Riba Disebalik Pembelian Emas

April 17, 2011 — Penulis:

Kategori: Logam

Hari ini kita dapat mengelakkan riba dalam hutang piutang dengan menghentikan semua urusan dengan institusi kewangan konvensional. Namun itu belum cukup untuk meninggalkan riba sepenuhnya kerana riba wujud dalam kontrak jual beli menerusi urusniaga pertukaran barang tertentu.

 

Riba ini diterangkan melalui hadis-hadis antaranya hadis dari Ubadah b Samit berikut:

Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Hadis ini memberitahu kita ada 6 jenis barang ribawi iaitu emas, perak, gandum, barli, kurma dan garam. Maka, pertukaran barang yang sama jenis perlu berlaku secara tunai dan sama nilai. Contohnya, emas 10 gram mesti ditukarkan dengan emas 10 gram juga. Gandum 10 kg mesti ditukarkan dengan gandum 10 kg juga.

‘Illah Bagi Emas dan Perak

Dari hadis ini juga ulama menerusi kaedah qiyas telah menyatakan ‘illah, bagi emas dan perak adalah matawang manakala 4 jenis barang yang lain pula ‘illahnya adalah makanan ruji.

Qiyas merupakan kaedah mengeluarkan hukum selepas sumber al-Quran, hadis, dan kata sepakat para ulama (ijma’). Kaedah ini memerlukan ulama mencari sebab atau ‘illah kenapa sesuatu perkara itu haram berdasarkan sumber al-Quran dan hadis.

Berdasarkan kaedah ini apa-apa perkara baru yang tidak disebut dalam al-Quran dan hadis yang dikenalpasti mempunyai sebab yang sama dengan hukum asal yang disebut dalam salah satu dari dua sumber tersebut, maka hukum asal itu terpakai untuk perkara baru itu tadi.

Ini bermaksud menggunakan analogi dari hukum asal diaplikasikan dalam situasi yang baru.Kita ambil contoh qiyas dalam pengharaman arak. Ulama menyatakan sebab arak itu haram adalah kerana arak memabukkan. Maka, apa-apa minuman yang memabukkan adalah haram.

Maka air tuak misalnya menjadi haram sekiranya air tuak itu memabukkan walaupun ia tidak dinamakan sebagai arak.

Seterusnya jual beli dan pertukaran barang ribawi yang berbeza jenis walaupun illahnya sama perlu berlaku secara tunai tetapi tiada syarat nilai juga mesti sama. Maka penjualan 10kg gandum dapat berlaku dengan 11kg barli dengan syarat mesti berlaku secara tunai.

Fokus Perbincangan Kita adalah Emas, Perak dan Matawang

Dalam hadis yang lain pula dari Abu Sai’d al-Khudri pula menyatakan:

Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. – (Bukhari)

Maka walaupun emas dan perak mempunyai ‘illah yang sama iaitu matawang tetapi emas dan perak dua barang ribawi yang berlainan jenis. Maka 10g emas dapat ditukarkan dengan 25g perak asalkan urusniaga ini berlaku secara tunai.

riba dsebalik pmbelian emas-1

Inilah prinsip dan hukum asal dalam urusniaga barang ribawi.

  1. Barang ribawi yang berlainan jenis dan berbeza ‘illahnya maka kita bebas berurusniaga mengikut cara yang kita mahu. Berbeza nilai mahupun berjual beli secara hutang. Seperti 5g emas ditukarkan dengan 50kg gandum.
  2. Barang ribawi yang berlainan jenis tetapi ‘illahnya sama maka kita perlu berurusniaga secara tunai sahaja dan perbezaan nilai adalah dibenarkan. Seperti 25g perak ditukarkan dengan 1g emas ataupun 10kg gandum ditukarkan dengan 5kg kurma.
  3. Barang ribawi yang sama dan sama ‘illahnya maka kita perlu berurusniaga secara tunai dan sama nilai. 1g emas ditukarkan dengan 1g emas. 1kg kurma ditukarkan dengan 1kg kurma.

Bagaimana dengan Isu Kualiti?

Timbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred A ditukarkan dengan 2kg gandum gred B? Adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?

 

Situasi ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw sebagai pedoman hukum kepada kita semua.

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Ada satu lagi hadis lain yang direkodkan dalam Shahih Bukhari, Muslim dan Nasai’ yang membawa prinsip yang sama. Maka kita perlu faham bahawa barang ribawi yang sama jenis walaupun berbeza dari sudut kualiti maka hukumnya tetap sama jika mahu membuat pertukaran sesama jenis.

Inilah prinsip asas dan hukum asal riba jual beli yang kita mesti tahu dan amalkan. InsyaAllah kita akan bincangkan aplikasi qiyas riba jual beli ini dalam bentuk-bentuk pelaburan semasa seperti pelaburan emas, perak, matawang (forex) dan juga koleksi numismatik.

Kredit gambar : Digitalmoneyworld,Gustavo Devito.


Tags: , , ,

Komen (78)

  1. Salam admin,

    Nampaknya ilmu tentang matawang dan nilai pertukaran ni mesti dipelajari dengan teliti bagi mengelakkan kita terlibat dengan masalah riba.

  2. Terima kasih. Sebarang pertanyaan tuan puan dapat tanya di sini. Ini penting bagi memahami bagaimana hukum asal pertukaran emas perak dan seterusnya memahami aplikasinya dalam dunia pelaburan hari ini.

