Tahukah anda, bahawa kereta adalah liabiliti? Mungkin ada yang menganggap ia adalah aset. Hakikatnya ia adalah liabiliti kerana dengan membeli kereta kita tidak menghasil wang, malah terpaksa mengeluarkan wang.
Dengan memiliki kereta, kita terpaksa mengeluarkan wang untuk pembayaran ansuran, takaful kenderaan, cukai jalan, servis enjin, servis tayar, cuci kereta, minyak enjin, minyak gear, ganti wiper, dan lain-lain lagi.
Jika ada yang mengatakan kereta adalah aset, sebenarnya ia adalah aset bank sebab bank menerima wang ansurans yang dibayar oleh pembeli kereta.
Pada tahun 2011, CEUPACS pernah mendedahkan statistik bahawa kira-kira 50% penjawat awam yang diisytiharkan bankrap adalah disebabkan daripada hutang kereta. Jumlah hutang mereka adalah sekitar RM50,000 hingga RM500,000.
Malah, tidak sedikit daripada mereka yang diisytiharkan bankrap terdiri daripada kalangan di bawah umur 30 tahun. Siapakah mereka ini?
Kebanyakkan meraka adalah graduan-graduan muda yang memiliki ijazah daripada universiti-universiti. Sayangnya ilmu tentang pengurusan kewangan, tidak diajar di sekolah-sekolah, kolej-kolej dan univerisiti-universiti.
Jika pinjaman kereta itu selama 5 tahun, maka selama 5 tahunlah seseorang graduan itu terpaksa bergelut untuk membayar kereta yang semakin lama semakin susut nilainya. Cuba bayangkan jika 7 tahun, atau 9 tahun?
Maknanya, jika kereta dibeli ketika baru berkahwin, maknanya sehingga anak sudah masuk 3 orang pun hutang kereta masih belum habis bayar, dengan anggaran seorang anak setiap 3 tahun.
Sebuah kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli ansuran selama 9 tahun, perlu dibayar sekitar RM650 sebulan. Maknanya, jumlah pinjaman yang perlu dilunaskan adalah berjumlah kira-kira RM70,000.
Formula Bank
Formula bank dallm meneliti kelulusan pinjaman adalah dengan mengira ansuran kereta tidak melebihi 1 per 3 gaji bersih. Jika Gaji RM1,800 bagi seorang graduan yang belum mempunyai sebarang komitmen kewangan, ia boleh membayar ansurans kira-kira RM600 sebulan, bersamaan untuk ansuran kereta berharga RM45,000 selama 9 tahun.
Jangan gunakan formula bank, yakni ansuran kereta bersamaan 1/3 gaji bulanan kerana formula inilah yang boleh menyebabkan kita bankrap.
Ia berlaku kepada graduan muda kerana ketika memohon pinjaman kereta, mereka masih belum ada banyak komitmen kewangan dan permohonan mereka mudah diluluskan.
Dari masa ke semasa, tahun ke tahun, komitmen mereka mula bertambah dan kemudian bayaran ansuran kereta menjadi komitmen terakhir mereka untuk dilunaskan, ditambah pula dengan komitmen-komitmen lain untuk penyelenggaraan kereta.
Inilah yang menjadi punca akhir sekali sebahagian mereka diisytiharkan muflis akibat tidak mampu membayar ansuran kereta.
Formula Pembelian Kereta Secara Bijak
Berikut beberapa formula yang boleh dikongsikan sebagai panduan untuk membeli kereta pertama.
Formula 1: Beli Kereta Secara Tunai
Kereta apa boleh dapat tunai? Caranya ialah menabung sehingga beberapa tahun dan beli kereta selepas ia benar-benar diperlukan.
Tangguhkan kepuasan. Jika kita mampu membayar ansurans kereta sehingga RM500 – RM600 sebulan, maknanya kita mampu menyimpan jumlah sama tanpa membeli kereta.
