Reviu: Blue Coat & Sistem Sekuriti IT Baharu

March 20, 2014 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

Pada 12 Mac 2014 yang lalu, Blue Coat Systems, Inc. (‘Blue Coat’), peneraju teknologi bisnes, telah mengumumkan pelantikan veteran IT, tuan Ivan Wen sebagai pengurus terbaru (cawangan negara), di samping melancarkan pelan strategik ‘Business Assurance Technology” syarikat bagi pasaran Malaysia.

Sekuriti web dan pembekal penyelesaian optimum WAN, Blue Coat Systems telah melancarkan satu inisiatif ‘Teknologi Jaminan Perniagaan’ yang akan diketuai pengurus sekuriti IT  tempatan yang baru, tuan Ivan Wen.

1 (1)

Pengarah pemasaran dan produk Blue Coat Systems (Blue Coat) APAC, Jonathan Andresen berkata, syarikat itu mensasarkan pelaburan utama dalam sektor Teknologi Jaminan Perniagaan bagi Malaysia, selari dengan pelantikan Ivan Wen sebagai pengurus negara Malaysia.

Menurut Andresen, inisiatif baru tersebut membolehkan satu pendekatan keselamatan yang baru dan unik, yang memberikan syarikat keupayaan untuk memilih dan menggunakan teknologi pilihan seluruh aplikasi, peralatan, sumber data dan banyak lagi, untuk mencapai satu titik kesinambungan yang lebih besar dalam ketangkasan dan tadbir urus perniagaan.

Pengurus Blue Coat cawangan negara yang baru, tuan Ivan Wen mengatakan strategi Jaminan Perniagaan Teknologi adalah amat tepat pada masanya untuk pasaran di Malaysia kerana ia memenuhi permintaan perniagaan tempatan yang mencari satu sistem ‘pendekatan bersepadu keselamatan IT’ dan yang mampu mendorong kepada kecekapan pengurusan perniagaan yang lebih tinggi.

3

Dalam suatu kajian yang telah dijalankan, sesuatu bisnes berpotensi meningkatkan pendapatan dan keuntungan melebihi 30 peratus sekiranya lebih banyak pilihan teknologi wujud untuk meyokong bisnesnya. Namun, sistem sekuriti masih merupakan cabaran terbesar yang menghalang bisnes daripada memanfaatkan teknologi terkini.

Pelan “Blue Coat’s Business Assurance Technology” memberi peluang kepada bisnes untuk mengambil faedah  daripada kemajuan teknologi dan juga perkhidmatan Web yang terbaik. Oleh itu, Malaysia dapat menggunakan teknologi untuk inovasi melalui sistem sekuriti yang lebih terjamin.

Pelan Blue Coat ‘Business Assurance Technology’ menawarkan sekuriti yang baharu bagi memperkasa organisasi dengan jaminan yang lengkap malah fleksibel untuk memilih dan menggunakan teknologi, seperti aplikasi, peranti, sumber data dan sebagainya untuk mencapai tahap kesinambungan, ketangkasan yang lebih tinggi.

2

Blue Coat akan menjalin kerjasama dengan rakan dalam industri teknologi serta menawarkan konsep ‘Business Assurance Technology’ bagi industri-industri.

Sebelum menyertai Blue Coat, Ivan Wen merupakan pengurus negara bagi Sourcefire Malaysia. Selain itu, pengalaman beliau juga termasuk mengetuai bisnes IT Sekuriti untuk F5 Networks dan HP Tipping Point sebelum ini. Di Blue Coat, Ivan akan mengambil jawatan sebagai peranan memimpin untuk memacu perkembangan dan membawa peluang perusahaan baharu untuk Blue Coat, Malaysia.

Kredit info: Pi PR Consultancy Sdn Bhd

Kredit foto: Blue CoatPi PR Consultancy Sdn Bhd


Komen (2)

Pendapat anda?