Strategi Menjana Pendapatan RM10K Dengan Produk Informasi

January 28, 2011 — Penulis:

Kategori: Online

Tiga tahun yang lalu saya menjadi perbualan orang ramai di Internet kerana berjaya menjana pendapatan RM10,000 menerusi Internet pada usia 17 tahun. Saya masih ingat ketika saya nyatakan bahawa saya menjana pendapatan 5 angka dengan hanya menjual produk informasi, ramai pihak sama ada menerusi blog ataupun forum ragu-ragu dengan kenyataan saya.

Akibat ramai yang ragu-ragu dan tertanya-tanya bagaimana saya boleh menjana RM10K dengan hanya menjual produk informasi, saya melihat ia sebagai satu peluang. Lalu saya menghasilkan produk informasi yang diberi nama Pakej Rahsia 10K bagi menjawab segala persoalan mereka dengan menggunakan ‘blueprint’ yang sama. Nah, ketika melancarkan Rahsia 10K semua orang terkejut termasuk bisnes partner saya sendiri kerana kami hanya perlukan kurang dari 48 jam sahaja untuk mencatat jualan RM10,000.

Pada artikel kali ini saya ingin mendedahkan kepada anda strategi yang saya gunakan untuk menjana RM10K dengan menjual produk informasi di Internet. Strategi yang saya gunakan mungkin berkesan kepada diri saya sendiri tapi tiada jaminan bahawa ia juga akan berkesan kepada diri anda. Namun, cuba luangkan masa untuk meneliti artikel ini kerana siapa tahu mungkin anda orang yang seterusnya berjaya menjana pendapatan RM10K kan? πŸ˜‰

Lakukan Pra Pelancaran Terlebih Dahulu

Saya baru sahaja 5 tahun di dalam industri perniagaan produk informasi di Internet tetapi angka ini cukup untuk saya melihat ramai usahawan Internet baru kegagalan dek kerana tidak melakukan pra pelancaran. Pra pelancaran bukan sekadar untuk menimbulkan ‘awareness’ semata-mata tetapi lebih dari itu.

Kenangan Web Jualan 101 Tip AdSense

Ketika saya menjual produk informasi 101 Tip AdSense Terbongkar, saya memberikan laporan percuma terlebih dahulu ‘case-study’ bagaimana seorang individu berjaya menjana pendapatan dengan program Google AdSense. Saya melakukan pra pelancaran selama beberapa minggu sebelum melancarkan produk sebenar. Laporan ini tersebar dengan cepatnya di forum-forum perniagaan Internet kerana ia adalah sesuatu yang unik dan PERCUMA.

Daripada pra pelancaran inilah saya mendapat senarai nama dan email mereka yang berminat dengan program Google AdSense. Dengan pra pelancaran inilah saya dapat asingkan di antara orang yang berminat dengan program Google AdSense ataupun tidak. Jadi tidak perlu lagi saya membuang masa mempromosi kepada mereka yang tidak berminat kelak.

Melakukan Pemasaran Melalui Email

Oh, pada ketika itu masih ramai yang takut untuk subscribe sistem autoresponder kerana takut tak mampu untuk membayarnya. Sekarang saya lihat mereka yang dulunya takut, semuanya sudah ada sistem autoresponder berbayar yang jauh lebih mahal dari saya. πŸ˜‰

Ketika saya melakukan pra pelancaran dengan memberikan laporan percuma, mereka yang berminat perlu masukkan nama dan email terlebih dahulu sebelum dapat memuat turun laporan tersebut. Kemudian setiap minggu saya akan menghantarkan tip-tip berkaitan Google AdSense kepada mereka dengan tujuan mendidik dan pada masa yang sama membina hubungan dengan para subscriber.

Rata-rata mereka berterima kasih kerana saya menghantar tip-tip percuma berkenaan Google AdSense kepada mereka. Walhal, semua itu sudah diatur secara automatik melalui sistem autoresponder dimana kita boleh tetapkan untuk menghantar berapa email dalam tempoh tertentu.

Dengan teknik ini, majoriti subscriber menjadi responsive untuk berbalas-balas email dengan saya sehinggalah mereka menerima email bahawa saya akan melancarkan satu ebook berkaitan Google AdSense. Pada ketika ini mereka sangat teruja kerana sebelum ini saya telah membantu mereka secara percuma apatah lagi dengan kehadiran produk bebayar, pasti lebih hangat daripada biasa. Itu adalah tanggapan normal sebagai seorang manusia biasa.

