Rahsia Senang Mendapat Pinjaman – Formula 3S

June 26, 2012 — Penulis:

Kategori: Pinjaman / Reviu Produk

Modal wang adalah satu daripada faktor yang membantutkan kerja pemilik perniagaan. Sama ada untuk mereka yang baru mahu bermula, atau mengembangkan perniagaan mereka.

Buku-Rahsia-Senang-Mendapat-Pinjaman

Ini adalah masalah yang ingin diselesaikan oleh penulis buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, iaitu Tuan Wahi Abd Rashid.

Selepas melihat kakaknya sendiri yang menghadapi kesukaran untuk mencari modal mengembangkan perniagaan kerisik, dan tidak mempunyai pengalaman dalam pengurusan permintaan modal daripada pihak bank, beliau membuat keputusan untuk menulis buku ini.

Buku ini fokusnya adalah menyelesaikan masalah orang ramai untuk membina kekayaan melalui pinjaman bank.

Rahsia Senang Mendapat Pinjaman – Siapa Penulisnya?

Tuan Wahi Abd Rashid adalah Pengarah syarikat Green Matrix Enterprise. Antara perniagaan beliau yang boleh diakses melalui Internet adalah Car Rental Bintulu.

Rahsia Senang Mendapat Pinjaman - Wahi Abd Rashid

Dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, Tuan Wahi berkongsi proses 3S, yakni proses penting bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pinjaman dengan mudah. Proses 3S yang dimaksudkan adalah:

  • Proses S1 – Sebelum pinjaman.
  • Proses S2 – Semasa memohon pinjaman.
  • Proses S3 – Selepas memperoleh pinjaman.

Terdapat 9 bab yang dikongsikan dalam buku ini meliputi maklumat-maklumat penting yang merangkumi tiga proses seperti yang disebutkan di atas.

Bermula daripada pengalaman pahit manis beliau membuat pinjaman bank untuk membangunkan perniagaan. Satu daripada pengalaman menarik yang dikongsikan dalam buku ini adalah,

“Rakan saya hairan bagaiaman saya mampu membayar pinjaman sehingga RM2.7 juta. Sedangkan gaji saya dan isteri hanya RM6,000 sebulan.”

Caranya adalah, menerusi pembukaan akaun semasa.

Akaun Semasa – Membuka Ruang Pinjaman

Akaun semasa adalah akaun deposit, yang membenarkan pemiliknya untuk melakukan sebarang transaksi menggunakan cek. Antara kelebihan sebagai pemilik akaun semasa adalah:

  1. Boleh melakukan deposit tunai dan cek.
  2. Menerima penyata akaun secara percuma.
  3. Mendapat rekod aliran wang tunai.

Dalam buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, beliau menerangkan tentang dua jenis sistem perbankan yang wujud di Malaysia, untuk kita memohon pinjaman.

  1. Sistem perbankan Islam.
  2. Sistem perbankan konvensional.

Perbezaan ketara di antara kedua-dua sistem perbankan ini adalah dari segi hukum syariah dalam pengurusan dana. Sistem perbankan Islam adalah pilihan terbaik, khususnya untuk individu yang beragama Islam untuk memohon pinjaman wang.

Bagi yang ingin mengetahui bagaimana untuk membuka akaun semasa, menguruskan akaun semasa, serta menjadikan akaun semasa sebagai satu aset supaya pinjaman kita mudah diluluskan, maka buku ini adalah panduan yang berguna.

Buku Ini Bukan Untuk Si Pemboros

Di sebalik keseronokan mendapat pinjaman wang sehingga puluhan juta ringgit, buku ini juga meletakkan amaran keras kepada golongan yang tidak pandai menguruskan wang.

Meminjam wang adalah satu tanggungjawab yang besar khususnya untuk peniaga. Kesilapan yang sering berlaku di sini adalah penyalahgunaan wang, akibat daripada sikap peminjam itu sendiri.

Satu daripada kesilapan yang dilakukan adalah si peminjam terdorong untuk membeli simbol-simbol wang seperti:

  • Kereta mewah.
  • Pejabat yang besar.
  • Rumah mewah.
  • Barangan mewah.

Apabila wang pinjaman tidak dirancang dengan teliti dan dibelanja berlandaskan nafsu, ia sebenarnya membawa kita kepada penyakit kanser wang. Yakni memusnahkan kehidupan kita menerusi limpahan hutang yang tidak berkesudahan.

Tuan Wahi juga turut memberikan tip, supaya pinjaman yang kita peroleh itu digunakan untuk membeli aset sahaja.

Rahsia Senang Mendapat Pinjaman – Berbaloi atau Sebaliknya?

Buku Rahsia Senang Mendapat Pinjaman ini dijual dengan harga RM24.90 sahaja. Namun begitu, maklumat mengenai akaun semasa yang ditulis dalam buku ini juga boleh didapati menerusi kaunter pertanyaan di bank-bank berdekatan.

