Strategi Dominasi Google – Rahsia SEO Imej

April 02, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Artikel di bawah kategori ‘Strategi Dominasi Google’ adalah artikel yang diwujudkan bagi membantu usahawan Internet, untuk mengetahui cara-cara meletakkkan laman web mereka di tempat pertama enjin carian seperti Google, Yahoo dan Bing.

seo

Tim Majalah Niaga akan menerbitkan data-data, kajian dan juga strategi yang berkesan berkenaan tip pemasaran SEO.

Dalam artikel kali ini, kita akan mengetahui strategi SEO imej. Ia bermaksud mengoptimasikan imej bagi tujuan SEO.

Apa Fungsi SEO Imej?

Strategi ini jarang dibincangkan oleh kebanyakan mereka yang pakar dalam pemasaran Internet.

Fungsi SEO Imej

Setiap hari, pengguna Internet akan menggunakan enjin carian seperti Google untuk mencari maklumat. Selain maklumat, mereka juga meluangkan masa untuk melihat gambar-gambar yang berkaitan.

Apabila kita berjaya mengoptimasikan gambar dengan cara yang betul, kita sebenarnya berpeluang untuk memperoleh limpahan pelawat setiap hari.

Bagaimana Ia Boleh Berlaku?

Berikut adalah contoh SEO imej yang kami lakukan untuk mendapatkan limpahan trafik daripada hasil carian gambar di Google.

Dr Azizan Osman - Teknik Pemasaran SEO

Apabila kita menaip kata kunci ‘dr azizan’ di Google, kita akan memperoleh banyak imej yang berkaitan dengan Dr. Azizan Osman. Gambar yang berwarna merah itu adalah imej yang dioptimasikan oleh tim Majalah Niaga.

Teknik SEO Imej Dr Azizan Osman

Apabila kita klik pada imej ini, kita akan dibawa ke ruangan yang memaparkan dua maklumat penting iaitu:

  1. Sumber imej ini dimuat turun (www.majalahniaga.com).
  2. Latar belakang laman web yang memuat turun gambar Dr. Azizan Osman.

Pengguna Internet yang memilih untuk melihat gambar berwarna merah ini secara automatik akan terdorong, untuk melihat laman web yang menjadi latar belakang imej ini.

Ini yang kami maksudkan pelawat percuma tanpa sedar. Dengan hanya menggunakan strategi SEO imej, kita sebenarnya sedang melakukan optimasi yang akan membawa keuntungan jangka masa panjang.

SEO imej juga memberikan signal kepada Google untuk menyokong laman web kita terhadap kata kunci yang dioptimasikan. Dalam kes ini, Dr. Azizan Osman.

Bagaimana cara untuk melakukan teknik pemasaran SEO ini?

Rahsia Pemasaran SEO – Langkah Demi Langkah

Untuk menggunakan strategi pemasaran SEO ini, apa yang perlu kita lakukan adalah:

  • Menulis kata kunci pada bahagian ‘Title’.
  • Menulis kata kunci yang sama pada bahagian ‘Alternate Text’.
  • Menulis kata kunci yang sama pada bahagian ‘Caption’ – Bonus jika mahu tulis.

Boleh lihat contoh gambar yang kami optimasikan untuk kata kunci ‘dr azizan’. Ia lebih mudah dilakukan apabila kita menggunakan platfom WordPress.

Teknik Pemasaran SEO - Langkah Demi Langkah

Strategi ini dilihat seperti strategi yang mudah. Tetapi ramai yang tidak mengoptimasikannya sebaik mungkin untuk mendapatkan lebih banyak trafik organik daripada enjin carian, khususnya Google.

Lagi Rahsia SEO Dalam Seminar SEO

Lebih banyak rahsia-rahsia pemasaran seo yang akan dibongkarkan oleh tim Majalah Niaga (Hasbul ‘Aqill dan Aqif Azizan), dalam Seminar SEO yang berlangsung pada 7 April 2012 ini.

Seminar SEO Majalah Niaga

Seminar SEO ini adalah untuk para usahawan dan bakal usahawan yang:

  • Berminat untuk mengetahui cara Google menilai laman web yang berkualiti.
  • Mencari-cari kaedah pemasaran Internet yang efektif dan menguntungkan.
  • Ingin mendapatkan formula mudah dan berkesan, untuk meletakkan laman web kita dalam tempat pertama Google.
  • Berminat untuk buat banyak duit di Internet tanpa perlu melaburkan kos yang tinggi dari aspek pemasaran dan promosi di Internet.

