Tip Jimat Wang Kaedah Sampul Surat

May 12, 2011 — Penulis:

Kategori: Pengurusan Kewangan

Dalam entri yang ditulis oleh Hafiszi Othman mengenai isu kebocoran wang, ia telah membuka mata ramai pihak, untuk mengkaji kembali status kewangan mereka. Hal ini juga turut diambil berat oleh pegawai-pegawai tinggi, serta para usahawan yang sering mengalami masalah tidak cukup wang, meskipun memperoleh sejumlah pendapatan yang besar setiap bulan.

kaedah-sampur-surat

Masalah kewangan ini tidak akan selesai, sekiranya kita tidak mempunyai ilmu yang betul, bagi menguruskan wang kita setiap hari.

Antara garis panduan yang diberikan oleh Hafiszi Othman, mengenai cara-cara untuk mengatasi masalah kebocoran wang ini adalah:

  • Bersyukur dengan nikmat yang telah Tuhan berikan kepada kita hari ini.
  • Melaburkan 10% daripada perbelanjaan kita, untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, khususnya dalam perihal kewangan.
  • Mempunyai niat dan matlamat yang jelas, untuk mencapai status bebas kewangan.
  • Sentiasa sedar dan elakkan diri, daripada terjerumus dalam kancah zon selesa.

Cara-cara yang dikongsikan beliau sememangnya mudah untuk dipraktikkan. Namun tahukah kita terdapat satu lagi cara praktikal, dan terbukti berkesan yang boleh kita gunakan, bagi menjadi seorang yang kaya dengan wang mulai hari ini?

Kaedah ini diberi nama…

Kaedah Sampul Surat – Kategori dan Simpan

Bagi kita yang sedar akan kepentingan merancang, maka kaedah sampul surat ini merupakan jalan yang terbaik, bagi membantu kita untuk merancang wang dengan lebih efektif. Kaedah ini juga boleh diselaraskan untuk sesiapa sahaja. Tidak kira mereka kerja di sektor kerajaan, bekerja sendiri mahupun seorang yang memiliki bisnes jutaan ringgit.

 

Ini kerana rancangan wang di atas kertas semata-mata tidak akan memberikan kesan yang efektif. Dengan menggunakan kaedah sampul surat, kita dapat kategorikan sampul-sampul wang yang kita inginkan.

Untuk memudahkan pemahaman, kita boleh praktikkan langkah-langkah berikut:

3 Langkah Menggunakan Kaedah Sampul Surat

Langkah #1 – Senaraikan Kategori Keperluan Kita

Pertama-tama, kita perlu senaraikan seberapa banyak kategori keperluan kita. Setiap satu kategori mewakili satu sampul surat. Berikut adalah contoh senarai kategori-kategori mengikut keperluan.

  • Pelaburan ilmu seperti buku, seminar, bengkel dan sebagainya.
  • Pembayaran rumah setiap bulan.
  • Pembayaran insuran kereta dan harta rumah.
  • Pembayaran bil-bil.

Kita disarankan untuk menggunakan sampul surat yang tebal. Ini bagi mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini berlaku, seperti sampul surat mudah koyak, mudah basah dan sebagainya.

Langkah #2 – Bertindak Selepas Menerima Gaji Bulanan

Setiap kali kita memperoleh gaji bulanan, terus simpan jumlah wang yang diperlukan dalam sampul surat yang telah dikategorikan. Contohnya, jika pembayaran rumah setiap bulan berjumlah RM400, maka kita perlu segera memasukkan wang RM400 ke dalam sampul surat kategori ‘Pembayaran Rumah Setiap Bulan’.

kaedah-sampur-surat-1

Dengan bertindak pantas, kita tidak akan mengalami masalah untuk membayar bil-bil penting setiap bulan. Dalam masa sama, kita dapat merancang baki wang kita dengan lebih efektif. Kebanyakan individu sering belanja dahulu, bayar bil kemudian. Keadaan ini akan menyukarkan mereka untuk meneliti status kewangan.

Langkah #3 – Mesti Wujudkan Kategori Pelaburan

Kategori pelaburan adalah kategori penting. Kategori ini dapat membantu kita untuk menambah wang setiap bulan. Sebagai contoh, kita mencipta kategori ‘Buat Duit Dengan Clickbank’, yakni mempromosikan produk informasi sebagai affiliate.

Setiap bulan, kita akan melaburkan wang, masa dan tenaga untuk melakukan apa yang diperlukan, bagi menjana pendapatan dengan Clickbank. Salah satu daripadanya adalah membayar penulis, untuk menulis artikel atau mengupah pereka laman web, untuk desain laman web kita.

