The Hello Bar is a simple web toolbar that engages users and communicates a call to action.
  • Temubual Eksklusif Pemasaran Sosial Media Bersama Gero Azrul

    Pada bulan lepas, selepas menemuramah saudara Rahman Basri, kami juga mengambil kesempatan seorang usahawan sosial media, saudara Gero Azrul.

    Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

    Beliau merupakan seorang pengkaji pemasaran sosial media dan telah menuntut ilmu pemasaran ini dengan usahawan online & offline seperti Ewen Chia, Blair Singer dan ramai lagi.

    Tanpa melengkahkan masa lagi, jom ikuti temuramah pihak Majalah Niaga yang diwakili oleh Aqif Azizan dan Hasbul Aqill bersama saudara Gero Azrul berkenaan tip pemasaran sosial media.

    Transkrip Temubual Bersama Gero Azrul

    Majalah Niaga : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Majalah Niaga hari ini bersama seorang pakar pemasaran social media khususnya Facebook, iaitu Tuan Gero Azrul. Beliau kini hangat bersama produk terbaru, www.fbmarketingpower.com.

    Jutaan terima kasih kepada Tuan Gero kerana sudi meluangkan masa bagi ditemuramah bagi membongkarkan sedikit berkenaan social media ini. Pertama sekali, silakan Tuan Gero memperkenalkan diri terlebih dahulu.

    Gero Azrul : Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kepada MajalahNiaga kerana memberi peluang sebegini dan saya amat menghargainya. Terima kasih kepada para pendengar yang mendengarkan audio ini.

    Nama penuh saya ialah Mohd Azrul Mohd Nor, dan dikenali sebagai Gero Azrul. Saya berasal dari Ketereh, Kelantan dan menetap di Kuala Lumpur. Saya menetap di sini kerana ibu bapa saya sudah berpindah ke sini 27 tahun yang lalu.

    Pekerjaan utama saya ialah Full Time Internet Marketer. Dahulu, saya hanya berkhidmat di belakang tabir. Dan kini, saya memunculkan diri dan fokus pada pemasaran Facebook. Saya berpendapat pemasaran sosial adalah teknik pemasaran penting di masa hadapan.

    Majalah Niaga : Soalan pertama, apakah potensi pemasaran menerusi social media? Adakah ia kini wajib menjadi senjata pemasaran para usahawan?

    Infografik sosial media

    Gero Azrul : Social Media ini sebenarnya sudah lama. Sejak dahulu, ada social networking, social bookmarking, social blogging dan pelbagai lagi. Baru-baru ini saya mengikuti hasil kajian daripada laman web emarketer.com, saya mendapati bahawa social media ini adalah antara pilihan utama pemasaran selain daripada email marketing.

    Jika kita lihat trend utama pada tahun 2011 ini adalah social shopping. Social media ini mengandungi social shopping dan social marketing. Justeru, penting bagi usahawan untuk mengambil kira teknik pemasaran ini bagi tujuan expose diri sendiri.

    Majalah Niaga : Apakah pendapat Tuan Gero berkenaan mindset orang bisnes sebelum mempromosikan produk di Facebook?

    Gero Azrul : Kebanyakan orang yang menyertai Facebook, melakukan pemasaran dengan cara spam untuk mempromosikan produk. Saya tidak salahkan mereka kerana mereka belum mempunyai ilmu pemasaran yang betul.

    Pada pendapat saya, kaedah terbaik adalah dengan fokus kepada membina relationship. Jadi, kita bina relationship yang baik. Komen pada status orang, like pada status dan beri sokongan.

    Dengan cara ini, kita mula menghargai kenalan Facebook dan akhirnya mereka menghargai kita juga. Ini kerana penjualan terhasil daripada relationship. Jadi, pertama sekali mesti fokus kepada relationship.

    Majalah Niaga : Seringkali kita mendengar perkataan hard selling dan soft selling. Apakah pendapat Tuan Gero, memandangkan masih ramai yang belum jelas dengan perkataan soft selling itu sendiri. Boleh Tuan jelaskan makna soft selling dan berikan contoh terbaik yang boleh digunakan melalui Facebook.

    Contoh soft selling melalui Facebook iaitu artikel di Facebook Note

    Contoh soft selling dan hard selling. Baiklah, hard selling ini bersikap direct. Soft selling pula adalah teknik menjual  cara pengecut. Katakan kita takut nak menjual, tetapi kita mahu menjual, jadi kita gunakan soft selling.