Saya Telah Memperalatkan Pakar

Jangan pula fikir perkara yang negatif, saya bukan memperbodoh-bodohkan pakar. Ini yang saya nak dedahkan kepada anda. Bagaimana saya membina kepercayaan kepada para subscriber (target market) ialah dengan meminta testimonial daripada pakar yang sebenar.

When people associate you with other gurus, you are branded as a guru too even though you may be a complete newbie – Gobala Krishnan

Pada ketika itu ramai individu di Malaysia berjaya menjana pendapatan Β yang lumayan dengan Google AdSense, jadi saya minta pendapat mereka mengenai produk informasi yang saya akan lancarkan. Berdasarkan pandangan mereka, saya baiki produk informasi tersebut dan lumrah kehidupan manusia apabila idea mereka diterima pakai, maka mereka lebih mudah untuk membantu.

Jadi, mereka dengan rela hati telah memberi testimonial yang jarang-jarang orang biasa seperti saya berjaya dapatkan. Pada ketika itu saya dapatkan testimonial daripada Sifu Alang, Syed Ikhwan, Shuth dan ramai lagi. Impak dari mendapatkan testimonial pakar juga saya telah berjaya melebarkan target market kepada pengikut-pengikut pakar ini sendiri.

Melakukan Joint Venture (JV) Dengan Pakar

Saya pasti ini merupakan topik yang paling hot untuk dibincangkan. Kesinambungan daripada berhubung untuk meminta pendapat, meminta testimonial mereka dan akhirnya saya berjaya mempelawa mereka untuk sama-sama mempromosi produk saya. Macam tak percaya mereka ini sanggup untuk JV dengan Adly a.k.a Labanon!

Siapalah saya pada saat itu yang masih terkapai-kapai untuk mencari rentak di dalam perniagaan Internet. Dari sini saya mula sedar bahawa pakar atau kita gelarkan Big IM ini sebenarnya bukanlah sombong tetapi kita perlu faham mengenai perhubungan. Ketika saya menghubungi mereka pada mulanya, tiadapun niat saya untuk memohon pertolongan mereka untuk mempromosikan produk saya tetapi lebih kepada ingin berkawan rapat dengan mereka.

Dengan perhubungan tersebut apabila kita memerlukan bantuan daripada mereka, rata-rata Big IM ini berbesar hati untuk membantu kita. Ramai hari ini silap kerana menghubungi Big IM apabila hendak melancarkan produk sahaja. Itulah yang digelar sikap ‘opportunist’.Β Kalau saya sendiri yang bukan Big IM pun agak tidak gemar dengan sikap ‘opportunist’.

Menawarkan One Time Offer (OTO)

Pada ketika ini masih tidak ramai yang bercakap mengenai One Time Offer (OTO). Malah rata-rata web jualan yang menjual pada ketika ini tidak menawarkan sebarang Upsell ataupun Downsell. Idea ini datang ketika saya membaca satu artikel berkenaan McDonalds dimana mereka telah untung billion ringgit setahun dengan hanya upsell.

Contoh One Time Offer

Pernah anda pergi ke restoran fast food, kakak yang cantik di kaunter tu akan bertanya “Taknak tambah RM1 sahaja lagi untuk pakej besar giler?”. Nah, daripada OTO yang simple ini sahaja mereka berjaya mengaut keuntungan berbillion ringgit! Kesan daripada artikel tersebut, saya juga telah menawarkan OTO di dalam web jualan saya.

Sekarang saya ada dua pakej produk informasi iaitu pakej bernilai RM20 dan pakej bernilai RM30 setelah ditambah dengan OTO. Terkejut apabila saya melancarkan produk informasi 101 Tip AdSense Terbongkar, lebih 50% mengambil pakej RM30! Bayangkan kalau saya hanya menjual produk yang bernilai RM20 sahaja? Sudah tentu agak sukar untuk saya mencatat jualan RM10K dalam masa sebulan.

Akhirnya RM10K Pada Usia 17 Tahun!