Beri Hadiah Pada Diri Sendiri Setiap Bulan

Menurut Anthony Robbins, menghadiahkan sesuatu pada diri kita dapat meningkatkan momentum kita untuk terus mencapai matlamat yang kita inginkan. Sama juga seperti kaedah sampul surat, kita perlu hadiahkan sesuatu pada diri kita, sebaik sahaja kita berjaya menyimpan wang dalam masa 3 bulan pertama.

Dengan ini, ia dapat memotivasikan diri kita untuk terus menyimpan dan melabur. Insya Allah, dengan berkat usaha ini, kita akan menjadi jutawan hanya dengan memiliki minda yang betul untuk menyimpan wang.

Panduan Praktikal Strategi Penjimatan Wang

Bagi tuan dan puan yang ingin memperoleh ilmu praktikal dan komprehensif mengenai strategi penjimatan wang, boleh dapatkan ebook ‘Strategi Jimat’  yang dijual serendah RM20 sahaja!

Kata salah seorang daripada pembaca ebook ini, iaitu Tuan Razif Yusof. Beliau menyatakan ebook ini adalah langkah pertama, untuk seseorang itu menjadi kaya wang dengan cara menyimpan.

Jika berminat, tuan dan puan boleh dapatkan ebook ’15 Strategi Penjimatan’ secara percuma di laman web beliau.

 

Kredit gambar dari Flickr: (gosheshe,  Jake Slagle)


Tags: , , , ,
kajiankes

Kajian Kes Majalah Niaga

Ini pendedahan ekslusif bagaimana kami menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM5xxx sebulan menggunakan platform blog. Percuma dalam tempoh masa TERHAD.

Muat Turun Sekarang

Komen (39)

  1. Terima kasih Aqif. Saty artikel yang membantu saya. Teringat pula inilah cara bonda menyimpan wang sehingga 30k untuk mula-mula membina rumah pertama keluarga kami.

  2. bila baca pasal kaedah sampul surat, teringat masa mula2 kerja dulu. mmg berkesan terutama kalau nk simpan duit… sorok sampul surat tu mana2… kadang2 smpi lupa ltk mana.. tapi kalau rime x de duit, tetiba aje sampul surat tu timbul…skrg dh x buat

  3. Terima kasih, MN, atas perkongsian ini. Memang betul kaedah ini berkesan. Saya amalkan sejak kerja makan gaji sampailah sekarang dah bekerja sendiri. Bila dah bekerja sendiri lagi mencabar sebab ada masanya sampul surat itu tak cukup isinya walaupun dah sampai hujung bulan! Hehe.. Kerja kena kuat! :)

    1. hehe! saya pun alami cabaran yang sama, biasalah. bila bekerja sendiri ni perlu lebih berjaga-jaga sebab kadang-kadang wang masuk x menentu :D

  4. Zulfadhli Zulpress
    May 12, 2011

    terima kasih, saudara Aqif.
    kaedah sampul surat memang praktikal.
    selama ini saya menggunakan buku catatan/ diari untuk catatan setiap wang yang saya belanjakan.

    Untuk mengelakkan lupa, sy guna buku 555 yang sentiasa di bawa ketika keluar rumah.

    mungkin lepas ni boleh cuba sampul surat pulak:)

    1. Kaedah buku 555, macam Tuan Mydin (Tuan punya Mydin Holding) juga mengamalkan buku 555 bagi mencatatkan pelbagai kerja perbelanjaan dan sebagainya. Ramai yg ingat beliau hidup mewah, sedangkan dia masih tinggal di apartment yg keluasan 900kaki persegi sahaja.

  5. Tuan punya kedai runcit di kg. saya masih amalkan teknik ini. Satu sampul surat untuk tong gas, satu untuk gula dan yang lainnya. Bila orang beli tong gas contohnya, duit modal gas itu terus dimasukkan dalam sampul gas. Jadi dia dapat membayar pada pembekal tanpa bertangguh. Kedainyanya kecil tapi dia tiada hutang pada pembekal.

  6. Salam,
    Aku paling suka statement belanja dulu bayar bill kemudian. Itu yang selalu buat miss untuk pembayaran bill..Thumb up untuk artikel yang baik sekali.

  7. Biasanya saya mengasingkan wang saku yang diterima kepada dua. Satu sebagai simpanan kecemasan dan satu lagi untuk perbelanjaan. Pada kebiasaannya simpanan kecemasan tidak disentuh walaupun sudah hujung bulan.

    1. terima kasih majalah niaga atas ilmu yang di kongsi kan. teknik yang mudah dan perlu disiplin yang tinggi untuk di amalkan.

  8. cheyiin che wan
    May 18, 2011

    assalamualaikum penulis,

    info yg sangat berguna untuk diri saya, bagaimana setelah dapat income melalui biz, saya dpt bahagi2kan mengikut percentage yang bersesuaian…

  9. Satu kaedah yang sangat tepat dalam menghindar kebocoran wang. Saya telah praktikannya sejak 2009 yang lalu. Anda semua patut amalkannya! Sangat berkesan!

