itu dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan melapangkan saya semasa di alam kubur yang sangat menakutkan itu nanti. Insha-Allah.”

Puan Rozita Ibrahim sering menerima jemputan eksklusif untuk menjadi penceramah daripada IPT, SME Corp, TM Net, Kementerian Pembangunan Wanita dan banyak lagi. Terbaru beliau mendapat jemputan dari pihak Muslim Fest anjuran kerajaan negeri Perak yang akan diadakan pada penghujung Mac.

Sepanjang 18 tahun beliau bergiat sebagai usahawan, buat julung kalinya Puan Rozita akan menganjurkan dua seminar. Seminar pertama (sesi pagi), beliau akan membongkar rahsia bagaimana beliau boleh berjaya dan masih mampu bertahan sehingga kini.

Seminar kedua (sesi petang), beliau akan menyingkap rahsia mengenai wanita. Bertempat di Dewan Besar Tabung Haji, Kuala Lumpur dan penyertaan adalah terhad kepada 500 orang sahaja.

Untuk tahun 2014 ini, beliau telah merangka  3 konsep seminar yang akan dianjurkan sepanjang tahun berdasarkan daripada ideologi beliau sendiri iaitu:-

1) Cari Lubuk Emas, Kenali Potensi Diri (Pagi) – Terbuka untuk lelaki & wanita – Tiket RM 100

2) Singkap Kamar Wanita – Hanya untuk wanita sahaja – RM 100

3) Menjadi Usahawan Internet JRM – Kerjasama dengan pengatur cara IT

Penyertaan untuk Seminar Cari Lubuk Emas , Kenali Potensi Diri dan Singkap Kamar Wanita telah pun dibuka.  Dua seminar ini akan diadakan di seluruh Malaysia.

Walaupun masih baru dalam dunia penulisan blog namun blog beliau telah dilawati oleh lebih 20 ribu orang pelawat. Blog ini lebih kepada kisah hidup beliau, resipi masakan, nasihat,  perkongsian petua dan tip mengenal pasti produk yang sesuai. Segala yang berkaitan dengan permasalahan wanita akan dikongsi di www.jrm.com.my/blog.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengenali Puan Rozita Ibrahim secara dekat, anda boleh like FB Fan Page JRMOfficial di www.facebook.com/JRMOfficial atau layari laman sesawang JRM di www.jrm.com.my atau blog beliau, www.rozitaibrahim.com


Pendapat anda?