Revolusi Pelancongan Online – Panduan Bina Empayar Bisnes Dengan Membantu Orang Ramai Gembira Melancong

March 04, 2013 — Penulis:

Kategori: Reviu Produk

“Bawa orang lain berjalan-jalan, gembirakan hati mereka, kemudian duit masuk ke dalam poket kita!”  – Tuan Nasri, BisnesTravel.com

 

travel

Ebook berjudul Revolusi Pelancongan Online.

Umumnya, ebook ini adalah pembongkaran strategi untuk membina empayar perniagaan perlancongan. Ia bukan untuk semua orang. Ebook ini disasarkan khas untuk mereka yang:

  • Obses dengan dunia perlancongan.
  • Suka untuk membantu orang ramai bercuti dengan penuh bahagia.
  • Mahu membina empayar perniagaan dengan modal yang rendah.
  • Mencari-cari kaedah membina sumber pendapatan lumayan, dengan hanya berniaga dari rumah.

Jika kita berada dalam satu daripada kategori yang disebutkan di atas, maka ebook ini bekalkan 101 jawapan yang diperlukan.

 

5 Resepi Bisnes Perlancongan Online

ebook

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 Resepi Bisnes Travel Lumayan yang bakal anda pelajari daripada ebook ini adalah seperti berikut:

 

Resepi Bisnes #1 – Pemilihan Tempat Berduit

Tuan Nasri menekankan kepentingan mempunyai lokasi pelancongan yang spesifik sebelum bermula. Beliau kongsikan bagaimana pemilihan lokasi ini memainkan peranan yang besar, untuk membuat bisnes kita lebih lumayan dan disukai pelanggan.

Jika kita gagal menguasai resepi pertama, bermakna kita sudah menjemput kerugian dalam bisnes pelancongan. Kuasai resepi pertama, maka kuasai resepi seterusnya.

 

Resepi Bisnes #2 – Maklumat Wajib Membina Empayar

Kajian berkenaan demand atau permintaan pelanggan diterjemahkan dalam ebook ini. Beliau memberikan sumber-sumber penting yang boleh kita gunakan, sebagai bahan rujukan supaya tidak tersilap langkah.

 

Resepi Bisnes #3 – Cara Pastikan Proses Masuk Duit Berkali-kali

Terdapat 4 jenis pakej produk pelancongan yang popular lagi lumayan. Tuan Nasri menerangkan dalam bentuk maklumat yang mudah dihadam dan difahami. Satu daripada empat pakej produk pelancongan lumayan yang dikongsikan dalam ebook ini, adalah pakej yang diberi nama sebagai Free and Easy.

Ia adalah pakej yang memudahkan pelanggan membuat keputusan dalam masa yang singkat untuk membeli. Sebagai contoh, pakej 3 hari 2 malam ke Bali. Baki tiga pakej produk lagi diterangkan dalam ebook Revolusi Pelancongan Online.

Beliau juga turut berikan teknik bagaimana untuk mengenalpasti sumber, supaya kita dapat menjimatkan masa dan kurangkan pening kepala, bagi menghasilkan pakej produk pelancongan kepada para pelanggan.

 

Resepi Bisnes #4 – Bagaimana Menghasilkan Sistem Tempahan Berkesan

Proses tempahan adalah proses kritikal dalam industri bisnes pelancongan. Ramai usahawan yang gagal menguasai hal ini. Lantas menyebabkan bisnes mereka lingkup teruk dan dicaci pelanggan.

Tuan Nasri menerangkan poin-poin penting bagi memastikan sistem tempahan kita berjalan dengan lancar. Bukan itu sahaja, dalam ebook ini juga diterangkan dua jenis pilihan pembayaran yang disukai pelanggan.

Dengan kata lain, kita mempunyai ilmu yang lengkap dan efektif, bagi memastikan duit pelanggan masuk ke dalam poket bisnes kita.

 

Resepi Bisnes #5 – Cara Memikat & Menarik Ramai Pelanggan

Pemasaran dan jualan adalah adik beradik dalam perniagaan. Gagal menguasai pemasaran, bisnes tidak akan berjaya menarik ramai pelanggan. Gagal menguasai seni jualan, bisnes tidak akan merasai nikmat wang tunai dari poket pelanggan.

Strategi yang dikongsikan beliau dalam ebook ini adalah peringkat asas. Yakni menguasai S______ M_____ dan B_____g.

Beliau juga turut memberi contoh eksklusif yang boleh kita tiru, supaya bisnes pelancongan online kita berjalan dengan lancar.

 

Ebook Revolusi Pelancongan Online – Beli atau Rugi?

47 muka surat. Ini adalah jumlah halaman yang perlu kita hadam, bagi memastikan diri kita bersedia dengan lebih gah, untuk memulakan bisnes pelancongan secara online. Yakni tanpa kos yang tinggi.

Perkongsian Tuan Nasri dalam ebook ini merangkumi banyak perkara asas yang perlu kita tahu dari kaca mata usahawan bisnes pelancongan. Dari sudut reka bentuk grafik yang terkandung dalam ebook, boleh dikatakan ia berada pada paras yang sekadar sedap mata memandang.

Namun untuk isi kandungannya, ia bersesuaian dengan individu yang ‘kosong’ ilmu pengetahuannya dalam dunia perniagaan pelancongan. Beli ebook ini dengan nawaitu untuk belajar.

Ebook ini bukanlah ebook yang membongkarkan cara buat duit berjuta-juta dengan perniagaan pelancongan.

Tetapi mesejnya jelas untuk membantu para usahawan dan bakal usahawan meneroka satu lagi peluang besar dalam bisnes, yang boleh menghasilkan berjuta-juta ringgit jika kena dengan strategi yang betul.

Cara untuk membeli ebook ini dan mendapatkan tawaran eksklusif (TERHAD) daripada penulis boleh dilakukan menerusi laman web: www.BisnesTravel.com

Ulasan produk ini ditulis oleh pihak Majalah Niaga. Kami dibayar untuk menulis ulasan produk ini. Namun begitu, pihak kami berhati-hati dalam olahan supaya ebook ini tidak mengandungi maklumat-maklumat yang tidak bertepatan, dengan isi kandungan yang dijanjikan oleh tuan empunya produk.


Tags: , , , ,

Komen (1)

Pendapat anda?