#StatusPilihan Saranan Pengasas D’ Apple Untuk Mencari Jurujual

February 04, 2015 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Pemasaran / Strategi Online & Offline

Salesman berpengalaman tengok outlet yang dia nak masuk, macam makanan segera yang semacam tak sabar nak dingap! Salesman baru tengok outlet, macam tengok hantu puaka. Betapa takutnya nak masukkan produk sementelah di tempat baru.

Sebab nak jimat, saya beberapa kali mengambil salesman tak berpengalaman dan cuba melatih mereka. Ada yang tahan tetapi tak berkesan. Yang tak tahan, keluar berjuang satu hari besoknya sudah ghaib.

Kecewa sebab produk susah nak masuk outlet walaupun ciri-ciri sudah lengkap? Tengok salesman anda. Kalau anda tak bagus dalam bidang ni, carilah orang yang dah berpengalaman dalam bidang salesman untuk buat kerja ni.

Jangan takut, mereka (tahu atau lebih tahu) daripada kita dalam kerja-kerja ini. Pada peringkat permulaan ini, kalau tak mampu bagi gaji asas yang tinggi, bagilah komisyen lebih sedikit.

Dont send a boy to do a men’s job.

Jangan paksa orang orang lain atau diri sendiri jika kita tak mampu. Serahkan kepada yang pakar.

2 Tahun saya berperang dengan masalah salesman. Cuba cari freshies atas alasan naik train dan jimat kos. Tetapi setiap hari kecewa dengan hasil. Tetapi bila mula ambil yang berpengalaman (5 tahun ke atas), semua setel. Hanya itu perbezaan perubahan tindakan dan ubatnya.

Salesman berpengalaman ini mampu buat kedai yang baru dia masuk macam kedai bapak dia sendiri. Mereka amat selesa dan pandai mengambil hati tuan kedai dengan mudah dan cepat sekali. Nak develope yang baru? Kena cari yang gifted. Kemahiran salesman ni adalah berdasarkan pengalaman dan gifted.

Jangan hantar mekanik untuk bedah jantung orang.

Status ini ditulis oleh Tuan Abd Hakim Awang D’ Apple. Tim Majalah Niaga mendapat keizinan memaparkannya dalam bentuk artikel di blog MajalahNiaga.com


Pendapat anda?