Jika menyimpan RM500 sebulan, maka setahun sudah menyimpan RM6,000 dan 3 tahun sudah mencecah RM18,000!
Jika dicampur dengan keuntungan jika dilaburkan di pelaburan jangka pendek sekitar 5% -7% boleh mencecah RM20,000. RM20,000 boleh diguna untuk membeli sebuah kereta sedan terpakai. Lebih lama disimpan lagi besar amaunnya. Apa faedahnya membeli kereta secara tunai? Kita sudah tidak perlu memikirkan bayaran ansuran bulanan kereta.
Formula 2: Deposit Tinggi
Jangan mudah terpengaruh dengan tawaran “beli kereta tanpa deposit”. Sebenarnya ia bermakna ‘hutang lebih banyak’.
Tip ini boleh digunakan jika membeli kereta yang agak tinggi harganya, iaitu gunakan tip nombor 1 untuk menyimpan dan gunakannya sebagai deposit.
Cuba bandingkan kereta yang berharga RM50,000 yang dibeli tanpa deposit, dengan kereta yang berharga sama dengan deposit RM20,000. Bayaran bulanannya sangat berbeza, kerana ia mengurangkan keuntungan bank.
Kenapa perlu bayar lebih kepada bank? Ia memang sudah banyak untung!
Formula 3: Harga Kereta Bersamaan Setahun Gaji
Mungkin ada yang berkata bahawa cara-cara di atas telalu ekstrem untuk dipraktikkan dalam suasana sekarang.
Baiklah, saya berikan satu lagi cara yang dapat digunakan jika tidak mahu guna kaedah pertama dan kedua. Hendak sangat beli kereta baru, tanpa deposit.
Boleh, tapi gunakan formula ini;
Harga Kereta = Setahun Gaji
Gaji bulanan:RM2,000
Harga maksimum kereta yang boleg dibeli: RM2,000 x 12 = RM24,000
Kenapa? Agar kita mempunyai cukup wang untuk membayar petrol, tol, parking, saman, cukai jalan, insurans takaful kereta, minyak enjin, minyak gear, tayar dan lain-lain lagi.
Jika masih mengikut formula bank dengan 1 per 3 gaji, anda mempunyai peluang 50% kemungkinan untuk muflis.
Kredit foto: hdworld, 7042114863, frank_0222, johnnieutah, bellss
Terima kasih kepada Majalah Niaga kerana sudi menyiarkan tulisan yang tidak seberapa ini.
Moga bermanfaat untuk semua.
terima kasih Tuan Afyan atas perkongsian ilmiah ni, memang banyak membantu orang ramai yang masih belum celik kewangan seperti saya ni 🙂
Terima kasih Tuan Azri kerana sudi membaca tulisan ini 🙂
sgt bermanfaat. saya nak share. terima kasih.
Formula saya pulak… mendisplinkan diri dari membeli kereta dgn ansuran lebih 15% daripada gaji. Jadi kalau saya nak pakai yg lebih mewah, perlu merajinkn diri untuk meningkatkn pendapatan.
Tepat, selari dengan formula ke-3 di atas 🙂
Teknik beli kereta yang sangat bagus. Terima kasih Tuan Afyan. 😀
Terima kasih Tuan Aqif kerana sudi membaca tulisan ini 🙂
cara saya pulak, beli 2 buah kereta, avanza & saga. saya bagi sewa, kalau orang sewa avanza, saya pakai saga. kalau orang sewa saga , saya pakai avanza. Jd byran bulanan bank, kos servis, road tax semua jd free.
Wah, menariks. Boleh juga saya cuba 🙂
Risiko agak tinggi…sekiranya berlaku kemalangan dan kereta terpaksa tersadai berbulan di bengkel? atau kerosakan yang lain atau tak ada org nak sewa. Semua ni mesti diambil kira dan mesti ada simpanan utk bayaran ansuran selama setahun,,,insyaallah lebih selamat.
