Saya Cuma Beli Wang – Macam Mana Boleh Jadi Riba?

July 22, 2011 — Penulis:

Kategori: Pengurusan Kewangan

Sekiranya kita membeli 20 liter petrol pada 1 Mac 2010 pada harga RM 2/liter, maka setelah kita membayar RM 40 kepada stesen minyak,  kita terus dapat mengisi 20 liter petrol. Urusniaga ini adalah urusniaga tunai.

Seterusnya, andaikan pada 2 Mac 2010 harga petrol naik menjadi RM 2.50 satu liter, maka apakah kesan pembelian petrol kita semalam? Adakah kita mengalami ‘kerugian’ atau mendapat ‘keuntungan’ hasil daripada turun naik harga?

Adakah ada pihak bank akan menghubungi kita supaya segera jual petrol yang kita beli semalam, atau mengarahkan kita membuat tambahan modal seperti keperluan margin call ?

Jawapannya sudah tentu tidak kerana kita telah menyelesaikan urusniaga pembelian petrol secara tunai. Harganya sudah kita bayar dan minyaknya sudah kita isi dalam kereta. Maka turun naik harga petrol selepas urusniaga tunai hanya mempunyai kesan dalam urusniaga seterusnya.

Apa itu Urusniaga ‘Forward’ ?

Situasi yang lain pula, andaikan pada 1 Mac 2010 sebuah syarikat bas menganggarkan mereka memerlukan 1,000 liter petrol, untuk operasi mereka pada 3 bulan akan datang. Maka syarikat bas ini membeli 1,000 liter petrol untuk dihantar pada 1 Jun 2010.

Syarikat bas ini membuat urusniaga secara tempahan dengan sebuah syarikat pembekal petrol dengan harga RM 2.25/liter.

Seterusnya setelah harga petrol naik menjadi RM 2.50/liter, syarikat bas itu tadi telah berjaya mendapatkan bekalan petrol dengan lebih murah berbanding harga pasaran. Walaupun begitu, barangkali pada 1 Jun 2010 nanti harga dapat menjadi RM 1.75/liter, dan dalam situasi ini pula syarikat pembekal petrol yang untung kerana berjaya menjual petrol lebih tinggi dari harga pasaran.

Ini termasuk dalam kaedah jual beli salam yang disebut dalam buku-buku fiqh Islami.

Apa itu Urusniaga ‘Futures’ ?

Urusniaga futures berbeza dengan urusniaga forward kerana adanya pasaran bursa (exchange market), berbanding pasaran forward yang selalunya berlaku antara dua pihak sahaja secara over the counter (OTC), tanpa ada pengantara kewangan seperti bursa. Dalam urusniaga futures pula ada pihak bursa akan membuat padanan antara penjual dan pembeli.

Perbezaan seterusnya syarikat bas tadi bersetuju membeli 1,000 liter petrol, dan persetujuan harga dibuat berdasarkan harga pasaran (thaman mithli) setelah kontrak matang. Kemudian penghantaran dilakukan (defer in delivery).

Pembekal petrol pula ditentukan oleh bursa kerana memang itu peranan sebuah bursa, selaku pengantara antara pembeli dan pembekal.

Seterusnya, barang jualan dalam pasaran futures ini adalah standard, ada spesifikasi yang tersendiri, kualiti yang ditentukan malah tempat penghantaran juga telah ditentukan. Ini berbeza dengan pasaran forward yang berbeza antara satu kontrak forward, dengan kontrak forward yang lain walaupun komoditi yang diurusniagakan adalah sama.

Keperluan utama dalam pasaran forward dan futures adalah untuk pengurusan risiko, dan Islam sendiri mengambil berat tentang pentingnya kita menguruskan risiko dengan baik.

Ulama sepakat menyatakan urusniaga forward dan futures adalah urusniaga secara tertangguh. Tetapi mereka mempunyai perbezaan pendapat dari sudut hukum. Perbincangan Shariah meliputi pelbagai isu daripada jual beli salam, urbun, istijrar, ma’dum, gharar dan riba.

Secara umumnya, ulama Malaysia menerusi Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti membenarkan urusniaga forward dan futures. Dengan syarat sandaran asetnya (underlying asset) halal, dan aset itu juga halal sekiranya berlaku urusniaga secara bertangguh.