      1. Riba jual beli ini hanya terhad kepada barang-barang ribawi berdasarkan 3 situasi di atas. Bukan semua barang / komoditi ada syarat spot seperti emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.

    1. Membeli emas secara online dibenarkan selagi mana ia menepati syarat pembelian emas secara spot. Saya ada menulis mengenai mekanisme urusniaga online dalam artikel selepas ini. Cuma ada syarat-syarat tertentu yang mesti dipatuhi.

      1. zudyn zydin
        October 16, 2011

        sy pon sgt keliru. sbg dealer sebuah syarikat emas,ade org nk beli emas dan sy terus lock hage manakala pembeli perlu membayar kpd saya hage emas yg ingin dibeli dalam 24jam tetapi emas pula akan dapat diberikan kpd pembeli dalam masa seminggu..apakah hukumnya?dan jika hukumnya negative(riba/haram),boleh tak cadangkan kpd sy bagaimana cara untuk saya menjual barang yg tiada dengan saya tp ade pada syarikat sy dan perlu menunggu seminggu untuk dapatkan emas itu selepas menempahnya..mohon ilmu dp org yg lebih mengetahui hal ini..terima kasih

  3. assalamualaikum… berapa limit gram dinar dan dirham yg wajib dikenakan zakat setiap tahun.. adakah 85 gram? kalu kurang 85gram tak kena zakat? minta penjelasan utk dinar dan juga dirham.. trima kaseh..

  4. Jadi kualiti tidak memberi sebarang kesan? contohnye bolehkah 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 1g emas 91.6?… atau ditukar dgn emas yg lebih rendah kualiti asalkan beratnya sama?

      1. Duit kertas itu sendiri mempunyai riba.. bagaimana tuan boleh katakan Bank Islam bebas riba..

        Lagi satu, pinjaman perbankan islam juga ada yang tidak kena kerana, jika pembeli tidak mampu untuk membayar, wang yg telah dibayar sebelum ini hangus & rumah tersebut akan dilelong.. Adakah ini yang dikatakan islamic banking..

        1. 1. Matawang kertas tidak ada riba. Malah matawang emas dan perak masih dapat berlaku riba. Ketetapan ulama semasa ada dalam artikel selepas ini kelak. Sementara itu tuan dapat baca di:

          http://www.pakdi.net/islam-membenarkan-matawang-selain-emas-dan-perak/

          2. Itu dinamakan hukum rahn dalam fiqh Islam. Nabi saw sendiri mencagarkan perisainya apabila membeli gandum secara hutang. Maka, jika penghutang gagal menjelaskan hutangnya, maka aset yang dicagarkan boleh kita ambil.

          1. 1. Adakah dengan statement di atas anda menyatakan bahawa matawang dinar & dirham yang digunakan semasa pemerintahan Islam sebelum ini lebih teruk daripada matawang yang ada sekarang yang mana ianya “bebas riba”?

            2. Kalau dalam konsep ar-rahn, peminjam dapat duit, si pemberi pinjam dapat barang…. Bila si peminjam tak dapat langsaikan hutang, si pemberi pinjaman tak berhak tuntut apa2 coz dia dah dapat barang yang sama nilai atau lebih drp apa yang dipinjamkan..

            Tapi dalam hal ini, peminjam tak dapat apa2 apabila gagal langsaikan beli rumah.. Duit hangus, rumah pun hangus..

            Selepas rumah diambil balik, pihak bank siap tuntut lagi jumlah tertentu daripada peminjam.. Kan dah dapat rumah..

            So, apa sebenarnya yang dicagarkan & dipinjam?

          2. Alawiyah Abdul Rahman Vadillo
            May 21, 2011

            1. Betul matawang kertas sekarang bukan riba lagi, malah, ia adalah satu alat terus terang penipuan. Duit fiat adalah duit tipu. IA LEBIH TERUK DARI RIBA. Alat penipuan ini pula digunakan dalam institusi riba yang mengkaburkan mata umat. Bank2 meletakkan duit ‘awang-awang tipu’ ini supaya boleh menjanakan institutional usury (riba berperlembagaan). Ini satu jenayah (crime) berat dalam Islam. Boleh dituntut dalam mahkamah qadi.

            Wang kertas sebagai ‘promise to pay’ adalah Riba an-Nasi’ah. Itu jelas. Mengikut waktu, jadi wang kertas telah evolve dari riba an-Nasi’ah kepada satu alat penipuan. Kita mesti keluarkan diri dari sistem wang tipu ini.

            Makna wang yang ditakrifkan sebagai ‘bahan perantaraan yang diterima umum sebagai pertukaran’. Ia bukan satu pengenaan dan ia bebas dipilih umum.’ sudah tiada. Jika kita faham takrif wang, kita akan nampak wang kertas alat pengenaan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah mengikut susunan Legal Tender Laws itu salah.

            2. Boleh berlaku riba dalam emas dan perak. Mithalnya, saya meminjam 10 dirham dan minta penghutang bayar balik 11 dirham. Senang, boleh berlaku juga.

            Sebab tu kita semua kena tahu ‘Apa itu riba? dan ‘Apa itu wang?’

