Majalah Niaga Edisi #23 – Ratu Empayar Sendayu Tinggi (TERHAD)

January 25, 2013 — Penulis:

Kategori: Berita Bisnes

Dalam setiap duka, pasti wujud bahagia.

Majalah Niaga Edisi 23

Ini yang boleh kami katakan sebelum melakukan pelancaran rasmi ezine Majalah Niaga edisi 23. Dalam edisi kali ini, kami bawakan khas pengasas jenama Sendayu Tinggi iaitu Puan Rozita Ibrahim.

Bukan sekadar nama. Namun personalitinya juga berbisa. Hari ini, jenama Sendayu Tinggi cukup dikenali sebagai jenama yang gah dalam industri kesihatan dan kecantikan wanita.

Rozita Ibrahim – Dari Kosong Menjadi Empayar

Temubual bersama Puan Rozita Ibrahim akan memberikan manfaat-manfaat eksklusif seperti berikut:

  • Diam dan berfikir sejenak – Bagaimana pengalaman pahit beliau mengajar erti sabar, berjuang dan tidak sesekali angkat bendera putih.
  • Realiti dunia bisnes – Mahu buat bisnes kerana mahu jadi jutawan? Nanti dahulu. Baca dan teladani kisah Puan Rozita Ibrahim dalam menjadikan Sendayu Tinggi sebagai satu jenama yang cukup hebat.
  • Tip pemasaran ‘cara kental’ – Puan Rozita perkenalkan tip pemasaran yang jarang dihebahkan oleh kebanyakan usahawan tegar. Bagaimana melakukan pemasaran menggunakan modal diri sedia ada. Berkos rendah, berimpak tinggi.

Edisi ini edisi eksklusif. Seperti edisi-edisi sebelumnya. Oleh yang demikian, jangan sia-siakan peluang untuk muat turun ezine Majalah Niaga edisi 23 sekarang.

Klik di sini >> Ezine Majalah Niaga Edisi 23 (DOWNLOAD).

Hebahkan Pelancaran Ezine

Langkah seterusnya adalah:

  • Kongsi pautan muat turun ini di Facebook.
  • Ceritakan pengalaman tuan puan selepas baca kisah beliau.

Tags: , , ,

Komen (21)

  1. Syabas!!! satu lagi rahsia yang semua orang kene tahu, supaya bertambah-tambah Usahawan berjaya yang memartabatkan ekonomi negara. Tahniah untuk Majalah Niaga

  2. Mohd Hafiszan Mohd Kamarudin
    January 25, 2013

    Terima kasih dan syabas kepada tim majalah dapat memberikan ilmu yang percuma dan berharga kepada kami semua.Semoga berjaya

  3. Terima Kasih team majalah niaga, memang menarik dan penuh dengan ilmu yang bermanfaat. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan terus berjaya hingga kiamat.Amin..

    1. Alhamdulillah, dah d’load edisi 23. Tahniah !.Isi Majalah Niaga semakin mantap. Saya tertinggal Edisi 19. Macamana nak dapatkan edisi ni?

Pendapat anda?