‘Pelaburan’ Forex

Secara prinsip, pertukaran matawang dibenarkan tetapi mestilah berlaku secara tunai. Ini berdasarkan prinsip daripada hadis yang telah kita kongsi dalam artikel yang lepas. Justeru urusniaga matawang mesti berlaku begini:

saya cuma beli-1

  1. RM1 (emas) ditukar dengan RM1 (emas) mesti dibuat secara tunai.
  2. RM300 (emas) ditukar dengan USD100 (perak) mesti dibuat secara tunai.

Persoalan dalam pelaburan forex pada hari ini adalah apakah jenis urusniaga yang berlaku? Tunai, forward atau futures? Sekiranya urusniaga itu adalah forward atau futures, maka ini tidak menepati syarat pertukaran matawang yang Islam suruh kita ikut. Kita terlibat dalam urusniaga forex yang tidak patuh Shariah sekiranya ada keperluan berikut:

#1 – Membuka margin account

Dalam urusniaga tunai, kita tidak memerlukan sebarang akaun margin (margin account). Margin account adalah akaun yang kita mesti buka dalam urusniaga futures. Kita perlu mengekalkan margin tertentu (maintenance margin), dan sekiranya kita rugi maka duit kita dalam akaun itu akan diambil oleh pihak lain.

Jika kita rugi dan tidak cukup margin, maka pihak broker akan meminta kita menambah duit dalam akaun margin kita.

Adakah kita perlu mempunyai margin account dengan mana-mana peniaga untuk membolehkan kita membeli barang secara tunai?

#2 – Kita perlu closed out position

Dalam urusniaga tunai, walaupun kita telah membeli petrol hari ini, tiada siapa berhak meminta kita menjual kembali petrol yang telah kita beli. Namun ini berlaku dalam urusniaga futures kerana jika kita tidak closed out position, iaitu long – short dan short–long maka kita perlu membuat full settlement, atau kita perlu membuat penghantaran.

#3 – ‘Beli’ berdasarkan jumlah margin

Dalam urusniaga futures, istilah yang digunakan bukan ‘buy’ atau ‘sell’ tetapi adalah ‘long’ dan ‘short’. Ini menunjukkan kontrak jual beli belum berlaku dengan sempurna, kerana ada penangguhan daripada sudut harga dan penghantaran.

Ini kerana harga sebenar hanya diketahui selepas kontrak long / short matang, dan penghantaran juga berlaku selepas itu. Pasaran futures membolehkan kita ‘long’ dan ‘short’ berdasarkan keperluan margin semata-mata.

Maka kerana mekanisma urusniaga sebegini dapat berlaku penangguhan menyebabkan pasaran futures untuk matawang, emas dan perak menjadi tidak patuh Shariah.

Jual Beli Duit Kertas Unik

Ada sebahagian kita berjual beli duit kertas yang cantik nombor sirinya lebih tinggi daripada nilai yang ditetapkan. Misalnya nota RM50 bernombor siri XYZ 1010101010 dijual dengan harga RM350.

Malah ada lagi beberapa faktor lain seperti faktor unik, nota wang belum dipotong dan edisi khas misalnya menyebabkan ia dijual dengan harga lebih tinggi daripada nilainya.

Urusniaga seperti ini adalah tidak patuh Shariah walaupun dibuat secara tunai melainkan urusniaga seperti berikut sahaja:

  1. RM50 (emas) yang bernombor siri unik itu tadi ditukarkan dengan matawang lain seperti USD 100 (perak) secara tunai.
  2. Urusniaga duit lama yang tidak lagi berfungsi sebagai matawang seperti duit pisang.

Maka elakkan menukarkan nota matawang yang unik itu tadi, dengan nota matawang yang sama jenis; RM no siri cantik dengan RM no siri biasa, USD unik dengan USD biasa (emas dengan emas), dan jika kedua-dua nota matawang itu masih berfungsi sebagai matawang urusniaga mesti berlaku secara tunai (emas dengan perak).

Justeru, mengumpul collectibles seperti ini juga perlu dibuat dengan cara yang bebas riba kerana minat terhadap collectibles sebegini membabitkan matawang.

Artikel akan datang akan membicarakan tentang judi dan gharar pula untuk terus memastikan kita semua mendapat rezeki yang halal dan berkat.