  5. thanks. artikel yang menarik.

    saya nak tanye mengenai jual beli emas. pembelian dilakukan secara online dengan cara berikut,:

    1. customer lock harga seperti yang dipaparkan di website. (harga berubah setiap 20 minit)

    2. customer membuat pembayaran dalam masa 24 jam

    3. barang boleh diambil di cawangan setelah 3 hari. (masa diambil untuk penghantaran barang ke branch)

    soalannya. adakah ini dikategorikan sebgai riba’ kerana terdapat penangguhan terima barang

    1. Mengenai hal bayar dahulu, pos/ambil kemudian, persoalan ini sudah dijawab oleh UZAR di dalam blog beliau.. Jika dilihat pada komen UZAR di dalam blognya, ianya boleh dilakukan dengan syarat penjual mengeluarkan/memberikan sesuatu pengesahan bayaran telah diterima dan satu resit dikeluarkan bagi mewakili hak pembeli untuk menerima emas tersebut.

      http://www.zaharuddin.net/hal-ehwal-riba/286-hukum-beli-emas-secara-ansuran-a-trade-in.html#comment-18148

      Jadi, untuk mengelakkan riba dalam hal ini, penjual perlu mengeluarkan sesuatu pengesahan bayaran telah diterima dan satu resit dikeluarkan bagi mewakili hak pembeli untuk menerima emas tersebut. Jika hal ini tidak berlaku, maka dikira riba kerana ada penangguhan jual beli emas di sini..

      Allahu a’lam..

    1. bagaimana tuan kata tidak boleh pula sedangkan dalam artikel yang lain ada point yang mengatakan boleh .. yang mana dalam artikel tu tuan ada tulis begini
      #6 – Bagaimana mahu membuat pembelian emas fizikal secara online?

      7soalan Jualbeli emas-2

      Pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan tuan membeli emas seberat 10g bernilai RM 1,500, maka selepas sahaja tuan membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat tuan gunakan untuk menuntut emas tersebut.

      Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas tuan membayar, tuan memperoleh emas tersebut.

      Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas tuan membuat pembayaran, tuan menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan tuan dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.

      link artikel http://www.majalahniaga.com/7-soalan-popular-mengenai-jual-beli-emas.html

  6. Kalau ikut pendapat efatwa, hukumnya adalah harus membeli & menjual emas secra berhutang atau ansurans..

    Boleh lihat di sini..
    http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/fatwa-mengenai-urus-niaga-jual-beli-emas-secara-ansuran-hutang

    “Keputusan:
    Dimaklumkan bahawa telah dibincang dan dibahaskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Jamadil Akhir 1431 bersamaan 8 Jun 2010. Setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka keputusannya adalah seperti berikut.
    Alhamdullillah fatwanya :
    ” Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) adalah harus mengikut hukum syara’ “.

    1. Saya tidak dapat ulas. Barangkali tuan dapat sediakan:

      1. Bagaimana operasi mereka.
      2. Kertas kerja berkaitan fatwa tersebut.

      1. Saya tidak meminta tuan mengulas..

        Just nak inform kepada orang ramai.. Mereka boleh mengikut mana2 pendapat.
        Tak semestinya semua orang wajib mengikut pendapat tuan.

        Sebagaimana pendapat tuan yang menyatakan ASB itu harus (walhal terang-terangan pelaburannya bercampur dgn yang haram), begitu juga dengan hal ini, ada juga pendapat yang mengatakannya harus..

        Allahu a’lam..

        1. Ok. Kalau tuan tidak mahu saya ulas.

          Kalau saya tidak respon barangkali pembaca lain mahu tahu memandangkan komen ini dibuat dalam artikel yang saya buat.

          Harap pembaca lain faham kenapa saya tidak ulas ya.

          1. Oh ya, satu pembetulan, saya tidak pernah beri fatwa harus tentang hal tersebut.

    2. sahabat ammar
      May 21, 2011

      fatwa itu berbunyi

      “Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) adalah harus mengikut hukum syara’ “.

      jadi anda sebagai org awam,kalau anda mahu mengikut fatwa negeri johor secara taqlid,anda perlu melakukan Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ)

      kerana fatwa ini hanya untuk Urusniaga jual beli emas secara ansuran atau hutang yang dikendalikan oleh Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ)
      dan bukan umum utk semua jenis urusniaga emas

      1. Bagaimana pula dengan pendapat berikut:-

        Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil’ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

        Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu’awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu’ no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu’awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I’lam al-Muwaqqi’ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu’ al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil’ah (barang dagangan).

        Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana “umum al-balwa” – Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

        Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa: “perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

        Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi’ 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun’ah (pembuatan dan pertukangan).

        Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu’awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

        Sumber : http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=286&Itemid=93

        1. sahabat ammar
          May 22, 2011

          Baiklah,pendpat minoriti ulama’ tadi hanya mengatakan bahawa harus emas tulen “APABILA IA TELAH DIBENTUK” sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil’ah…

          tetapi apa yang saya faham dari tulisan anda,anda ingin mengatakan bahawa wujud fatwa yang mengatakan bahawa harus membeli & menjual “SEMUA” jenis emas secara berhutang

          anda harus tahu,ijma’ ulama’ mengatakan secara umumnya haram jual beli emas secara hutang,dan ia termasuk dalam riba…

          p/s-dinar emas mekah tidak dikira sebagai sil’ah 🙂

          1. Abu Bakar
            May 22, 2011

            Boleh saya tahu adakah gold bar dikira sebagai sil’ah?

            Bagaimana pula bagi dinar yg dikeluarkan untuk tujuan pelaburan, bukannya muamalat. Adakah ia dikira sil’ah ataupun tidak?