Berjaya Uruskan Pinjaman

Perbezaan apabila memiliki buku ini adalah pengalaman yang dikongsikan oleh Tuan Wahi terhadap pengurusan wang pinjaman.

Serta beberapa kisah kejayaan perniagaan yang disertakan, untuk membangkitkan semangat kita untuk terus berjuang dalam industri keusahawanan. Untuk mendapatkan buku ini secara online, sila klik pautan di bawah:

Beli Rahsia Senang Mendapat Pinjaman (Klik Di Sini)

Manakala untuk para pembaca yang ingin mengenali diri penulis iaitu Tuan Wahi Abd Rashid, boleh klik pada pautan di bawah untuk ke laman Facebook beliau:

Penulis – Wahi Abd Rashid (Facebook)


Tags: , , , ,

Komen (13)

  1. Ruqayyah solehah
    July 5, 2012

    Saya ada menjalankan perniagaan. Sekarang saya memerlukan suntikan modal pusingan dengan kadar segera untuk perniagaan saya. Boleh kah sesiapa bantu saya?.. Terima kasih

  2. saya juga sama modal saya amat terbatas sekali, untuk saya membuat pinjaman bukannya senang cita cita besar….. ada sesiapa boleh tolong?

  3. badaruddin kasim
    November 1, 2012

    >Saya memerlukan pinjaman cagaran. Kadar SEGERA!
    >Tujuan, suntikan modal perniagaan keperluan [e-pendidikan].
    >Ada tanah pertanian. Kosong. 1.8 ekar.
    >Nilai anggaran kasar-rm 27, 000 [rm15,000 seekar]
    >TEL; 012-9177 704

  4. salam..sy ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana cara utk kita ingin menjenamakan barangan kita..saya tidak mengetahui cara utk membuat branding atas produk saya sendiri..apakah langkah2 yg perlu saya ambil dan dri mana saya ingin bermula…

  5. Nor Amyza binti Zakaria
    December 24, 2012

    Saya sebenarnya telah mengikuti prog, Dr Azizan beberapa kali tapi saya masih belum memulakan apa2 biz kerana saya masih tidak mengetahui apa biz yang sesuai dgn saya, dan saya takut untuk memulakan kerana saya tiada modal yang cukup untuk memulakan biz saya, Bagaimanakah caranya utk saya mendapat kan modal tersebut? sedangkan mmg saya teringin sangat dan mungkin akan memulakan biz seperti “Petrol Pam Petronas” atas nama “Syarikat Keluarga”. Boleh kah pihak tuan menyenaraikan apa keperluan dan bank apa yang dpt memberi pinjaman tersebut, apakah caranya?

  6. What’s meant by this is that when you lose a bet, then you increase the amount of your initial bet by double. streets, and move away from it but the return a few spins later. Simply put, just suppose you started the game with $50, you should set a limit of the same amount of money for yourself.

  7. ABDUL GHAFAR BIN ALIMAN
    April 6, 2013

    saya minat dalam perniagaan,namun saya tiada kewangan.saya seorang perlajar sepenuh masa,apakah yang patut saya lakukan untuk meneruskan minat ini?saya hendak mulakan dari sekarang,pendapat saya,sekarang saya masih muda baru berusia 19 tahun,ada sesiapa boleh membantu saya??saya mengharap sangat..boleh menghubungi saya jika ada jawapannya..0123441467

  8. anita grava
    October 13, 2013

    Hello,

    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Anita Tulis pemberi pinjaman pinjaman peribadi untuk membuka peluang kewangan untuk semua yang memerlukan bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2% untuk individu , firma-firma dan syarikat-syarikat di bawah terma-terma dan syarat-syarat yang jelas dan mudah difahami . Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk: ( [email protected] )

  9. Kepakaran saya membantu usahawan2 SMEs (Ent/Sole Prop/Sdn Bhd) untuk memberi khidmat rundingan bagaimana mendapatkan pinjaman drp pihak2 institusi kewangan.Boleh hubungi saya di talian 012-6104293 untuk sebarang keterangan lanjut.Tq.Perunding Kewangan & Perniagaan-Chartered Accountant AF1529

  10. Hello, Saya Mr.Richard Bradley, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman., Perdagangan

    dan peribadi dengan kadar faedah tahunan yang sangat minimum serendah 2% pada suku pertama

    tahun hingga 20 tahun tempoh tempoh pembayaran balik kepada mana-mana bahagian dunia. dan kami

    memberi pinjaman dalam julat $ 2,000 hingga $ 100,000,000.00 pinjaman USD.Our

    perlindungan insurans dan keselamatan maksimum adalah keutamaan kami, saya menggunakan media ini

    untuk memberitahu anda bahawa kami menyediakan bantuan dipercayai dan akan bersedia untuk

    tawaran pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di:

    ([email protected])

Pendapat anda?