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (epSos.de, Calgary Reviews)


Tags: , , , , ,

Komen (28)

  1. Dah terang lagi bersuluh..tp perkara ni mcm rokok lah..dah sedap di nikmati selama bertahun..aish..bile ckp haram sume buat derk jerk..

  2. Tanggungjawab orang yang tahu adalah memberi penerangan. Ada orang terlibat kerana mereka memang tidak tahu. Lama tak dengar cerita Catz 😉

  3. mohd salfee
    August 24, 2011

    mcmana dgn CPO? Dari segi keperluan yg dinyatakan kt atas tu, mmg exactly sama.. Cuma jenis brg je lain.. Harap blh terangkan..

    1. Pasaran hadapan crude palm oil (CPO) adalah harus kerana underlying asset adalah crude palm oil (minyak sawit mentah). CPO bukan barang ribawi. Justeru, Nabi saw membenarkan ia didagangkan mengikut cara yang kita suka.

  4. Macam mana pulak denagn beli rumah, kan kena buat pinjaman
    Itu kira macam mana pulak

    pinjam 100k kena bayar dekat 200k, itu bukan faedah ke? bukan riba ke?

    1. Terfikir-fikir apa kaitan rumah dengan tajuk di atas.
      Semacam salah tajuk pulak huhuhu.

      Bukankah kita beli rumah dengan bank, bukannya pemaju kan…
      Lagipun rumah kita tu milik bank. Kita janji hendak beli dengan bank
      tapi bayar ansuran, betul tak?

      1. Tapi kebanyakkan bank skrang, dh sediakan pinjaman islamic.. so bole la pakai utk membuat loan?

        mcm cimb islamic, rhb islamic, maybank islamic…
        ok ke xpe? 😀

        1. Di bank2 Islam tidak ada istilah pinjaman @ loan perumahan. Yang ada adalah pembiayaan rumah, di mana bank akan membeli rumah daripada pemaju dan dijual semula kepada orang yang memohon ‘pinjaman’ [pembiayaan] daripada bank Islam tersebut. Bank mendapat untung daripada proses jual beli ini. Ini yang menyebabkan ‘pinjaman’ di bank2 Islam menjadi halal kerana keuntungan diambil berdasar akad jual beli bukannya faedah daripada pinjaman seperti bank2 konvensional walaupun pada ‘permukaan’nya proses ‘pinjaman’ bank2 Islam kelihatan sama dengan bank2 konvensional. Harap ini menjawab soalan fikri.

  5. Jelas tentang penjelasan anda. Selama ini saya mencari2 sebab2 pengharaman forex online ini . namun saya tak dapat menerima alasan2 yg diberikan . Tapi hujah yg anda berikan tentang pengharamannya boleh diterima akal. dan saya bersedia meninggalkan perniagaan forex ini walaupun ianya menguntungkan .
    Sebenarnya saya telah memohon doa dan sembahyang hajat berkenaan forex ni dan telah bemimpi seseorang mengatakan ‘forex adalah haram”, tapi hujah tidak diberikan . Alhamdulillah sekarang jelaslah segala yg terbuku selama ini. Kepada yg masih lagi berdegil, hujah yg macammana lagi yg kamu inginkan. TQ bro Pak Di.

  6. assalam pak di..di sini saya ada pendapat yg tdk seberapa ttng dunia forex..pd saya persamaan dunia forex adalah seperti pengusaha yang menyediakan kolam ikan dgn memberi peluang kpd pemancing utk mendapatkan hasil dr kolam ikannya pada kadar bayaran tertentu..

    dengan menyamakan pengusaha sbg broker
    pemancing sbg trader

    related dengan subjek yg pak di tekankan..???

    #1 – Membuka margin account
    apakah salah bg pengusaha itu bila menetapkan penggunaan sebatang joran dgn kadar RM12..?
    begitu juga forex…ia menetapkan seseorang trader mestilah mempunyai sekurangnya usd 2.81 utk berdagang dengan nilai 10sen. penjagaan margin samalah seperti pemancing itu, mesti menjaga jorannya dgn betul agar tidak disentap shngga putus oleh ikan2 di kolam tersebut.