Dengan mempraktikan segala strategi di atas dengan menjual produk bernilai RM25 (purata) sahaja, saya berjaya mencatat jualan RM10,000 dalam masa 30 hari. Susah ke? Taklah begitu sukar kerana kesan daripada pra-pelancaran saya telah berjaya memperolehi sekitar 800 senarai email yang berminat dengan Google AdSense.

Sedangkan saya hanya perlu menjual 400 unit sahaja untuk mencatat jualan RM10,000. Jadi, tepuk dada dan tekan kakulator anda sekarang.


Tags: , , , , , , , ,

Komen (83)

  1. bersemangat betul bila baca entri ni.. insyallah walaupun dah lama kat internet ni.. baru nak bermula kembali dengan bisnes internet.. sedang cuba jual kraftangan online

  2. Strategi yang amat memberansangkan. Tahniah kerana berani berkongsi ilmu yang dianggap ‘rahsia’ oleh kebanyakan IM ini.

  3. Kagum dengan semangat yang berkobar-kobar penulis. Mencuba pelbagai cara untuk menempuh kejayaan, bukan sekadar bergantung kepada 1 jalan ataupun teknik sahaja. Semoga saya dapat mencontohi semangat dan motivasi beliau =)

  4. Terima kasih kerana berkongsi maklumat “sulit” ini saudara Adly. Jika ada sesiapa yang tidak membeli Produk Rahsia 10K saudara Adly ini, inilah sinopsis Rahsia RM10K tersebut. πŸ™‚

  5. salam…well done saudara adly..

    sy amat kagum dengan pencapaian saudara dalam bidang IM..sukar utk dipercayai remaja berusia 17 tahun sudah ada income sendiri 10k dlm tempoh hanya sebulan..hebat..!

    sy telah melihat dan mengikuti perkembangan kejayaan saudara bersama FlareBiz sejak pertengahan 2010,sejak itulah ia menjadi inspirasi kepada sy..sungguh bermotivasi..

      1. yea..saudara sudah pn berjaya duduk di barisan hadapan para IM..saya sngt berminat utk mengikut jejak langkah saudara..tapi mungkin mengambil sedikit masa memerlukan uasaha berterusan..smoga saudara menjadi contoh usahawan terbilang…

  6. Yep, masih saya ingat Rahsia10K yang bagi saya merupakan salah satu produk IM bersejarah kerana kisah kejayaannya memperkenalkan ramai kepada IM, termasuk saya. πŸ™‚

  7. InsyaAllah suatu hari nanti saya juga akan jadi macam Adly, rasa bersemangat sekarang dan bangga dengan kejayaan orang melayu macam saudara Adly. Terima Kasih atas perkongsian ini..

  8. Ini lah satu blueprint untuk menjana wang di Internet. Ramai newbie dalam bidang IM ini terjun tanpa strategi yang tepat dan betul dan akhirnya tewas. Harus diingat untuk berjaya dalam apa-apa bidang perniagaan dan IM khususnya kita memerlukan perancangan dan strategi yang betul untuk benar-benar buat impact di dalam industri.

    Terima Kasih dan Two Thumbs Up untuk Adly kerana sanggup berkongsi blueprint ini!

  9. Salam…

    Saudara Adly, tulisan saudara..betul-betul menyutik semangat pada diri saya ini, setelah hampir-hampir kecewa dengan IM.. Terima kasih Bro!

  10. Saya selalu baca entri adly sampai habis.best baca..hehe
    Tenang dan bermanfaat.Padat dan mantap… πŸ™‚
    Thanks for sharing..Moga anda terus berjaya

  11. zulhfreelancer.com
    January 28, 2011

    Wah! Sungguh teruja saya di buatnya πŸ™‚ Sedikit pertanyaan mengenai OTO tu, apakah beza Upsell & Downsell ye?

    Service Autoresponder apa yg saudara Adly gunakan (dalam screenshot) ?

  12. Info yang menarik..
    baru berjinak dengan Adsense harap2 boleh berjaya
    sebelum ini tumpuan diberikan kepada blog jualan sahaja tanpa ada unsur2 adsense

  13. Salam. Terima kasih kerana berkongsi rahsia. Saya memang mengikuti Majalah IM. Saya baru berjinak dengan penulisan Ebook. Masih diperingkat awal. Saya salah seorang pembeli Pakej Rahsia 10K dan amat teruja untuk menjana pendapatan pertama melalui internet. Terima kasih banyak kerana berkongsi ilmu.

