Mistik Kekayaan – Mesti ‘Buy Low Sell High’ Tetapi…

September 25, 2012 — Penulis:

Kategori: Pelaburan / Saham

Chains of habit are too light to be felt until they are too heavy to be broken. – Warren Buffett

mistik-kekayaan-buy-low-sell-high

“Pakdi, kenapa asyik sentiasa cakap pasal menyimpan?”

“Sampai bila kena menyimpan?

“Apalah Pakdi tu, patut suruh orang tambah duit, berniaga dan melabur. Ini suruh berjimatlah, menyimpanlah. Mana boleh jadi kaya dengan cara macam tu.”

Semua orang tahu solat itu tiang agama.

Realitinya berapa ramai yang menyempurnakan solat 5 waktu sehari semalam?

Kalau kita belajar dengan mana-mana ustaz sekalipun pasti mereka berkata, “Siapa tidak bersolat tidak dapat masuk syurga.”

Semua orang tahu.

Sedikit Tapi Sukar

Tahukah kita sekiranya 25 minit digunakan untuk bersolat 5 waktu, kita cuma menggunakan 1.8% dari 24 jam sehari. Banyak lagi masa kita guna untuk tidur. Mesyuarat kita di pejabat lebih panjang. Menonton wayang yang kita suka tidak terasa 3 jam berlalu.

Walaupun perlu masa cuma 1.8% solat adalah berat bagi mereka yang tidak sempurna imannya.

Nabi Muhammad saw mengajar umatnya bersolat dari usia 7 tahun. Masuk usia 10 tahun, tidak bersolat maka ibu bapa dibenarkan memukul anak tersebut. Disiplin.

Malah, Allah suka kita yang bersolat dan mengingati diri-Nya ketika orang lain lupa. Seperti solat dhuha ketika orang lain sibuk di tempat kerja, berdoa & berselawat ketika masuk ke pasar ketika orang lain sibuk berniaga dan solat malam ketika orang lain lena tidur.

Rezeki berganda-ganda kepada mereka yang mengamalkannya.

Dapat, Simpan, Belanja.

Nabi Yusuf sebut, “Apa yang kamu tuai hendaklah disimpan bersama tangkainya, selebihnya baru makan.”

Kenapa kena simpan?

Nabi Yusof menjawab lagi, “Untuk bersedia pada zaman susah dan sebagai modal untuk menanam benih baru selepas habis masa susah.”

Ini adalah prinsip kewangan Islami yang Allah rakamkan dalam surah Yusuf 47 – 49. Petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.

Kenapa Kena menyimpan?

Menyimpan RM100 sebulan, atau cari cara jimat RM100 sebulan untuk membolehkan kita mula menyimpan. Lepas setahun baru ada RM 1,200.

mistik-kekayaan-buy-low-sell-high-1

Aduh, lambatnya.

“Sebab itu Kiyosaki cakap savers is loser. Engkau susah-susah menyimpan buat apa. Menyimpan tidak akan buat engkau jadi kaya. Mari buat duit dengan skim aku. Jika tiada duit, engkau boleh buat personal loan.”

Menyimpan adalah sebahagian dari proses jadi kaya. Malah betul, menyimpan semata-mata tidak jadikan kita kaya. Seorang anak kecil perlu melalui proses merangkak sebelum pandai berjalan. Kajian terkini menunjukkan anak kecil yang tidak melalui proses merangkak, berpotensi mempunyai masalah tertentu berbanding anak yang merangkak terlebih dahulu.

Saya ulang, lebih berpotensi tetapi tidak semestinya berlaku.

Dari sudut pengurusan kewangan, menyimpan mendidik, mengajar dan mentarbiyyah diri kita menjadi penyabar serta berdisiplin. Maksudnya, orang yang menyimpan lebih berpotensi untuk jadi kaya berbanding orang yang tidak menyimpan.

Sebabnya ada juga orang yang tidak suka menyimpan jadi kaya raya. Antaranya, dia ada ada bisnes sendiri dan pendapatannya lebih daripada cukup. Atau, keluarganya kaya makan tujuh keturunan tidak habis. Atau dapat rezeki terpijak seperti berkahwin dengan anak raja dan orang kaya.

Bila Masa yang Sesuai Untuk Melabur?

The best time to invest is when you have money – John Templeton.

Hari ini barangkali kita dapat membuat pembiayaan peribadi dengan bank untuk melabur. Tunjuk slip gaji terus dapat RM48,763. Berbanding simpan RM100 sebulan selepas setahun baru dapat RM 1,200.

Namun, saya suka jika kita tetap menyimpan terlebih dahulu walaupun cuma RM50 sebulan. Jadikan menyimpan itu sebagai habit. Pastikan sampai kita tidak lagi merasakan menyimpan itu satu beban walaupun sudah menyimpan 30% daripada gaji.

Sekiranya kita tidak bersabar dan berdisiplin untuk menyimpan kita tidak dapat jadi pelabur hensem yang baik. Sekiranya menyimpan itu sukar, melabur itu adalah lebih sukar.

Jangan merendah-rendahkan kepentingan sabar & disiplin dalam melabur.

Jika tidak, kita pasti tidak dapat membuat cara buat untung dalam pelaburan yang satu dunia tahu tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

“Buy low sell high.”

 

Kredit gambar dari Flickr:(Philip Taylor PT), Jeff Belmonte)


Tags: , , ,

Komen (20)

  1. Terima kasih berkongsi. Setakat ini saya masih berjaya menyimpan 30% daripada gaji walaupun kadang-kadang terasa juga bebanannya. 😉

  2. Tq Pakdi,byk benda yg saya pelajari dr anda walaupun x pernah bersua….dan alhamdullilah ilmu yg diberi telah dipraktikkan dan sy minta halalkan ilmu yg diberikan…

  3. Menyimpan dapat mengajar kita erti disiplin. Tanpa disiplin, pelaburan yang mungkin kita akan ambil di masa hadapan juga tidak akan berjaya. Pelaburan dalam bentuk ilmu adalah pelaburan terbaik. Ilmu tidak akan habis apabila digunakan, malah akan bertambah-tambah dari masa ke semasa. \\(^__^)//

  4. ibu saya juga suruh saya simpan duit, biar sikit tapi biar labur dalam bank atau ASM.

    bila dah banyak duit dalam FD, baik start labur dalam saham blue chip. ini kena banyak sabar bila tambah pengetahuan pasal saham

  5. Kita lebih menghargai duit penat lelah menyimpan daripada duit dari sumber pembiayaan peribadi. Menyimpan juga dapat membina Tabung Kecemasan sekiranya berlaku ‘darurat kewangan’ seperti kerosakan kereta dll.

  6. ABDUL GHAFAR BIN ALIMAN
    April 6, 2013

    saya nak bertanya,macam mane nak berniaga?saya seorang student,tiada kewangan,perlajar sepenuh masa.saya hendak hidup senang,saya amat meminati dalam bidang perniagaan

Pendapat anda?