Strategi Magik Pelaburan Hartanah Cara Harry Potter

September 24, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

“Expecto Patronum!”

Ingatkah anda dengan jampi sihir ini? Ya, ia merupakan jampi sihir paling popular di dalam siri filem Harry Potter. Sememangnya, filem yang berdasarkan siri novel tulisan JK Rowling ini telah menjadi fenomena baru di dalam dunia perfileman.

strategi-magik-pelaburan-hartanah-cara-harry-potter

Ia juga menjadi titik kejayaan kepada ketiga-tiga remaja yang menggalas watak utama di dalam filem ini.Danielle Radcliffe yang sangat terkenal melalui watak Harry Potter yang berparut di dahi. Emma Watson mungkin lebih diingati sebagai Hermione Granger yang cantik dan bijak.

Nama Rupert Grint pula mungkin kurang diingati berbanding wataknya, Ron Weasley yang berambut merah dan bersifat lurus. Melakonkan watak tiga orang ahli sihir kanak-kanak ini telah meletakkan mereka bertiga di antara pelakon yang dibayar paling mahal di dunia.

Di dalam filem terakhir Harry Potter iaitu Harry Potter and The Deathly Hollows Part 2, Danielle telah menerima bayaran sehingga USD33 juta manakala Emma dan Rupert pula menerima USD 15 juta seorang. Magiknya 9 siri filem Harry Potter ini juga menjadikan Danielle jutawan termuda di United Kingdom .

Sesetengah selebriti lain yang suka berparti dan berpoya-poya dengan kemewahan yang dikecapi. Sebaliknya, tiga orang “ahli sihir” muda ini menggunakan kebijakkan mereka dalam mengandakan wang melalui pelaburan hartanah masing-masing.

Danielle Radcliffe – 4 Hartanah, £11 Juta

Pada usia 20 tahun, Danielle telah memiliki empat buah hartanah yang kesemuanya bernilai melebihi £11 juta, iaitu:

#1  – Apartment Mewah – SoHo Mercer Street, Manhattan, New York

Daniel Redcliffe - Mercer StreetDanielle membeli apartment yang bernilai £4.3 juta ini  pada tahun 2007 ketika usianya hanya 17 tahun. Apartment berkeluasan 1,843 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan dua bilik air. Apartment ini disewakan pada kadar £3,000 seminggu.

#2 – Kondominium – Morton Square, Manhanttan, New York

Kondominium  yang berharga £3.5 juta ini dibeli pada tahun 2008 pada usianya 18 tahun. Apartment  berkeluasan 2,446 kaki persegi ini mempunyai 3 bilik tidur. Ia mempunyai ciri-ciri yang unik seperti cermin melengkung dan permukaan marmar dan granit yang begitu cantik serta mengadap Sungai Hudson.

Ciri-ciri ini membuatkan hartanah ini berpotensi memberi keuntungan modal yang tinggi dan permintaan yang baik dari penyewa. Namun,  Danielle dikatakan akan mendiami kondominium ini.

#3 – Rumah Bandar (Townhouse) – West Village, Manhattan, New York

Danielle membeli rumah bandar yang bernilai hampir £4 juta ini pada tahun 2009. Dibina pada tahun 1847, ia berkeluasan 3,000 kaki persegi dan mempunyai 5 bilik tidur.  Danielle telah pun mengubahsuainya dan ini menyebabkan kadar sewaan bagi hartanah ini  mencecah USD $30,000 sebulan.

#4 Satu unit apartment di Fulham, London.

Danielle dilahirkan dan dibesarkan di Fulham. Keselesaan di kawasan sendiri dan keinginan untuk berdikari telah menyebabkan beliau membeli sebuah apartment berhampiran dengan rumah ibubapanya. Apartment itu dibeli pada harga £730,000 dan beliau tinggal seorang diri di situ sejak 2007.

Emma Watson – Pelaburan Hartanah Sebagai Hadiah Sendiri

Emma Watson telah pun memiliki portfolio pelaburan hartanah bernilai £4 juta pada umurnya 19 tahun. Ia meliputi dua buah hartanah berikut:

#1 – Chalet Ski – Meribel  

Pelaburan Hartanah - Emma WatsonJika Danielle lebih berminat dengan hartanah di New York, Emma pula menghadiahkan dirinya sebuah chalet bermain ski di Meribel, Perancis. Hartanah percutian ini merupakan hadiah sempena kejayaan cemerlangnya di dalam A–Level, serta hadiah atas kerja kuatnya di dalam bidang lakonan.

