Tertumpu dan Penipu? – Kajian Kes Lazada (Facebook Ads)

July 03, 2012 — Penulis:

Kategori: Strategi Online & Offline

Lazada adalah satu daripada laman web yang menyediakan servis jual beli pelbagai barangan di Internet. Ia ibarat Amazon. Setakat ini satu daripada kelebihan Lazada adalah servisnya mesra dengan rakyat Malaysia.

Baucar Iklan Lazada

Mereka mengadaptasikan cara pembelian dengan tingkah laku rakyat Malaysia, yang masih lagi selesa membeli secara berhadapan (COD – Cash On Delivery).

Facebook adalah satu daripada medium pengiklanan yang digunakan Lazada. Lebih menarik, individu yang mengendalikan kempen pengiklanan Lazada ini dilihat mempunyai pengalaman yang luas dalam pengiklanan.

Lazada – Kempen Facebook Ads Tertumpu

Lazada menggunakan Facebook Ads untuk menjual produk-produk di dalam laman webnya kepada golongan pengguna Facebook yang spesifik. Dalam kajian kes ini, pengiklanan Lazada tertumpu pada graduan SEGi University College.

Facebook Ads - Kempen Iklan LazadaImej iklan yang dipaparkan adalah kempen iklan Lazada. Jika dilihat dari sudut struktur ayat, kempen iklan ini begitu tertumpu.

“For SEGi Graduates Only!”

Tawaran ini bukan untuk semua. Tetapi untuk golongan tertentu sahaja iaitu para graduan SEGi University College.

Tidak pasti ia berlaku secara kebetulan atau tidak. Kerana pada minggu lepas adalah hari konvokesyen kolej ini.

Prinsip pengiklanan yang diamalkan oleh Lazada adalah seperti berikut:

“Jika iklan kita mensasarkan kepada semua orang, kita sebenarnya membazirkan masa dan wang. Konsep peluru tabur adalah tindakan paling berisiko dalam pengiklanan.”

3 Rahsia Kempen Iklan Lazada

Bagi pemilik bisnes yang beriklan di Facebook Ads. Beberapa perkara dan strategi boleh diadaptasi, berdasarkan kempen pengiklanan yang dibangunkan oleh syarikat Lazada ini.

  1. Sasaran spesifik – Pilih satu golongan spesifik yang berkaitan dengan produk. Dalam kes ini, Lazada memilih graduan SEGi University College.
  2. Mesej iklan – Pentingnya untuk kita menarik perhatian pengguna Facebook untuk meningkatkan kadar klik apabila mereka melihat iklan kita. Rangka strategi dan susunan ayat yang dapat menjentik emosi sasaran pelanggan.
  3. Kempen lebih personal – Sediakan baucar khas untuk mereka gunakan. Ini adalah cara efektif supaya pelanggan itu nampak kupon ini eksklusif untuk diri mereka sahaja.

Selebihnya adalah menghadkan penggunaan baucar. Kita boleh lihat dan kaji sendiri menerusi imej-imej di bawah. Perkara penting di sini adalah menyediakan langkah demi langkah supaya pelanggan tahu apa yang perlu dibuat.

Baucar Iklan Lazada

Kempen Iklan Lazada

Apabila mereka tidak jelas dengan penggunaan baucar, kempen iklan adalah sia-sia. Kita tidak boleh anggap pelanggan tahu semua perkara. Justeru itu, sediakan struktur ayat atau step by step guide.

Belajar Teknik Iklan Facebook Ads (Klik Di Sini)

Lazada Penipu?

Kami ada menerima beberapa makluman berkenaan dengan servis Lazada. Ada yang masih tidak dapat produk walaupun sudah melakukan pembayaran, dan menunggu selama beberapa minggu.

Ada juga yang beritahu, servis Lazada ini agak lambat dari segi bantuan sokongan pelanggan dan sebagainya. Dari sudut peribadi, kami tidak pernah membeli sebarang produk di Lazada.

Bagi tuan puan yang menghadapi masalah sama seperti di atas, boleh rujuk maklumat di bawah untuk melakukan sebarang aduan atau pertanyaan lanjut kepada pihak mereka:

Bahagian bantuan sokongan pelanggan Lazada dibuka dari puku 9 pagi hingga 12 pagi pada hari bekerja. Manakala 9 pagi hingga 6 petang pada hari minggu dan cuti umum.