    Contohnya, “Saya sudah baca laporan ini, memang best!”. Kemudian, kita letakkan link pada bahagian tepinya. Fokus kita bagi menimbulkan curiosity. Kita ceritakan secara tidak langsung, indirect.

    Jika kita ikutkan market soft selling ini terbahagi kepada empat bahagian. Kelompok Risk Taker ini adalah kelompok yang terus berminat dengan produk kita, dan golongan ini jumlahnya kecil.

    Kemudian, barulah kelompok yang mempunyai daya membeli (purchasing power) berusia 25-40 tahun ini akan ikut serta. Biarkan yang pertama lakukan dahulu. Tidak perlu bimbang berkenaan market, teruskan secara konsisten.

    Majalah Niaga : Jadi, konsisten itu apakah maksudnya? Adakah setiap jam, atau beberapa jam sekali atau bagaimana?

    Masa yang sesuai untuk mengemas kini wall Fan Page

    Soft selling itu bermaksud perlu secara konsisten dan ada nisbahnya. Ada humor dan emosi. Saya tidak spesifikkan berkenaan konsisten dari segi masa dan jam. Namun, kebiasaannya pada waktu pagi, orang akan login Facebook.

    Kemudian pada waktu tengahari dan malam. Jadi, kiranya waktu yang baik termasuklah sekitar jam 8-9 pagi, dan jam 12-2 petang. Petang kurang sedikit, kemudian sebelah malam. Tidak perlu bimbang berkenaan kekerapan itu. Pastikan komen berkait di bahagian bawahnya. Jadi, lebih ramai orang akan contribute.

    Gero Azrul : Bagi berjaya dalam pemasaran Facebook, perlu membina relationship. Boleh Tuan kongsikan tiga langkah bagi membina pemasaran Facebook?

    Ramai orang bertanya mengenai pembeli, fan page tidak laku dan lain-lain. Jika kita sendiri tidak komen pada page orang, bagaimana orang mahu komen pada page kita?

    Kita mesti mula memberi komen pada page orang seberapa banyak yang boleh. Pasti naik. Kemudian, minta kawan-kawan kita tolong sebarkan. Jika ada sesiapa yang datang ke page kita, ucapkan terima kasih. Jangan tinggalkan begitu sahaja.

    Dalam social media, kita mesti beri respon cepat. Bukan selepas 2-3 jam. Hargai, ucap terima kasih kerana datang ke page kita dan hargai masa mereka. Secara emosinya, kita dapat menarik perhatian mereka.

    Majalah Niaga : Soalan terakhir, bagaimana kita mahu menukar prospek kepada pelanggan?

    Gero Azrul : Promosi fan page secara efektif dan fokus Facebook bagi tujuan pemasaran. Bina marketing relationship. Dalam seminar saya, saya tekankan mengenai relationship marketing.

    Jual diri terlebih dahulu, dan terima orang seadanya. Dengan cara itu, kita selalu engage dengan mereka. Ini kerana kepercayaan ini terbina bergantung kepada penglibatan kita sendiri.

    Ia akan masuk ke dalam subliminal brain. Jadi diri sendiri dan pastikan fan page kita, gunakan gambar wajah kita yang sebenar, badan mesti ke depan. Jadi, kesimpulannya, bina relationship terlebih dahulu. Berkongsi maklumat, letak link dan akhirnya orang akan beli.

    Lagi tinggi kredibiliti kita, semakin ramai orang akan trust. Apabila kita post sesuatu, mereka akan klik untuk tengok katanya. Social networking ini boleh menjadi medan membeli  tetapi lebih kepada menyarankan.

    Kita sudah bongkar sedikit sebanyak bersama Gero Azrul. Kami ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi ditemuramah oleh kami. Satu perkongsian menarik yang dapat dikongsikan bersama para pendengar Majalah Niaga.

    Kuasa Fan Page

    Bagi anda yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai  seminar pemasaran facebook, boleh layari www.fbMarketingPower.com atau jika anda ingin mengetahui bagaimana untuk menggunakan fan page bagi memaksimakan perniagaan anda di internet, anda boleh  layari www.kuasafanpage.com. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    Pihak kami juga ada menyediakan kepada anda transkrip temubual ini di dalam bentuk .PDF dan juga audio temubual eksklusif ini di dalam bentuk MP3. Anda boleh klik pautan di bawah untuk muat turun.

    Muat Turun Transkrip & Audio Temubual Ini

    Download Transkrip & Audio Temubual Bersama Gero Azrul (Saiz File 12.96 MB)

    Terima kasih kerana sudi mendengar temubual eksklusif ini. Semoga dapat memberikan anda manafaat yang berguna untuk perniagaan anda.

