Tersesat Di Jalan Benar, Jalan Kewangan Islam

October 02, 2013 — Penulis:

Kategori: Motivasi / Pembangunan Diri

Amin (bukan nama sebenar) sedang melanjutkan pengajian dalam bidang syariah (fiqah) di salah sebuah universiti terkemuka di ibu kota. Dia memilih universiti itu kerana mahu merasai satu cabaran baru belajar di universiti yang hebat, di tengah-tengah ibu kota dan jauh dari kampung halaman.

KL NEW 1

Amin meminati bidang kewangan Islam. Namun, bidang pengajian yang diambil Amin tidak memberi penekanan terhadap kewangan Islam. Tambahan pula, kajian yang sedang Amin siapkan hanya memberi fokus kepada aspek metodologi mengeluarkan hukum.

Minat yang mendalam dalam kewangan Islam tidak mematahkan semangat diri.

Kisah Amin ‘tersesat’ di jalan yang benar, jalan kewangan Islam bermula apabila…

Latihan Industri (Internship) di Syarikat Konsultan Kewangan Islam

Pada penghujung pengajian, biasiswa yang Amin terima daripada universiti sudah sampai ke garis penamat. Dia mula risau mengenai sumber pendapatannya.

Satu hari, Amin terbaca satu iklan di laman sosial biru. Iklan itu datang daripada sebuah syarikat konsultan kewangan Islam. Syarikat itu sedang mencari dua orang yang berminat untuk mengikuti latihan industri (internship) di situ.

Tanpa berlengah, Amin terus menghantar resume ke syarikat itu.

Jauh di sudut hati, Amin maklum dengan kelayakan yang dimiliki tidak cukup kuat untuk dia diterima sebagai pelatih industri di syarikat tersebut.

“Hah! Apa-apa pun, aku usaha dahulu. Ada rezeki, dapat.” Kata Amin dengan penuh semangat.

Rezeki di tangan Allah.

Selepas melalui proses temuduga, akhirnya Amin diterima masuk mengikuti latihan industri di syarikat itu. Dia memilih untuk mengikuti latihan industri selama 6 bulan, iaitu tempoh maksimum yang ditawarkan kepadanya.

Lebih manis, penyelia yang dilantik bagi memantau kerja Amin ialah seorang pakar kewangan Islam yang terkenal di Malaysia.

Sepanjang mengikuti latihan industri, Amin banyak belajar mengenai kewangan Islam. Dia juga banyak berhubung dengan beberapa orang individu yang pakar dalam kewangan Islam.

Jaringan Amin semakin luas. Perjalanannya untuk menjadi pakar dalam bidang kewangan Islam mula terbentang luas.

Bekerja Tetap di Syarikat Konsultan Kewangan Islam

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Apabila tempoh 6 bulan latihan industri hampir tamat, sekali lagi Amin risau.

“Adakah aku akan diterima sebagai pekerja tetap atau tidak?” Soalan ini sering berlegar di benak fikirannya.

Rezeki di tangan Allah.

Syarikat konsultan kewangan Islam itu memerlukan seorang rakan kerja yang boleh membantu tugas pengurus syariah.

Akhirnya, Amin diterima sebagai pekerja tetap di syarikat konsultan kewangan Islam itu. Tugas utamanya ialah menolong pengurus syariah dalam hal ehwal yang berkaitan dengan aspek syariah dan kewangan.

Amin gembira. Kini, impiannya untuk pergi lebih jauh dalam dunia kewangan Islam semakin jelas.

‘Tersesat’ di Jalan yang Benar, Jalan Kewangan Islam

Walaupun Amin bukan seorang pelajar daripada aliran perbankan dan kewangan Islam, namun dia berjanji untuk menguasai bidang kewangan Islam sedalam mungkin.

Amin mahu menjadi pakar kewangan Islam, sebaris bersama pakar-pakar kewangan Islam yang lain.

Bagi mencapai cita-cita itu, Amin sedar dia mesti berusaha bersungguh-sungguh. Dia mesti berjihad.

 Bersyukur

Bersyukur

“Jika mereka ada jihad bisnes dan jihad takaful, aku juga ada jihad. Jihad aku ialah jihad kewangan Islam.” Bisik Amin kepada dirinya.

Amin bersyukur kerana ‘tersesat’ di jalan yang benar, jalan kewangan Islam.

Sumber gambar: wrongsideuphoogmoet


Tags: , , , , , , , , , , ,

Komen (4)

  1. Alhamdulillah…klu kita buat ape yg kita minat(passion) duit tu akan datang dengan sendirinya. Yang penting anda bahagia.

  2. ahmad nizam abdullah
    October 10, 2013

    Kewangan Islam perlu didasari dgn usul dan syariah yg berdasarkn Al quran dan sunnah supaya ia tk kelihatan seperti mgikut acuan kewangan konvensional..dan semua yang melanganinya tak kira apa bangsa mendapat keadilan dan pembelaan yg sebenarnya.

  3. Ummi shafiqah binti abdullah
    September 24, 2015

    Assalamualaikum,sy nk mntak pendapat utk intern bahagian kewangan islam..sy prefer di sabah atau sarawak..company mna yer yg terima student utk intern?

Pendapat anda?