Selamat Hari Raya Aidilfitri – Video Khas Daripada Kami

August 27, 2011 — Penulis:

Kategori: Umum

Segala puji bagi Allah, kami di Majalah Niaga dan Komik Niaga sudah hampir 1 tahun memperjuangkan medium dakwah keusahawanan ini. Segala susah dan senang, kami tempuhi dengan kekuatan dan kepercayaan untuk memperkasakan ilmu bisnes untuk rakyat tempatan.

Tidak lupa juga kepada para pembaca, pembeli produk, dan subscriber yang sentiasa menyokong usaha kami. Tanpa kalian, blog ini tidak akan dapat berdiri teguh seperti yang kita dapat lihat pada hari ini. Kami percaya, untuk satu-satu bisnes itu berjaya, ia terlebih dahulu perlu mendapat kepercayaan daripada pelanggannya.

Di kesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidilfitri’, maaf zahir dan batin kepada para pembaca yang mengenali kami, walaupun kita tidak pernah bersua. Puasa tahun ini memang ada sedikit perbezaan kerana kami menyambut dengan kehadiran dua anak buah, yang semakin memperlihatkan ciri-ciri kedewasaannya, iaitu Majalah Niaga dan Komik Niaga.

Video Ucapan Raya Khas Untuk Pembaca

Yang baik-baik itu datang daripada Allah S.W.T, Tuhan yang mencipta dan memurnikan sekalian alam dan hamba-Nya. Manakala yang kurang itu datang daripada kecuaian kami sendiri. Semoga kita saling bermaafan di bulan yang mulia ini.

Kami berbesar hati jika kalian dapat memberikan ucapan hari raya menerusi ruangan komen yang disediakan di bawah. Selamat hari raya Aidilfitri untuk semua. Yosh!

Kredit gambar yang diambil dari (azrudin77)


Tags: ,

Komen (2)

  1. Nice, using video. I was just thinking to use this kind of method for my family video. Keep on guys.

  2. Salam Hari Raya juga untuk team Majalah Niaga dan semua pembacanya. Semoga selepas ini, dengan berkat ramadhan dan pengajaran yang didapati dari tarbiah ramadhan akan membuatkan team Majalah Niaga dapat mempersembahkan isi kandungan yang lebih mantap, lebih mendidik, lebih berfakta….lebih segalanya.

Pendapat anda?