Teknik Rumah Rosak – Rahsia Beli Rumah Bawah Harga Pasaran

October 31, 2012 — Penulis:

Kategori: Hartanah / Pelaburan

“Su jadikah beli rumah yang Su tengok semalam?”

rumah-rosak-

Soal aku pada Ina, adik bongsuku.

“Tidak jadi, Long. Rumah itu teruk sangat rosaknya. Banyak benda yang Su perlu perbaiki. Silap hari bulan, lagi banyak duit yang Su perlu keluarkan untuk baiki rumah itu.” Jawab adik bongsuku memberi alasan.

Ya, saya dapat rasakan yang bukan sahaja adik saya yang berpendapat sedemikian terhadap rumah yang rosak teruk. Malah kebanyakan daripada pembaca pasti turut ‘melarikan diri’ apabila berhadapan dengan masalah sebegini.

Rahsia & Peluang Beli Rumah Murah

Tetapi adakah para pembaca tahu yang ianya sebenarnya membuka peluang kepada anda untuk mendapatkan rumah yang bernilai di bawah harga pasaran (market value)?

Ia juga adalah jawapan saya terhadap apa yang telah saya praktikkan selama ini bagi mendapatkan diskaun untuk rumah yang saya ingin miliki. Dalam erti kata lain, semakin teruk rosaknya rumah yang ingin saya beli, maka semakin banyak diskaun yang bakal saya minta daripada si penjual atau pemilik rumah.

Ini yang saya maksudkan sebagai penambah nilai bagi rumah sub-sale yang ingin saya beli.

Bagi anda yang telah membaca tentang teknik terdahulu yang telah saya tulis dalam artikel bulan lalu, teknik rumah rosak ini bolehlah diibaratkan sebagai pelengkap terhadap teknik ‘muka sembelit yang saya tulis itu.

Ini kerana si muka sembelit yang selalu saya bawa sebagai peneman kebiasaannya adalah kontraktor atau pun seseorang yang tahu tentang anggaran kerosakan bagi sesebuah rumah.

Berbekalkan kos yang dianggarkan oleh si peneman yang bermuka sembelit itu, maka jumlah tersebut yang akan menjadi taruhan saya untuk meminta diskaun tambahan dari si penjual atau pemilik rumah.

Penjual Terdesak Mesti Tersedak

Bagi mereka yang berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai wang untuk membaikinya, sudah pasti diskaun tambahan yang saya minta akan dipersetujui tanpa banyak bicara.

 

Malah jika kos yang dianggarkan oleh si peneman bermuka sembelit itu melebihi kos yang sepatutnya, tidakkah itu akan menguntungkan saya akhirnya?

Kesimpulannya, mendapatkan rumah di bawah harga pasaran bukan sesuatu yang mustahil sekiranya anda tahu akan teknik dan kaedah bagi mendapatkannya.

Malah saya dapat rasakan yang teknik dan kaedah ini bukan asing untuk anda fikirkan.

Namun, kadangkala sesuatu yang mudah seperti ini amat jarang untuk kita ambil peduli dan hasilnya, ramai yang pasti akan berkata,

“Mana mungkin ada lagi rumah di bawah nilai pasaran (market value) ketika ini?”

Betul atau tidak?

Kredit: Images_of_Money,Elvert Barnes


Tags: , , ,

Komen (8)

  1. Terima kasih di atas perkongsian info.. Sungguh beruntung orang yang tahu tentang nilai pasaran dan anggaran kos untuk memperbaiki sebuah rumah rosak..

  2. Assalamualaikum, saya nak tanya macamana dengan pembiayaan perumahan dari bank yer.
    Bebaru ni saya ad survey, utk rumah yang ketiga diorg akan cover up to 70% je. So, maksudnya kiter kena upfront 30% deposit/ daripada nilai hartanah tu ker untuk dapatkan S&P?

  3. alhamdullilah. saya dapat praktik kan teknik rumah rosak. sy telah membeli rumah kedua flat dengan harga lebih rendah dari pasaran. harga pasaran 80k sy dapat 65k.mmg berbaloi

  4. salam, nk tny pendapat abang ensem berkaitan rumah lelong. Benarkah boleh dpt beli rumah undervalue (30% lower market value) from auction? Or shud i juz buy undervalue house from secondhand market elsewhere je? Sbb takot plak bile dia tulis “any due bill will be borne by bidder”, plus any kerosakan & renovation pun kte kena tanggung..

Leave a Reply to jie Batal (Cancel)