  7. cikguaton
    May 18, 2011

    Saya ingin tahu adakah skim Bijak Malaysia Life Assurance itu halal? Harap sesiapa boleh bantu saya selesaikan persoalan ini. Time kasih

  8. Tuan menentang pendapat UZAR yang menyatakan ASB haram..
    Artikel tuan mengenai ASB juga lebih kepada pendapat yg menyatakan harus.

    Jadi, ini menunjukkan tuan menyatakan/menyokong bahawa ASB itu harus.. Mungkin tuan juga ada simpanan di dalam ASB.. Jika tiada, Alhamdulillah.. Jika ada, sememangnya tuan menyokong pendapat yang mengatakan ianya harus..

  9. Apa itu riba?

    Riba dari segi bahasa bermaksud “lebihan”.
    Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir Ahkamul Qur’an, ‘Setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima.’
    Lebihan ini merujuk kepada dua perkara :
    1. Setiap lebihan, hasil dari penambahan yang tidak seimbang dari timbangan dan ukuran.
    2. Setiap lebihan, hasil dari tidak keseimbangan yang datang dari penangguhan tempuh masa.

    Saya pos sekali lagi.
    Duit kertas, jika ia masih resit hutang seperti ‘promise to pay,’ ia adalah riba an-Nasi’ah (dalam Fatwa of Banking oleh Umar Vadillo).
    Tetapi jika ia adalah satu fiat, pengenaan dan dikuatkuasakan oleh pemerintah maka a adalah satu penipuan (fraud), penindasan (oppression) dan pemerasan (extortion). Ia adalah satu kertas tipu.

    Inflasi matawang kertas boleh di panggil ‘Riba berperlembagaan’ (institutional usury).
    1. Kerajaan boleh mengeluarkan wang kertas yang menyandang nama dan unit yang dikenakan kepada semua warga negara melalui tender undang-undang (Legal Tender Laws). Undang-undang untuk menerima kertas seolah-olah itu wang.
    2. Kerajaan memberikan hak-hak sah (legal priviledges) untuk resit hutang dan sijil hutang, dan menaik-tarafkannya sebagai wang fiat. Dan dengan demikian mengubahnya menjadi wang kertas diterima umum.

    Undang-undang hak istimewa (legal priviledges) yang digunakan kerajaan untuk melaksanakan penerimaan wang fiat jatuh ke dalam empat kumpulan besar:
    1. Membenarkan pemalsuan, (Legalised falsifications)
    2. Membenarkan monopoli (Legalised monopoly)
    3. Membenarkan undang-undang ‘Legal tender Laws’,
    4.Membenarkan penangguhan pembayaran (Legalised suspension of payments)

    Terjemahan dari http://igenekelly.com/docs/The%20Ethics%20of%20Money%20Production.pdf

  10. Assalamu’alaikum.

    Matawang kertas TETAP mempunyai riba, walau mcm mana alasan sekalipun. Duit kertas yang dicetak sebenarnya adalah dipinjamkan kepada orang ramai dengan BUNGA (lending money on interest). Inilah prinsip duit kertas yang ramai tidak mengetahui atau tidak peduli.

    Kalau pun duit kertas tidak mempunyai riba, ianya masih juga TIDAK SAH.
    Memang wang digunakan sebagai pengukur harga dan sebagai medium yang lebih efisyen,
    tetapi wang atau duit sunnah yang sebenarnya mesti mempunyai kesemua ciri-ciri berikut:
    1. Barangan/benda yang dijadikan wang hendaklah mempunyai NILAI
    2. Nilainya terdapat pada benda itu sendiri (INTRINSIC VALUE)
    3. Mempunya jangka hayat yang panjang (shelf-life)

    Dalam pelbagai hadis-hadis, komoditi yang dijadikan wang adalah:
    1. Emas
    2. Perak
    3. Makanan asasi seperti kurma, gandum dan sebagainya.
    Tidak pernah dalam hadis-hadis ada disebutkan mengenai dengan menggunakan WANG KERTAS.
    Kenapa? Sebab wang kertas tiada mempunyai NILAI DALAMNYA (intrinsic value)
    Secara logiknya, untuk mengukur harga sesuatu, benda pengukur tersebut mestilah sesuatu yang bernilai.

    Satu lagi, bank Islam atau bank konvensional, TETAP HARAM.
    Bahkan bank Islam lebih teruk lagi sebab ia menghalalkan apa yang haram.
    Sementara bank konvensional mempraktikkan riba secara terbuka, bank Islam mengamalkan riba ‘dari pintu belakang’.
    Walau namanya berlainan dan berbunyi Islamik, tetapi prinsipnya tetap mengandungi riba.

    Sedarlah, wang kertas bukan termasuk dalam syariat Islam, ini semua ciptaan musuh-musuh Islam di akhir zaman ini.

    Saya rasa tuan pakdi perlu mendengar ceramah-ceramah dari Sheikh Imran Hosein, seorang yang arif tentang apa sebenarnya disebalik sistem kewangan sekarang ini, boleh didapati di YouTube, taip saja terus namanya dan cari video yang berkaitan dengan Islam & the International Monetary System atau yang berkaitan dengannya.
    Penerangan di atas adalah berdasarkan sheikh tersebut dan kalau ada kesilapan pada penjelasannya mohon maaf tetapi yang pasti duit kertas memang haram dan perbankan Islam tiada beza dengan perbankan konvensional.

