Seminar Blogging – Memusnahkan Mimpi Buruk Buat Duit Dengan Blog

November 03, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Selepas berhempas pulas untuk menyusun modul bagi membongkarkan strategi yang kami gunakan berkali-kali untuk buat duit di internet, kini tiba masanya untuk mengumumkan berita baik ini kepada para pembaca Majalah Niaga.

Logo seminar blogging Majalah Niaga

Kami akan mengadakan Seminar Blogging pada bulan November 2011 ini. Tetapi bagaimana seminar ini dapat membantu para pembaca untuk buat duit dengan blog, dan menjadi blogger sepenuh masa?

Bagaimana Seminar Blogging Dapat Membantu?

Dalam Seminar Blogging ini, kami akan membantu para peserta untuk memahami 4 bahagian utama dalam proses menjana pendapatan dengan blog iaitu:

  • Asas blogging.
  • Formula blogging.
  • Strategi blogging.
  • Kaedah khas menjana trafik ke blog.

Secara spesifiknya, terdapat 7 modul yang akan dikongsikan oleh barisan penceramah kepada para peserta yang menyertai seminar ini:

  1. Formula asas buat duit dengan blog – Penerangan mengenai mitos, kisah perjalanan blog Majalah Niaga dan perkongsian kisah kejayaan blog tempatan.
  2. Teknik memilih niche – Menyelesaikan tekanan utama para blogger, iaitu bagaimana untuk memilih dan mendominasi niche agar dapat menjadi autoriti dan buat duit dari pelbagai sumber.
  3. Memilih medium terbaik – Cara untuk mengelakkan kita daripada rugi besar akibat kesilapan kecil memulakan blog.
  4. Teknik penulisan produktif dan berpengaruh – Pantang larang dalam penulisan, strategi menjana idea penulisan tanpa henti, dan rahsia menjadi penulis blog produktif.
  5. Rahsia meningkatkan jumlah pelawat – 4 strategi yang akan meningkatkan jumlah trafik sekurang-kurangnya 5% setiap bulan.
  6. Cara buat duit dengan blog – Langkah demi langkah bagaimana untuk jana RM50 pertama dengan blog menerusi pengiklanan, dan rahsia mempengaruhi pengiklan untuk membayar harga 2 kali ganda tanpa paksaan.
  7. Masa terbaik untuk menuai hasil – Ketahui jangka masa logik untuk buat duit dengan blog bagi mengelakkan diri sendiri tertekan. Sistem tindakan juga disediakan.

Barisan Penceramah (3A) – Ariff, ‘Aqill dan Aqif

Barisan penceramah seminar blogging ini terdiri daripada 3 orang usahawan muda iaitu:

  • Hasbul Ariff.
  • Hasbul ‘Aqill.
  • Aqif Azizan.

Ketiga-tiga mereka ini mempunyai latar belakang dari kepakaran yang berbeza dalam dunia blog. Tuan Hasbul Ariff akan berkongsikan dengan para peserta mengenai potensi buat duit dengan aktiviti blogging.

3 A - Ariff, Aqill, Aqif

Manakala Hasbul ‘Aqill, usahawan muda yang berusia 20 tahun ini akan menceritakan kaedah pembangunan blog langkah demi langkah, dan cara yang beliau gunakan sehingga hari ini untuk menjana pendapatan dari blog sehingga 4 angka setiap bulan.

Manakala Aqif Azizan akan berkongsi dengan peserta mengenai kaedah penulisan dan penjanaan idea secara praktikal. Cara ini akan menghapuskan masalah kekeringan idea dan juga menghasilkan karya yang dapat menarik perhatian pembaca, khasnya untuk blogger-blogger baru.

Berapa Kos Seminar Ini?

Setiap ilmu mempunyai harganya. Begitu juga dalam Seminar Blogging ini. Tetapi kami percaya terhadap penetapan kos mampu milik. Di mana semua para pembaca dicaj dengan harga yang rendah dan berpatutan.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga Seminar Blogging, sila klik pada pautan di bawah:

Saya Mahu Sertai Seminar Blogging (Dengan Harga Murah)

Formula 3B Untuk Buat Duit Dengan Blog

Seminar blogging ini bukan seminar yang akan mengajar kita mengenai skim cepat kaya atau sewaktu dengannya. Ia adalah seminar yang akan mendedahkan cara kami buat duit dengan blog, dan bagaimana para peserta boleh melakukannya.

rm100 ringgit malaysia

Perkongsian ini adalah 100% berdasarkan pengalaman dan kajian kami. Justeru itu, menyertai seminar ini ibarat mengambil peluang untuk belajar cara menjadi seorang blogger sepenuh masa, daripada individu yang sudah berpengalaman dalam industri.

Formula 3B akan diaplikasikan bagi menjadi peserta berjaya selepas menyertai Seminar Blogging ini iaitu:

  • Belajar.
  • Buat.
  • Berusaha.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Seminar Blogging, sila klik pada pautan di bawah:

Daftar Seminar Blogging (TERHAD – 10 Orang Terawal Sahaja)

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (naim_158)


Tags: , , , , , , , ,

Komen (3)

Pendapat anda?