Sewaan perlu mengambil kira risiko. Biasanya mekanikal seperti gearbox, aircond, tayar. Risiko manusia juga ada seperti disewa sindiket dadah (pernah berlaku pada rakan), kemalangan dan sebagainya. Perlu bersedia untuk semua ini. Perlu tahu golongan sasar yang sepatutnya tak boleh suka-suka bagi sewa.
risiko? kereta rosak ke xcident? cmne? berbaloi x?
Terima kasih Tuan Afyan Mat Rawi.
Perkongsian yang membuka mata.
Saya paling suka Formula #1 🙂
Bank marah dengan fomula saya ini 🙂
Terima kasih atas perkongsian maklumat.
Saya guna formula 20-10-5
20 – deposit 20%
10 – bayaran bulanan tidak melebihi 10% dari gaji
5 – lima tahun pinjaman
Harap dapat manfaat.
najib
(Y)
Terima kasih Tuan, alhamdulillah belum beli kereta lagi. so boleh gunakan formula ni, 🙂
Alhamdulillah, masih ada masa yg panjang utk kumpul wang dan beli cash 🙂
Terima kasih Tuan Afyan atas perkongsian. Ini kali kedua saya baca artikel ini selepas membacanya di wall status Tuan. InsyaAllah boleh dipraktikkan. Saya suka cara pertama dan ketiga.
Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca tulisan saya yang tidak seberapa ini. Jika ada cadangan artikel, dialu-alukan.
Terbaik…
Pengalaman sy, deposit 50% dan 5 tahun.
Bagus 🙂
Terima kasih tuan atas perkongsian. Panduan bijak utk semua
Alhamdulillah 🙂
Sy nak minta pendapat. Suami sy nak tukar kereta pesona yg sudah pakai 5 tahun kepada kerera pick up mazda yg berharga rm95000. Kami baru shj bermula dengan business penghantaran barang. Actually bisness tu hanya side income kami. Dan kami buat time weekend sahaja. Pendptn buat msa ni xsampi pun 1k lg sebulan memandgkn kami hanya mampu mengangkut brg2 kecil. Adakah keputusan suami sy itu tepat??? Tambahn pula kereta pesona kami asik meragam sahaja. Tetapi sy sgt risau krn kerana komitmen kami akn bertambah. Tambahan pula thn hadapan insyaa Allah sy akan menimang cahaya mata ke2 dan anak sy pertama pula nak mula masuk taska. Untuk pengetahuan tuan sy juga bekerja dan punya kereta myvi.
Terima kasih Tuan di atas perkongsian ini. Saya dan adik-adik saya yang baru mula bekerja boleh memanfaatkan panduan ini untuk mengawal perbelanjaan kami, insya-Allah.
Terima kasih kerana sudi berkongsi 🙂
Terima kasih berkongsi pandangan ini. Saya pun baru tahu ni … 🙂
Terima kasih saudara Afyan Mat Rawi kerana memberi tips yang berguna.
Apakah perlaburan jangka pendek yang mendapat keuntungan seperti artikle di atas
🙂
terima kasih kpd saudara Afyan di atas perkongsian ini. saya suka dengan cara kedua dan ketiga, lebih praktikal. saya nak minta recommendation dari saudara. kereta baru vs kereta second hand, yang mana perlu saya pilih sekiranya saya baru bekerja? mengambil kira tentang faktor kewangan.
Tuan Hasnol yang dihormati,
Secara umunya, baik kereta baru atau second hand, boleh gunakan formula di atas. Cumanya, kereta yang akan kita dapat, adalah berbeza.
Sebagai contoh, dengan RM50,000 sudah tentu boleh dapat kereta baru untuk Persona dan kereta 2nd hand untuk Toyota Vios.
Kereta adalah kenderaan alternatif untuk bergerak dan mengangkut. Membeli kenderaan yang harganya tidak melebihi setahun gaji adalah tip yang relevan. Kenderaan itu menjadi kemudahan dalam kehidupan seharian. Jika lebih drp pendapatan setahun, akan membebankan aliran tunai keluarga terutama bagi kita yang perlukan perbelanjaan untuk memulakan kehidupan berkeluarga.
