Pengalaman beliau selama 8 tahun dalam industri perniagaan Internet membuatkan kami teruja, untuk mendapatkan ilmu-ilmu emas mengenai pengalamannya menceburi industri ini.

Pengasas forum usahawan Internet yang terbesar di Malaysia iaitu Wangcyber.com, Tuan Suhaimy mempunyai pelbagai sudut pandang yang boleh dijadikan rujukan untuk usahawan Internet yang mula bertapak.
“Di forum Wangcyber.com, kita sudah mencipta ramai usahawan Internet yang berjaya melebarkan sayap perniagaan mereka ke tahap yang lebih besar.”
3 Strategi Raikan Pelanggan Di Forum
Dalam artikel ini, tim Majalah Niaga menulis rumusan berkaitan dengan 3 strategi pemasaran forum. Untuk mendapatkan lebih banyak strategi pemasaran forum, tuan puan boleh muat turun audio ini secara percuma menerusi laman web di bawah:
Muat Turun Temubual (Daftar Seminar Pemasaran Online)
#1 – Kecantikan Sosial Di Forum
Imej adalah paparan visual yang kita berikan kepada para rakan komuniti di forum. Ramai yang melakukan kesilapan pertama ketika mencari pelanggan di forum. Mereka menggunakan paparan imej avatar yang tidak meyakinkan.
Gunakan gambar kita sendiri atau gambar yang memaparkan kredibiliti. Sebagai pengasas forum Wangcyber, Tuan Suhaimy menekankan perkara ini kepada orang ramai yang ingin memulakan kempen promosi di forum.
Selain daripada imej, amalan di bawah juga adalah satu peraturan penting untuk melakukan pemasaran forum.
#2 – Nama yang Diraikan
“Untuk menarik pelanggan supaya membeli produk kita di forum. Guna nama yang baik, mudah disebut dan yang paling penting, mudah untuk diingati.” – Suhaimy, Pengasas Wangcyber.
Tip ini sering disebut-sebut. Tetapi hanya segelintir sahaja yang mengamalkannya. Penggunaan nama adalah strategi penting jika kita mahu membina empayar perniagaan, menggunakan saluran pemasaran forum.
Nama yang baik bukan sahaja mempunyai kelebihan dari segi kredibiliti. Ia adalah satu daripada saham akhirat, apabila para pelanggan mahu mendoakan kesejahteraan kita apabila menjual produk yang bermanfaat.
Fikir dan kaji nama sebelum mendaftarkan diri dalam forum. Bagi yang sudah terlajak, boleh hubungi pihak moderator forum untuk menukarkan nama.
#3 – Emosi Pencetus Hasil Tuaian
Berjaga-jaga sebelum menerbitkan sebarang perkongsian di forum.
Lihat kembali status emosi kita ketika itu. Pengalaman Tuan Suhaimy dalam mengendalikan forum mendapati, emosi dapat memberikan hasil tuaian yang berbeza di forum.
Apabila kita mempunyai emosi yang baik, maka peluang untuk mencipta thread atau berkongsi ilmu berkaitan dengan perniagaan kita dengan rakan komuniti lebih mesra. Serta tidak dilihat seperti mendesak-mendesak.
Begitu juga sebaliknya. Justeru itu, muhasabah diri sebelum membabitkan diri dalam pemasaran forum.
Forum Mati Kerana Facebook?
Berikut adalah jawapan Tuan Suhaimy mengenai kewujudan laman sosial Facebook yang dikatakan berkemungkinan besar akan melupuskan laman forum,
“Ketika ini, tiada lagi platfom lain yang memberikan ancaman besar kepada forum. Dan seiring dengan perkembangan zaman, forum juga perlu berevolusi sedikit demi sedikit untuk memastikan ia tetap relevan.”
Pemasaran forum masih lagi relevan. Dari sudut pandang kami, untuk mencari lebih banyak pelanggan di forum, pendekatannya berbeza bermula tahun ini.

Oleh sebab itu, kami berbesar hati untuk menjemput tuan puan menyertai Seminar Pemasaran Online yang akan diadakan pada 14hb Julai 2012 (Sabtu) ini. Kerana pengisian yang kami lampirkan adalah berkaitan dengan pemasaran forum.
Bagaimana forum boleh terus kekal menjadi senjata pemasaran Internet kita? Bagaimana menggunakan ayat-ayat untuk mempengaruhi pelanggan di forum? Semua ini akan dihimpunkan dan diceritakan dalam seminar.
Daftar sekarang menerusi pautan di bawah:
Daftar Seminar Pemasaran Online (Klik Di Sini)
Pemasaran forum tidak sama dengan pemasaran Facebook. Rakan komuniti di forum lebih tertumpu dan mempunyai tingkah laku ‘bagi duit’ yang tersendiri.
Jawapannya, ada dalam Seminar Pemasaran Online.