    #2 – Kita perlu closed out position
    sdh tentu sebagai pemancing kita hndaklah tahu masa utk kita berhenti walaupun telah mdapat hasil yg byk, semua itu msh belum pasti sekiranya kita msh kekal d kolam itu kerana pelbagai dugaan msh blh hadir utk menggagalkan hasil tangkapan yg telah berjaya kita kaut itu.

    #3 – ‘Beli’ berdasarkan jumlah margin
    sudah tentu pembelian adalah berdasarkan margin.dgn merujuk kadar rm12/joran, sdh tentu pemancing yang mpunyai modal rm12 hanya boleh mgunakan sbtng joran sahaja.di sini keperluan ilmu yg tinggi itu akan mbezakan kjayaan @ kegagalan pemancing.

    sekiranya contoh yang saya berikan ini tidaklah relevan, sejuta kemaafan saya pinta kerana sy hnylah seorang yg berimpikan kjayaan dlm dunia forex ini bukanlah seorang trader yg unggul. pak di bolehlah merujuk otai2,masta2 forex yg unggul utk mengetahui pendapat mereka yg mbolehkan urusniaga forex ini sbg harus, bukannya haram seperti yg d gembar gemburkn..
    pak di boleh join group kumpulan songlap broker forex…hehehehe dan blh bertanya d sana kerana otai2 di sana ada pegangan nas tersendiri utk mbuktikan mereka bknlah pd jalan yg songsang.

    sekian, terima kasih..
    1x lg kemaafan andai sgala huraian sy ini hnylah mlalut & mngarut..

      1. seriously msh xfaham penyebab pengharaman itu..msh xjelas unsur2 riba, gharar yg pak di maksudkan itu..sehingga MFK mengeluarkan fatwa br2 ini saya msh dlm kebingungan..minta jasa baik pak di blh highlight kan penyebab pengharaman ini…terima kasih =)

    1. mohd rizdwan
      February 25, 2012

      Salam

      pendapat saya..masih byk yang tak faham kenapa forex haram…

      yang menjadikan masalah forex haram adalah leverage/pinjaman broker kepada kita utk trade..
      contoh seperti 1:100, 1:200 1:500..

      contohnya..jika kita letak duit 100usd dlm broker…dan guna leverage 1:500..maka duit yg sepatut ada dlm akaun kita adalah 150,000.00

      sila baca artikel di bawah
      http://www.nescafeais.com/forex-haram-bagi-umat-islam/

  7. Kata Pakdi :
    Maka elakkan menukarkan nota matawang yang unik itu tadi, dengan nota matawang yang sama jenis; RM no siri cantik dengan RM no siri biasa, USD unik dengan USD biasa (emas dengan emas), dan jika kedua-dua nota matawang itu masih berfungsi sebagai matawang urusniaga mesti berlaku secara tunai (emas dengan perak).

    Justeru, mengumpul collectibles seperti ini juga perlu dibuat dengan cara yang bebas riba kerana minat terhadap collectibles sebegini membabitkan matawang.

    Kata Saya :
    Macam mana ni Pakdi, tadi pagi saya telah ke Bank Negara untuk beli koleksi matawang baru yang Najib lanuch dua hari lepas.
    Nilai RM 6 dibeli dgn harga RM 15 dan Nilai RM 20 dibeli dgn harga RM 30. Nasib baik set RM300 dah habis dijual. Apa harus saya buat, adakah ini juga riba?

  8. Sy berminat dgn pelaburan ini tapi sy xtau mcm mane nak
    mulekn..coz sy xpaham.ade sesiapa leh bantu?

  9. Saya minat tapi saya kurang faham…mungkin sebab pelajaran tk tinggi kot…tapi saya ada modal nk melabur…

  10. mohd izzz
    July 29, 2013

    miss w di haramkan, klu filem pelakon melayu yg ada unsur …. lepas pulak pening le..

  11. mohd firda
    July 29, 2013

    islamic forex camner ekk.. klu haram kenape ada perkataan islamic atau agama islam d malaysia & d negara lain berbeza ke. cam mensuku2kan.

  12. Saya nak tanya tentang account islamic yg wujud dalam akaun forex.adakah ia bersesuaian dengan agama islam yg mana akuan islamic ni tiada swap.boleh berikan jawapan kepada saya?

Pendapat anda?