    Pengiklanan Premium

    Tags: , , , , , , ,

    Majalah Niaga ditubuhkan bagi menjadi sumber informasi utama bagi para usahawan. Khasnya untuk sesiapa yang berminat untuk membina empayar perniagaan sama ada perniagaan online mahupun offline. Matlamat kami adalah menjadi medium perkongsian ilmu berkaitan dunia keusahawanan dari para usahawan kepada masyarakat.

    Visit author's website

    Adakah artikel ini sangat berguna dan bermanafaat buat anda? Jika ya, isi nama panggilan dan email utama anda di bawah untuk menerima artikel terbaru terus ke email anda. Seramai 1468 orang yang telah mendaftar! Anda bila lagi?

    1. Zulhilmi Zainudin pada 16 May 2011

      POWER!

      • Gero Azrul pada 16 May 2011

        Terima kasih bro zulhilmi, antara orang yang aktif
        saya lihat di fan page saya. :)

    2. haru pada 16 May 2011

      thanks 4 sharing…info yg bagus..dan sy memang menggunakan fb sbg slh 1 marketing sy dlm bisnes dan penjenamaan..

      juga terima kasih buat majalahniaga ats sudi membuat interview bgune nie :)

      • Gero Azrul pada 16 May 2011

        Sama-sama Haru, semoga bermanfaat,
        InsyaAllah. :)

    3. Gero Azrul pada 16 May 2011

      Terima kasih kerana menemubual saya Majalah Niaga!

      Pengalaman dan penghargaan yang tidak ternilai bagi
      saya.

      Semoga apa yang saya kongsikan dapat membuka minda
      dan merungkai persoalan yang mungkin ditanya oleh orang
      ramai.

      InsyaAllah saya juga ingin menyumbangkan lebih lagi
      kepada Majalah Niaga kerana Majalah Niaga sanggup
      berhabis wang, tenaga, dan masa untuk membantu
      masyarakat.

      Salam hormat dari saya,
      ~ Gero Azrul

    4. Hisham Yusof pada 16 May 2011

      Mantap! Penuh informasi. Terima kasih majalahniaga dan bro Gero Azrul!
      Rugi kalau ada sesiapa yang tak menggunakan facebook sebagai alat pemasaran. Potensi yang ada pada facebook amat bernilai

      Memang POWER la :)

      • Gero Azrul pada 16 May 2011

        Sama-sama,

        Semoga lebih jelas menggunakan Facebook sebagai
        alat pemasaran. Apa yang penting ialah build relationship
        dahulu sebelum yang lain. :)

        ~ Gero Azrul

    5. afzal laidin pada 16 May 2011

      Perkongsian yang sempoi. Thanks Gero kerana memberi tips yang boleh Power.

    6. Sham @ EdyMart pada 16 May 2011

      Salam, perkongsian yang bermanfaat…

      Tidak dinafikan pemasaran sosial media merupakan salah satu elemen terpenting dalam melakukan pemasaran. Namun beberapa faktor perlu diambil kira yang menyebabkan pemasaran sosial akan tepu… oleh itu saya kongsikan mengapa berlaku demikian dan apa penyelesaiannya…ianya menurut pengalaman saya…mungkin anda berbeza…

      Kita memasarkan kepada prospek yang sama setiap hari, bertambah pun hanya sedikit, oleh itu perlu tambah prospek atau cari produk baru untuk dipasarkan.

      Cuba elak daripada melakukan pemasaran produk terlebih dahulu, tetapi melakukan pemasaran identiti kita seperti siapa kita, jenama kita dan sebagainya untuk menunjukkan kita benar-benar wujud kepada bakal prospek …

      Sekian Terima kasih.

    7. Azian Hasan pada 16 May 2011

      Terima Kasih kerana berkongsi pengalaman dan ilmu.

    8. Shamsul Amry - Softwarepreneur pada 16 May 2011

      Tidak boleh tidak, saya kena komen juga kali ini sebab nama saya terselit dalam screenshot. Hehe. Terima kasih kepada Gero Azrul dan Team Majalah Niaga di atas perkongsian yang hebat ni.

      Memang betul, Facebook yang berkembang pesat, dengan pengguna dari Malaysia sahaja telah mencecah angka 10 juta, Facebook merupakan medium yang baik untuk memperkembangkan perniagaan kita secara tak langsung sekiranya kita tahu bagaimana cara yang betul untuk lakukannya, dan subjek ini yang merupakan fokus kepakaran Cikgu Gero Azrul.