Pengalaman saya, deposit 50%. Dan pastikan dalam akaun simpanan mempunyai sejumlah wang sekurang-kurangnya 3 ke 6 bulan bayaran bulanan.
Salam tuan, formula yg menarik. sy ingin brtny adakah beli kereta terpakai secara separuh tunai dan separuh pinjaman bank lebih baik? Mohon pencerahan.
Tuan Akmal, saya cadangkan Tuan lawati web ini; http://www.imoney.com
Pembetulan sikit Tuan Afyan. http://www.imoney.my. Harap Maklum 🙂
Oh ya, betul Tuan Syark 🙂
bagi pendapat symmg benar… orang akan nampak beban membayar hutang kereta mengikut purata gaji kite..pandang pada positif….cukup ker gaji bulan utuk mbayar kereta..so kite ade fight dlm kehidupan…kite untk cari jaln bagaimana untuk menbayr asuran bulan tnpa mengunakan duit gaji kite…carilh formula tu…
tapi kalau beli kereta 2nd hand.. bukan ke nanti akan lagi banyak duit perlu dikeluarkan gara2 risiko kerosakan kereta yg besar?
silap2 duit utk baiki kereta 2nd lagi bsr dari beli kereta baru.
mohon pndangan tuan.
Cuba gunakan tip ini, tulisan lama saya;
http://afyan.com/tips-rm-membeli-yang-lama-tetapi-baru/
Sangat berguna dan bermanfaat boleh di praktikkan untuk pembelian kereta kedua atau ketiga. Bijak pengurusan wang dalam membeli kereta untuk kesenangan hari depan. Terima Kasih tuan.
Boleh saya kongsikan difacebook saya tuan.
Dialu-alukan 🙂
Tahniah saudara afyan.. saudara adalah senior saya di shams dulu.. semoga ukhuwwah kita berkekalan. saya sgt bersetuju dan berbangga dgn artikel tuan..
Oh, terima kasih 🙂
Saya adlh antara orang yg membuat kesilapan pada pembelian kereta pertama.. Mmg betul hutang 9 tahun adalah menguntungkan bank dan merugikan pembeli.
Baik ikut 3 formula yg diberilan ni. Inyaallah.. Pembeli akan lebih untung dan kurang trdedh pada beban kewanggan nanti
Terima kasih en Afyan atas nasihat yang diberikan. Saya masih belum lagi membeli kereta justeru tips yang diberikan sangat berguna untuk saya apatah lagi saya juga merupakan ‘fresh graduate’. Tips membayar deposit tinggi kelihatan lebih praktikal dan efektif. Terima kasih sekali lagi 🙂
Terima kasih untuk artikel ni. Baru sahaja nak beli kereta. Tapi bila baca artikel ni, baru saya tersedar saya tak layak nak beli kereta tersebut ;))
Terima kasih..
Artikel yg sgt bermanfaat…
Terima kasih atas maklumat yang diutarakan saudara afyan.
Saya berbesar hati membaca artikel ini.
Sangat bermanfaat. Saya menyukai formula 1.
Mungkin kerana ada nilai kesabaran yang dituntut dalam berhemah dalam pengurusan kewangan.
Bharap akan ada perkongsian menarik lpas ni. Bagaimana saya boleh mendapatkan khidmat nashat dari saudar yer…?? Facebook/twittter.
Fb- Jaffersion Lanchester Awen
Twitter – @jaffersion
Boleh add saya di FB.com/afyan.ikhlas
agak terlambat membaca entri ini..
mungkin sekarang ni dah terikat dengan bank dan cari formula untuk mempercepatkan baki hutang lagi 4 tahun ni.. fuh…. kalaulah ada RM24K tunai dah leh full settlement ni
Artikel yang sangat menarik dan wajib dibaca oleh graduan muda! Terima kasih 🙂
Terima kasih atas perkongsian artikel ini. Alhamdulillah saya berjaya mempraktiskan tips ini.