Setiap satu daripada perkongsian kami di Seminar SEO ini bernilai 10 kali ganda daripada harga yang dicaj.

Para peserta seminar sebelum ini sudah merasai nikmat melihat laman web mereka berada dalam kedudukan pertama, bagi setiap kata kunci yang dipilih. Kini tiba masanya untuk anda pula merasainya.

Lakukan pendaftaran sekarang. Tempat adalah TERHAD.

Daftar Seminar SEO Majalah Niaga (Klik Di Sini) – 10 Pendaftaran Sahaja Dibuka!

Jumpa kita di Seminar SEO. 😉

Kredit: 1st Web Designer


Tags: , , , , ,

Komen (24)

  1. Wow! terima kasih tim MajalahNiaga!

    Satu perkongsian hebat mengenai teknik SEO ini.SEO memang power walaupun hanya guna imej sahaja.Ohsem!

  2. Saya sedar kepentingan imej yang dinamakan sempena kata kunci dalam setiap post blog sejak tahun 2010. kini usaha tersebut berbaloi. Jika search kata kunci yang saya padankan akan keluar first kat google image search. Purata traffik pun boleh tahan. Selamat mencuba! 🙂

  3. Terima kasih atas maklumat.Selalunya saya malas nak buat macam panduan yang diberikan kerana tak terpikir ia dapat membantu menaikkan tahap SEO saya di blog. Menarik untuk diamalkan.Kena rajin2 selalulah selepas ini

  4. SEO memang penting . Saya tau Onpage seo je . Offpage x berapa tau sgt . InysAllah akan join seminar ni sbb nk belajar lagi mendalam pasal SEO ni 🙂

  5. ye mmg betul! saya pernah terfikir, tp x terbuat2 sbb sesuntukan masa..teruk x 😛 sy sure akn luangkan masa edit semua gmbar berkaitan haha..teruskan usaha!

  6. Terimakasih kerana perkongsian ilmu ini. Harap ianya beri menafaat pada kita semua.

  7. Assalamualaikum, saya nk tanya .. Kalau nk buat mcm tu ken daftar dengan wordpress dulu ye or maknanya kena ada blog di wordpress untuk lebih mudah?

  8. SEO merupakan antara sistem pemasaran yang paling susah. Bukan mudah ye untuk anda mendapatkan rangking dalam first page Engine Pencarian terutama Google, Kerana Google akan pastikan Website yang berkualiti sahaja berada di senarai utama Google untuk setiap keywords yang dicari.

    Jika anda ingin bersaing dengan laman web Tempatan mungkin boleh ,bergantung kepada Competition, Domain age, dan Link Popularity. Tetapi Bagaimana Pula Di Peringkat Global? Memang tak mampu untuk mengejar mereka.

    Ramai daripada masyarakat kita tidak sedar bahawa pihak barat telah mula masuk cuba untuk memonopolikan keywords yang digunakan oleh masyarakat malaysia.SEO teknik tidak cukup hanya menggunakan Keywords yang betul dan penting untuk tahu teknik yang sebenar mempelajarinya.

    Pada saya, Pemahaman tentang SEO sangat perlu. Tak rugi kalau datang ke seminar seperti ini untuk kita terdedah dengan perkara yang kita tidak tahu sebelum ini.

  9. sekarang carian di google image cam pelik sikit, bila klik dia tak muncul macam ni tapi background dia hitam camtu..

    apa beza kesan SEO pada website kita berbanding dengan sebelum ni ye?

  10. serius! ini salah satu cara paling mudah untuk kita bersaing dengan blog2 lain yang mungkin mempunyai kedudukan lebih baik dalam carian Google. Selalunya kebanyakkan blog kurang mengambil berat tentang image SEO ini. Waktu inilah nak cari trafik lebih 🙂

  11. nak tanya selalunya berapa minimum gambar yang perlu dioptimasikan dalam sesuatu bloq?

  12. Assalamualaikum…

    Selain dari kekuatan dan kualiti isi kandungan dalam blog atau laman web, SEO Image pun memainkan peranan sampingan yang tak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan SEO dalam artikel.

    Dah lama juga saya praktiskan perkara ini dan juga menasihati pelajar saya untuk berbuat demikian tetapi ada yang ambil ringan saja. Mereka lebih gemar save image dengan nama defult yang telah dibuat oleh perisian pengedit imej.

Pendapat anda?