Teknik Beli Rumah Tanpa Modal

July 09, 2012 — Penulis:

Kategori: Artikel

Saya seringkali mendapat emel dan juga pertanyaan daripada pembaca blog saya tentang bagaimana mereka mampu membeli rumah walaupun tiada modal.

logo

Sebenarnya rata-rata kita rakyat Malaysia tahu yang hartanah merupakan satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

Namun kebanyakan kita tahu untuk membeli rumah mesti ada modal. Kadang-kadang modal yang diperlukan sangat tinggi bergantung kepada harga rumah yang mahu dibeli.

Keluar Gelanggang Awal

Ini membuatkan ramai rakyat Malaysia tarik diri awal untuk memiliki rumah, dan sanggup menyewa sehingga 10 hingga 15 tahun.

Mengaku kalah

Saya ingin berkongsi dengan pembaca Majalah Niaga bagaimana kita boleh membeli rumah, dengan tanpa perlu membayar wang pendahuluan yang tinggi.

Saya telah mempraktikkan dan saya percaya pembaca semua juga mampu berbuat demikian. Apakah yang dimaksudkan dengan tanpa modal?

Mari saya jelaskan kepada anda tentang konsep beli rumah tanpa modal ini.

Mengikut pengalaman saya, beli rumah tanpa modal ini bermaksud anda tidak perlu membayar wang pendahuluan atau wang muka yang tinggi.

Teknik Beli Rumah Tanpa Modal

Oleh itu, saya bahagikan kepada dua teknik yang cukup berkesan untuk anda beli rumah tanpa modal.

#1 – Rumah Diskaun 10%

Saya cadangkan kepada pembaca yang dihormati sekalian. Apabila anda mahu membeli rumah pertama, kedua atau ketiga untuk pelaburan, anda mesti mencari rumah yang memberi diskaun sebanyak 10%.

Beli Rumah Diskaun

Kebanyakan pemaju sekarang telah berevolusi dan mempunyai inovasi baru dalam menarik perhatian pembeli rumah. Ini terjadi disebabkan harga rumah yang terlalu tinggi di lokasi panas.

Lokasi panas ditakrifkan sebagai lokasi yang mempunyai kemudahan awam yang banyak, dan berdekatan dengan akses lebuhraya dan jalanraya yang mudah untuk ke bandaraya besar, serta bandar-bandar yang berhampiran yang lain.

Apabila anda berjaya memperolehi diskaun 10% pada harga rumah baru, anda boleh membuat permohonan pembiayaan rumah sebanyak 90%.

Mengikut peraturan Bank Negara, pembelian rumah pertama dan rumah kedua layak untuk anda memohon dan memperolehi 90% pembiayaan atau pinjaman rumah.

Oleh yang demikian, rumah anda akan dibiayai dengan bank daripada mula anda buat tempahan sehinggalah rumah anda siap dibina.

#2 – Beli Rumah Terpakai Tanpa Bayar Wang

Teknik yang kedua ini memerlukan usaha yang lebih. Anda perlu membuat perbincangan dengan pemilik rumah terpakai.

Perbincangan anda mesti tertumpu kepada bagaimana anda boleh membeli rumah tersebut dengan mendapat kelulusan bank 100%.

Beli rumah terpakai

Pada hakikatnya pihak bank hanya mampu memberikan anda 90% pinjaman. Tetapi disebabkan perbincangan anda dengan pemilik berjaya, maka seakan-akan anda membeli rumah dengan pembiayaan 100%.

Jika ini berlaku, anda telah menjalankan pembelian rumah dengan tanpa modal.

Cara ini yang digunakan saya ketika baru-baru hendak membeli rumah. Melalui cara ini, saya tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang banyak hanya untuk memiliki rumah terpakai.

Cuma seperti yang saya katakan, anda perlu berusaha lebih untuk mendapatkannya. Jika menjadi, usaha anda sangatlah berbaloi untuk memiliki rumah idaman anda tersebut.

Saya berharap pembaca Majalah Niaga berpuas hati dengan 2 teknik berkesan yang saya ingin berkongsi dengan anda semua.

Jika diberi peluang saya mahu berkongsi dengan anda bagaimana dengan membuat pelaburan hartanah tanpa modal ini, membolehkan saya membuat pelaburan lain seperti saham untuk menjana pendapatan tambahan.

Kredit: DWS Update. Mark and Angel, Delta Shadow, Finance Central.


Tags: , , ,

Komen (15)

  1. Assalamualaikum Tuan,

    Saya berminat untuk belajar lebih lanjut berkenaan hartanah ini..

    Apakah url blog Tuan? Adakah Tuan menganjurkan seminar?

    terima kasih

  2. baik beli rumah mahal dr beli kereta mahal.. ade org beli harga kereta lbh mahal dr harga ruma..kereta susut nilai tp rumah naik nilai.. rumah makin lama makin naik berbeza dgn kereta.

  3. saya berminat ingin menceburi bab-bab beli rumah tanpa modal? jika dapat sebuah rumah, bagaimana utk membelinya sekiranya gaji bersihpun amat sedikit, susah dan kurang yakin bila ke bank atau berurusan pemaju perumahan. saya sekadar ingin belajar dan memanbah pendapatan sampingan. Bolehkah hubungi saya 0178949384.

  4. sy nk beli rumh secondhand, tp sy xde modal.. Mksud sy utk urusan lowyer sume tu.. Boleh bgtaw x budget utk lowyer sume tu…

    1. Salam, tentang yuran guaman, kebiasaannya Rumah yang berharga rm200,000 contohnya, untuk rm150,000 yang pertama, 1% dikenakan. ;) dan kemudian ke rm1juta dikenakan 0.7%.

      Untuk lanjut boleh join forum SK atau dapatkan Ebook PHTM.

  5. salam SK, saya nak tanya adakah SK ni PH baru sbb sy sblm ni (tahun ni) xpernah dengar pon nme SK…tak sperti name PH lain..DSR, Tn Bri, Abgensem dll…skdar btanya sahaja

    wbmpun dgn melihat dan mendengar penjelasan ringkas mengenai PHTM di laman web tuan sy ckup berminat..so bagaimana caranya nk melibatkan diri dlm pelaburan ini

  6. Saya baru first time nak beli rmh tpi duit muka mmg x ada.saya nk beli rmh second hand harga 65k directs dgn owner..klau saya bt pnjamn dgn bank 100k agak2 blh lulus x pnjamn saya?tpi saya nk bincang dgn owner dia x kesah.adakah bank akan memberi pnjamn mengikut market pasaran?

    1. Salam Azmir, Terima kasih Kerana bertanyakan soalan tersebut.
      Bank Akan ikut harga pasaran Rumah tersebut. Cuba dapatkan nasihat bank pinjaman Rumah atau pinjaman peribadi Lebih menguntungkan.

      Kebanyakan bank Akan melihat amaun pinjaman Rumah juga untuk meluluskan permohonan. Kalau kecik amaun mereka tidak gemar memberi pinjaman.

  7. Sala m tuan ,saya ne masih menta
    h dlm soal hRtanah .jika rumah rm 250k yuran guaman tu bape tuan

  8. Salam tuan, ada ke kite beli rumah mcm keta pihak penjual bolek pakat n bank ttg kadar peratus

Pendapat anda?