  10. Nouri jubli
    May 24, 2011

    Saya pakai teknik ni…tapi kalau nak jimat beli sampul surat, pakai ‘post it’ yang lain2 colour pun ok.jimat kertas. Bila payday terus divide n label guna post it lepas tu simpan dalam bag ber’zip yg kecil.

  11. kadang2 orang lmbt nak simpan sampul surat.. lepas ni, kena amlakan lepas dapat gaji.. ;)

  12. dulu Syam ada gak pakai cara gini, pastu tukar style masuk dalam folder lak..then skang semua tuh hanya tinggal kenangan coz x sempat pun nak masuk dalam sampul dah habis semua bayar itu bayar ini (transfer fund jer)…

  13. Sekarang ni boleh ubah kaedah sampul surat ke kaedah transfer fund. Lagi jimat dan cepat, cuma pastikan ia sampai ke akaun yang betul.
    Paling utama ialah simpan dahulu…. baru belanja…. jadikan amalan yang tetap walaupun sedikit….

  14. betul..mmg berkesan kaedah ni..
    pernah amalkan. tapi sekerat jalan :P coz xsempat nk asing2 kan duit ikut sampul tu..
    byk sgt smpulnye..hehe..tp akan cuba d teruskan kembali ;)

  15. Salam,

    Terima kasih. Satu perkongsian yang baik. Kekadang tu kita dah fikir apa yang nak kena bayar dan dah asingkan dalam wallet tu sendiri, cuma lambat bertindak untuk pergi bayar. Bila simpan dalam wallet yang sama, duit tu sentiasa kita nampak..lama-lama terpakai gak..
    Nak buat macam ni kena bertindak cepat dan tak boleh berlengah. Betul tak.

  16. Salam. Alhamdulillah, kami sekeluarga dah teknik sampul surat ini hampir 2 tahun, memang efisien. Duit lebihan dalam sampul surat setiap bulan masuk dalam bank…jangan lupa solat, bayar zakat dan banyakkan sedekah :)

  17. muhammad yaakub
    September 10, 2011

    ada juga manusia mcm hang masih guna sampul surat……kahkahakah…..saya…draw semua duit gaji…..tampal kat dinding…….memang suka tengok duit kat dinding…..ghairah….anyway tq

  18. wlau ape pun teknik yg dgunakan. tujuannya tetap sama. iaitu untuk mengelakkan boros dan x cukup wang. teknik sampul surat ni wlaupun nampak remeh, tapi tak dinafikan keberkesanannya. bagus untuk mendidik diri menguruskan wang dengan sistematik. thnks for sharing :)

  19. Salah 1 cara yang betul bagi merancang perbelanjaan.Perbelanjaan setiap bulan mesti di rancang dengan sebaik-baik nyer bagi mengelakan pembaziran.

  20. teknik yang mudah untuk dipraktikkan. dengan mengasingkan wang kita, kita akan tahu berapa banyak baki wang untuk dibelanjakan sehingga hujung bulan. selain itu, setiap perancangan haruslah dipraktikkan…

  21. assalamualaikum. terima kasih. saat diperlukan, sebab tak begitu mahir dlm penjimatan wang tambahan lagi wang bocor=D jazakumullahu khairan

  22. Kaedah sampul memang praktikal tapi, perlu ada disiplin yg kuat supaya sampul tersebut tidak diceroboh. Dan pastikan penyimpanan sampul2 itu disimpan di tempat yang lebih selamat. Penambahan isi kandungan sampul juga perlu diambil kira supaya tidak selalu kosong. Yang bagusnya kaedah ini merupa kaedah tradisi yg telah lama digunakan, cuma kadang2 dipandang ringan kerana kealpaan kita.

  23. Perkongsian yang menarik. Pernah mempraktikkan kaedah ini suatu masa dulu, tapi terhenti. mungkin akan mempraktikkan semula. kaedah ini mengajar kita untuk sentiasa berdisiplin. Thanks bro!

  24. Adoyai… teknik sampul surat ni memang bagus sebab kite boleh tengok aliran keluar masuk duit kita dengan lebih jelas. tp…. bile kite dh isi2 duit dalam sampul surat tuh, kat mane kita nk simpan? dh xleh simpan dlm bank kan? so fikirkan kemungkinan rumah kite masuk pencuri ke atau pun tetamu dtg melawat? fikirkan keselamtan duit tersebut, setiap sampul tu bukan kecil amaun nye. sy penah buat dulu, tp bile fikirkan keselamatan duit tuh terus xjadi. kalo keluar bekerja takkan nk tggl sampul kat rumah, kalo nk bawak skali takut kena ragut plak.

  25. Salam,
    Hyperlink ’15 Strategi Penjimatan’ di atas tidak berfungsi. (website down/tutup)
    terima kasih.

Pendapat anda?