Chalet ski ini dibeli pada tahun 2008 dengan nilai pelaburan sebanyak £1 juta.


#2 – Rumah Bandar – Hampstead, London

Emma memilih untuk membeli rumah bandar ini pada tahun 2009 sebagai rumah kediamannya satu hari nanti. Menurut agen hartah di Carl Underhill of Hamptons International, lokasi ini merupakan satu pilihan yang bagus memandangkan nilai hartanah di Hamstead pulih lebih cepat selepas krisis ekonomi di sana berbanding kawasan lain.

Ia juga mempunyai permintaan sewaan yang tinggi.

Rupert Grint – 21 Tahun, £9.2 juta 

Rupert mempunyai gaya pelaburan tersendiri berbanding rakan-rakan ‘ahli sihirnya’. Beliau percaya hartanah di kawasan rumah kediamannya di Hertfordshire adalah lokasi yang terbaik untuknya. Pada usianya 21 tahun, beliau telah berjaya membina portfolio pelaburan hartanah bernilai £9.2 juta di atas namanya .

#1 – Rumah Agam – Hertfordshire

Rupert memulakan pelaburan hartanahnya pada 2006 seawal usianya 18 tahun apabila beliau membeli sebuah rumah agam di Hertfordshire untuk kediamannya dan keluarga. Rumah ini bernilai £3.35 juta didaftarkan di atas namanya sebagai pemilik tunggal.

strategi-magik-pelaburan-hartanah-cara-harry-potter-1

#2 – Rumah Berkembar – Hertfordshire

Pada tahun 2007, Rupert dan bapanya telah membeli sebuah rumah berkembar, juga di kawasan yang sama. Rumah itu dibeli dengan harga £495,000 dan kemudiannya diubahsuai dan dinaiktaraf.

#3 – Rumah Agam – Hertfordshire

Pada tahun 2009, Rupert memilih untuk membeli sebuah rumah agam yang mempunyai 5 buah bilik tetamu, 6 buah suit bilik tidur, kolam renang luar dan kolam renang dalam serta dua buah kotej. Rumah agam yang hebat ini telah dibina pada abad ke 18 di atas sebidang tanah seluas 22 ekar.

Ia bernilai £5.4 juta. Selain itu, Rupert telah membuat pelaburan hartanah hampir £3 juta atas nama ibubapanya menggunakan pendapatan yang diperolehinya sebagai ‘ahli sihir berambut merah’ ini. Hartanah itu adalah sebuah rumah yang bernilai £975,000 di bandar yang sama pada Jun 2003.

Diikuti dengan sebuah rumah ladang di luar Hertford pada harga £2 juta dibeli dalam bulan Oktober tahun yang sama.

Ahli Sihir Lakonan, Ahli Sihir Pelaburan

Melihat perjalanan hidup yang dilalui oleh ketiga-tiga bintang filem Harry Potter ini,dapat disimpulkan bahawa hanya sebilangan kecil kanak-kanak mendapat peluang membina kerjaya dan memperoleh kekayaan pada usia yang muda.

Namun, adalah satu perkara menakjubkan apabila melihat kanak-kanak ini berfikiran jauh dan menyalurkan wang yang mereka peroleh itu di dalam saluran yang betul. Seorang penganalisa hartanah di PrimeLocation.com iaitu Nigel Lewis telah berkata bahawa bintang-bintang Harry Potter sememangnya telah menunjukkan kesan keajaiban masa yang betul di dalam membuat pelaburan hartanah.

Mereka juga cukup bijak dengan melabur di lokasi antara yang paling hangat di dunia. Nigel pasti bahawa ketiga-tiga mereka tidak perlu bekerja lagi sebaliknya wang yang akan terus bekerja dan mencipta magik kekayaan untuk mereka walaupun dunia magik di dalam filem sudah berakhir.

Kredit gambar: Static, RupertGrint, VentureBeat


Tags: , ,

Komen (4)

  1. Untungnya mereka, muda lagi sudah mempunyai aset berjuta. Siapalah mentor mereka? Tidak mungkin mereka tiba-tiba terfikir untuk beli hartanah.

  2. Ada banyak duit sedap la main hartanah.. Kita yg x berapa ada duit ni camne nak main hartanah..
    Nak cari 10% pun dah sangkut.. hehe..
    Marah Abg Saufi Karim.. Nak kena belajar PHTM ni..

Pendapat anda?