Surat Jualan Fizikal – Antara Senjata Jualan Hebat Yang Sering Dipinggirkan

June 10, 2013 — Penulis:

Kategori: Pemasaran / Strategi Online & Offline

“Many a small thing has been made large by the right kind of advertising.”
-Mark Twain

Ketika awal pembabitan saya dalam perniagaan pemasaran informasi sekitar tahun 2006 dahulu, saya sendiri boleh dikatakan buta dalam pemasaran internet.

Pada masa itu, saya hanya memasarkan produk-produk informasi dengan menggunakan pengiklanan surat khabar yang digabungkan dengan gaya pos. Ketika itu pejabat pos di kawasan perumahan saya seolah-olah menjadi pusat jualan untuk semua perniagaan saya.

Sistem perniagaan saya bermula dengan meletakkan iklan kecil di surat khabar tabloid. Di dalam iklan tersebut disertakan sekali arahan kepada sesiapa yang berminat untuk membeli produk yang saya jualkan supaya mereka SMS nama dan alamat ke nombor telefon yang saya berikan.

Prospek yang bertindak balas dengan iklan tersebut atau dalam kata lainnya yang SMS kan nama dan alamat mereka, saya akan poskan pula kepada mereka satu surat jualan. Surat jualan yang saya poskan itu kadangkala ada yang hanya satu muka surat sahaja dan ada juga yang mencapai sehingga enam helai banyaknya.

Mengikut pengalaman saya sendiri, kebanyakkan produk-produk yang dijual dengan harga RM60 ke atas berjaya dijual hanya menggunakan surat jualan fizikal, terutamanya yang dihantar melalui pos laju. Ini kerana keupayaan untuk hasilkan jualan jauh lebih tinggi dan lebih diyakini pengguna.

Surat Jualan Fizikal – Antara Kepentingan & Keuntungan!

Pada hari ini surat jualan fizikal sangat kurang penggunaannya. Ini mungkin kerana usahawan terpaksa mengeluarkan kos yang sedikit tinggi seperti kos kertas, setem dan cetakan berbanding menggunakan emel.

surat-jualan-bentuk-fizikal

Hakikat sebenar yang mungkin kita tidak sedar ialah syarikat-syarikat besar juga turut menggunakan teknik surat fizikal bagi meningkatkan keuntungan perniagaan mereka.

Jika anda perasan pihak bank, syarikat hypermarket mahupun syarikat insurans kini menggunakan surat fizikal bagi menarik pelanggan baru dan pelanggan sedia ada untuk terus menggunakan perkhidmatan mereka.

Dari segi emosi pula, surat fizikal akan lebih menyentuh emosi jika dibandingkan dengan surat digital.

Contohnya katakan pada hari lahir anda, anda terima satu kad ucapan daripada seorang rakan anda dan di dalamnya ditulis dengan tulisan tangan dan pada masa yang sama anda juga ada terima satu sms ucapan hari lahir dari seorang lagi rakan anda.

Jika dibandingkan dengan kedua-dua ucapan tersebut yang mana satu anda rasa lebih menyentuh emosi anda secara menyeluruh?

Dari hasil kajian yang dilakukan, sudah pasti 100% bahawa kad ucapan fizikal akan lebih menyentuh emosi manusia berbanding dengan sms kerana ia lebih memberikan nilai sentimental kepada manusia yang menerimanya.

Selain itu, penggunaan surat fizikal dalam kerja-kerja pemasaran mahupun jualan ini juga mampu…

    • Membuatkan kempen jualan kita lebih menyentuh emosi prospek.
    • Meningkatkan lagi jalinan hubungan dengan prospek.
    • Menyebabkan anda lebih diingati oleh prospek.
    • Memperlihatkan keunikan anda kerana tidak ramai yang menggunakan kaedah pemasaran surat fizikal.

Gandakan Keuntungan Anda Dengan Strategi Sebenar!

Jika anda telah memiliki perniagaan dan telah mempunyai pelanggan anda sendiri, ketahuilah bahawa 80% dari keuntungan perniagaan sebenarnya datang dari 20% pelanggan sahaja. 20% pelanggan inilah merupakan pelanggan berulang anda.

Jadi jangan lupa mendapatkan maklumat penting dari pelanggan seperti nama dan alamat agar anda boleh hantarkan surat jualan fizikal untuk pelbagai tujuan. Ini termasuklah sama ada anda mahu melakukan ‘upsell’ ataupun mungkin anda mahu menarik pelanggan-pelanggan anda tersebut untuk datang semula kepada anda.

Penggunaan surat jualan fizikal ini sangat efektif terutamanya ke atas pelanggan yang sedia ada berbanding dengan PROSPEK atau yang belum menjadi pelanggan anda. Ini kerana pelanggan sedia ada sememangnya telah mengenali anda dan telah biasa berurusan dengan anda.

Jika mereka ini sememangnya cukup berpuas hati dengan produk ataupun perkhidmatan yang anda berikan, ditambah dengan kempen pemasaran melalui surat jualan fizikal yang akan memberi kesan terus ke emosi pelanggan anda. Ini akan membuatkan pelanggan anda akan rasa lebih dihargai dan dihormati.

Apa yang perlu anda miliki sekarang adalah ilmu membina surat jualan fizikal kerana ianya merupakan senjata berharga buat anda. Mana mungkin anda harus menolak penggunaan surat fizikal sedangkan syarikat-syarikat besar sendiri menggunakan kaedah yang sama untuk menggandakan keuntungan mereka.

 

(Sumber gambar: Horten123titanium22,)


Tags: , , , , , , , ,

Komen (7)

  1. Saya setuju dengan tuan. Penggunaan kad ucapan fizikal lebih membawa impak kepada prospek daripada segi emosi dan lebih bermakna.

    Soalan saya, bagaimanakah untuk menstrukturkan surat jualan fizikal? Adakah ianya sama seperti surat jualan online?

    Harap tuan sedia berkongsi tips. 🙂

    1. Struktur surat jualan fizikal ini bergantung kepada perkara. Samada ianya…

      1) Untuk surat formal (surat rasmi – B2B)
      2) Untuk pelanggan (B2C)
      3) Samada untuk jualan pertama kali atau jualan follow up kepada prospek atau upsell kepada buyer list kita.
      3) Bajet (jumlah kertas / urusan pos)

      Yang pernah saya lakukan dahulu adalah surat jualan kepada prospek yang untuk kali pertama jualan saya hasilkan antara 2 ke 6 muka surat yang berbentuk seperti artikel di akhbar yang ada 2 kolum pada setiap muka surat.

      Harap ini beri sedikit pencerahan

    1. Mungkin banyak namun jika kita pandai jadikannya sebagai satu ‘Upsell Weapon’ yang boleh ‘cover’ kos yang terlibat ianya akan menjadi senjata jualan yang amat berkesan.

  2. Saya gunakan medium ‘surat jualan’ ke sekolah-sekolah untuk tawarkan khidmat ‘Pengurusan Sukan Tradisional’ dan hasilnya sangat mengujakan. Saya setuju dengan penulis bahawa surat jualan punya suntikan emosi + suntikan peribadi.
    Satu teknik yang saya gunapakai ialah menggunakan ‘nama personal’ instead of ‘nama jawatan’ satu-satu individu tersebut. Ini dapat memberi impak suntikan peribadi kepada pembaca.

    1. Yatinordin,

      Terima kasih atas perkongsian. Betul tu memang kena cari juga nama pegawai yang bertanggung jawab… barulah terkesan sampai emosinya. Tahniah.

Leave a Reply to Zahrul Azua Batal (Cancel)