Tip Hartanah – 4 Jenis Dokumen Pendapatan Yang Memikat Pinjaman

October 20, 2014 — Penulis:

Kategori: Artikel Pilihan

“Again, my loan was rejected la Baby. I really upset. I know that my take home pay is small but why don’t they take my side income to support my capability in servicing the instalment,” rungut buah hatiku, Fazura.

“Did you show them your supportive ‘side income’ documents?” tegurku.

“No Ia Baby. Their documents’ checklist never mentioned about it, but I did informed them when submitting my application,” luah Fazura si pengarang jantungku.

Ini adalah senario yang biasa berlaku pada kebanyakan dari kita. Hanya memberi dokumen yang diminta, tanpa dikepilkan dengan pendapatan tambahan yang kita miliki.

Ya, artikel ini bakal mengupas jenis-jenis dan dokumen pendapatan yang perlu dipersiapkan bagi memperkukuhkan permohonan pinjaman yang bakal dilakukan kelak.

1. Pendapatan Aktif

Pendapatan jenis ini terhasil daripada aktiviti-aktiviti aktif yang kita lakukan. Dalam erti kata mudah, inilah pendapatan yang terhasil dari gerak kerja utama kita, dan inilah jenis pendapatan yang biasanya terdapat di dalam ‘document checklist’  pihak bank.

Pendapatan Aktif

Tidak kiralah sama ada gerak kerja anda adalah sebagai penerima upah (makan gaji) atau pun sebagai peniaga.

Bagi seorang ‘penerima upah’, kebiasaannya dokumen-dokumen yang diperlukan sebagai pembuktian pendapatan mereka adalah :

  1. Slip gaji
  2. Penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  3. Borang EA dari majikan
  4. Penyata Cukai Pendapatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  5. Penyata Bank yang menunjukkan amaun kredit gaji anda setiap bulan

Apa pula dokumen pembuktian pendapatan bagi si peniaga pula? Berikut, adalah dokumen-dokumen perniagaan yang biasanya diperlukan oleh banker anda:

  1. Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A & D) bagi Milikan Tunggal/Perkongsian
  2. Memorandum & Articles (M&A), Borang 9, 24 & 49 bagi Syarikat Sendirian Berhad
  3. Penyata Bank
  4. Penyata Cukai Pendapatan Syarikat
  5. Management Account (Milikan Tunggal/Perkongsian) dan Audited Account (Sendirian Berhad)
  6. Purchase Order (PO) atau Letter of Award (LA) bagi setiap projek yang diperolehi

2. Pendapatan Sampingan

Pendapatan jenis ini membawa maksud, sebarang pendapatan yang terhasil daripada aktiviti sampingan kita. Kebiasaannya, ia adalah pendapatan yang dihasilkan menerusi aktiviti jualan produk mahu pun perkhidmatan.

Pendapatan Sampingan - bekerja dari rumah

Dan ia tidak semestinya produk/servis yang dihasilkan sendiri, sebaliknya berkemungkinan ia produk atau servis orang lain. Apa yang pasti, dokumen yang diperlukan adalah sama sepertimana dokumen-dokumen perniagaan di atas, dan penekanan lebih tertumpu kepada dokumen-dokumen kewangan sebagai pembuktian pendapatan kita.

3. Pendapatan Portfolio

Pendapatan portfolio pula bermaksud pendapatan dalam bentuk pulangan terhadap instrumen pelaburan yang kita masuki dan sepertimana yang kita ketahui, instrumen-instrumen pelaburan ini mempunyai pelbagai jenis, dan dokumen-dokumen perolehannya yang disertakan di dalam permohonan anda juga turut pelbagai. Antaranya :

  1. Resit Simpanan Tetap (Fixed Deposit).
  2. Penyata Amanah Saham (Unit Trust).
  3. Penyata CDS bagi Saham (Shares).
  4. Sijil atau Resit Pembelian Emas (Gold).
  5. Geran Rumah/Tanah tanpa Cagaran Bank.
  6. Penyata instrumen-instrumen pelaburan lain seperti Komoditi, Forex dan sebagainya.

 4. Pendapatan Pasif

Ada pula yang bertanya, “Bagaimana pula dengan rumah dan tanah yang kami perolehi hasilnya setiap bulan? Tidakkah itu juga dianggap sebagai pendapatan?”

Ya, memang benar dan ia dinamakan pendapatan pasif yang terhasil dari usaha yang sekali, namun pendapatannya diperoleh tanpa henti. Antara pendapatan di dalam kategori sebegini adalah sewa rumah, royalti lagu, royalti buku dan sebagainya.

Pendapatan pasif - homestay

“Apa pula dokumen yang perlu kami sertakan?”. Pasti itu yang menjadi pertanyaan para pembaca dan berikut adalah antara bentuk dokumen yang mampu digunakan bagi menyokong aliran kewangan positif anda :

  1. Resit/Penyata Royalti.
  2. Penyata Bank.
  3. Perjanjian Sewa Rumah.
  4. Lejar Am/Khas.

Kesimpulannya, tiada yang mustahil untuk mendapatkan pinjaman. Apa yang penting adalah penyediaan dokumen yang mampu menyokong kekukuhan kewangan pemohon, dan dokumen-dokumen sokongan yang ditanda dengan warna ‘ungu’ inilah yang akhirnya mampu meyakinkan pihak bank untuk tidak segan silu menghulurkan bantuan pinjaman kepada anda.

Kredit foto: Smoothdude, Tomtangxs, ishane


Tags: , ,

Pendapat anda?