Perkongsian dan tips yang baik. Kepada yang nak beli kereta tu mmg wajar menggunakan formula ini kerana ia amat membantu kita menguruskan kewangan.
Jangan hanya kerana nak bergaya, jiwa sengsara. Jangan kerana nakkan kereta baru, kita diburu.
dengan adanya tip2 seperti di atas kita dapat menggunakannya ketika di perlukan betul tak razis?
terima kasih di atas segala info yang diberikan,saya baru sahaja terpikir hendak beli kereta terpakai,mungkin saya boleh guna formula 1
Memang benar.
20tahun kerja saya bayar ansuran kereta shj.
Sekarang ini saya tiada hutang kerete.
Saya guna kenderaan tunai(kereta lama)
Dgn lebihan tunai saya kini mampu berniaga dgn tenang tanpa kekangan modal.
Walaupun perniagaan semakin maju saya masih lagi amat berhati2 untuk membust hutang kereta.
Terima kasih tuan yg menulis.
ansuran 9 thn kereta saya baru habis..tp jiwa gelisah nak ambil yang baru pulak,terbalikkot pulak saya ni..kategori gila kereta kut…
Sebelum beli kereta, beli aset dulu. Kemudian, pastikan aset berkenaan mampu menjana pasif indome kepada kita. Cashflow (aliran tunai) yang diperolehi itu buat bayar ansurans bulanan kereta. Jika ansurans bulanan kereta adalah RM 500, itu bermakna kita perlu membeli aset yang mampu menjana pasif income sekurang-kurangnya RM 6000 setahun. Jangan tanya diri kita mampu ataupun tak, tapi tanya macam mana kita nak jadi mampu ? Renung-renungkanlah… Yup
salam saya tak fikir langsung bb bayar van saya sbb saya guna untuk angkut budak ada 50 budak so bayar 50rm 1 kepala … so ambik dan hantar budak sekejap2 ja yag waktu lain saya bawak g urusan .
Untuk semua pemilik usaha, sekarang Anda bisa mendapatkan dana yang Anda butuhkan ketika Anda membutuhkannya cepat, proses aplikasi kita cepat dan mudah, cukup mengisi aplikasi online 30 detik di sebelah kanan, dan akan memberikan jawaban dalam waktu 24 jam, dan Anda bisa menerima hingga 500.000,00 dolar disetorkan ke rekening bisnis Anda dalam waktu 7 hari, kami juga melakukan pinjaman pribadi dan pinjaman usaha. ([email protected])
thanks! this is a very good financial reading especially for those who have just started working.
Sangat bersyukur dpt baca artikel ni…terima kaseh byk…
Apakah Anda memerlukan pinjaman mendesak? Jika ya hubungi kami di ([email protected]) untuk informasi lebih lanjut.
menawarkan pinjaman
Apakah Anda membutuhkan pinjaman? jika ya kembali ke perusahaan ini sekarang Via Email: ([email protected])
Perkongsian yang sangat berguna buat saya untuk membeli kerta pertama
`Nama saya Karina Agus, tinggal di Indonesia, saya ingin menggunakan media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati tentang scammers karena mereka bulan everywhere.Few lalu saya secara finansial turun, dan karena kebutuhan saya, putus asa dan kemiskinan , saya telah scammed oleh beberapa perusahaan pinjaman yang disebut di online. Aku kehilangan harapan tidak sampai seorang teman saya merujuk saya ke pemberi pinjaman sangat handal disebut Mrs Clara Alderman yang meminjamkan pinjaman tanpa jaminan dari $ 79.000 dalam 24 jam tanpa tekanan, pada awalnya itu seperti mimpi bagi saya sampai saya melihat waspada angsuran pertama saya 2 jam setelah saya diterapkan. Saya mendorong sesama Indonesia yang membutuhkan pinjaman untuk silahkan hubungi Mrs.Clara melalui: [email protected] atau hubungi mereka di +447045730449
Hati-hati! Anda juga dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut melalui: [email protected]
Salam.ada orang tanya, kalau beli cash tpi duit orang lain(pk cik atau atok) support.beli atas nama kite. Pada masa yang sama kite kerja x sampai kemampuan beli kereta cash ada apa2 risiko x dari government atau bank tengok?