    1. Abu Bakar
      May 22, 2011

      Kalau Pak Di perasan, jawapan yang diberikan oleh mereka bukan merujuk kepada riba dalam pembelian emas, tapi merujuk kepada komen Pak Di yang menyebut tentang tiada riba di dalam wang kertas..

      “Matawang kertas tidak ada riba. Malah matawang emas dan perak masih dapat berlaku riba”

      Kenyataan Pak Di yang mengatakan duit kertas tiada riba’ adalah sememangnya bercanggah dengan apa yang berlaku pada hari ini. Kenyataan Pak Di tentang wang emas & perak juga seolah-olah Pak Di menidakkan penggunaannya semasa zamana pemerintahan Islamiah suatu ketika dahulu.. Kenyataan Pak Di juga seolah-olah lebih memartabatkan wang ciptaan kuffar berbanding wang yang digunakan pada zaman Rasullullah..

      Umum mengetahui bahawa sememangnya wang kertas adalah debu-debu riba.. Menjadi kewajipan semua ummat Islam (termasuk Pak Di) dalam berusaha untuk keluar dari kekangan ini.

      Buat masa sekarang kita masih tiada option lain untuk bermuamalat menggunakan dinar & dirham secara keseluruhannya.. Akan tetapi, perlu diingat, selagi mana kita tidak ada usaha untuk keluar dari kekangan ini, dan masih berusaha untuk menyokong sistem kapitalis ini, selagi itulah kita akan terjebak di dalam riba’…

      Fikir-fikirkanlah..

      1. Tuan,

        1. Sila ke link yang diberi untuk membaca jawapan saya.

        2. Saya tidak menidakkan seperti yang tuan kata. Begini, Nabi saw minum susu kambing. Kalau orang tu tidak minum susu kambing juga, maka adakah dia menjadi kurang Islam dari orang yang minum susu kambing?

        3. Saya mohon tuan baca dengan teliti artikel saya di MajalahNiaga. Jika tidak cukup sila baca di sini juga: http://www.pakdi.net/category/emas/

  11. pakdi, sekarang ini dah macam ada orang buat pasar lambak
    tapi guna dinar dan dirham.

    isunya dinar dan dirham tu saya perasan ada banyak jenis berat
    ikut keluaran dari mana

    adakah kaedah tu serupa dengan kupon???
    harap dapat penjelasan

  12. Abu Bakar
    May 22, 2011

    HuKum Membeli emas dengan wang kertas secara bertangguh (fiat) – Ust Rafidi

    Hukum membeli emas dengan duit kertas secara jualbeli salam (order) adalah harus kerana hadis tersebut hanya menyebut emas , perak dan makanan dengan tempoh simpanan sahaja sebagai barang ribawi. Emas dan Perak apabila ditukar atau berjualb…eli antara keduanya jadi riba jika bertangguh sebab satu illah (sebab) tapi boleh berlebih kurang.

    Syarat kesepuluh dalam jualbeli salam ( Kitab Sairus Salikin) JANGAN ADA SESUATU YANG DIBELI DENGAN AQAD SALAM ITU MAKANAN JIKA HARGANYA MAKANAN, SAMADA IA DARI JENISNYA ATAU DARIPADA LAIN JENISNYA KERANA AQAD SALAM ITU BERTANGGUH (JADI RIBA TANGGUH). DEMIKIAN JUGA JANGAN ADA SESUATU DALAM AQAD SALAM ITU EMAS DENGAN PERAK. JIKA HARTA YANG DIJADIKAN HARGANYA ITU EMAS DAN PERAK KERANA DEMIKIAN ITU JADI RIBA SEBAB BERTANGGUH.

    Jelas yang disebut harta dan harga disini yang tidak dibolehkan dalam jualbeli salam ialah :1. Emas ditukar dengan Perak atau sebaliknya. 2. Makanan ditukar dengan makanan lain yang satu jenis atau sama jenis.

    Yang lain daripada yang disebut diatas boleh. Samada Perak ditukar dengan makanan atau emas dengan makanan. Ada pun duit kertas tidak termasuk barang ribawi kerana ia bukan emas. Kertas ditukar dengan emas harus berlbih kurang dan bertangguh kerana ia bukan satu illat emas atu perak.

    Yang menjadi kita keliru sekarang ini kerana ada orang mengangkat level wang kertas sama dengan emas dan perak. Bila levelnya sama maka jualbeli salam jadi riba padahal tak riba. Zakat kertas tak ada dari hukum asalnya , tetapi diadakan kerana levelnya sama dengan emas dan perak. Mudharabah yang asalnya hanya harus dengan emas dan perak sahaja, yang lain tak boleh tetapi dibolehkan kerana wang kertas telah diangkat sama level dengan emas dan perak. Mereka ini sebenarnya telah menukar dari harm jadi halal atau halal jadi haram.

    Kesimpulan : Harus menukar kertas dengan emas secara tangghu , tiada riba tangguh disitu pada jualbeli salam.

    http://penyokongdinardirham.blogspot.com/2011/04/hukum-membeli-emas-dengan-wang-kertas.html

    FB Ustaz Rafidi – http://www.facebook.com/profile.php?id=100000518695811&sk=info @
    “Ust Rafidi Hashim”

    1. Tuan,

      1. Sekiranya kita ada kedua-dua jenis duit – duit kertas dan duit dirham & dinar menjadi medium of exchange secara meluas dalam masyarakat barangkali pendapat itu dapat diterima sekarang.