  14. Wah! ini rupanya strategi menjual produk informasi di internet. Saya pernah cuba menjual produk di internet tapi memang jika tiada strategi tak jalan la perniagaan. ibarat kata motivasi “gagal merancang bermakna merancang kegagalan”..huhu

  15. sallam,, bersemangat nak melakukan perubahan dlm diri,,byk ilmu yang dicurahkan oleh saudara adly yang bole dijadikan panduan..semuaga usaha saudara diberkhati.

  16. saya mau juga berjaya seperti yg lain, masaalah nya saya x tau di mana nak mula bagi menjana pendapat melalui perniagaan internet

    1. Mungkin tuan menghadapi masalah ‘overload’ information. Cara nak menangani overload information ni, tuan hanya perlu mengambil tindakan. Buatlah apa sahaja yang dirasakan sesuai, ketepikan soal betul atau tidak. πŸ™‚

  17. Salam, gud information. Hebat! thanks for sharing knowlegde yang ada. Semoga bertambah rezeki lagi n doakan to all org baru (mcm saya) utk success mcm Adly.
    πŸ™‚

  18. munib ahmad
    January 29, 2011

    strategi yang tuan tunjukkan ni sentiasa releven untuk dipraktikkan kan..walaupun masa berlalu πŸ™‚

  19. Perkongsian info yang sememangnya jarang seorang IM yang berjaya ingin kongsikan. Satu penghargaan besar buat team Flarebiz Network.

    1. Terima kasih Tuan Azeri. Mungkin ramai yang ramai yang telah kongsikannya, tetapi tuan belum menemuinya. Apa-apapun kami terharu dengan penghargaan tuan kepada pihak kami. πŸ™‚

  20. Saya rasa ini rahsia jujur dari seorg yg bergelar IM berjaya… Maklumat yg amat padat dan membantu terutamanya newbie tlh didedah secara telus dan jelas yg begitu mudah difahami oleh ‘layman’. Tidak seperti sesetengah IM berjaya lain yg begitu kedekut untuk berkongsi ilmu. Syabas Adly…

    1. Hu hu hu! Terima kasih Tuan Fadzil, saya hanya berkongsi sesuatu yang termampu sahaja. Doakan agar saya dan tim Flarebiz Network terus bersemangat untuk berkongsi sesuatu kepada orang ramai yang memerlukan.

  21. Rahman Basri
    January 30, 2011

    Alhamdulillah, hasil daripada Rahsia10k, bermulalah era IM dalam hidup saya…. πŸ™‚ Thanks Labanon, sifu IM saya…

    – RB

  22. Salam kegemilangan salam keusahawan,

    Dahsyat!!… Itulah yg mempu diperkatakan mengenai majalahniaga yg memberi 1001 sumber inspirasi kepada kami IMsarawak. Harapan 2011 adalah untuk bekerjasama dengan majalah niaga supaya sama-sama dapat mengembangkan sayap dalam perniagaan online. Win-win situation adalah yg terbaik di dalam perniagaan supaya rangkaian atau network yg dibina akan terus terjalin sentiasa. Terima Kasih daun keladi sampai jumpa lagi.

    Assalamualaikum…

  23. Tahniah saudara Labanon, dlm usia muda dah berjaya. Saya masih baru walaubagaimanapun dah banyak program affiliate yg saya sertai tapi belum dapat pulangannya. Mungkin ada tips yg untuk saya berjaya. Terima kasih.

  24. EEE bestnyer… tapikan hingga sekarang saya masih tak memahami cara2 nak gunakan austopdr dn lain2 yg sewaktu dngnnya..jadi itu yg menjadikan sy lambaat bertindak!

      1. setiap autoresponder pasti ada berikan tutorial penggunaa , contohnya Aweber. Apa pun, selalu rujuk kepada pakar-pakar. Sekarang ini, senang sahaja untuk rujuk kepada mereka memandangkan ramai di antara mereka mempunyai akaun Facebook. πŸ˜‰

  25. Terima kasih atas informasi yang diberikan..

    Sebenanya saya juga dalam proses menulis ebook.. Tapi akibat kesuntukan masa, hasil kerja saya telah tersadai beberapa lama..

