Senarai Terhormat – 10 CEO Terkaya Di Dunia 2013

May 10, 2013 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

“Kepimpinan merupakan satu kapasiti untuk menukarkan visi kepada satu realiti..” – Warren G. Bennis

Ketua Pegawai Eksekutif atau CEO, merupakan satu jawatan yang sangat dimahukan oleh semua orang khususnya yang terlibat dalam dunia korporat. Ini kerana selain menjadi orang penting, anda juga akan dikenali ramai serta berpotensi untuk dibayar dengan gaji yang tinggi.

Namun begitu disebalik kemegahan jawatan CEO ini, tergalas sebuah tanggungjawab yang besar kerana CEO merupakan tunjang kepada sesebuah syarikat. Ini bermakna CEO mampu menjadi penyumbang kepada kejayaan ataupun menjadi penyebab kepada kegagalan sesebuah perniagaan.

CEO yang berjaya merupakan individu yang mempunyai kepimpinan dan visi yang cemerlang. Berikut merupakan antara 10 CEO disegani terkaya di dunia pada tahun 2013 ini.

#10. Leonid Mikhelson

Leonid-Mikhelson

  • Berumur 57 tahun dari Rusia.
  • Merupakan CEO dan pemegang saham terbesar syarikat gas & minyak, Novatek.
  • Berada pada kedudukan ke-47 terkaya di dunia.
  • Jumlah Kekayaan: $15.4 Billion

 

#9. Aliko Dangote

aliko dangote

  • Berumur 55 tahun dari Nigeria.
  • Merupakan CEO dan Pengerusi Dangote Group.
  • Berada pada kedudukan ke-43 terkaya di dunia.
  • Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion

 

#8. Lakshmi Mittal

lakshmi mittal

  • Berumur 62 tahun dari India.
  • Merupakan Pengerusi dan CEO ArcelorMittal
  • Berada pada kedudukan ke-41 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $16.5 Billion

 

#7. Mukesh Ambani

mukesh ambani

  • Berumur 55 tahun dari India.
  • Merupakan Pengerusi dan Managing Director (CEO) Reliance Industries.
  • Berada pada kedudukan ke-22 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $21.5 Billion

 

#6. Lawrence “Larry” Page

larry page

  • Berumur 39 tahun dari Amerika Syarikat.
  • Merupakan CEO Google Inc.
  • Berada pada kedudukan ke-20 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $23 Billion

 

#5. Jeff Bezos

jeff bezos

  • Berumur 49 tahun dari Amerika Syarikat.
  • Merupakan Pengerusi dan CEO Amazon.com
  • Berada pada kedudukan ke-19 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $25.2 Billion

 

#4. Sheldon Adelson

sheldon adelson

  • Berumur 79 tahun dari Amerika Syarikat.
  • Merupakan Pengerusi dan CEO Las Vegas Sands
  • Berada pada kedudukan ke-15 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $26.5 Billion

 

#3. Bernard Arnault

bernard arnault

  • Berumur 63 tahun dari Perancis.
  • Merupakan Pengerusi dan CEO Louis Vuitton Moet Hennessy (LMVH)
  • Berada pada kedudukan ke-10 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $29 Billion

 

#2. Larry Ellison

larry ellison

  • Berumur 68 tahun dari Amerika Syarikat.
  • Merupakan Pengasas Bersama dan CEO Oracle.
  • Berada pada kedudukan ke-5 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $43 Billion

 

#1. Warren Buffet

warren buffet

  • Berumur 82 tahun dari Amerika Syarikat.
  • Merupakan Pengerusi dan CEO Berkshire Hathaway.
  • Berada pada kedudukan ke-4 terkaya di dunia
  • Jumlah Kekayaan: $53.5 Billion

 

(Sumber gambar : Business Insider & Forbes)

Facebook Comments

Tags: , , , , ,

Komen (24)

  1. Penulisan dan gambar ini memang memberi sejuta manfaat dan motivasi bagi diri saya.

    Doa dan harapan moga tercapai juga hasrat saya satu hari nanti. 🙂

  2. INFO 1 ; Manusia terkaya di dunia : Carlos Slim Helu terlibat dalam industri telekomunikasi. Dia orang terkaya di dunia (AS$ 53.5 bilion) mengatasi Bill Gates..
    INFO 2 ; Ananda Krisnan juga dari bidang Telekomunikasi telah mengatasi Robert Kuok yang dah berkurun lamanya dicarta no 1 Terkaya di Malaysia..
    INFO 3 ; Sekarang dgn Strategik Pengguna Bijak secara tak langsung kita juga diibarat dah jadi Owner Syarikat Telekomunikasi & yg lagi best tu semua tempat yang menjual top-up samada di kedai2, di atm mesin @ di online pun dah jadi milik kita …

  3. Larry Page adalah antara CEO yang cukup saya kagumi.
    Google telah hadir dengan pelbagai idea dan inovasi. Dalam pada masa yang sama, Google juga telah mematikan beberapa servis dan produk mereka. Kuasa tindakan mereka begitu hebat. 😉

    1. Setuju dengan tuan Zulhilmi, contoh seperti kuasa muktamad untuk mematikan servis Google Reader walaupun menerima kritikan daripada pengguna. Pasti orangnya mempunyai sebab tersendiri mengikut peredaran dan sejauh mana servis itu mendapat sambutan dari awal kemunculan hinggalah saat-saat penghapusan. 😉

  4. Irfan Roslan
    May 11, 2013

    Semangat orang Yahudi maupun orang luar negara AMAT NASIONALISTIK, Kalau ada produk yang dikeluarkan oleh kaum mereka, pasti mereka akan menggunakan serta mempromosikan secara besar- besaran tanpa was was untuk semua produk.

    Tetapi apabila PRU 13 apa dah jadi ? Kaum Melayu masih pilih bangsa asing untuk mewakili kawasan kita. Produk Muslim diketepikan, JANGAN TERTIPU LAGI wahai umat Muhamad.

    1. Donald Trump tidak memegang sebarang jawatan CEO. Mengikut laman wikipedia, beliau hanya memegang jawatan Pengerusi dan President The Trump Organization 🙂

  5. Camne sbnrnya jd CEO ni ek?? Kita yang kat position bawah ni kadang2 teringin gak nak bertukar tempat ngan CEO.. hehe..

    1. Bagaimana mahu jadi CEO? Panjang lebar jawapannya, namun biasanya ada 3 kriteria yang dilihat iaitu tahap pendidikan, personaliti dan pengalaman. Daripada ketiga-tiga ini, personaliti dan pengalaman perlu diambil berat. Contoh sepertimana berlaku pada pengurusan Google sendiri apabila melantik Eric Schidmt sebagai CEO Google disebabkan pengalaman beliau sebelum ini membawa kejayaan syarikat syarikat teknologi informasi terkenal iaitu Sun Microsystems. Disamping beliau seorang amanah, mempunyai karisma tersendiri dan dihormati oleh pekerja-pekerja. Semoga menjawab soalan! 😉

      1. Ya lah, saya selalu tengok amanah & karisma tersendiri adalah sifat yang biasanya ada pada orang yang berjaya dalam kerjaya mereka selain ilmu dan lain-lain. Terima kasih Tuan Aqil 😉

Pendapat anda?