      2. Kalau duit kertas ini bukan barang ribawi maka kesannya bank konvensional, pinjam duit kertas akan jadi halal. Sudah tentu ini bersalahan dengan realiti semasa kerana hari ini semua orang guna duit kertas.

      3. Maka pendapat tersebut bersalahan dengan situasi hari ini.

  13. Hadis yg menjadi rujukan merujuk pada zat emas dan perak , Imam Ghazali menyebut illat pada zat emas dan perak, maksudnya illat ini ialah nuqud (emas dan perak) dan juga emas perhiasan dan lainnya. Sebab itu cth. yg Imam Malik bagi dlm Muwatta’ ialah tukaran besi dgn besi yg. tak sama banyak boleh berlebih kurang cuma mesti taqabud, tak boleh tangguh. Masalah hutang, hutang ialah memilikan barang/harta pada sipemiutang dengan pulangan yang sama. Jika hutang 1 dinar bayar balik 1 dinar. Sebenarnya wang kertas tidak boleh dihutangkan samada oleh Bank Islam atau Bank Konvensional. RM bukan barang/harta kerana RM tidak boleh disukat atau ditimbang.Kerana syarat barang/harga yg diaqadkan mengikut mazhab Shafie ( Fathul Muin) mestilah sesuatu yang boleh ditimbang dan diukur, BOLEH RM,DOLLAR DAN SEGALA MATAWANG KERTAS DIUKUR DAN DITIMBANG, Dinar dan Dirham sangat jelas dengan takrifnya 4.25 gram emas 916 dan 2.975 gram perak 999. Ini bukan soal pinjam duit kertas halal, ISUNYA IALAH WANG KERTAS TIDAK SAH DIHUTANGKAN. Kaedah sekarang nak elak riba ialah bagi hutang dalam dinar dan pualankan dalam dinar juga , sama banyak tanpa tambahan.

  14. salam..adakag mengandungi jika kita serta pelaburan emas yang patuh syariah semata-semata untuk mendapat untung pada masa hadapan di atas kenaikan harga emas pada masa hadapan (mungkin). adakah keuntungan itu mengandungi riba?tq

  15. beli emas bar untuk jual balik bila ada kenaikan harga. ada unsur spekulatif di sini. adakah ini temasuk riba

  16. Assalamualaikum wbt saudara,

    Tumpang tanya, adakah emas yang ditukarkan kepada wang kertas boleh melibatkan situasi Riba’?
    Jika jawapannya YA, bagaimana?

    Sekian terima Kasih.

    1. Ya. Jika pertukarannya ada penangguhan. Tuan dapat baca artikel-artikel saya yang lain di sini untuk memahami dengan lebih lanjut.

  17. Tuan Zaki Tuan Sembok
    November 15, 2011

    Apakah hukumnya trading HARGA SEMASA emas melalui platform forex spt ikofx, openfx, marketiva dll.

  18. Pelaburan emas dan dinar tu sendiri berunsur RIBA secara tersembunyi. Apa tidaknya, nilai/harga emas dan perak itu berubah-ubah berdasarkan spekulasi dan kuasa penawaran/permintaan yang tidak berasaskan kepada nilainya yg sebenar. Yg lawaknya, para trader emas/perak ni sama ada sedar atau tidak telah memperalatkan hadis dan agama Islam untuk melariskan jual beli mereka….konon atas dasar agama demi menyelamatkan umat Islam daripada RIBA tapi hakikatnya para trader malahan pelabur-pelabur ini sendiri berebut untuk makan hasil riba.

    Apa yg aku maksudkan hasil riba?

    Begini:

    Pada tahun 2010, katakan A membeli 1 dinar pada harga RM400. Katakan nilainya itu adalah munasabah dengan harga seekor kambing yg berharga RM400. Pada saat ini, nilai intrinsic dinar itu adil dan munasabah….lalu menjadikannya selari dengan semangat sistem ekonomi yg dianjurkan oleh agama Islam.

    Tiba-tiba setahun selepas itu, iaitu pada tahun 2011, akibat daripada kegilaan emas dan dinar di kalangan trader dan pelabur, permintaan emas dunia dan tempatan meningkat, menyebabkan harga emas 1 dinar naik menjadi RM800.

    Di sinilah perlu diperhatikan bagaimana emas 1 dinar itu telah menjadi mangsa RIBA di mana nilainya telah berubah dari RM400 kepada RM800 hanya kerana faktor perbezaan masa (setahun). Adakah dalam tempoh setahun, harga kambing yg mempunyai spesifikasi yang sama telah berubah dengan begitu drastik daripada RM400 kepada RM800?

    Dalam kata lain, pada tahun 2010 seorang penjual kambing boleh menjual kambingnya pada harga 1 dinar, tetapi pada tahun 2011, penjual kambing itu tidak lagi berupaya untuk memperolehi 1 dinar bagi seekor kambing kerana harga dinar itu telah berubah (meningkat). Pada tahun 2011 si penjual kambing hanya akan dibayar 0.5 dinar sahaja bagi seekor kambingnya.

    Bukankah di situ wujudnya RIBA? Iaitu suatu barangan yang sama spesifikasinya berubah-ubah harga bayarannya. Ada pihak yang teraniaya, dalam kes di atas, pihak penjual.