      Statistik pengguna Facebook dari Malaysia: melebihi 10 juta = lebih kurang 60% pengguna Internet dari Malaysia = lebih kurang 38% penduduk Malaysia. Amat rugi sekali kalau kita tidak memanfaatkan angka tersebut yang telah sedia ada di Facebook. :)

      p/s: Selamat Hari Guru kepada semua cikgu di seluruh dunia, termasuk Cikgu Gero Azrul yang mengajar subjek Pemasaran Facebook. :)

      • Gero Azrul pada 16 May 2011

        Sama-sama bro Shamsul Amry,

        Terima kasih atas ucapan hari Guru tersebut! :)

    9. Amril Muidz pada 16 May 2011

      Tips yang berguna kepada semua yang ingin menggunakan Facebook sebagai senjata dalam perniagaan internet…

      • Gero Azrul pada 16 May 2011

        Terima kasih Amril! :) Semoga lebih berguna kepada lebih
        ramai orang . :) InsyaAllah.

    10. Zairi Zaidi pada 16 May 2011

      Wah terbaik! Terima kasih Majalah Niaga dan Tuan Gero

    11. lepat pada 16 May 2011

      Mantap,Power dan Terbaik!

      • Gero Azrul pada 16 May 2011

        Terima kasih bro lepat,

        Bro lepat salah seorang yang datang ke seminar
        facebook marketing power saya. :)

        Terima kasih banyak-banyak! :)

    12. Rahman Basri pada 16 May 2011

      Perkongsian yang menarik dan berinformasi… ;)

      Terima kasih buat Gero Azrul atas tips yang berkualiti.. :)

      dan TERIMA KASIH buat Tim MajalahNiaga yang berkongsikan artikel kali ini.. Tip Top!

    13. Shahrum Shah pada 17 May 2011

      Terimakasih kepada majalah niaga, kerana dapat menghidu seorang IM yang hebat dan
      dapat berkongsi tentang kejayaan saudara Gero..Superb Geroazrul..

      • Gero Azrul pada 17 May 2011

        Terima kasih atas sokongan dan pembacaan tuan.

    14. zool pada 17 May 2011

      masih tak pandai mengeksploitasi sosial media ni

      • Gero Azrul pada 17 May 2011

        Fokus satu persatu dulu, cari orang sama minat dan add friends mereka. :)

    15. Thoha pada 19 May 2011

      Salam. Perkongsian ilmu hebat dari bro gero ini akan saya
      praktikkan dengan sebaik mungkin.
      terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini.
      Semoga kita semua akan terus maju di masa hadapan.

      • Gero Azrul pada 19 May 2011

        Wsalam Thoha,

        InsyaAllah kita akan sama-sama maju nanti. :)

    16. Rahimah al-Idrus pada 19 May 2011

      Salam,

      Terima kasih atas perkongsian. .InsyaAllah dengan tindakan akan lebih bermanfaat.
      Muchos gracias (TQ very much) ^_^

    17. Jasiman bin Ahmad pada 19 May 2011

      Saya ucapkan tahniah di atas kejayaan Gero Azrul dan Majalah Niaga. Saya masih baru dalam bidang ini, tetapi sentiasa mengambil tahu perkembangan otai-otai IM yang banyak memberi input kepada saya. Terima kasih semua.

      • Gero Azrul pada 20 May 2011

        Terima kasih bro Jasiman,

        Semoga Majalah Niaga dan perkongsian saya memberi
        manfaat pada Tuan. :)

    18. nik pada 20 May 2011

      Menarik betul…
      Terima kasih kepada team Majalah Niaga dan Tuan Gero Azrul bagi perkongsian ini.

      • Gero Azrul pada 26 May 2011

        Sama-sama nik,, sebarkan pada kawan kawan nanti.

