Terima Kasih – Pelanggan Bahagia, Perniagaan Kaya

November 29, 2011 — Penulis:

Kategori: Komunikasi

Tanpa pelanggan, perniagaan tidak akan mempunyai kemampuan untuk kekal lama. Kerana pelanggan adalah mereka yang memberikan wang kepada kita. Dalam perniagaan, apabila kita tidak mempunyai wang, maka bisnes kita akan lingkup.

pelanggan bahagia, perniagaan bertambah kaya

Para pemilik perniagaan sanggup melaburkan wang sehingga jutaan ribu ringgit bagi menjaga pelanggan. Mereka percaya, apabila pelanggan rasa diri mereka seperti tidak dihargai, maka sudah tiba masanya untuk mereka beralih kepada pembekal produk yang lain.

Situasi ini yang digeruni oleh pemilik-pemilik perniagaan. Namun begitu, terdapat satu strategi yang dapat membantu kita meningkatkan kesetiaan dalam diri pelanggan tanpa sebarang kos.

Terima Kasih – Mudah dan Membahagiakan

Ucapan terima kasih adalah salah satu daripada cara yang dapat meningkatkan kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan kita.

Kajian demi kajian yang dijalankan mendapati, apabila kita mengucapkan terima kasih kepada pelanggan, mereka akan cenderung untuk menghebahkan berita baik mengenai perniagaan kita kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Kenapa situasi ini berlaku?

ucapan terima kasih

Penulis buku Work Positive in a Negative World, Dr. Joey Faucette menyatakan, kesetiaan pelanggan terhadap perniagaan kita adalah bagaimana cara kita berkomunikasi dengan mereka.

Salah satu daripada ucapan komunikasi yang dapat mempengaruhi pelanggan adalah ucapan ‘Terima kasih’.

Menurut beliau, situasi ini semakin diendahkan apabila zaman Internet semakin menular dalam kalangan pelanggan. Di mana ucapan terima kasih menjadi terlalu umum dan tidak ditekankan ketika proses jual beli berlaku.

Mahu Diingati atau Dilupai?

Dr. Joey Faucette menjelaskan, tindakan yang boleh diambil oleh para pemilik perniagaan hari ini adalah menulis ucapan terima kasih kepada pelanggan secara spesifik. Ini bermakna, tunjukkan setinggi-tinggi penghargaan kita kepada pelanggan.

Sebagai contoh, antara ucapan terima kasih yang dapat mendorong dan meningkatkan estim pelanggan adalah:

  • Terima kasih En. Zulkifli kerana membeli produk emas daripada kami. Kami berbesar hati untuk membantu tuan jika ada sebarang masalah berkenaan dengan emas yang tuan beli daripada kami.
  • Terima kasih kerana membeli sistem kedai online Niagakit. Tindakan tuan membeli sistem ini adalah langkah pertama untuk tuan menjadi seorang usahawan internet.

Dr. Joey Faucette dalam artikel yang ditulis dalam majalah Entrepreneur memberitahu, ucapan terima kasih yang terlalu umum sukar untuk menyerap ke dalam hati pelanggan. Justeru itu, rangka ucapan terima kasih yang spesifik, agar pelanggan rasa dihargai apabila melakukan urusan jual beli dalam perniagaan kita.

Apakah Mesej Terima Kasih Bisnes Kita?

Tindakan memberikan ucapan terima kasih adalah tindakan yang mudah. Namun kesannya terhadap diri pelanggan dan perniagaan kita adalah drastik. Dengan mengucapkan kata-kata penghargaan, kita menunjukkan kredibiliti kita menguruskan pelanggan dengan baik.

menambat hati pelanggan

Perniagaan yang bernilai jutaan ringgit tidak bergantung semata-mata kepada produk. Keutamaan diletakkan kepada pelanggan, kerana mereka yang akan memberikan wang kepada kita.

Jadi, adakah kita sudah mempunyai mesej atau ucapan terima kasih yang dapat menambat hati para pelanggan?

Kredit gambar yang diambil dari Flickr (proathleteinc, theilluminated, csaulit)


Tags: , , , ,

Komen (11)

  1. Terima kasih di atas panduan yang diberikan.Saya setuju dengan panduan yang diberikan.Kadang-kadang saya pun terlupa terutamanya setelah selesai urusahan perniagaan kita dengan pelanggan.Ucapan ‘terima kasih special’ tiada kalau ada pun sekadar tulis terima kasih.Teknik yang simple tapi memberikan kesan yang baik kepada sesiapa yang mengamalkan. Kalau boleh tambah last perkataan kita senyum <3

  2. Memang biasa bila jual barang mengucapkan terima kasih kepada pembeli..
    Insyallah kalau diizinkan mungkin mereka akan kembali..

  3. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. Tiga kali perkataan ‘terima kasih’ ini selalu diucapkan oleh penulis buku dan jurulatih penulisan tuan Zamri Mohamad dalam setiap ucapan beliau.

  4. Sayang, masih ada kita yang masih payah melakar senyum dengan dua kata ini “Terima Kasih”. Berhijrahlah, tiada ruginya kita pada yang lain.

Pendapat anda?