Sukan Olimpik 2012 & Pengaruh Luar Biasa Sosial Media (Infografik)

August 02, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Sukan Olimpik adalah salah satu acara sukan yang tertua, dimana acara ini dilangsungkan sekali dalam tempoh 4 tahun di negara penganjur yang berbeza. Dalam tempoh ini, kesemua atlet seluruh berlatih sebagai persediaan untuk merangkul kejuaraan dan pingat emas untuk setiap acara pertandingan.

sukan olimpik 2012

Tidak ketinggalan juga teknologi yang makin membangun dengan pesat dan cepat, jika dibandingkan dengan Olimpik Beijing 4 tahun yang lalu. Masyarakat seluruh dunia banyak mendapat informasi serta maklumat terkini yang berkaitan dengan Olimpik melalui internet, berbanding 4 tahun yang lalu.

Infografik yang dikeluarkan oleh Pappas Group ini mendedahkan segala-galanya dengan membandingkan keupayaan sosial media pada acara Olimpik tahun 2008 dan tahun 2012.

(Klik untuk imej yang lebih besar)

Infografik ini memaparkan beberapa statistik yang sangat menarik , antaranya :

  • Bilangan ‘view’ pada video di Youtube setiap hari sekarang adalah 4 billion, berbanding 133 juta pada 2008.
  • Bilangan pengguna Facebook pula meningkat naik daripada 100 juta pada tahun 2008 kepada 900 juta pada tahun ini!
  • 3 saluran yang digunakan oleh penaja Olimpik iaitu melalui laman web mereka, Youtube dan Twitter

Adakah peningkatan drastik ini berkait rapat dengan industri perniagaan tempatan? Sukan Olimpik adalah salah satu contoh bagaimana anjakan positif mempengaruhi tingkah laku, trends pengguna. Bagi kami, sudah menjadi kepentingan semua jenis perniagaan menggunakan sepenuhnya saluran sosial media (Facebook, Twitter dan sebagainya) untuk berhubung dengan sasaran prospek!

Sepertimana yang kami hasilkan iaitu, Twitter Majalah Niaga & Facebook Majalah Niaga. Bagaimana pula dengan anda?


Pendapat anda?