    Situasi di atas boleh menjadi TIDAK RIBA sekiranya si pembeli sanggup mengenepikan soal keuntungan diri iaitu dengan tetap membayar harga kambing itu pada kadar 1 dinar sama ada pada tahun 2010 atau 2011.

    Tetapi, adakah ini realitinya yang berlaku dalam dunia hari ini? Hatta para trader yang menjaja hadis Nabi ke hulu ke hilir tentang betapa syarie emas dan perak pun tidak sanggup untuk membayar kambing itu menggunakan kadar dinar yang sama. Hmmm…mungkin la kot ada segelintir kecil yang benar-benar takutkan Allah sehingga sanggup melepaskan peluang membuat untung melalui advantage conversian dari dinar/dirham kepada wang fiat.

    Sama lah juga dengan pelabur-pelabur pasif emas dan dirham yang konon-kononnya ingin melabur wang mereka dalam bentuk yang syariah compliant. Suatu masa kelak mereka akan convert semula emas & perak fizikal mereka itu kepada wang fiat demi menikmati peningkatan harga emas & perak itu dari perspektif wang fiat. Dengan wang fiat itulah juga mereka akan membeli-belah barang-barang yang ingin dinikmati.

    Jadi di manakah yang dikatakan syarie dan non-riba itu kalau sudah akhirnya characteristic riba wang fiat itu juga yang menjadi mekanisme yang menjana keuntungan pelaburan ”syariah” mereka itu?

  19. Assalamualaikum Tuan…
    Sy ada kemusykilan tentang riba’.minta tlg bantu sy yg kekurangan ilmu ni, huhu..
    kemusykilan saya :

    -kalo sy buat pre-order untuk membeli emas/silver.kemudian sy bercadang utk bayar dlm sebln @ dua bln akan dtg.
    CTH :
    saya beli 1dinar emas 10keping dgn harga rm800/pcs,
    total semua rm8000.00.dlm sebln dua akan datang saya baru buat bayaran setelah harga emas/perak naik & terima emas/perak tu..
    adakah pembelian tu dikira riba’ ???

    T.kasih sudi membantu

  20. heru agus sunandar
    February 16, 2012

    assalamualaikum…

    pa’ ustad perkenankan saya heru agus sunandar, ingin mengajukan pertanyaan yang selama ini terjadi di banyak tempat di daerah saya. saya tinggal di bogor indonesia. begini pertanyaan saya masih sekitar riba. saya akan ilustrasikan saja:
    si fulan A datang kepada si fulan B untuk meminjam uang karena suatu keperluan tertentu. contoh 5 juta rupiah. namun si fulan B tidak mau meminjamkan dengan bentuk uang tapi dengan bentuk emas seharga 5 juta rupiah. dengan perjanjian 5 bulan batas jatuh tempo pembayaran sesuai dengan emas seharga 5 juta. si fulan b berkeyakinan bahwa bila meminjamkan dengan bentuk emas itu tidak riba?…. dalam benak berfikir apa bedanya bila dia meminjamkan uang namun dengan imbalan kelebihan di awal perjanjian?… dengan penjelasan lain bisa saja si fulan menyamarkan dengan bentuk emas tapi dengan keuntungan nilai emas yang akan datang. mohon sangat pa ustad memberikan penjelasan
    wassalamualaikum .

  21. assalamualaiku w.b.t. kepada kengkawan semua…. alhamdulillah….. masing2 dah sedar dan mencari2 jalan kebenaran…. assalamualaikum buat pakdi…. dah lama ikut pekembangan pakdi di bj….

    insyaallah ambe tolong jawabkan untuk saudara heru agus sunandar…
    en heru…. saya rasa si fulan B hendak menjauhi riba dan kerugian dengan cara itu…. ini kerana, jika si fulan B meminjamkan si fulan A dengan uang maka akan ada turun naik nilainya. tetapi emas tidak berkurang atau bertambah nilainya…. ilustrasinya sebegini…. jika pada tanggal 1/1/2012 nilai emas dunia 10g=R5 juta, tapi selepas 5 bulan iaitu 1/5/2012 nilainya 10g=Rs4.5juta makanya si fulan A telah kerugian R0.5juta. dengan cara berpegang kepada emas yangmana nilainya tidak akan susut atau bertambah. riba hanya berlaku sekiranya si fulan A memohon si fulan B membayarnya lebih dari nilai emas yang di pinjamkan, misalkata
    si fulan A memberi pinjam 10g emas, selepas 5 bulan si fulan B harus membayar 11g emas maka yang lebihan 1g itu adalah riba.

    Malik meriwayatkan kepadaku bahwa beliau mendengar ‘Abdullah ibn Mas’ud pernah berkata, “Jika seseorang membuat pinjaman, mereka tak boleh menetapkan perjanjian lebih dari itu. Meski hanya segenggam rumput, itu adalah riba.” Al-Muwatta Imam Malik : 31.44.95

    diharap saudara heru agus sunanda berpuas hati dengan penerangan tersebut…. selagi si fulan A tidak mengharapkan lebihan dari asas/pokok pinjaman maka tiadalah riba

  22. selagi si fulan B tidak mengharapkan lebihan dari asas/pokok pinjaman maka tiadalah riba… maaf si fulan B ya… bukan si fulan A

  23. assalamualaikum sekali lagi admin dan kengkawan semua….

