Strategi Sebenar – Cara Menjual Dengan Lebih Terhormat Di Facebook

May 13, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

Semua orang tahu apa itu Facebook. Daripada kanak-kanak sehingga golongan emas tahu Facebook ialah satu medium untuk bersosial di Internet.

Atas nama medium sosial ini juga, maka ramai usahawan menggunakan medium ini untuk melakukan jualan dan pemasaran. Apa tidaknya, jutaan umat berkumpul di Facebook dan sudah pastinya ia merupakan lubuk bisnes.

Maka semakin ramai usahawan yang ghairah mempromosi produk mahupun bisnes masing-masing.

Keghairahan yang membawa kepada bencana..

Akibat terlalu ghairah, ramai yang tidak faham apa itu medium sosial dan bagaimana untuk berniaga di medium sosial. Ada yang kena ‘UNFRIEND’, ada yang kena maki dan ada juga yang kena padam post promosinya.

… kenapakah ini boleh berlaku?

Dalam keghairahan tersebut usahawan tidak sedar yang beliau sebenarnya sedang melakukan ‘SPAM’.  Apa itu ‘SPAM’? Ia adalah promosi, iklan serta mesej jualan yang diletakkan tanpa kebenaran serta boleh mengganggu emosi orang lain

bencana

Jika kita lihat di facebook sendiri ‘SPAM’ yang dilakukan adalah seperti :

  • Meletakkan promosi jualan di ‘wall’ orang lain.
  • Meletakkan promosi jualan di tengah-tengah perbincangan ‘wall’ orang lain
  • Dengan penggunaan gambar mereka ‘tag’ nama-nama orang lain
  • Dan banyak lagi…

Usahawan yang melakukan aktiviti di atas menganggap bahawa promosi yang mereka lakukan bakal mendatangkan hasil lumayan. Rupa-rupanya mereka silap. Mereka dilihat sebagai usahawan yang:

  • Terdesak menjual kerana sanggup melakukan ‘SPAM’
  • Amat menjengkelkan kerana sering menyelit dalam perbualan orang lain.
  • Tidak ‘pro’ dalam jualan.
  • Rendah ilmu komunikasinya
  • Dan banyak lagi tanggapan yang negatif.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah cara usahawan boleh menjual tanpa melakukan ‘SPAM’?

3 Langkah Mudah Menjual Di Facebook

Amalan melakukan ‘SPAM’ ini boleh dielak apabila kita ada sistem jualan yang betul. Sistem dimana kita tidak memaksa prospek untuk membeli tetapi prospek bersedia menerima mesej jualan kita.

strategi menjual di fb

Salah satu caranya adalah dengan melakukan 3 langkah jualan dan semuanya ini boleh dilakukan dengan hanya menggunakan ‘post wall’ sahaja.

 

1. Tuliskan satu iklan pendek seperti yang dinyatakan di atas contohnya memberikan tip percuma dan letakkan satu ‘link’ untuk bawa pembaca membaca tip percuma tersebut di satu ‘post’ yang lain.

2. Di ‘post’ tersebut di hujung perkongsian tip maka perkenalkan produk kita dan berikan ‘link’ lain untuk bawa pembaca yang ingin memiliki produk kita.

3. Di ‘post’ seterusnya maka kita tuliskan skrip jualan dimana di sinilah kita betul-betul menjual.

 

Tarik Perhatian dan arahkan pembaca untuk klik ke ‘post’ perkongsian tip

 3-langkah-jualan

Tarik minat dan arahkan pembaca untuk klik ke ‘post’ surat jualan

Jana kehendak dan tindakan pembaca untuk membeli. Berikan panduan kepada prospek bagaimana mereka boleh membeli.

Dengan melakukan 3 langkah mudah di atas, anda bukan sahaja bakal mendapatkan keyakinan daripada orang ramai serta meningkatkan kredibiliti anda dan perniagaan anda, anda juga dapat mengaut untung yang lumayan dengan mudah dan disenangi setiap pengguna Facebook yang lain. Katakan TIDAK pada SPAM!


Tags: , , , , , ,

Komen (15)

  1. Strategi ini memang memberi nilai tambah bagi diri saya untuk promosikan produk affiliate dan produk pertama saya. 🙂

    Moga Tuan Zahrul Azua dapat kongsikan lagi artikel berkaitan promosi produk di fesbuk. 🙂

    1. Sama-sama… yang penting laman facebook ini untuk bina hubungan dan cara terbaik untuk bina hubungan dalam komunikasi adalah BERKONGSI… 🙂

    1. Salah satu cara terbaik untuk tarik pembaca adalah dengan soalan. Tekniknya adalah dengan tukarkan apa yang pembaca mahu dalam bentuk soalan. Contohnya prospek nak kulit muka jadi cerah maka kita tukarkannya menjadi soalan…

      ” Siapa di sini yang mahu mencerahkan kulit muka dalam masa yang singkat ? ”

      Soalan ini akan lebih memberi impak.

  2. Kesilapan yang banyak dilakukan oleh Newbie. Termasuk saya suatu ketika dahulu – sebelum mula bisnes. Apabila sudah semakin lama belajar dan lihat orang-orang berjaya buat bisnes, baru sedar kesilapan. Apabila ada orang buat SPAM pada saya, baru tahu rasanya. Lepas itu saya berhenti, dan muhasabah diri. -_-

    Belajar daripada kesilapan lalu.

    Insya’ Allah cuba memperbaiki ilmu dan kemahiran daripada masa ke semasa. Saya suka baca tulisan Tuan Zahrul Azua dalam MajalahNiaga ini. Teruskan usaha! 😀

  3. Perkenalkan saya Bambang dari Indonesia. Salam satu rumpun. Artikelnya sangat menarik Pak. Disatu sisi ada ilmu cara menjual di facebook yang baik dalam arti yang sebenarnya, Sisi lain merupakan kampanye memerangi SPAM. Sukses selalu Pak.

Pendapat anda?