Tip Bina Asas Perniagaan

May 27, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan / Konvensional / Perniagaan

Satu isu menerjah masuk di peti mesej saya hari ini. Seorang guru dari Kelantan dan kini mengajar di Sabah.

Beliau mahu berniaga namun tidak pasti tentang apa produk atau bentuk perniagaan yang patut dijalankan.

Saya dengan rendah diri memberi idea agar beliau menjalankan perniagaan gaya Rasulullah iaitu berdagang dari satu tempat ke tempat yang lain. Saya mencadangkan agar ketika beliau pulang bercuti ke Kelantan nanti, bawalah bersama-sama barangan dari Sabah yang boleh diniagakan di Kelantan.

Namun, beliau membalas cadangan saya itu dengan mengatakan bahawa beliau telah pun mencuba kaedah perniagaan sebegitu namun hasilnya tidak seperti jangkaan beliau.

Saya suka untuk kaitkan situasi ini dengan satu permainan video (game) kegemaran saya iaitu Game Supreme Commander 2. Bagi yang tahu dan pernah bermain permainan ini, pasti tahu selok-belok permainan ini.

Kepada yang tahu, saya mencadangkan agar anda mencuba bermain permainan ini dengan memilih tahap (level) CAI, iaitu tahap permainan yang paling sukar dalam permainan ini. Memang rumit dan mencabar.

Anda perlu membina kubu dan angkatan tentera serta memerlukan anda mengawal sumber anda dengan bijaksana.

Strategi Menjual Produk

Sumber tersebut terbahagi kepada 3. Sumber-sumber tersebut boleh menjadi pemangkin untuk kita memperluas pangkalan kubu, menaiktaraf kelengkapan senjata dan menambah jumlah serta kekuatan angkatan tentera.

Namun, dalam permainan juga ada kekangannya. Isu utama ialah semua sumber tersebut berada dalam jarak yang amat jauh dari pangkalan tentera yang dikawal saya (atau para pemain). Antara kekangan yang wujud akibat jarak sumber dan pangkalan pusat yang jauh ialah:

  1. Kemungkinan pesawat pengangkutan di rampas jika menggunakan pesawat pengangkut
  2. Sumber tidak sampai ke pangkalan.
  3. Bala tentera tidak dapat dibina.
  4. Pangkalan kubu dalam keadaan lemah.

Walau bagaimanapun, setiap isu ada penyelesaiannya. Ada 2 penyelesaian yang boleh dipertimbangkan iaitu:

1. Bina lebih banyak kapal pengangkut dan bawa bersama tentera sebagai pertahanan; atau 2. Bina pangkalan baru di kawasan sumber

Komander

Berfikir Seperti Seorang Komander Pangkalan

Persoalannya, mana satu yang lebih tidak melibatkan kos yang tinggi dan tidak memakan banyak masa? Dalam kes cikgu di atas, beliau sudah melaksanakan kaedah berniaga dari satu tempat ke tempat lain. Maka beliau adalah pesawat pengangkut, bukan komander pangkalan.

Ini merupakan step Komander Pangkalan:

  • Buka satu pangkalan kecil di kawasan sumber iaitu di Kelantan.
  • Buka satu pangkalan kecil di kawasan sumber di Sabah.
  • Poslaju bertindak sebagai pesawat pengangkut pangkalan kecil di Kelantan.
  • Kemudian usahakan cari sebuah pekedai yang boleh menawarkan sebahagian tempat di premisnya untuk meletakkan barang-barang niaga anda. Selepas itu, usahakan pula mencari seorang ‘runner’ di Sabah yang menghantar produk dari Sabah ke Kelantan.

Hasilnya, di setiap penghujung bulan, tanggungjawab anda hanyalah untuk mengambil hasil pendapatan daripada produk/barang niaga yang terjual.

Sementara itu ketika di Sabah pula, minta pembekal dari Kelantan untuk pos barang-barang seperti tudung, budu, keropok ikan dan sebagainya ke Sabah dan setelah tiba di ‘pangkalan’ Sabah, anda hantar pula kepada ‘runner’ di sana.

Selepas selesai tugas hakiki (mengajar dan sebagainya), anda boleh berjumpa wakil/runner tersebut dan ambil hasilnya.

Strategi Berfikir

Sebenarnya banyak kaedah berniaga yang boleh dipelajari daripada permainan video (game) terutamanya permainan yang melibatkan strategi. Anda hanya perlu peruntukkan sedikit masa untuk berfikir dan adaptasi strategi permainan video tersebut ke dalam perniagaan anda.

Paling utama, perlu ada kerajinan untuk berfikir secara kreatif dan kritis, bukan hanya bermain permainan video semata-mata untuk memenuhi masa terluang atau kerana suka-suka, ambil faedah daripadanya.

Selamat mencuba!

Kredit foto: 74072427668564033512jeffeatsleeptechstrategy

Facebook Comments

Tags: , , , , ,

Komen (6)

  1. bernas, tuan. tujuan dan matlamat sama berniaga barang, tapi kaedah berbeza yang memberikan hasil yang berbeza.

Pendapat anda?