    poning den dok baca perdebatan kat atas…. den pegang 1 je, dan buat kenkawan semua…. ISLAM ITU MUDAH… jangan nak di payahkan…. betol…. semua pendapat kat atas tu ada betolnya….

    tapi realiti atas muka bumi yang ALLAH ciptakan SEKARANG, orang pakai duit kertas. kalau semua pakai sistem barter takpela kalau kita nak tolak duit kertas ni. masaalahnya tak… kenapa kita nak susahkan diri macam orang yang ikut tareqat pulak ni? nak amik air sembahyang sampai kena pegi cari mata air/ air ujan/ embun?… kita dah masuk ISLAM… apa maksud ISLAM tu kengkawan? menyerah diri kepada yg Esa… maaf saya bukan org alim ke apa… cuma kesal, bila benda2 yang mudah (ulamak semua setuju), kita nak payahkan. dah… kalau ada org muaalaf (yang tertarik dengan islam) baca…. waaah…. susahnya islam ni…. tak jadi lah…. nak masuk islam. kan dah jadi benda lain dah….

    memang den akui… duit kertas ni tak ada nilai… ingat lagi kejadian masa iraq lepas kena serang dengan si kafir tu… diorang bakar je duit kertas tu…. tak ada nilai langsung.

    tapi kita pakat2 bertawakkal je lah..

  24. As-salam,

    saya ingin bertanya, apakah hukum kita menjalankan online gold trading di mana tiada physical emas…cuma on paper jer..

    thanks

    1. Mohd Danial
      April 8, 2012

      Salam tuan,

      Tidak sah tuan, hukumnya.. jika emas yang tuan beli tuh ‘lani’ tidak ada secara fizikal bersama tuan.

      Secara panduan yang saya pelajari daripada tuan UZAR adalah seperti berikut:-

      Garis Panduan Halal pembelian emas dan perak

      Emas haruslah wujud —– > ‘lani’ (Spot) —-> tiada khiyar —-> unilateral promise sshj —->
      —–> pembayaran secara tunai —-> harga adalah jelas —> berat jelas —> serahan secara fizikal (bukan sijil bukan paper) ——> emas dimiliki setelah pertukaran dibuat.

      Dari apa yang saya pelajari juga bagi tempoh penghantaran juga tak melebihi daripada 3 hari(bagi saya itu adalah keringanan) namun seeloknya adalah pertukaran emas yang wujud diantara pembeli dan penjual.

      Walla-huaklam.

      JIka ada kesilapan sila perbetulkan.

  25. sy bukanlah arif sgt dlm bidang agama..sy setuju sgt pelaburan emas ni terjurus kepada riba..kebanyakkn nye nk menghalalkn dgn alasan nk kembalikn penggunaan wang dinar dan dirham..

    bagaimana nk lakukan sedangkn dinar dan dirham ni digunakan sbg medium utk mendapatkn keuntungan atas angin sahaja..bole tgk skrg semua berlumba-lumba buat pelaburan..utk simpanan ke?tidak..pd akhirnya menjual semula emas2 dlm pegangan utk menikmati kenaikan harga emas..

    bukankah perniagaan berunsurkn spekulasi ni haram?bilamana adanya permintaan dan penawaran,pasti berlaku spekulasi…dan pasti ada pihak yg mendapat keuntungan dan satu pihak lg teraniaya….

  26. as salam
    bagaimana pula kalau saya beli emas publicgold?

    cara saya beli adalah

    1>lock price – untuk tempah emas mana yang saya nk beli
    2> bank in duit bayaran emas
    3> ambik resit
    4> bawa resit ke Public gold
    5> tukar resit tu dengan emas public gold.

    walaubagaimanapun, saya terpaksa bank in cash ke akaun public gold kerana mereka tidak menerima tunai melebihi RM 3000.00 di kaunter atas alasan keselamatan (jika pembelian saya melebihi RM 3000.00)

    harap tuan dapat ulas dan saya harapkan jawapanya `harus` sebab tu adalah satu2nya cara yang boleh saya gunakan untuk membeli emas idaman saya..

    sedikit pengenalan kepada public gold

    pesanan emas public gold biasanya dibuat di atas talian (online)
    bayaran biasanya dilakukan secara bank in
    emas di ambil di mana2 cawangan public gold (kena buat appoinment supaya mereka dapat sediakan emas)
    bagaiamana pula kalau saya buat belian macam nei
    >> saya bank in duit pada pukul 1.00 ptg
    >> saya pergi ke kedai public gold and tunjuk resit – ambil emas pada pukul 1.30 ptg.

    lagi satu
    dalam urusan akad jual beli emas ini
    berapakah tempoh maksimum penangguhan yang dibenarkan supaya tidak terjadi riba
    (penangguhan adalah bertujuan untuk keselamatan.. Public gold enggan menerima wang tunai melebihi RM 3000 atas faktor keselamatan (mungkin mereka takut kena rompak or something else..
    harap diberi ulasan
    terima kasih..

  27. I like what you guys tend to be up too. Such clever work and coverage! Keep up the very good works guys I’ve incorporated you guys to my personal blogroll. eecekfedagkf

  28. apa maksud dari tukar menukar emas dengan emas harus sama berat dan nilainya…..
    itu apa nggak sama saja contoh nya saya tukaran air aqua dengan akua dengan ukuran dan dengan harga yang sama…yang saya maksud kan apa nggak sama saja….buat apa kita tukaran kalo sama saja

Pendapat anda?