Temubual Eksklusif Bersama Pakar Affiliate Rahman Basri

April 24, 2011 — Penulis:

Kategori: Founder Talk

Pada bulan yang lepas, Tim Majalah Niaga telah menerima kunjungan istimewa daripada seorang usahawan internet terkenal yang juga pemasar affiliate iaitu saudara Rahman Basri. Selepas mengadakan perbincangan berkaitan Edisi 4 Komik Niaga , kami mengambil kesempatan untuk mengadakan temuramah ekslusif untuk Majalah Niaga pula.

Tanpa berlengah masa, jom ikuti temubual eksklusif Tim Majalah Niaga yang diwakili oleh Aqif Azizan & Hasbul ‘Aqill bersama saudara Rahman Basri mengenai tip buat duit dengan affiliate.

Transkrip Temubual Bersama Rahman Basri

Majalah Niaga : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada hari ini MajalahNiaga bersama dengan pakar affiliate tempatan, Tuan Rahman Basri. Produk terbaru beliau yang sedang mendapat sambutan hangat ialah produk Kursus Affiliate (www.kursusaffiliate.com). Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip affiliate kepada para pendengar. Jutaan terima kasih kepada Tuan Rahman Basri kerana meluangkan masa hari ini. Kita mulakan dengan pengenalan diri.

Rahman Basri : Terima kasih kembali kepada MajalahNiaga. Nama saya Rahman bin Basri, dikenali sebagai RB. Saya berasal dari Sabah dan kini menetap di Kajang, Selangor. Saya juga full time melakukan bisnes online.

Majalah Niaga : Soalan pertama, apakah mindset yang wajib dimiliki oleh seorang affiliate? Adakah semata-mata menjual produk sahaja?

Rahman Basri : Pada pendapat saya, mindset ini penting bagi affiliate marketer. Juga penting bagi seorang internet marketer. Mungkin ramai orang anggap bila kita join affiliate, kita jual produk lain sahaja. Tetapi sebenarnya kita juga jual diri kita kepada orang lain. Orang nak beli produk, dia mesti kenal kita dari segi kredibiliti, kepercayaan. Jadi affiliate marketer kena faham konsep ini. Orang percaya dan orang yakin dapat profit jika membeli daripada affiliate marketer ini.

Majalah Niaga : Soalan seterusnya, apakah teknik pemasaran yang digunakan oleh Tuan Rahman Basri ketika menjana RM pertama menerusi affiliate?

Rahman Basri : Seingat saya, ia bermula pada tahun 2009. Pada waktu itu saya lebih fokus kepada penggunaan forum. Promosi jualan biasa sahaja dan mendapat 1-2 jualan sahaja. Pada ketika itu saya belum fokus sepenuhnya. Itu juga dikira okey pada waktu itu. Kini saya fokus kepada marketing cara lain, tetapi masih menggunakan forum juga sebagai sampingan.

Majalah Niaga : Berbicara mengenai potensi, ramai pendengar mahu tahu apakah potensi affiliate tempatan. Adakah affiliate membolehkan kita menjana pendapatan lumayan setiap bulan?

Rahman Basri : Pada pendapat saya, pasaran tempatan sudah menyediakan peluang yang sangat luas bagi affiliate marketer. Tetapi kita mesti konsisten dan fokus. Kita mahu menjadikan affiliate ini sebagai bisnes sepenuh masa. Jadi kita mesti ada action plan, merangka jenis produk yang mahu kita promosikan dan perlu fikirkan. Bisnes full time bagi para affiliate marketer boleh mendatangkan pulangan lumayan dan berpotensi tinggi. Saya dapat mengekalkan pendapatan 3-4 angka setiap bulan. Ini kerana, setiap bulan ada sahaja produk baru yang diperkenalkan. Mereka yang menghasilkan produk baru ini memerlukan ejen affiliate. Dan ini memberi peluang kepada semua.

Majalah Niaga : Pada pendapat Tuan, apakah senarai emel itu penting? Bagaimana pula senarai emel ini dapat membantu affiliate marketer.


Rahman Basri : Senarai emel wajib untuk semua internet marketer, jika kita mahu memudahkan promosi produk. Apabila kita ada senarai emel yang banyak, kita sudah ada senarai prospek yang banyak. Kita boleh meningkatkan kredibiliti.

Apabila orang ramai bertanya apakah teknik pemasaran yang paling baik, jawapan saya ialah emel marketing. Syaratnya, kita Β wajib ada autoresponder dan senarai emel.

Cuba dapatkan senarai emel yang banyak dalam lingkungan 1000 emel. Lebih besar senarai emel, lebih banyak senarai prospek kita. Sekiranay kita mempromosikan produk kepada 1000 orang, mungkin 100 orang bakal membeli. Tetapi jika kita Cuma ada senarai yang kecil, kuranglah orang yang membeli.

Majalah Niaga : Soalan terakhir, boleh kongsikan tiga prinsip Rahman Basri bagi dikongsikan dengan orang ramai.