    Maklumlah dengan urusan kerja.. Ditambah pula dengan anak-anak yang masih kecil.. Agak sukar untuk mencuri-curi masa menyiapkan ebook..Tapi kata orang kalau kita terus berkayuh, lambat laun akan siap juga..

    Ada satu persoalan yang ingin saya ajukan di sini..

    Adakah kita perlu menghadiahkan ebook yang kita tulis secara Percuma kepada Big IM untuk mendapatkan testimonial daripada mereka untuk laman web kita?

  26. Salam sejahtera Tuan Adly,

    Saya teruja bila baca artikel ini. Saya pernah membuat translation ebook tentang pra-pelancaran untuk seorang client dan saya memang setuju yang peluang dan kuasa menjana pendapatan sememangnya terletak pada strategi pemasaran paling awal itu. Terima kasih banyak kerana sudi berkongsi pengalaman yang bernilai dalam artikel ini.

  27. Salam;

    Penerangan yang memberi semangat dan panduan ini berguna kepada semua. cuma nak praktik tu yang terbantut camna nak buat. Tq.

  28. Industri perniagaan produk informasi di Internet.Tambah strategi dalam pemasaran panduan dari saudara Adly.Ringkas dan padat.Semoga terus sukses dan terima kasih kerana kongsi rahsia kejayaan.

  29. Maklumat yang diberikan amat bermakna sekali bagi sesiapa yang ingin mencapai kejayaan dalam bidang bisnes. Banyak ilmu dan teknik perlu dipelajari bagi mengimbangi citarasa pelanggan yang sentiasa berubah selain persaingan hebat masa kini.

  30. adakah semua / sebahagian strategi ini masih boleh pakai pada 2012 atau ada perubahan tertentu? mohon pencerahan. tq

  31. terima kasih dengan ilmu IM yang diberikan.

    OTO adalah kesempatan emas di mana pembeli sedang berada di dalam mood membeli. Pemasar haruslah bijak menawarkan barangan upsell, downsell dengan item2 yang sangat berkualiti tinggi sehingga menyukar kan pembeli menekan button close. hehe

  32. Perkongsian super duper power, sewaktu saya berumur 17 tahun dulu lepas SPM cuma tau boleh dapat duit dengan kerja gaji besar je.

    Cerita tuan ini boleh jadi inspirasi kepada orang di luar sana. Tahniah tuan Adly Mukhtar

  33. Tips pemulaan untuk pemasaran ebook yang sangat bermanfaat dari tuan. Pada oendapat saya pemasaran melalui email marketing sangat2 penting kerana kita mempunyai senarai pelanggan yang meminati produk kita dan targeted. Sangat mudah untuk kita mempromosikan produk atau informasi kepada mereka yang dahagakan maklumat dan tawaran dari kita.

    Saya juga ingin menambah juga pemasaran melalui media sosial juga adalah sangat penting dan boleh juga dijadikan senjata tambahan bagi meningkat jualan dan bersaing. Sekarang ini banyak media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube yang menjadi platform untuk menjana pendapatan dan meningkatkan pemasaran mereka.

    Contoh seperti facebook menggunakan fb ads untuk meningkatkan jualan, tetapi kos adalah sangat tinggi berbanding dahulu dan banyak dah beralih arah kepada instagram yang lebih efektif dan masih lagi boleh membuat pengiklanan secara percuma. Saya sangat suka pada seorang mentor ini yang mempunyai panduan bagaimana nak manipulasi instagram ( lawati link ini untuk melihat >> http://teknikjualaninsta.com/hop.php?ref=eddynoor80 ) dengan cara auto follow, auto unfollow, auto likes, auto comment dan auto pictures yang sangat membantu peniaga online untuk membuat pemasaran di instagram..

    Ia sangat memudahkan peniaga yang tidak mempunyai masa untuk membuat artikel, memikirkan ayat yang sesuai untuk post, mengambil masa utk like, follow dan unfollow kerana ada teknik percuma yang boleh manipulasikan instagram.

  34. masalahnya jutawan2 yg dok jual ebook ni betul ke Berjaya buat adsense beribu2 rm??? ke jual ebook saje..

Pendapat anda?