Strategi Pemasaran Jenama Besar Memanipulasi Pembeli

November 11, 2011 — Penulis:

Kategori: Penjenamaan

Apabila memperkatakan mengenai pemasaran, saya pasti ramai pembaca yang sedia maklum tentang topik ini. Malah bahan-bahan bacaan yang membincangkan mengenai topik pemasaran terdapat banyak dalam pasaran.

Tip Pemasaran

Bagi mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan, pemasaran merupakan salah satu aspek penting yang sangat diambil berat kerana hanya dengan pemasaran, kewujudan sesuatu perniagaan itu akan disedari oleh pasaran.east inflatables warehouse

Bagi kebanyakan perniagaan, pemasaran kebiasaannya bermula dengan pengiklanan sama ada di media cetak atau media elektronik, penyebaran risalah atau brosur, pengiklanan di internet dan sebagainya yard inflatables.

Tetapi bagi jenama-jenama besar, strategi pemasaran mereka bermula awal sebelum itu lagi dan strategi pemasaran tersebut lebih kompleks berbanding strategi pemasaran jenama-jenama biasa.

Bagi manfaat para pembaca, artikel bersiri ini akan mendedahkan strategi-strategi tersebut, yang telah dikaji oleh pakar-pakar pemasaran di Barat,  yang digunakan untuk memanipulasi minda kita serta memujuk kita untuk membeli jenama-jenama tersebut.

Bermula Sejak Kita Berada di Dalam Kandungan Ibu

Ramai yang tahu, bayi yang masih berada di dalam kandungan ibu mampu mendengar suara si ibu serta bunyi-bunyi dalaman badan yang lain seperti degupan jantung si ibu.

Kandungan Bayi - Foetus

Kajian menunjukkan, bayi di dalam kandungan juga mampu mendengar bunyi-bunyi dari luar kandugan dengan jelas dan bunyi seperti muzik mampu membentuk citarasa mereka apabila dewasa kelak.

Menurut pengkaji di Universiti Helsinki, Finland, muzik mempengaruhi memori bayi di dalam kandungan. Apabila si ibu kerap mendengar sesuatu muzik yang sama, bayi di dalam kandungannya akan belajar mengenali irama muzik tersebut dan cenderung menyukainya berbanding irama muzik yang lain (mungkin kerana sebab ini saya masih gemar mendengar muzik dari zaman grup D’lloyd dan Sweet Charity).

Pengkaji dari Universiti Queen di Belfast pula mendapati bayi yang baru dua hingga empat hari dilahirkan menunjukkan kecenderungan menyukai muzik yang kerap didengari oleh ibu mereka. Bayi-bayi tersebut didapati lebih menumpukan perhatian, kurang meragam, lebih tenang dan degupan jantung mereka juga menjadi perlahan.

Dengan erti kata kata lain, sebaik sahaja kita dilahirkan, secara biologinya kita telah ‘diprogramkan’ untuk menyukai bunyi dan muzik tertentu.

Sebuah pusat membeli terkemuka di Asia (yang dirahsiakan namanya oleh para pengkaji) menghasilkan strategi pemasaran berdasarkan fakta ini di mana mereka menyasarkan golongan ibu mengandung melalui kaedah pemasaran yang menggabungkan muzik dan juga bau-bauan (kajian juga menunjukkan bauan yang sering kita bau ketika membesar mampu mempengaruhi emosi).

Golongan ibu mengandung dipilih kerana di saat ini wanita akan mengalami perubahan hormon dan ini akan mempengaruhi emosi mereka yang sedang berada dalam keadaan gementar untuk menunggu saat melahirkan bayi. Dalam keadaan ini, ibu mengandung secara amnya mudah dipengaruhi.

Bagaimana pusat membeli belah tersebut melakukannya ? Pertama, mereka menyembur bau bedak bayi Johnson & Johnson di bahagian pakaian. Kemudian wangian ceri pula disembur di bahagian produk makanan dan minuman.

Kemudian, lagu-lagu  dari zaman wanita-wanita tersebut dilahirkan dan membesar dimainkan bagi mencetuskan memori positif dari zaman kanak-kanak mereka.

Hasilnya? Jualan di pusat membeli belah tersebut daripada kalangan ibu-ibu mengandung meningkat.

Pengaruh makanan

Satu lagi kajian yang dijalankan oleh Royal Veterinary College di London mendapati apa yang dimakan oleh ibu mengandung juga akan mempengaruhi corak pemakanan bayi apabila lahir.

Pengaruh Makanan Dalam Pemasaran

Ini diperkuatkan lagi oleh hasil kajian Harvard Medicine School yang mendapati ibu-ibu yang mencapai berat badan yang berlebihan  semasa mengandung akan menyebabkan anak-anak mereka mengalami berat badan berlebihan sewaktu mereka membesar nanti.

Berdasarkan hasil kajian ini, Kopiko, jenama gula-gula terkenal di Filipina, telah mengedarkan gula-gula percuma di hospital-hospital untuk diberi pada ibu-ibu mengandung di wad-wad bersalin, dan juga yang datang mendapatkan pemeriksaan.

Hasilnya, tidak berapa lama selepas itu produk Kopiko yang seterusnya dilancarkan mendapat sambutan yang mengalakkan dari kalangan kanak-kanak yang lahir selepas strategi pemasaran itu dilaksanakan. Ibu dan kanak-kanak yang ditemubual mengatakan rasa gula-gula tersebut membangkitkan rasa nostalgia mereka.

Malah terdapat beberapa ibu yang mengakui memberikan bayi mereka rasa Kopiko untuk apabila bayi mereka meragam. Dan kini, Kopiko merupakan jenama ketiga terbesar di Filipina.

Artikel akan datang : Bagaimana dan mengapa jenama besar menyasarkan golongan bayi dalam pemasaran mereka ?

Kredit gambar: (kate.gardiner, octavus


Tags: , , , , , , , , , ,

Komen (2)

Pendapat anda?