Ada tiga tip utama. Pertama berkaitan pemilih produk, kedua berkaitan marketing produk dan ketiga ialah mindset. Tiga aspek ini boleh kita kembangkan lagi.

Jika kita tidak memilih produk yang betul, tak bagus juga. Kita mesti jual produk yang menyebabkan pembeli puas hati dengan produk itu. Pastikan produk itu berkualiti atau tidak. Ini bertujuan supaya pembeli itu tidak tertipu. Ramai orang apabila membeli melalui affiliate marketer, mereka mendapati ia tidak seperti yang di war-warkan. Mereka akan melihat kita sebagai affiliate marketer penipu dan tidak mahu membeli dengan kita lagi.

Kemudian dari sudut marketing. Buat marketing yang betul. Jangan spam pada wall status Facebook dan tag orang sesuka hati. Kita ada beberapa teknik marketing yang betul. Gunakan emel, Facebook.

Akhir sekali berkaitan mindset. Letak target bagi produk itu. Contohnya, letakkan target 10 jualan. Selepas mendapat jualan, letakkan target lain. Apabila kita meletakkan target, biasanya kita dapat lebih daripada target itu sendiri. Jadi, usah rasa tertekan.

Majalah Niaga : Jadi, itulah tiga prinsip utama, pemilih produk, marketing dan mindset. Ketiga-tiganya penting bukan untuk pemasaran affiliate sahaja, malahan semua. Itu sahaja daripada kami dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa bagi ditemuramah kami di MajalahNiaga.com.

kursus affiliate, produk terbaru rahman basri

Bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan produk terbaru Tuan Rahman Basri, layari www.kursusaffiliate.com.

Itu sahaja daripada kami.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Muat Turun Transkrip & Audio Temubual ini

Pihak kami juga menyediakan transkrip temubual ini dalam bentuk PDF serta juga audio dalam bentuk mp3. Anda juga boleh memuat turun Edisi 4 Komik Niaga yang mengisahkan tentang kejayaan Rahman Basri dalam bentuk komik! Klik pautan dibawah untuk terus memuat turun.

Download Transkrip & Audio Temubual Bersama Rahman Basri (Saiz File 10.6 MB)

Download Edisi 4 Komik NiagaΒ (Saiz File 16.37 MB)

Terima kasih kerana sudi untuk membaca tranksrip temubual ini. Harapan kami supaya perkongsian ini memberi 1001 manafaat kepada perniagaan anda. Nantikan pula temuramah kami bersama usahawan-usahawan internet pada bulan hadapan pula!


Tags: , , , ,

Komen (34)

  1. Terima kasih perkongsian temubual bersama Rahman Basri. Banyak idea dan tips yang diutarakan untuk dijadikan panduan dalam menjalankan perniagaan internet (affiliate).

  2. terima kasih bro rahman basri kerana banyak berkongsikan ilmu yang sangat bermanfaat..tahniah juga kepada majalahniaga kerana berkongsikan ilmu bermanfaat ini..

    1. Alhamdulillah. Semoga perkongsian mengenai isu affiliate ini dapat dimanfaatkan oleh kita semua. Mudah-mudahan. Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen di Majalah Niaga. πŸ˜‰

  3. Bagus tip yang dikongsikan oleh pakar ni.Tentang senarai emel tu,cukupkah kalau kita menggunakan form emel dari feedburner sahaja.Maksudnya kalau kita buat promosi hanya melalui blog sahaja.

  4. Pengalaman dari akar adalah paling berharga. Hanya perlu lakukan dengan betul dan bertanya jika perlu…
    Terima kasih diatas perkongsian ini.

  5. SALAM.SATU ILMU YG BARU. SAYE TELAH DOWNLOAD DAN HARAP IANYA DPT DIMANFAATKAN KELAK. TKASIH.

  6. Saya dahpun muat turun. 3 tip yang bagus untuk berjaya dalam affiliate marketing. Tugas kita hanya fokus untuk memahami dan mendalami 3 tip ni. Dan yang paling penting juga adalah fokus dan konsisten dalam usaha kita.

  7. saya baru daftar jomniaga. ni..sy nak fokus buat promosi..buat part time income.
    bagaimana saya nak start..saya kurang arif..harap..saudara-saudari tak keberatan membantu saya..dengan jujur dan ikhlas..

  8. Trima kasih atas sharing dan panduan yg sangat2 berguna…
    Sy pn nak jadi internet marketer yang hebat macam rahman basri and the geng..
    πŸ™‚

  9. Bermula semenjak tahun 2009? Belum sampai 5 tahun sudah berjaya membina krediabiliti dalam bisnes affiliate? Hebat!

    Baca kisah ini memberikan saya inspirasi. Terima kasih MajalahNiaga! πŸ™‚

  10. wan ruwaidah wan hussin
    November 21, 2013

    jazakumullah. banyak tips yg telah di kongsi. semuga sgala ilmu dapat dimufaatkan dan d kira sebagai ibdah. wallhu aalam

  11. Terima kasih di atas perkongsian ilmu ini. Moga tuan
    sentiasa diberkati dan dirahmati. Memang best…

Pendapat anda?