Terima kasih tuan. Semoga bermanfaat ilmu nya.
Moshi Moshi
Nama saya adalah John Alphonso, saya seorang pemberi pinjaman pinjaman terdaftar yang diperbolehkan untuk memberikan pinjaman Jaminan kepada individu dan perusahaan bisnis dan juga untuk siapa saja yang membutuhkan bantuan keuangan. Apapun kebutuhan pinjaman Anda, pinjaman jangka panjang atau jangka pendek, pribadi atau hipotek, kami siap untuk memenuhi kebutuhan Anda dan bagaimana Anda bisa mendapatkan pinjaman ini secara online dan akses account online. Hubungi kami di Email: [email protected]
Halo, saya Mr.Richard Bradley, pemberi pinjaman swasta yang memberikan pinjaman., Komersial
dan pribadi dengan tingkat bunga tahunan yang sangat minim serendah 2% dalam pertama
tahun sampai 20 tahun periode durasi pembayaran untuk setiap bagian dari dunia. dan kami
memberikan pinjaman di kisaran $ 2.000 sampai $ 100.000.000,00 pinjaman USD.Our
benar diasuransikan dan keamanan maksimum adalah prioritas kami, saya menggunakan media ini
untuk memberitahu Anda bahwa kami memberikan bantuan yang handal dan akan bersedia untuk
menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini via email di:
([email protected])
terima kasih formula yang sangat berguna untuk saya
Alhamdulillah 🙂
Assalam, terima kasih tuan atas ilmu yg tuan bagi. Saya rasa sangat berguna.
Kepada semua yg baru nak beli kereta boleh jugak baca tips di sini
http://www.intiha.com/help/tips-beli-kereta-terpakai
Sekadar perkogsiaan, lagi banyak info kita dapat insyallah lagi berguna utk kita.
Harap tuan jangan marah atas perkogsian yang saya buat. Terima kasih 🙂
Alhamdulillah, silakan 🙂
Terima kasih tuan atas info
Terima kasih kerana kongsi info yg sgt berguna..pendek kata gaji mcm saya ni..dah 10 tahun kerja dlm kerajaan pon mmg x mampu beli kereta..em..makin pasir la..bawak motor cabok lagi jimat..huhuhuhu
salam. dulu lepas belajar, beli kereta second hand kancil hutang. kerana kereta tu lah aku kena black list. (ada masalah sampai kena lelong, aku bodoh masa tu) lepas kahwin, beli kereta gen2 baru cash. pakai dah 11 tahun elok lagi, cantik lagi. cadang nak beli kete baru. kete lama nak bagi adik yg sedang belajar. serik dah hutang. baik kumpul duit masuk asb, cukup duit beli cash. lain org lain kesesuaian. sekadar share.
saya perlu pinjaman yang baik.
1 Nama Lengkap: ……………………….
2 Kontak Alamat: …………………..
3 Jumlah Pinjaman: ………………..
4. Durasi Pinjaman ……………….
5. Nomor Telepon Langsung: ……………..
Salam,
Ibu Maria
terima kasih..hampir saya ikutkan nafsu beli kereta secara melulu..
aku tergedik2 nak beli kereta axia 25k.malam2 tidur pun tak lena.nak buat hutang lama2 aku tak berani.
kalau buat hutang 3 tahun oklah jugak.tapi kena bayar muka 50%.