    19. Ahmad Tarmizi pada 22 May 2011

      -Satu pengkongsian ilmu yang baik daripada otai Gero Azrul-Pakar Pemasaran Sosial
      Marketing(Facebook).Syabas juga kepada majalah Niaga kerana berjaya menemubual otai
      bagi memberikan ilmu kepada semua.Cuma sekadar pandangan saya sebagai orang-orang biasa
      sahaja. Paling utama ialah Pemasaran email. Facebook adalah cara yang terbaru dan paling
      berkesan untuk menambah kepercayaan ahli kepadaa kita.Yang mana bagi saya klu tak ada
      akaun facebook kita akan ketinggalan jauh drp orang lain.Kita tak pasti sampai bila
      facebook marketing ini akan kekal lama tapi saya rasa lama lagi drp Sosial Marketing sebelum
      ini.Cuma bagi saya pastikan ahli2 facebook kita menjadi ahli juga di dalam senarai ahli
      Pemasaran Email kita melalui sistem Autoresponder bagi mengekalkan hubungan jangka panjang
      dan berkekalan.Sekadar pandangan drp org biasa2 aje.Terima kasih otai Gero Azrul dan
      Majalah Niaga

      • Gero Azrul pada 26 May 2011

        Terima kasih atas perkongsian bro tarmizi.

    20. shakiroh pada 30 May 2011

      wah memang mantop…insyaallah saya akan praktikkan utk promosikan produk syarikat saya. Saya bertuah kerana mempunyai produk yang berkesan…cumanya cara pemasaran yang kurang memberangsangkan…mintak tunjuk ajar drpd Bro Gero Azrul utk rungkaikan segala rahsia marketing…bukan apa saya pon nak berjaya mcm org lain jugak.

      • Gero Azrul pada 31 May 2011

        Terima kasih Shakiroh, paling penting ialah fokus satu – satu pada satu masa. One Step At A Time! Anda pasti berjaya! Saya doakan!

    21. shakiroh pada 30 May 2011

      lupa nak ucap thank to bro Gero Azrul…nama pon dah otai, pemikiran pon otai gak la…haha thank u thank u!!!

      • Gero Azrul pada 31 May 2011

        Sama-sama. :) Your Energy Awesome! People with highest energy always win! Good Luck!

    22. zai pada 07 Jun 2011

      tq Mr Gero & team majalah niagakit…saya ni masih byk yg tak tahu nk mempromosi & jual guna fb…info2 yg Mr Gero beri sedikit sebanyak membantu saya

    23. m.jais pada 13 Jun 2011

      Tq Tuan Gero Azrul & Team MajalahNiaga semoga perkongsian ilmu ini akan bertambah ramai lagi yang jujur dengan diri sendiri untuk kebaikan bersama dan merancakkan lagi silaturahim sebagai soft selling

    24. Jabar pada 03 Jul 2011

      bagus…saya dlm 2, 3 th lg akan pencen belum 50 th, ada sedikit special competency. apa peluang niaga yg patut saya ceburi

    25. ahmad pada 14 Sep 2011

      Info yang sangat bagus. Saya sokong sangat “relationship” amat penting dalam penjualan kerana kebanyakan produk yang saya jual juga dibeli oleh kenalan, kurang pembelian dari orang luar.

    26. Sophie pada 16 Sep 2011

      memang tips yang cukup power….terima kasih kerana berkongsi ilmu, banyak yang saya baru pelajari daripada temubual 14 minit ini…semoga saudara terus berjaya dan berkembang dengan izin Allah..

      • Hasbul Aqill pada 16 Sep 2011

        Salam sophie. InsyaAllah mudah-mudahan kita sama-sama terus berjaya dan sentiasa membangun ke hadapan. :)

    27. Abdullah Fitri pada 06 Jan 2012

      Alhamdulillah.. Terima kasih kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam penulisan ini. Semoga perkongsian ini mencetuskan gelombang perniagaan internet yg akan menyatukan kita semua dalam suatu jemaah yg kukuh bagi memperkuatkan ekonomi serantau. Semoga perkongsian ilmu anda termasuk di dalam amal-amal soleh yg diterima oleh Allah SWT kerana Anda semua telah menyampaikan ilmuNya yg baik ini demi kepentingan sejagat. Aminnnn….

      • Gero Azrul pada 18 Mar 2012

        Terima kasih, semoga bermanfaat dan dipanjang-panjangkan ilmu ini.

    28. abdullah pada 02 May 2012

      Kindly please mail to me your facebook idand full name of your majalah.
      Thank you.


    Trackbacks/Pingbacks

    1. Jom Muat Turun Audio Mp3 Dan Transkrip Temubual Eksklusif Majalah Niaga Bersama Pakar Facebook Malaysia,Saudara Gero Azrul | Lepat Blog
    2. » Infografik – Panduan Lengkap Cara Menggunakan Akaun Linkedin Blog Sinar Niaga
    3. FENDICENTRE.COM MOTIVASI DIRI : BINA KEKUATAN DIRI ANDA SEKARANG | PEMBURU JUTAWAN

    Tinggalkan Komen Anda