Bagi peminat telefon pintar jenama Samsung, Galaxy Note 2 (II) adalah satu lagi gajet yang dinanti-nantikan. Peranti yang mempunyai pelbagai kemudahan dan aplikasi yang memudahkan pengguna termasuk para usahawan ini dijangka meledakkan jualannya.
Menurut Vincent Chong Weng Kai, Ketua Bahagian Telefon Mudah Alih, pihak syarikat mensasarkan jualan Samsung Galaxy Note II ini meningkat sebanyak 3 kali ganda, berbanding gajet sebelumnya iaitu Samsung Galaxy Note.
Keyakinan ini timbul selepas melihat perkembangan jualan untuk produk gajet jenama syarikat itu mencatatkan jualan yang kukuh.
Samsung Galaxy Note II akan diedarkan dalam dua versi warna; Marble White dan Titanium Gray. Pengedaran ini bermula pada 19hb Oktober 2012. Harga dijangka sekitar RM2,299 untuk setiap unit.
Kredit: Samsung.