Tuan sy mahu pendapat dan padangan tuan yg lebih arif dlm menguruskan wang..sy baru berkahwin dan ingin memiliki kereta..sy dan pasangan berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan gaji sy dan pasangan jika dicampurkan dalam 3.5k.. adakah akan menjadi beban sekiranya sy memiliki kereta ansuran bulanan dalam 7-8 ratus sebulan?? Mohon pandangan tuan..
Bagaimana pula jika beli kereta second. Kemudian kos maintanence sbb rosak. Kira2 balik harga kereta second lebih kurang sama mcm beli kereta baru. Mana yang lebih baik. Kereta second atau baru?
Syukurlah kereta 1st sy mivy je beli 2011 walaupn masa tu hati teringan nk pakai toyota camry..skrg dah habis byr…duit lebih2 guna utk beli tanah & buat rumah, belanja mak ayah & ank…better guna duit utk beli aset2 penting yg makin lama makin bernilai..kereta beli utk kemudahan pi kerja je la..kalau nk bergaya mmg kna redha la tgk duit poket kena hakis tiap2 bln..tapi kereta cpt susut nilai..rugi..hehe..so pada yg baru kerja..think about your futures life 1st sblm decide beli kereta mewah..kerja makan gaji makin lama makin tinggu komitmen especially lepas kahwin & ada ank…
Syukurlah kereta 1st sy mivy je beli 2011 walaupn masa tu hati teringan nk pakai toyota camry..haha kononla kan..skrg dah habis byr…duit lebih2 guna utk beli tanah & buat rumah, belanja mak ayah & ank…better guna duit utk beli aset2 penting yg makin lama makin bernilai mcm rumah& tanah..kereta beli utk kemudahan pi kerja je la..kalau nk bergaya mmg kna redha la tgk duit poket kena hakis tiap2 bln..tapi kereta cpt susut nilai..rugi..hehe..so pada yg baru kerja..think about your futures life 1st sblm decide beli kereta mewah..kerja makan gaji makin lama makin tinggu komitmen especially lepas kahwin & ada ank…kalau duit dah byk guna utk kereta mmg sure merana lepas kahwin..huhu
Apalah Wanda, sampai bila nak Pakai Kereta Malaysia, nak juga tukar Kereta JEpun, Europe, Kan.
Macam saya, kereta tu memang liabiliti, tapi tukarkan jadinya aset, Buat GraB Car, kan bulan-bulan Masukk! boleh pakai kereta Jepun
Sgt setuju
Encik Afyan,saya nak tahu risiko membeli kereta secara cash melebihi rm100k. Adakah kita dkenakan tax ke ap. Jika kena brpa tax yg dbyar. Sy brcadang nak ambik Hyundai Veloster Turbo secara tunai. Sry bnyak bertanya
Tips yang menarik. Pemilihan jenis kereta juga memainkan peranan. Sebagai contoh, jika kita mampu beli Honda City, tidak semestinya kita perlu beli Honda City, ada baiknya kita beli kereta yang lebih murah sebagai keperluan dan tangguhkan kehendak tu dikemudian hari.
Sekadar pandangan saya 🙂
beli keta pstu buat uber / grab krg2 bleh la tampung byrn bulanan
Terima kasih cik atas perkongsian. Baru celik sikit mata saya nih,hehe.. niat di hati nk beli kereta walhal stiap hari pi keje naik moto jew.. sebab tempat keje memg dekat sgt dgn rumah.. 10 minit jew naik moto.. bila pkir2 balik..lebih baik saya simpan jew duit utk nk bayar bulanan kereta tuh (buat mcm betul2 byr kereta tp sbenarnya menabung) .. lama2 simpan mcm tu, boleh mencecah puluhan ribu jugak tu.. haa nnti blh la beli kereta by cash jew.hehe. btul x cik ??
Alhamdulillah dapat dijadikan sebagai pertunjuk kepada anak muda dalam malaysia yang baru fresh graduate untuk memiliki sebuah kereta.. Terima Kasih kongsi ilmu 🙂
Terima Kasih kembali Tuan 🙂