Siri Panadol Bisnes – Strategi Bisnes Gaya Tony Fernandes (The Apprentice Asia)

June 03, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

“Semua rancangan di televisyen tidak bermanfaat untuk bisnes!”

Kenyataan ini tidak benar. Malah jauh tersasar.

Tahun 2013 adalah tahun di mana pemilik bisnes boleh menyerap ilmu daripada usahawan tersohor, iaitu Tony Fernandes. Proses penyerapan itu boleh dilakukan menerusi rancangan siri “The Apprentice Asia.”

Sebuah rancangan setiap hari Rabu. Pukul 9 malam. Durasinya, 1 jam sahaja.

Satu jam untuk duduk di hadapan televisyen, makan keropok lekor, kemudian belajar sesuatu yang bermanfaat untuk diimplimentasikan dalam bisnes masing-masing.

 

3 Tip Emas – The Apprentice Asia (Minggu 1 & 2)

Para peserta yang dipilih untuk menerajui siri ini bukan calang-calang orang. Mereka ini digelar sebagai “The best in Asia.” Jadi, terselit beberapa ilmu-ilmu emas yang jarang diberitahu secara formal berkenaan dengan dunia bisnes dan produktiviti.

The-Apprentice-Asia

Berikut adalah senarai ilmu-ilmu emas:

#1 – Listen, Listen, Listen

Kemampuan untuk menjadi pendengar yang baik akan memberikan impak yang besar dalam bisnes.

Apabila melakukan strategi pemasaran, kita mendengar keluhan pelanggan. Daripada keluhan itu, kita strukturkan kempen yang menepati dengan keperluan mereka.

Begitu juga dalam aspek kerja berpasukan.

Lebih banyak kita mendengar cadangan satu sama lain, lebih besar impak yang akan berlaku dalam sesebuah pasukan. Ahli pasukan lain juga tidak rasa seperti disisihkan, apabila semua pendapat mereka diambil kira.

 

#2 – Tahyul “Kerja Keras”

Kerja keras. Kerja sampai keras. Setiap hari kerja berderas-deras. Untuk menjadi pemilik bisnes berjaya, kerja keras semata-mata adalah satu mitos yang tidak benar.

Apabila para peserta berkata, “Kami sudah bekerja keras.” Tony Fernandes segera memberitahu, “Bekerja keras semata-mata tidak menjamin kejayaan secara total.”

Makna yang mendalam.

Kerja keras itu adalah perbuatan yang digalakkan. Dalam masa sama, gabungkan satu lagi elemen iaitu bekerja dengan kebijaksanaan. Apabila kita bergerak sebagai sebuah pasukan, delegasi tugasan supaya dapat maksimumkan setiap ahli.

Ambil idea yang penting dan bagus. Raikan setiap maklumat dan pengalaman yang dikongsikan.

 

#3 – Jaga Etika Bisnes

Dalam bisnes, persaingan yang melampau akan memberikan tekanan kepada pengusaha. Sehinggakan para pengusaha terpaksa membuat keputusan untuk melanggar etika.

Sebagai contoh, menyatakan diri mereka pakar dalam sesuatu bidang, tanpa mempunyai sebarang credentials atau pengesahan daripada badan-badan rasmi.

Perbuatan ini bukan sahaja melanggar etika. Malah membunuh jenama bisnes untuk jangka masa panjang. Cara paling mudah untuk jadi pakar adalah memperoleh credentials atau kredit daripada pelanggan.

Sebagai contoh, biar pelanggan kita sendiri yang berkata,

“Si X itu memang pakar. Aku sudah berurusan dengannya dan hasil yang diperoleh sangat memuaskan hati.”

 

Bonus: Belajar Jual Dengan Perkataan Mahal

Bisnes hidup dengan keuntungan yang diperoleh. Atau dalam Bahasa Inggerisnya, “Profits.”

Untuk itu, perkara utama sebelum bergelar usahawan berjaya adalah belajar menjual. Semuanya boleh direalisasikan menggunakan perkataan-perkataan yang betul. Gunakan ayat-ayat yang pelanggan mahu dengar.

Bukan ayat yang kita mahu kata (… a.k.a Syok Sendiri).

 

(Sumber gambar: Axn-Asia,  billerickson)


Tags: , , , , ,

Komen (12)

Leave a Reply to Yatinordin Batal (Cancel)