12 Tip Bagaimana Ingin Membuka Syarikat Sendiri

May 12, 2016 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

Memulakan perniagaan sendiri memerlukan banyak aspek yang perlu dititik beratkan. Walaupun ia akan memberi tekanan kepada anda, tetapi apabila anda pandang dari sudut yang positif , perniagaan merupakan satu pengalaman luar biasa yang mungkin tidak semua orang alaminya. Malah, perniagaan juga menjadi salah satu pekerjaan yang amat digalakkan.

Berikut merupakan beberapa tip buat anda yang berniat untuk membuka syarikat sendiri.

#1 – Tanya Pada Diri Sendiri

Sebelum anda ingin membuka syarikat sendiri, tanya kepada diri sendiri dahulu. Adakah anda benar-benar berminat dalam dunia perniagaan? Ini kerana, mungkin ada sesetangah daripada anda yang berminat tetapi tidak mempunyai personaliti sebagai individu yang mampu mengendalikan syarikat sendiri.

Sebelum anda mulakan perniagaan, kaji dahulu apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap usahawan. Adakah anda seorang individu yang bermotivasi, mudah menyesuaikan diri ataupun mempunyai keyakinan yang tinggi?

#2 – Mencetuskan Idea

Jangan sesekali anda membuka perniagaan oleh kerana terlalu mengikut trend mahupun inginkan pulangan yang lumayan. Bangunkan bisnes yang anda minat, supaya mudah untuk anda mencetuskan idea-idea yang bernas. Secara tidak langsung, produk anda juga akan diminati ramai dan dapat mengikuti kehendak pelanggan.

ideas 2

#3 – Idea Perlu Diuji

Apabila anda sudah mendapatkan idea, seterusnya cuba untuk menguji idea tersebut kepada sasaran pelanggan anda. Adakah produk anda tersebut mampu menjadi kenyataan seperti apa yang dirancangkan? Adakah produk anda mampu menepati ciri-ciri yang pelanggan mahukan? Bagaimana anda ingin mendapatkan keuntungan daripada perniagaan tersebut dan juga adakah produk anda tersebut dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak.

#4 – Perancangan Bisnes

Sebelum anda memulakan bisnes, pastikan tulis dahulu apa ciri-ciri dalam perniagaan tersebut. Kerana, perkara ini amat penting bagi membuatkan perniagaan anda berjalan dengan lebih lancar. Ia juga berguna kepada bakal pelabur anda nanti. Apa yang perlu anda lakukan adalah, visi dan misi syarikat, perkhidmatan, produk, kewangan, kos operasi  dan sebagainya.

#5 – Mengenal Pasti Pasaran

Penting untuk anda supaya lebih banyak mengkaji tentang pasaran dengan lebih meluas. Kerana, mudah untuk anda mengenalpasti pelanggan yang kerap membeli produk tersebut.

112067921_India_329989c

#6 – Menentukan Kos

Lakukan lebih banyak kajian untuk mengetahui tentang kos supaya anda lebih bijak  menentukan bajet syarikat. Bukan sahaja dapat membantu anda menjalankan perniagaan dengan lebih berkesan, malah ia juga dapat membantu pelabur untuk melabur dalam syarikat anda.

#7 – Tubuhkan Bajet

Sebaik sahaja anda menentukan kos, pastikan anda tahu berapa banyak bajet yang diperlukan untuk mewujudkan sesuatu produk dan perkidmatan. Selain itu, wujudkan juga pelan pemasaran supaya aktivti pemasaran dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

#8 – Mencari Pelabur Yang Tepat

Anda juga pasti akan memerlukan beberapa jenis pembiayaan sebelum memerlukan perniagaan. Contohnya, kad kredit, pinjaman, geran dan sebagainya. Maka, anda harus bijak untuk memilih pelabur yang tepat, yang berkongsi minat yang sama dan juga yang boleh dipercayai.

investor-image

#9 – Mendengar Nasihat Pelabur

Sama ada anda suka ataupun tidak, cuba untuk mendengar nasihat dan cadangan mereka. Tetapi, ini tidak bermakna anda harus ikuti kata mereka. Anda juga berhak untuk bersuara dan memberi pendapat

#10 – Mempunyai Sistem Sokongan

Apabila anda memasuki dunia perniagaan, sudah tentu masa yang ada agak terhad. Sama ada untuk diri sendiri, kejaya, mahupun keluarga. Sudah tentu keluarga merupakan antara orang yang paling dekat dengan kita dan yang paling memahami. Jatuh dan bangun kita dalam dunia perniagaan keluargalah yang sentiasa ada memberi sokongan.

familia-sonriendo2

#11 – Pilih Nama Yang Bersesuaian

Pilih dan tentukan nama yang bersesuaian dengan perniagaan anda. Pastikan nama tersebut mudah disebut dan diingati oleh semua orang.

#12 – Membeli Insurans

Insurans amat penting bagi melindungi perniagaan anda dari sebarang musibah. Namun, ianya berbeza-beza mengikut jenis perniagaan. Contohnya, jika anda bekerja di rumah pastikan bahawa insurans pemilik rumah anda meliputi kecurian, kerosakan kepada aset perniagaan.

 

 


Komen (1)

  1. Saya berumur 15 tahun dan berimpian untuk buka syarikat sendiri. Saya sudah bersedia sudah mempunyai nama syarikat sya sendiri tetapi sya tidak tahu bisnes syarikat sya . Boleh berikan sya pendapat

Pendapat anda?