Kami percaya Lazada tidak menipu pelanggan. Berkemungkinan besar ada konflik yang berlaku dari sudut pengurusan bisnes itu sendiri.


Tags: , , ,

Komen (16)

  1. Perkara paling menarik tentang Lazada ialah ialah COD (Cash on delivery) di seluruh Malaysia.

    belum pernah beli barang dari Lazada , insyallah memang berniat nak cuba servis mereka.

  2. ok saya sudah dapat bayangan iklan camna saya nak buat dengan fb ads.. alhamdulillah nasib baik tergerak hati nak baca artikel ni.. lps ni nk try satu

  3. lazada nieh org ckp penipu pasal bile oder di ckp penghantaraan “Delivery within 4-7 business days upon successful payment”, tp tngu smpi 3 minggu, ad sebln, bila tanya ckp “We are very sorry that you are experiencing unforeseen issues regarding your order. We are currently working hard to ship your item(s) to you as soon as possible, and want to apologize for the inconvenience caused.”, bila dh dkt nk 3 minggu tgu, tanya lg dpt email bgtaw “We are very sorry that we couldn’t get your item delivered to you but unfortunately we ran out of stock!”… bengang x bengang lah…huhuhu…tension bila dh bayar ken mcm tuh..

  4. Saya ada pengalaman membeli secara online dengan Lazada. Betul seperti apa yang saudara Kamil bagitahu. Selepas saya beli dan bayar melalui online banking, barang tidak juga sampai seperti yang dijanjikan (7 hari). Setiap kali saya tanya bila barang akan dihantar, jawapannya “pesanan sedang diproses” sehinggalah ke hari ke-16, saya diberitahu barang tersebut sudah tiada stok. Dia suruh order barang lain pulak yang sama nilai. Tapi saya berkeras untuk minta refund semula duit. Alhamdulillah, mujur dapat balik refund. (Mengambil lagi masa 5 hari untuk refund).

    Buat masa ini, Cash On Delivery (COD) hanya untuk pelanggan di Lembah Klang sahaja.

    Saya masih tidak faham apa motif mereka sebenarnya dalam perniagaan ini memandangkan bilangan yang mengalami nasib seperti saya sangat ramai. Boleh baca komen-komen di Facebook Lazada : http://www.facebook.com/LazadaMalaysia

  5. nampak mcm specific target kan? tapi sebenarnya mereka hanya guna coding je, kalau tengok betul2 dalam address bar, ada satu bahagian yg kita boleh customize, contoh perkataan SEGI, try tukar LKW, jadinya akan terpapar nama lim kok wing menggantikan segi college dalam banner/page mereka…cubalah… hehe

  6. Saya pernah beli dengan Lazada sekali iaitu samsung Tablet 10.1 inch dengan credit card. Alhamdulillah sampai ngam-ngam 7 hari bekerja.

    Nak kongsi juga, saya ada masalah dengan Groupon, 2 bualan barang tak sampai, payment dah buat melalui debit card. Saya komplen banyak kali melalui email, akhirnya saya minta refund, alhamdulillah dia dah refund. Tapi saya dah serik dengan Groupon. Dan delete semua email dari Groupon.

  7. Pada 31/1/13 saya ada order barang (Takada Waffle Maker) dengan Lazada…dijanjikan 7 hari bekerja barang tu akan sampai kepenerimaan saya. Tapi tiap kali saya email dan call bertanya..asyik bagi tahu pesanan dalam proses…tp hingga sekarang tak ada apa2. Saya tunggu lagi sampai hujung bulan…Kalau tak dapat juga, saya akan failkan kat Tribunal Rayuan Pengguna – KPDNKK.

  8. siti julizah
    March 7, 2013

    minta maaf sblm meneruskan komen ek(^_^)..sepanjang sy berurusan ngan lazada ok jer..barang pun sampai ikut jadual.sama ada baru beli atau pun tukar barang n nak berurusan ngan pihak lazada ttg return barang pun ok cepat jer.cuma kdg2 lewat sehari coz mslh penghantaran pihak ke tiga la..tp minta2 xla jadi benda mcm nie kat sy.

Pendapat anda?